Anda di halaman 1dari 9

Nama:..

Tingkatan 1 : .

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST,


JALAN HANG JEBAT,
50150 KUALA LUMPUR.
PEPERIKSAAN PERTENGAH TAHUN 2014
TINGKATAN SATU
BAHASA MELAYU
Kertas 1 ( 02/1)
( 1 JAM )
Penggubal soalan: CIK ROZANA BINTI HASHIM
Disemak oleh:

Disahkan oleh:

.....................................................
(EN. MOHD ZIKRI IHSAN
( PN. JAMILAH BT MOHD KOYA )(EN. WONG CHEE KHEON)
BIN MOHAMAD ZABHI)
Guru Kanan Bahasa
Pengetua
Ketua Panitia Bahasa Melayu
_______________________________________________________________________________________________
_
Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak
Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.
Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai
1 Dia menangis apabila menceritakan __________ itu kepada para pemberita.
A aktiviti
B festival
C tragedi

D tradisi

2 Malaysia meletakkan ____________yang tinggi pada Datuk Lee Chong Wei untuk mengutip pingat emas dalam
acara perseorangan badminton Sukan Komanwel 2010.
A taruhan
B impian
C harapan
D sasaran
3 Buku-buku itu hendaklah ___________letakkan di atas meja ini sebelum ___________ keluar, kata Cikgu
Zalifah kepada murid-muridnya.
A engkau...aku
B kamu...aku
C kalian...saya
D awak...saya
4 Sambil membelai-belai anaknya yang terlantar itu, Puan Rozi berkata, Anak saya _________sudah seminggu
terlantar di __________.
A ini...sini
B ini...situ
C itusitu
D itusana
5 Faridah mengambil dua __________ kertas tisu untuk mengelap beberapa __________ air mata yang membasahi
pipinya.
A keping...titik
B helai...titis
C kotak...cubit
D lembar...baris

1/7

6 Persidangan Parlimen ke-12 itu dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda ________.
A Yang Dipertuan Agong.
B Yang Dipertuan Agung.
C Yang di-Pertuan Agung.
D Yang di-Pertuan Agong.
7 Mangsa-mangsa keracunan makanan itu ditempatkan di wad kecemasan ________________.
A hospital daerah Tanjung Karang.
B hospital Daerah Tanjung Karang.
C Hospital Daerah Tanjung Karang.
D hospital daerah tanjung karang.
Soalan 8 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan
dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
8 Peletakan jawatan Encik Sam sebagai pengurus di syarikat itu berkuat kuasa pada Jun depan. Tiada kesalahan
A
B
C
D
9 Datuk Adli

mengesali sikap Hadi yang mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai orang yang
A
B

terpandang. Tiada kesalahan.


C
D
10 Datuk Tengku Adnan sangat gembira apabila mengetahui anak gadis beliau menjadi siswa terbaik di Universiti
A
B
C
Malaya. Tiada kesalahan
D
11 Mengapa suara Tan Sri tersekat-sekat semasa berucap sekejap tadi? soal Datuk Nazri kepada Tan Sri Saad.
A
B
C
Tiada kesalahan
D
12 Pak Han dan Mak Leha, yang baharu sahaja sampai di rumah anak mereka ini bercadang untuk tinggal di situ
A
B
C
selama seminggu. Tiada kesalahan.
D
13 Apakah Datuk yakin bahawa berita yang disiarkan dalam akhbar itu benar belaka? soal wartawan itu kepada
A
B
C
Datuk Syuib. Tiada kesalahan
D
14 Apabila ditanyai oleh saudara-maranya Syukri sendiri tidak pasti bilakah ibu bapanya akan pulang dari luar negeri.
A
B
C
Tiada kesalahan
D

2/7

Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15 I Salah seorang daripada anak Encik Lim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
II Kita hendaklah mengakui salah yang kita lakukan.
III Tindakannya itu salah undang-undang negara.
IV Akibat salah faham, Amir dan Amira tidak bertegur sapa.
A I dan IV
B II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV
16 I Rohani berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang beriman.
II Kereta yang hilang itu ditemukan oleh pihak polis di dalam sebuah kebun getah di kampung Berihoi.
III Penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemukan sehingga kini.
IV Orang yang ditemukan oleh wartawan itu mendakwa bahawa dia jutawan.
A I dan IV
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
17 I Loh melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat pipi Ho yang semakin berisi.
II Semenjak tinggal di bandar, tubuhnya yang berisi sudah semakin susut.
III Selain buku, beg itu berisi dengan alat tulis.
IV Kalau dadanya tidak berisi, Tuah tidak berani mencabar pendekar itu.
A II dan III
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
Soalan 18 - 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga
tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
18 Selepas waktu persekolahan , dia melakukan kerja sambilan demi untuk membiayai pelajarannya.
A untuk membiayai pelajarannya
B kerana membiayai pelajarannya
C demi pembiayaan pelajarannya
D demi untuk membiayai pelajarannya
19 Selain membaca buku, mengumpul setem ialah hobi Hayati pada masa lapang.
A mengumpul setem adalah hobi
B mengumpulkan setem adalah hobi
C mengumpulkan setem ialah hobi
D mengumpul setem ialah hobi
20 Pemain penyerang pasukan itu diejak oleh penyokongnya kerana banyak mensis-siakan peluang untuk
menjaringkan gol.
A mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.
B mempersiakan peluang untuk menjaringkan gol.
C mensesiakan peluang untuk jaringkan gol
D mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol
21 Berlian yang diperagakan oleh peragawati-peragawati yang ditafsirkan berharga lebih daripada RM 1 juta.
A ditafsirkan berjumlah lebih daripada RM 1 juta
B ditaksirkan berharga lebih kurang RM 1 juta
C ditaksirkan bernilai lebih daripada RM 1 juta
D ditafsirkan berharga lebih daripada RM 1 juta
Soalan 22 - 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22 Setiap kali terkenangkan tragedi itu, air matanya segera membasahi pipinya sambil mulutnya terkumat-kamit
membaca doa.
A Dia tidak lupa menangis dan berdoa setiap kali teringat akan malapetaka itu.
B Dia segera menangis dan berdoa apabila peristiwa sedih itu muncul dalam ingatannya.
C Selagi tragedi itu bermain dalam ingatannya , dia akan menangis dan berdoa berkali-kali.
D Peristiwa tragis itu mengingatkannya supaya segera menangis dan berdoa beberapa kali.

3/7

23 Ketua Polis Negara menasihati rakyat Malaysia agar tidak mengunjungi selatan Thailand kerana wilayah itu
sedang bergolak.
A Oleh sebab wilayah selatan Thailand sedang huru-hara, rakyat Malaysia dinasihati oleh Ketua Polis Negara
supaya meninggalkan wilayah itu.
B Menurut Ketua Polis Negara, wilayah selatan Thailand tidak sesuai dikunjungi kerana berada dalam keadaan
huru-hara.
C Rakyat Malaysia dilarang oleh Ketua Polis Negara daripada berkunjung ke wilayah selatan Thailand yang huruhara itu.
D Pengunjung warga Malaysia diingatkan oleh Ketua Polis Negara supaya tidak pergi ke wilayah selatan Thailand
yang sedang kacau-bilau itu.
24 Sedangkan kenderaan pacuan empat roda pun tidak dapat melalui jalan yang berlumpur dan berbatu-batu itu,
apatah lagi kenderaan biasa.
A Baik kenderaan pacuan empat roda mahupun kenderaan biasa, semuanya sedang melalui jalan yang berlumpur
dan berbatu-batu itu.
B Sama ada kenderaan pacuan empat roda ataupun kenderaan biasa, semuanya tidak melalui jalan yang
berlumpur dan berbatu-batu itu.
C Jangankan kenderaan biasa, kenderaan pacuan empat roda pun tidak dapat melalui jalan yang berlumpur
dan berbatu-batu itu.
D Ketika kenderaan pacuan empat roda sedang melalui jalan yang berlumpur dan berbatu-batu itu, kenderaan
biasa tidak boleh lalu di situ.
Soalan 25 - 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Banyak terdapat kesan calar-balar pada tubuh kanak-kanak yang didera itu.
II Bunyi dentam-dentum yang berulang-ulang itu menakutkan anak-anak itu.
III Keadaan di dalam rumah kami gelap-gelita apabila bekalan elektrik terputus tiba-tiba.
IV Akhirnya Pak Soh berjaya mendamaikan saudara-maranya yang berselisih faham itu.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
26 I Aziah menghidangi kami kek yang dibuatnya sendiri.
II Haji Mahadi memarahi anak gadisnya kerana memakai pakaian yang mencolok mata.
III Makin lama lagu-lagu yang dimainkan penyiar itu semakin rancak.
IV Kaum itu kerap berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
27 I Sambil mengetap-ngetap bibir, Cikgu Abu memandang muka pelajar itu ke atas dan bawah.
II Berhubung perkara itu, beliau berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin.
III Stesen-stesen kereta api yang disinggahi kereta api itu lengang sahaja.
IV Leong tidak akan ke mana-mana esok kerana dia ditugasi bapanya menjaga kedai.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I, II dan IV
Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28 Beliau berazam untuk menyiapkan filem pertama arahannya itu walaupun menghadapi pelbagai kesulitan sejak
mula menjalani penggambaran. Hal yang demikian dikatakan ______________.
A belakang parang kalau diasah nescaya tajam
B sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
D genggam bara api biar sampai jadi arang

4/7

29 Penduduk di daerah yang gersang itu banyak yang mati akibat kebuluran dan serangan penyakit taun. Keadaan itu
bertepatan dengan peribahasa seperti
A cacing kepanasan
B ikan kena tuba
C udang dibakar
D halilintar membelah bumi
30 Semua orang terkejut apabila Si Kundang yang baru belajar ilmu persilatan telah mencabar pendekar yang handal
itu untuk bertarung. Cabaran Si Kundang umpama________________.
A bertemu buku dengan ruas
B biar putih tulang jangan putih mata
C kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
D layang-layang hilang teraju
Soalan 31 - 35
Baca petikan sajak di bawah ini dengan teliti, kemudiam jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KIAN KITA LUPA


Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birat mata..

Tetapi
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka

Kian kita lupa


pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga.
Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia.

ZULFAZLAN JUMRAH
( Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

31 Berdasarkan rangkap kedua, perkara yang kian kita lupa mengikut pendapat penyajak ialah
A lupa pada kepayahan dan kesusahan bangsa..
B lupa pada penderitaan nenek moyang dahulu kala.
C lupa pada keazaban dan keseksaan hari pembalasan
D lupa pada kedukaan apabila mendapat berita gembira.
32
Kian kita lupa

Unsur gaya bahasa dalam baris sajak di atas ialah


A repetisi
B anafora

C epifora

5/7

D inversi

33 Apakah nada sajak ini?


A Kesal

B Murung

C Sindiran

D Romantis

34 Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama?


A Kita perlu mengenali asal-usul bangsa.
B Kita perlu menghargai kejerihan bangsa dahulu.
C Kita perlu mencari baris untuk mengelakkan kesusahan.
D Kita perlu mengalami kesusahan sebelum mendapat kemewahan.
35 Apakah tema yang dikemukakan oleh pengarang dalam sajaknya?
A Pembalasan akibat kelekaan.
B Keperitan bangsa dahulu kala.
C Kegembiraan dan kesenangan yang sementara.
D Kelekaan manusia setelah mendapat kesenangan.
Soalan 36 - 40
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

CIKGU HALIL

: (Suara tinggi) Hari ini ada sesuatu yang ingin saya cakapkan. Masalah disiplin antara murid
semua. Disiplin sudah mulai merosot sejak kebelakangan ini. Sebentar tadi, Zalina telah
memberi saya sepucuk surat. Kenapa ni yang terjadi? Semasa bersekolah, kamu semua
dilarang berutus surat yang boleh menjatuhkan moral kamu. ( Mengangkat surat) Siapa yang
tulis ini?

Masing-masing pandang-memandang sesama sendiri. Zalina tunduk.


CIKGU HALIL

: Lebih baik kamu mengaku.

BADAR

: ( Berani) Saya cadangkan kita tubuhkan jawatankuasa penyiasat kelas ini.

CIKGU HALIL

: Cadangan yang baik, sebelum saya sendiri menyiasat. Lebih baik kamu mengaku. Jika kamu
mengaku, saya tidak akan mengenakan sebarang hukuman.

Zali tunduk
CIKGU HALIL
: Baiklah. Jika semua tidak mengaku, keluarkan buku latihan Bahasa Malaysia dan buku
karangan kamu. Letak di atas meja.
Semua murid mengeluarkan buku.
CIKGU HALIL

: Zalina, pastikan semua sudah mengeluarkan buku.


(Dipetik daripada drama Surat untuk Ina, antologi Kasut Kelopak Jantung,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

6/ 7
36 Cara yang dilakukan oleh Cikgu Halil untuk mencari penulis surat kepada Zalina ialah

A
B
C
D

menubuhkan jawatankuasa penyiasat.


menyuruh murid yang melakukannya mengaku.
meminta Zalina memastikan murid mengeluarkan buku latihan.
meminta murid mengeluarkan buku latihan Bahasa Malaysia dan buku karangan.

37 Masalah disiplin yang ingin diselesaikan oleh Cikgu Halil ialah


A Zalina menerima sepucuk surat.
B Zalina menerima ugutan melalui surat.
C Zalina menerima surat berbaur hasutan.
D Zalina terjumpa surat ugutan di dalam meja.
38 Cikgu Halil menyuruh semua murid mengeluarkan buku latihan Bahasa Malaysia dan buku karangan ialah untuk
A mengecam penulis surat tersebut.
B menjalankan siasatan secara terperinci.
C menakut-nakutkan murid supaya mengaku.
D meneliti tulisan di surat sama dengan tulisan di buku.
39 Latar tempat dalam petikan drama ini ialah
A di dalam kelas
B di kelas tuisyen.
C di kantin sekolah.
D di bawah sebatang pokok di kawasan lapang.
40 Peleraian drama ini ialah
A Zalina memaafkan kesalahan Zali.
B Zali diambil tindakan oleh pengetua.
C Zali dituduh menulis surat kepada Zalina.
D Zali dijatuhkan hukuman oleh Cikgu Halil.

KERTAS SOALAN TAMAT

7/7

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 TINGKATAN SATU PEPERIIKSAAN PERTENGAHAN


TAHUN 2014
Penggubal soalan: Cik Rozana binti Hashim
1.C
2.C
3.C
4.A
5.B
6.D
7.C
8.D
9.D
10.C
11.A
12.B
13.A
14.B
15.A
16.B
17.D
18. A
19.C
20.D

21.C
22.B
23. C
24. C
25.B
26.A
27.B
28.D
29.B
30.B
31.D
32.A
33.A
34.B
35.D
36.A
37.A
38.D
39. A
40. A

Anda mungkin juga menyukai