Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Membaca Akhbar. Surat khabar adalah satu media cetak yang menyiarkan isu-isu terkini.

Terdapat pelbagai jenis surat khabar yang terdapat di pasaran seperti Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia dan sebagainya. Terdapat banyak kebaikan yang boleh kita peroleh dengan membaca surat khabar. Antara kebaikan membaca surat khabar adalah kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Hal ini kerana surat khabar menyiarkan banyak tentang isu-isu semasa tentang kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara. Kita juga tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial dan aktiviti yang tidak sihat untuk kita seperti mencuri,lepak,ponteng kelas dan sebagainya. Di samping itu, dengan membaca surat khabar juga, kita boleh memperbaiki karangan kita. Hal ini kerana,suratkhabar dicetak berdasarkan perbendaharaan dan kosa kata yang terkini. Kita boleh menggunakan kosa kata itu di dalam karangan dan sekali gus dapat memperbaiki karangan kita. Surat khabar juga boleh memberi hiburan kepada kita. Ini disebabkan setiap surat khabar mempunyai ruangan hiburan yang tersendiri seperti sudoku, teka silang kata dan sebagainya. Kita juga boleh menenangkan fikiran kita dengan menggunakan ruangan hiburan yang terdapat di dalam surat khabar tersebut setelah penat belajar. Kesimpulannya surat khabar memberi banyak manfaat kepada kita. Oleh itu, murid-murid digalakkan supaya kerap membaca surat khabar setiap hari.Marilah kita menjadikan tabiat membaca sebagai aktiviti harian kerana membaca itu jambatan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai