Anda di halaman 1dari 4

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang


amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah
berusaha mengamalkan budaya membaca kerana
Membaca Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat
mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita
ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan
bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu
atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam
negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan
ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan
pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.
Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap
"seperti katak di bawah tempurung".
Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga.
Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita
didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat
penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan


bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat
bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka
membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku
amalan harian.
Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang
dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat
membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti
Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya
hidup mereka.

Karangan PT3...Kebaikan amalan membaca...

Amalan membaca dalam diri pelajar harus ditekankan oleh semua pihak.
Huraikan kebaikannya.

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar
yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai
banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan
seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat
terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan
itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada kajian saintis yang sering berubahubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan
saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu
akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya,
penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan
pelajar mahir dalam penulisan pula.
Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap
membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui
banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif
atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan
dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan
tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama
buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat
dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana
banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum

negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak mereka
dalam peperiksaan itu.
Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya
diamalkan secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan
memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka.
Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini
penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia tersebut.

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca


Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan
anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat
khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah
atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu
pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di
dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu
akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu
membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak
perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman
daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehariharian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan
ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita
harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak
sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar.
Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan
gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita
cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai