Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

JAWAB SEMUA SOALAN


(15 markah)
Soalan 1 hingga Soalan 3
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Semua pekerja di Syarikat Seng Lee perlu mengikuti _____ yang telah ditetapkan.
A tatakerja
B tatatertib
C tatasusila
D tatabahasa

2. Setelah _____ merantau di negeri orang, akhirnya dia pulang juga.


A. bertahun-tahun
B. berabad-abad
C. berpuluh-puluh
D. berguni-guni

Soalan 3 hingga Soalan 4


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditanda dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

3. Pendatang itu telah ditangkap oleh polis dan beliau akan dihantar pulang ke negara asalnya.
A B C
Tiada kesalahan.
D
4. Puan Marian membeli kasut baharu untuk anaknya di Kedai Kasut Foo Keong. Tiada kesalahan.
A B C D
Soalan 5 hingga Soalan 7
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Ayah dan ibu mengikuti perkembangan berita penularan wabak Covid-19 dari masa ke masa.
A dari semasa ke masa
B daripada masa ke masa
C daripada semasa ke semasa
D dari masa ke masa

6. Pengurus syarikat itu bersyukur di atas apa yang dicapai oleh syarikatnya setelah banyak
mengalami kerugian.
A kesyukuran atas apa
B besyukur di atas apa-apa
C bersyukur atas apa-apa
D bersyukur di atas apa

7. Syakir berjanji akan mengecatkan rumahnya sebelum Hari Raya Puasa.


A bercat rumahnya
B dicat rumahnya
C mengecat rumahnya
D mengecatkan rumahnya

Soalan 8 hingga Soalan 9


Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.
8.
I Sila dendangkan satu lagu Melayu asli.
II Usahlah hampiri pagar yang berduri ini.
III Jangan harungi paya yang dalam airnya itu.
IV Sila laporkan diri ke kaunter pendaftaran lebih dahulu.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9.
I Aduh, malang sungguh nasib mangsa kebakaran itu!
II Wah, indah sungguh panorama di puncak Gunung Kinabalu!
III Cis, sungguh tidak kusangka engkau sanggup berpaling tadah!
IV Alamak, itulah buku tatabahasa yang saya cari-cari sejak sekian lama!
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

Soalan 9
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak
tebal.

10. Kenaikan harga barang teleh menyebabkan orang ramai berhati-hati semasa berbelanja.
A Akibat harga barang yang semakin naik, orang ramai kekurangan wang untuk berbelanja.
B Orang ramai mengambil langkan berjimat cermat ketika berbelanja kerana harga barang yang
semakin meningkat.
C Orang ramai digesa untuk berjimat cermat ketika berbelanja kerana kenaikan harga barang.
D Ketika harga barang naik, orang ramai hendaklah berhati-hati semasa berbelanja.

Soalan 10
Pilih peribahasa yang paling sesuai

11.
Ibu : Kita hendaklah menerima akibat daripada perbuatan kita.
Ana : Ya, Itu memang sudah menjadi lumrah hidup.

Peribahasa yang berikut sesuai dengan petikan dialog di atas kecuali…


A siapa makan nangka, dia kena getahnya
B siapa makan cili, dia terasa pedasnya
C berani buat, berani tanggung
D buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali
Soalan 11 hingga 15
Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kemudian tujuh orang wanita itu pun pergi dan diikuti oleh anak yatim piatu itu. Mereka
menuju ke kayangan dengan mempergunakan pelangi sebagai tangganya. Tujuh hari tujuh malam,
mereka berjalan, akhirnya sampailah mereka di kayangan. Setibanya di kayangan, maka anak yatim
piatu itu melihat tujuh orang wanita yang diikutinya tali sudah tidak ada lagi. Entah ke mana mereka
itu menghilang. Fikirannya menjadi kusut. Tidak berapa lama kemudian, maka dilihatnya di tengah-
tengah sebuah dusun ada sesuatu yang dijemur orang di bawah panas teriknya matahari. Benda itu
kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari. Maka berkatalah anak yatim piatu itu di
dalam hatinya, "Yang kuning kemilau itu tentu selonggok emas." Kemudian didekatinya,
diperiksanya benda itu. Dilihatnya pula bahawa benda itu sedang dijaga oleh yang empunya. Maka
anak yatim piatu itu pun bertanya kepada yang empunya emas itu, "Hai, dari manakah gerangan tuan
mengambil emas sebanyak ini?"
(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi, antologi Kuingin
Berterima Kasih, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
12. Bagaimanakah anak yatim dan tujuh orang wanita itu pergi ke kayangan?
A menggunakan tikar terbang
B menaiki burung geroda
C menggunakan tangga pelangi
D menggunakan pakaian terbang

13. Apakah sebenarnya benda berkilau-kilau ditimpa sinar matahari yang dilihat oleh anak yatim piatu
itu dari jauh?
A padi
B emas
C jagung
D pokok buluh

14. Nyatakan mesej yang dapat diambil daripada petikan cerita di atas.
A Kita mestilah amanah dengan menjalankan tugas yang diberi dengan baik.
B Kita janganlah cuba untuk mengambil hak orang lain.
C Kita hendaklah gigih berusaha
D Kita mestilah menjaga maruah diri

15. Apakah maksud frasa oleh yang empunya berdasarkan petikan di atas.
A oleh pemiliknya
B oleh pengusahanya
C oleh orang di kayangan
D oleh raja di kayangan
Bahagian B
[30 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawaban yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
i. Ramani diminta untuk menambil reset selepas membuat bayaran di kaunter.
….………………………….
ii. “Sejak di tingkatan dua lagi, saya bercita-cita untuk mengembara ke serata pelusuk negara,”
kata Kwai Loon kepada pemberita.
….…………………………..
[2 markah]
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan yang betul pada ruang jawaban yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
i. Barang yang saya pesan melalui pembelian atas talian itu masih belum saya terima.
….……………………..
ii. Restoran Kak Piah menyediakan makanan tradisional seperti rebus ubi kayu dan sambal tumis
ikan bilis.
….………………………
iii. Wang yang dikutip dari para pekerja itu akan disumbangkan ke dalam tabung bencana alam.
….……………………
[3 markah]

3. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian pasifkan ayat-ayat tersebut.

i. Kamu perlu menyiapkan latihan Matematik yang diberikan pada hari ini juga.

ii. Tuan hamba perlu menemui Bendahara dengan segera.

[2 markah]

4. Padankan peribahasa di bawah dengan maksudnya.

Mendengar guruh di langit Nyiru ditadahkan

Kalau takut dilambung ombak Air di tempayan dicurahkan

Kecil tapak tangan Jangan berumah di tepi pantai

[3 markah]

5. Baca dan fahamkan bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hati-Hati Di Jalan Raya
Memandu di jalan raya hendaklah sabar,
Jangan memandu secara bahaya,
Lampu merah jangan dilanggar,
Kerana itu kesalahan jalan raya.

Semasa memandu janganlah terburu-buru,


Memandulah dengan cara yang berhemah,
Jangan kita memandu melebihi had laju,
Nanti surat saman sampai ke rumah.

Orang tua selalu berpesan,


Berhati-hati di jalan raya,
Jangan bermain di tepi jalan ,
Kerana itu bukan budaya kita.

Jangan memandu mengikut hati,


Naik motor topi jangan lupa dipakai,
Memandulah dengan berhati-hati
Semoga kita selamat sampai

Berhati-hati keluar disimpang,


Pastikan tiada kenderaan yang datang,
Pakaian mestilah cerah dipandang.
Semasa hendak membelok di simpang.

i. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 nyatakan persamaan menjaga keselamatan jalan raya.
....................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................
[3 markah ]

ii. Berdasarkan Bahan 2, jelaskan dua nilai.


....................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................
[3 markah ]
iii. Pihak kerajaan telan banyak mengadakan kempen keselamalatan jalan raya namun jumlah
kemalangan masih meningkat.
Pada pendapat anda, apakah punca jumlah kemalangan semakin meningkat?
....................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................
[4 markah ]
4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan salah satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.

i) Destinasi Impian, karya Mohd. Ismail Sarbini


ii) Formula Termadinomik karya Obasiah Hj Usman
iii) Pelari Muda, Ghazali Ngah Azia
iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut.
[10 markah]
Bahagian C
[15 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tuliskan sebuah ringkasan tentang
kebaikan aktiviti rekreasi. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis, panel hakim, guru-guru, dan rakan-
rakan yang saya hormati. Hadirnya saya di pentas yang indah ini bertujuan untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk, “Rekreasi Dapat Memberikan Manfaat kepada Masyarakat”.
Hadirin sekalian,
Rekreasi atau riadah ialah kegiatan yang menyeronokkan, yang boleh menyegarkan badan
dan melapangkan fikiran melalui istirahat dan aktiviti yang menghiburkan hati. Oleh itu, masyarakat
hari ini tidak boleh menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak berekreasi. Kita akan
memperoleh pelbagai manfaat apabila melakukan aktiviti rekreasi.
Aktiviti seperti berjoging, berbasikal, dan mendaki gunung boleh menyihatkan tubuh badan.
Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul di dalam badan
dapat dikurangkan. Badan kita akan berpeluh. Apabila badan kita sihat, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi dapat dihindari, bak kata pepatah Melayu,
mencegah lebih baik daripada mengubati.
Hadirin sekalian,
Selain itu, aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap hujung minggu juga mampu menjadi
pemangkin untuk mengurangkan tekanan perasaan atau stres dalam diri seseorang. Keletihan dan
bebanan kerja yang berterusan menyebabkan seseorang menghadapi kemurungan, lesu, dan tidak
bersemangat. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan prestasi kerja merosot dan mengundang
pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak atasan, dilucutkan jawatan, dan
sebagainya. Oleh itu, kita perlu menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti riadah.
Kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang sibuk bekerja menyebabkan masa untuk bersama-
sama dengan anak-anak begitu terhad. Oleh itu, aktiviti riadah yang dilakukan bersama-sama dengan
keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Semasa beriadah, ibu bapa boleh menasihati
anak-anak tentang nilai murni dalam kehidupan sehari-hari.
Hadirin sekalian,
Akhir kata, kita perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan berekreasi. Amalkan aktiviti
berekreasi dalam kehidupan sehari-hari. Negara yang maju lahir daripada masyarakat yang sihat dan
cergas. Sekian, terima kasih.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai