Anda di halaman 1dari 14

TERHAD BAHASA MELAYU K1

Arahan :Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C

BAHAGIAN A
[20 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 Minit]

Soalan 1- 4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan Myanmar ke arah _____ kehidupan rakyatnya yang

sebelum ini sentiasa terlibat dalam peperangan saudara.

A. Tenteram C ditenteramkan

B Penenteraman D Ketenteraman

Soalan 2 berdasarkan graf di bawah.

2. Ekonomi negara pada masa ini semakin _______ kerana harga bahan mentah seperti getah dan kelapa

sawit telah meningkat di pasaran dunia.

A teguh B mantap C tegas D tegap

3. Perabot yang dihasilkan ____ kayu jati itu lebih cantik dan tahan lebih lama.

A dari B bagi C untuk D daripada

4. Pegawai yang disyaki ____ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM).

A makan hati B makan gaji C makan suap D makan angin

1
TERHAD BAHASA MELAYU K1

Soalan 5 dan soalan 6

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah

ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang

paling sesuai.

5. Tuk Wan menceritakan tentang pengalamannya semasa menjadi buruh paksa Jepun di Siam
A B C
Tiada kesalahan.
D

6. Walaupun telah berbelas tahun Zainal menetap di kampung itu, namun hanya sebahagian
A B C
kecil anggota masyarakat yang menerimanya. Tiada kesalahan.
D

Soalan 7 dan soalan 8

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

7. I. Masalah itu dibincangkan secara mendalam antara empat mata.

II. Mendalam soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.

III. Fikirlah secara mendalam sebelum membuat sebarang tindakan.

IV. Air perigi semakin mendalam setelah hujan turun tanpa henti.

A I dan II sahaja C II dan III sahaja

B I dan III sahaja D III dan IV sahaja

8. I. Keadaan lalu lintas pada waktu pagi itu sesak sekali.

II. Oleh sebab keadaan wang yang banyak dia mampu berumah besar.

III. Ayahnya yang sakit itu masih dalam keadaan yang membimbangkan.

IV. Di Malaysia banyak keadaan tempat peranginan yang menarik.

A I dan II sahaja C II dan III sahaja

B I dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

2
TERHAD BAHASA MELAYU K1

Soalan 9 dan soalan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa

dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Rahimi bertanyakan kepada saya tentang arah ke rumah Azim.

A bertanya saya C bertanya kepada saya

B ditanyakan saya D bertanyakan kepada saya

10. Setiap pesakit di wad ini hanya dibenarkan menerima seorang pelawat pada satu masa.

A dibenar menerima seorang pelawat di dalam satu masa

B dibenarkan menerima seorang pelawat di dalam satu masa

C dibenar menerima seorang pelawat pada satu masa

D dibenarkan menerima seorang pelawat pada satu masa

Soalan 11 dan soalan 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I. Hariz adalah murid tertinggi di sekolahnya.

II. Kami keluar dari Raju klinik pada pukul 9.00 malam.

III. Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.

IV. Semua peserta diminta berkumpul di hadapan pagar sekolah pada pukul 7.00 pagi.

A I dan II sahaja B III, dan IV sahaja

C II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

12. I. Latihan bola jaring pada petang ini akan dibatalkan jika sekiranya hujan.

II. Kita hendaklah bijaksana apabila berkomunikasi dengan orang lain untuk mengelakkan konflik.

III.Guru-guru perlu menyebarkan maklumat tentang bahaya pencemaran alam kepada murid-murid.

IV Internet membolehkan pengguna di dunia berhubung antara satu sama dengan lain.

3
TERHAD BAHASA MELAYU K1

A I dan II sahaja C III, dan IV sahaja

B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 13

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13. Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Majid yang mengikuti jejaknya menjadi peguam.

Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza.

Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali

A. lain padang lain belalang.

B. rambut sama hitam, hati lain-lain.

C. bagaimana acuan begitulah kuihnya.

D. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Soalan 14 hingga Soalan 17

Berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah.

Maka diambil padi yang dijemur itu segenggam, lalu disembunyikan butir-butir padi itu di dalam
lubang-lubang luka pada tumitnya. Setelah itu ia pun meminta izin dengan baik-baik untuk pulang ke
kampungnya, ke bumi tempat saudaranya yang tetap menantinya.
Maka berkatalah induk semangnya, orang kayangan yang masih juga mencurigainya itu,
“baiklah jikalau kamu ingin pulang ke kampung kamu, akan tetapi, sebelum itu saya akan memeriksa
dan menggeledah kamu lebih dahulu. Barangkali ada padi yang disembunyikan untuk kamu bawa
sebagai oleh-oleh ke bumi.”
Anak yatim piatu itu pun menjawab dengan tenangnya, “Silakan ! Periksalah dengan teliti kalau-
kalau ada apa-apa yang saya bawa. Sekarang saya sudah betul-betul jera mengambil apa-apa. Saya
sungguh-sungguh sudah bertaubat dan tidak mahu lagi melakukannya.”
Kemudian induk semang berkata, “Jikalau benar demikian katamu, maka jelaslah bagi kami dan
percayalah kami bahawa kamu betul-betul tidak akan mencuri padi kami lagi.”
Setelah induk semang berkata demikian, maka anak yatim piatu itu pun berangkatlah
meninggalkan kayangan. Orang kayangan itu tidak mengetahui sama sekali bahawa anak yatim paitu
yang kecil itu ada menyembunyikan padi di dalam lubang-lubang luka pada tumitnya. Akhirnya sampai
jugalah anak yatim piatu itu dengan selamat di kampungnya. Maka ia pun dengan segera membuat
ladang. Setelah selesai, ditanamnya padi yang dicurinya itu di ladangnya.

Dipetik daripada Prosa Asal Padi

4
TERHAD BAHASA MELAYU K1

14. Bagaimana anak yatim piatu itu membawa butir-butir padi bersamanya?

A. Mencuri sebutir padi dan melarikan diri

B. Meminta izin daripada Induk Semang sebagai oleh-oleh ke bumi

C. Menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumitnya

D. Menanam padi yang dicuri di ladang tanpa pengetahuan orang kayangan

15. Maksud perkataan jera dalam petikan ialah

A Serik B Ikhlas C Jujur D Berani

16. Apakah nilai murni yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas?

A Nilai keikhlasan C Nilai kejujuran

B Nilai keberanian D Nilai ketabahan

17. Berikut merupakan perwatakan Anak Yatim Piatu selepas Induk Semang mencurigai dirinya kecuali

A. Seorang yang sangat ketakutan

B. seorang yang berfikiran terbuka

C. seorang yang tidak berputus asa

D. seorang yang berusaha untuk menyembunyikan perkara sebenar

Soalan 18 hingga 20 berdasarkan petikan sajak di bawah

Senja di Palang Besi

Senja mula menangis

remang membongkar sendu

mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya

berlari di celah jambangan bunga dedawai

menari mengikat ramah kekosongan

dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

5
TERHAD BAHASA MELAYU K1

Pilu wajahmu sang senja

yang dulu melakar bahagia

kini merayap sayu membelai jemari malam

dalam keterbuangan yang merangkum

dalam keterasingan yang mencengkam

dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin

rentet susun bibir palang besi dingin itu

menjerut resah berteleku dalam hening

 bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan

menghantar pergi erti keriuhan

jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri

bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian

hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

Dipetik daripada Antologi Bintang Hati

Tingkatan 3

18. Berikut perasaan penyajak ketika berada di dalam penjara kecuali

A terbuang B terasing C sedih D benci

Senja mula menangis

19. Maksud baris sajak di atas ialah

A. Penyajak berasa sedih

B. Penyajak termenung pada waktu senja

C. Penyajak menangis pada waktu senja

D. Penyajak kerinduan pada waktu senja

6
TERHAD BAHASA MELAYU K1

20. Berdasarkan sajak di atas mengapakah kita dilarang melakukan kesalahan?

A. Mengelakkan kita berasa sedih dan terasing

B. Mengelakkan kita dihalau oleh masyarakat sekeliling

C. Mengelakkan kita dipandang rendah oleh orang lain

D. Mengelakkan kita menjalani hukuman akibat kesalahan yang dilakukan

BAHAGIAN B
[25 Markah]

1. Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan

yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan ini semula.

Restoran Santapan Bonda

 Restoran Santapan Bonda dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00
petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

Aneka pilihan masakan untuk sarapan, makan tengahari, dan

minum petang.

Pelbagai jenis bubur dan kuih muih disediakan.

Tiga jenis masakan yang berkhasiat juga disediakan khusus

untuk kanak-kanak pra sekolah dan warga emas secara percuma
setiap hari Isnin.

Kami juga menerima tempahan untuk majlis jamuan dan kenduri-

kendara.

(i) _______________________________________________________

( ii ) _______________________________________________________

( iii ) _______________________________________________________

[ 3 Markah]

7
TERHAD BAHASA MELAYU K1

2. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

i. Pakar motivasi terkenal menyampaikan ceramah tentang ilmu keibubapaan itu.

___________________________________________________________

ii. Saya telah menulis jawapan pada ruang yang disediakan berdasarkan maklumat yang didengar.

__________________________________________________________________________

[ 2 Markah]

3. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan

berikutnya.

BAHAN 1

Alias berharapdan hendak bersuara agar namanya disebut oleh Cikgu Sunan. Pendapatan

hariannya, selepas sekolah atau pada hari minggu tidak mencukupi walaupun beruknya yang

memetic buah kelapa itu tidak pernah sakit.

“ Tolong beri nama dan hantar ke pejabat. Ada orang nak beri bantuan pakaian sikit,” kata Guru

Besar dan terus beredar.

“ Baiklah cikgu,” jawab Cikgu Sunan dan kemudian kembali duduk di mejanya.

Alias tunduk semahu-mahunya walaupun tergerak juga hendak memanggung kepala untuk

memberitahu yang dia Cuma ada dua helai seluar dan sehelai baju. Sehelai untuk dipakai ke

sekolah dan sehelai lagi untuk dipakai ketika bersama-sama Chot memanjat kelapa.

BAHAN 2

Zali datang ke sekolah berkaki ayam. Cikgu Ayub tidak begitu senang dengan keadaan Zali.

Walaupun dimarah dan didenda, Zali tetap tidak berkasut. Pada Suatu hari, Cikgu Ayub mendenda

Zali dengan mengikat kotak tisu di kedua-dua belah kakinya. Zali berasa sangat malu. Sejak hari itu

Zali tidak datang ke sekolah.

Cikgu Ayub berasa bersalah. Niatnya untuk menjadikan muridnya kelihatan kemas tidak

menyebabkan Zali tidak datang ke sekolah. Selepas seminggu Zali tidak hadir ke sekolah, Cikgu

Ayub telah ke pecan membeli kasut sekolah baharu untuk Zali. Cikgu Ayub telah pergi ke rumah

Zali untuk memberikan kasut tersebut. Cikgu Ayub berasa sungguh hiba melihat keadaan rumah

8
TERHAD BAHASA MELAYU K1

Zali.

i. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh watak Alias dan watak

Zali.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(3 markah)

ii. Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara Alias dan Zali.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

[3 markah]

iii. Masih banyak murid sekolah yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah dapat membantu murid-murid seperti Alias dan

Zali selain memberikan bantuan pakaian.

_____________________________________________________________________________________

[4 Markah]

9
TERHAD BAHASA MELAYU K1

NOVEL

[10 Markah]

4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji.

i) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

ii) Jesteru Impian Di Jaring karya Zaid Akhbar

iii) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim

iv) Chot karya Azizi bin Haji Abdullah

Latar tempat ialah keterangan tentang keadaan dan peristiwa di sesuatu tempat dalam cerita.

Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga latar tempat berserta dengan contoh peristiwa yang berlaku

dalam novel tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10

------------------

BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 Minit]

Pilih sama ada soalan 1 atau soalan 2

Soalan 1

Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah

perkataan.

11
TERHAD BAHASA MELAYU K1

Soalan 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
usaha-usaha menangani masalah vandalisme. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga
100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Setiap tahun pihak kerajaan atau pihak swasta telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk

membaik puih pelbagai kemudahan awam akibat kegiatan vandalisme. Kemudahan awam ini telah

dirosakkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak mempunyai sikap memiliki setiap

kemudahan yang disediakan. Perbuatan segelintir pihak yang tidak mempunyai sikap

bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi.

Pelbagai langkah harus dilakukan untuk membanteras kegiatan vandalisme daripada terus-

menerus berleluasa. Dalam hal ini pendidikan merupakan asas utama yang dapat mengubati penyakit

ini. Melalui silibus kurikulum pendidikan di sekolah, diharapkan mampu menyemaikan kesedaran cinta

terhadap kemudahan awam dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia. Selain itu,

masyarakat haruslah prihatin dan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sekiranya terlihat akan

individu yang melakukan kegiatan vandalisme. Oleh itu, Kelab Rukun Tetangga di sesebuah kawasan

perumahan perlulah memberikan kerjasama yang padu untuk melakukan kawalan di kawasan masing-

masing.

Selain itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah vandalisme sebagai suatu

jalan pencegahan yang paling baik. Ada yang mencadangkan supaya pesalah vandalisme ini didenda

melakukan kerja pembersihan di kawasan awam seperti tanda awam dan perhentian bas. Hukuman ini

adalah sebagai teladan dan pengajaran kepada individu yang lain agar tidak melakukan perbuatan

vandalisme. Pihak berkuasa dengan kerjasama daripada orang ramai boleh mengadakan pelbagai

program seperti pameran supaya masyarakat menghargai segala kemudahan awam yang disediakan.

Seterusnya, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak majlis

12
TERHAD BAHASA MELAYU K1

perbandaran boleh menganjurkan kempen yang dapat meningkatkan kesedaran rakyat khususnya

golongan remaja. Setiap program yang diadakan perlu melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut

sama menjayakan kempen ini.

----------

--------

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

13
TERHAD BAHASA MELAYU K1

14

Anda mungkin juga menyukai