Anda di halaman 1dari 10

Bahagian A

[15 markah]
Soalan 1-5
Lengkapka ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Keuntungan bulanan yang diperoleh Tauke Gan daripada perniagaan runcitnya


semakin __________.
A. dikecilkan
B. mengecil
C. mengecilkan
D. Memperkecil
2. Majlis __________ ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah itu akan diadakan esok.
A. perjumpaan
B. penemuan
C. penggabungan
D. pertembungan
3. Menteri Pelajaran berharap agar __________ Cintai Bahasa Kita akan
meningkatkan minat rakyat terhadap bahasa kebangsaan.
A. Bengkel
B. Ceramah
C. Kempen
D. Acara
4. Para penonton bertepuk tangan __________ melaung-laungkan nama penyanyi
kesukaan mereka.
A. tetapi
B. untuk
C. sambil
D. apabila
5. Semua pelajar sekolah itu __________ hormat akan guru disiplin mereka yang
tegas tetapi penyayang itu.
A. paling
B. nian
C. benar
D. sungguh

Soalan 6
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.
6. I. Darah seni turutmengalir dalam diri anak-anaknya.
II. Hisyam ada pertalian darah dengan Cikgu Habibah.
III. Sebagai anak darah, Haslinda diteguh ibunya keluar malam.
IV. Junaidi akan menderma darah di Hospital Ipoh.
A. I dan II
B. II dan III
C. I,II dan IV
D. II,III dan IV
Soalan 7
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A,B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

7. Lapan orang daripada sebelas orang pemain-pemain bole sepak itu berasal dari
Selangor.
A. Kelapan-lapan orang daripada sebelas orang pemain.
B. Lapan orang daripada sebelas orang pemain.
C. Lapan orang daripada kesebelas pemain-pemain.
D. Lapan orang daripada sebelas orang pemain-pemain.

Soalan 8
Pilih ayat-ayat yang betul.
8. I. Layang-layangnya tersangkut pada tiang lampu.
II. Beliau sentiasa akur dengan perintah ketuanya.
III. Peluang keemasan begini tidak mungkin berulang.
IV. Setelah mempersiapkan dirinya dia tidak gentar menghadapi segala cabaran
yang mendatang.
A. I dan IV
B. II dan III
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

Soalan 9
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

9. Hujan yang turun sejak semalam tidak menghalang orang ramai mengunjungi
Ekspo Pertanian Pulau Pinang 2018.
A. Orang ramai tidak dihalang mengunjungi Ekso Pertanian Pulau Pinang 2018
walaupun semalam hujan turun.
B. Ekspo Pertanian Pulau Pinang 2018 itu tetap dibanjiri orang ramai walaupun hujan
turun dari semalam.
C. Para pengunjung terus membanjiri Ekspo Pertanian Pulau Pinang 2018 sejak
semalam meskipun hujan turun.
D. Sambutan orang ramai terhadap Ekspo Pertanian Pulau Pinang 2018 terhalang
oleh hujan yang turun sejak semalam.
Soalan 10
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
10. Beliau berazam untuk menyiapkan filem pertama arahannya itu walaupun
menghadapi pelbagai kesulitan sejak mula menjalani penggambaran.
Hal yang demikian dikatakan __________.
A. belakang parang kalau diasah nescaya tajam.
B. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
C. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
D. genggam bara api biar sampai jadi arang.
Soalan 11-15
Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan berikutnya.

11. Apakah maksud rangkap kedua dalam pantun Dua Kerat Nasihat?
A. Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerja.
B. Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.
C. Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.
D. Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat
seseorang itu sendiri.

12. Apakah tema pantun Dua Kerat Nasihat?


A. Ketabahan hidup seseorang.
B. Perpaduan dan keutuhan hidup bersatu.
C. Nasihat untuk membina diri seseorang ke arah kebaikan.
D. Amalan baik dalam kehidupan.
13. Berikut merupakan unsur alam yang terdapat dalam pantun Dua Kerat Nasihat
kecuali…
A. Pucuk kawa
B. Buah sintang
C. Buah senikal
D. Selimut

14. Apakah maksud rangkaian kata “sejauh lutut dengan pelipat” dalam pantun
tersebut?
A. Terlalu dekat
B. Masa yang singkat
C. Perjalanan yang jauh
D. Saujana mata memandang

15. Pilih nilai yang terkandung dalam pantun Dua Kerat Nasihat?
A. Simpati
B. Kerajinan
C. Pengorbanan
D. Kebajikan
Bahagian B
[30 markah]

1. Dalam setiap iklan di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula.

SYARIKAT HARTANAH JAWATAN PEMADU LORI


Kami menawarkan jawatan pemandu lori
Kami sebuah syarikat berdaftar dengan kepada warganegara yang berminat dan
Kementerian Kewangan Malaysia berkelayakan. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia
menawarkan khidmat perunding serta mempunyai lesen memandu kenderaan
hartanah. Kami juag membeli dan awam dan kenderaan komesial.
menjual hartanah termasuk
rumah,premise perniagaan dan tanah. Sila hubungi :
(Tan Boon Leong)
Tel : 01159928458 Tel : 019 4588414
(Ishak bin Mahmud)

PENGUMUMAN

Mesyuarat PIBG yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad ini ditanggohkan
pada suatu masa yang akan ditetapkan nanti. Hal ini disebabkan oleh arahan
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia agar tidak ada sebarang
perhimpunan bagi mengekang wabak Covid-19 daripada berleluasa. Pihak
sekolah memohon maaf atas kesulitan tersebut. Terima kasih.

(i)
(ii)
(iii)

2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di
pasar malam.

(ii) Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di


dalam melaksanakan tanggungjawab.
3. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

(i) Ketiga-tiga orang murid itu pengawas sekolah ini.


Subjek :

Predikat :

(ii) Pada setiap pagi Selasa rancangan ini disiarkan.


Subjek :

Predikat :

(iii) Wanita yang tinggi lampai itulah kakak saya.


Subjek :

Predikat :

4. Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.
5. Baca bahan-bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan ketiga-tiga bahan,nyatakan kesan pembuangan sampah di merata-


rata.

(ii) Berdasarkan Bahan 2, apakah impak alam sekitar yang bersih kepada kehidupan
manusia?

(iii) Pada pendapat anda,bagaimanakah cara untuk mengatasi sikap manusia yang
tidak menjaga kebersihan alam sekitar?
6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji.

(i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I


(ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani
(iii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan perwatakan yang
sesuai dengan contoh peristiwa yang diberikan. Kemudian,kemukakan dua
perwatakan lain yang bersesuaian dengan watak yang diberikan.

Novel Watak Contoh Peristiwa


Sejambak Bakti Razali Razali sentiasa menjalankan tugasnya
sebagai ahli lembaga pengarah koperasi
dengan bertanggungjawab dan berusaha
untuk memajukan koperasi sekolahnya.
Akhirnya, Sekolah Menengah Teknik Seri
Kayangan berjaya menjadi johan dalam
pertandingan koperasi peringkat daerah.
Darah Titik di Semantan Zahid Zahid berani menentang dua orang
pemuda yang sedang mengganggu Kak
Minah.
Hempasan Ombak Farid Farid menjalankan tugas sebagai Pengarah
Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan
memastikan proses menghasilkan batik
moden berjalan dengan baik.
Bahagian C
[15 markah]

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
rajah berikut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai