Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN MEMBACA

Membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada kita. Malangnya, banyak orang pada masa ini kurang

membaca. Persoalannya ialah, apakah kebaikan membaca?

Membaca membolehkan kita mendapat ilmu pengetahuan. Apabila kita membaca, kita akan mendapat

pelbagai maklumat. Kita dapat membaca buku seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya.

Selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan baiknya. Apabila kita membaca, kita tidak akan

mempunyai masa untuk melakukan perkara yang negatif. Contohnya, kita tidak ada masa untuk terlibat dalam

kegiatan seperti melepak, merokok dan sebagainya.

Seterusnya, kita juga dapat meningkatkan keputusan kita apabila kita membaca. Apabila kita membaca

buku rujukan seperti buku Sejarah, buku Geografi dan lain-lain, kita meningkatkan pemahaman kita dalam subjek

tersebut. Oleh sebab itu, keputusan kita akan bertambah baik.

Akhir sekali, membaca juga membantu kita mengurangkan stres. Apabila kita membaca buku cerita yang

kita gemari, kita pastinya akan berasa seronok. Keseronokan ini akan melegakan hati dan minda kita.

Kesimpulannya, kegiatan membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. Kita harus menggalakkan

aktiviti ini kepada masyarakat. Apabila masyarakat sentiasa membaca, negara yang berilmu akan dapat

diwujudkan.
(175 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai