Anda di halaman 1dari 18

BAHAGIAN A: OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (OAP)

[ 40 SOALAN ]

SISTEM BAHASA
( 15 markah )

Soalan 1 hingga soalan 15

Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Arahan menangguhkan aktiviti luar kelas ketika jerebu __________ daripada


Pengarah Pelajaran Negeri.

A ialah B harus C adalah D belum

2. Semua khabar angin yang tersebar kebelakangan ini __________palsu.

A ialah B akan C adalah D masih

3. Baru pagi tadi abang Faris ___________ jambang dan misainya.

A mencantas B menebang C mencukur D menghakis

4. Amalan ___________ orang yang sedang sakit di hospital merupakan suatu


amalan yang mulia.

A menoleh B menonton C memandang D menziarah

5. Kawasan tanah ____________ yang terdapat di negeri ini akan dimajukan oleh
pihak pemaju tidak lama lagi.

A terabai B terbiar C terbaik D tercemar

6. Walaupun Hijaz berasa penat bekerja berulang-alik dari Seremban ke Kuala


Lumpur, namun gaji yang diterimanya adalah___________

A berbaloi B berpadan C berkaitan D bertepatan.

7. Pihak berkuasa tempatan akan menjalankan ____________ terhadap


kedai-kedai makan di kawasan itu dari semasa ke semasa.

A penelitian B pemantauan C penyiasatan D penyelidikan

8. Puan Zarina sangat rindu _________ anak bongsunya yang sedang melanjutkan
pelajaran di Australia.

A akan B untuk C kepada D dengan


9. Kita boleh berbincang dan bertanya kepada guru-guru tentang __________
yang kita tidak faham agar kita tidak ketinggalan dalam pelajaran.

A apa-apa B bila-bila C mana-mana D siapa-siapa

10. Para penumpang ____________ masuk ke dalam tren itu setelah menunggu
selama satu jam.

A berapat-rapat B bersaing-saing C bersesak-sesak D berbondong-bondong

11. Budak perempuan yang hampir lemas itu___________ meminta pertolongan


daripada orang yang berada berhampirannya dengannya.

A terkial-kial B tersipu-sipu C teragak-agak D terkapai-kapai

12. Yang di-Pertuan Agong telah memberikan ___________ kepada Perdana


Menteri untuk membentuk kabinet yang baru.

A perintah B mandat C arahan D tugasan

13. Pelajar dari Universiti Putera Malaysia itu sedang_________ seorang tokoh
politik yang terkenal.

A menemu bual B menemu duga C menyoal siasat D memeriksa balas

14. Peruncit itu dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerana menjual
barang-barang kawalan tanpa mengikut ____________

A harga gelap B harga mati C harga runtuh D harga siling

15. “Daging kambing ini sedap dimakan jika direbus hingga ___________ ,”
kata nenek kepada kakak.

A segar B padat C lembik D empuk

Soalan 16 hingga 25

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan,


kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan ditandakan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

16. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan keyakinan diri dan menyemai rasa
A B
tanggungjawab dalam diri murid-murid. Tiada kesalahan
C D

17. Saban hari, pihak media massa samaada media cetak ataupun media elektronik
A B

sering menguar-uarkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.


C
Tiada kesalahan
D
18. Para peserta yang terlibat di dalam perlumbaan merentas desa peringkat
A
daerah hendaklah melaporkan diri pada pukul 7.00 pagi. Tiada kesalahan
B C D

19. Semua kotak itu telah diangkat oleh kedua orang pemuda itu ke dalam stor.
A B C
Tiada kesalahan
D

20. Kebanyakan rumah yang dibina oleh syarikat perumahan itu berlantaikan dengan
A B C
mozek. Tiada kesalahan
D

21. Para tetamu boleh mengambil mana-mana makanan yang disukai mengikut
A B
selera masing-masing. Tiada Kesalahan
C D

22. Wahyuna menerima e-mail daripada sahabatnya yang menyatakan bahawa bekalan
A B

elektrik di kawasan perumahannya akan mengalami gangguan. Tiada kesalahan


C D

23. Kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar itu mendapat
A B

perhatian daripada para ilmuwan dan cendekiawan yang hadir. Tiada kesalahan
C D

24. Encik Fendi bersyukur kerana memperolehi cahaya mata lelaki yang diharap-
A B C
harapkannya sejak beberapa tahun yang lalu. Tiada kesalahan.
D

25. Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia tidak atas dasar kekuatan tentera
A B C
tetapi atas dasar perundingan. Tiada kesalahan
D

Soalan 26 hingga 30
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

26. i Penceramah itu berjaya mengupas tajuk yang disampaikan dengan jelasnya.
ii Beberapa orang pemuda sedang sibuk mengupas buah kelapa untuk kenduri
di rumah Pak salim.
iii Dinding papan rumah itu mengupas kerana sudah terlalu lama.
iv Penduduk kampung bergotong-royong mengupas daging lembu yang baru di
disembelih itu.

A i dan ii
B iii dan iv sahaja
C i,ii, dan iii sahaja
D ii, iii, dan iv sahaja

27. i Di kutub, air laut kuat sepanjang tahun.


ii Walaupun Mak Senah sudah tua tetapi badannya masih kuat.
iii Abang masih tidak dapat bekerja kerana luka di kakinya belum kuat.
iv Sebahagian besar penduduk kampung itu masih kuat berpegang pada adat
lama.

A i dan ii
B ii dan iv sahaja
C i,ii, dan iii sahaja
D ii, iii, dan iv sahaja

28. i. Corak baju batik itu sungguh menarik.


ii Nelayan yang baru pulang dari laut itu sedang menarik sampannya ke tepi
pantai.
iii Harga getah semakin menarik kerana permintaan yang semakin meningkat.
iv Banyak peminat teater yang menyaksikan persembahan teater itu kerana
jalan ceritanya menarik.

A. i dan ii sahaja
B. iii dan iv sahaja
C. i, ii, dan iv sahaja
D. i, iii, dan iv sahaja

28. i Saya sedang berkira-kira untuk menyertai aktiviti persembahan tersebut.


ii Eloklah kamu berkira-kira sebelum memberi apa-apa pendapat.
iii Zahari memang lemah dalam berkira-kira menjawab soalan Matematik.
iv Berkira-kira seribu orang telah menghadiri perhimpunan itu.

A. i dan ii sahaja
B. ii dan iii sahaja
C. i, ii, dan iii sahaja
D. ii, iii, dan iv sahaja

29. i Pasukan bola sepak sekolah pulang dengan hampa kerana gagal
mengekalkan kejuaraan mereka.
ii Alangkah hampanya hati Ermiza apabila gagal dalam peperiksaan itu.
iii Biasanya hampa padi akan dibakar atau dibuang.
iv Raihan menyesal kerana telah hampa harapan ayah dan ibunya.

A. ii dan ii sahaja
B . ii dan iii sahaja
C. i, ii , dan iii sahaja
D. i, ii, dan iv sahaja

30. i Ayah terkejut kerana enjin keretanya berhenti secara tiba-tiba.


ii Marsha sudah berhenti kerja di syarikat penerbitan itu kerana dia
menghadapi masalah kesihatan.
iii Encik Badrul berhenti keretanya di tepi jalan kerana dia mahu membeli
buah durian.
iv Apabila hujan sudah berhenti, acara sukaneka itu diteruskan semula.

A. i dan iv sahaja
B. ii dan iiii sahaja
C. i, ii, dan iv sahaja
D.ii, iii, dan iv sahaja

Soalan 31 hingga 34

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan A, B, atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jik tiada kesalahan.

31. Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk membantu ayah mengusahakan
perniagaannya.

A. demi bantuan
A. untuk membantu
B. demi untuk membantui
C. demi untuk membantu

32. Pihak sekolah harus mengambil langkah yang bijak untuk memartabatkan
Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

A. ambil langkah yang bijak


A. mengambilkan langkah bijak
B. mengambil akan langkah yang bijak
C. mengambil langkah yang bijak

33. Pemohon pinjaman wang Encik Hafizi ditolak oleh pihak bank kerana beliau
telah disahkan muflis.

A. permohonan pinjaman wang


B. permohonan meminjam wang
C. permohon meminjamkan wang
D. pemohon pinjaman wang

34. Kami sudah berbincang tentang perkara ini dengan ketua kampung
sebelum membuat keputusan.
A. sudah berbincang perkara ini
B. sudah bincang perkara ini
C. sudah bincangkan perkara ini
D. sudah berbincang tentang perkara ini

Soalan 35 hingga 38

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

35. Amalan berjimat cermat perlu dipupuk dalam kalangan anak-anak kerana
banyak mendatangkan faedah.

A. Banyak faedahnya jika amalan berjimat cermat dapat dipupuk dalam


kalangan anak-anak.
B. Anak-anak yang banyak mengamalkan jimat cermat akan memperoleh
kelak.
C. Pemupukan tabiat berjimat cermat yang banyak akan memberikan faedah
kepada anak-anak.
D. Anak-anak perlu dipupuk amalan berjimat cermat kerana banyak
mendatangkan manfaat.

36. Pembangunan negara perlulah mengikut acuan kita sendiri tanpa dipengaruhi
oleh kuasa luar

A. Negara kita perlulah dibangunkan mengikut acuan kita sendiri tanpa


dipengaruhi oleh kuasa luar.
B. Acuan kita sendiri perlulah membangun tanpa terpengaruh oleh kuasa luar.
C. Pembangunan negara yang dipengaruhi oleh kuasa luar akan dibuat
mengikut acuan kita sendiri.
D. Kuasa luar akan mempengaruhi pembangunan negara kita mengikut acuan.

37. “Jangan biarkan adik kamu bermain di luar rumah sepanjang ketiadaan ibu
dan ayah esok”, pesan Puan Afiqah kepada anak sulungnya.

A. Anak sulung Puan Afiqah diingatkannya agar tidak membiarkan adiknya


bermain di luar rumah esok semasa ketiadaan mereka.
B. Puan Afiqah melarang anak-anaknya keluar rumah semasa ketiadaan
beliau dan suaminya.
C. Puan Afiqah menegah anak sulungnya membiarkan adiknya bermain
di luar rumah sewaktu mereka.
D. Puan Afiqah mengingatkan anak sulungnya agar tidak membiarkan adiknya
bermain di luar rumah ketika beliau dan suaminya tiada di rumah
pada esok hari.

38. Sistem perhubungan yang moden pada hari ini membolehkan kita berhubung
antara satu dengan yang lain di serata dunia dengan lebih cepatnya.
A. Melalui perhubungan moden sahajalah proses perhubungan dapat
kita jalankan dengan cepatnya.
B. Dengan adanya sistem perhubungan moden pada hari ini,
perhubungan kita antara satu dengan yang lain di serata dunia ini dapat
dilakukan dengan cepatnya.
C. Dengan adanya sistem perhubungan moden, kita bukan sahaja dapat
antara satu dengan yang lain di serata dunia, malah dapat berhubung dengan lebih
cepat lagi.
D. Untuk memungkinkan kita berhubung antara satu dengan yang lain
di seluruh dunia, kita perlu menggunakan sistem komunikasi moden.

Soalan 39 hingga 40

Pilih peribahasa atau maksud yang paling sesuai.

39. Pada mulanya kehidupan Puan Rina sekeluarga agak susah selepas kematian
suaminya. Kini, kehidupan mereka bertambah baik apabila mereka mendapat bantuan
daripada Lembaga Zakat Selangor.

A. Ibarat beban sudah ketepi


A. Ibarat burung,mata terlepas badan terkurung
B. Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
C. Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali

40. “Maafkan saya, cikgu. Saya tidak dapat menyertai pertandingan pidato itu. Saya
sudahpun berfikir masak-masak. Saya gugup apabila berhadapan dengan orang
ramai’, kata Raisya kepada Cikgu Liyana.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa….

A. Ukur baju di badan sendiri


B. Lalang ditiup angin
C. Alah bisa tegal biasa
D. Sarang tebuan jangan di jolok

BAHAGIAN A: OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (OAP)


[ 10 SOALAN ]
PEMAHAMAN TEKS
( 5 markah )

1. Baca petikan e-mel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

Daripada: hananiaiman(®gmail.com
Kepada: masriza@yahoo.com ;

Perkara: Persediaan untuk Menghadapi PT3

Kepada sahabatku, Masriza yang berada di Sabak Bernam, Selangor. Apa khabar?
Semoga saudari sekeluarga sihat sejahtera. Bagaimanakah persediaan saudari untuk
menghadapi peperiksaan PT3 yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi? Untuk
pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan untuk menghadapi
peperiksaan tersebut.

Saudari,

Antara persediaan yang saya lakukan termasuklah mengulang kaji pelajaran pada
waktu malam. Saya mula membuat persediaan tersebut sejak dua bulan yang lalu. Saya
mengulang kaji pelajaran dari pukul 8:00 malam hingga pukul 10:00 malam pada setiap
hari berdasarkan jadual yang saya sediakan itu.

Semasa belajar di dalam kelas pula, saya akan menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pengajaran guru, sekiranya ada perkara yang tidak saya fahami, saya akan
segera bertanya kepada guru supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Selain itu, saya mengikuti kelas tuisyen dua kali seminggu pada hujung minggu. Saya
amat berterima kasih kepada ibu dan ayah saya yang banyak melabur bagi memastikan
kejayaan saya. Saya berazam akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
memenuhi harapan menggunung mereka.

Jika ada kelapangan, saya juga akan berkunjung ke perpustakaan awam untuk
meminjam buku-buku rujukan tambahan. Kadang-kadang saya akan berbincang dengan
rakan-rakan tentang topik-topik yang agak sukar saya fahami. Akhir sekali, saya tidak
lupa untuk memanjatkan doa setiap kali selepas solat agar hati saya senang dan mudah
memahami pelajaran.

Demikianlah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan PT3. Semoga


kita sama-sama dapat menjawab soalan dengan mudahnya dalam peperiksaan PT3
nanti.

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini. Sambutlah salam mesra
daripada saya buat saudariSemasa belajar di dalam kelas pula, saya akan menumpukan
sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru, sekiranya ada perkara yang tidak saya
fahami, saya akan segera
.

Hanani Aiman binti Ghazali


Alor Setar, Kedah

1. Penerima e-mel ialah


A ibu penulis. C rakan penulis.

B guru penulis. D kakak penulis.

2. Berapakah peruntukan masa oleh penulis dalam seminggu untuk mengulang kaji
pelajaran di rumah?

A dua jam C tujuh jam

B lima jam D empat belas jam

3 Apakah yang dilakukan oleh penulis jika ada sesuatu perkara yang tidak difahami di
dalam kelas?

A bertanya kepada guru

B meminjam buku rujukan di perpustakaan

C menumpukan perhatian terhadap pengajaran

D berbincang dengan rakan dalam kumpulan studi

4 Frasa menumpukan sepenuh perhatian dalam petikan e-mel bermaksud

A rajin C yakin

B focus D tabah

5. Pilih penyataan yang tidak benar petikan e-mel.


A. Penerima e-mel merupakan calon PT3.
B. Rakan penulis ialah teman sekelasnya.
C. Bersolat dan berdoa ialah amalan penulis.
D. Penulis berusaha dengan gigihnya untuk mencapai kejayaan dalam PT3.
2. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Pelbagai Kempen Antirokok melalui media massa telah dilaksanakan sejak bertahun-
tahun lamanya. Begitu juga dengan penguatkuasaan undang-undang melarang
penjualan rokok kepada pembeli berumur di bawah 16 tahun serta perlaksanaan
cukai yang tinggi terhadap harga jualan rokok. Namun begitu, bilangan perokok terus
meningkat setiap tahun. Rentetan kegagalan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan di
premis makanan di negara ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

Amalan merokok turut menular dalam kalangan murid sekolah. Amalan ini terang-
terang melanggar disiplin sekolah bahkan juga boleh menyebabkan keruntuhan
akhlak. Perkara yang lebih membimbangkan ialah prestasi pelajaran murid akan
merosot dan seterusnya menjejaskan masa hadapan murid. Sebaliknya bagi
segelintir murid amalan merokok ini dianggap sebagai gaya hidup yang bergaya dan
dijadikan ukuran status kedewasaan. Pada mulanya, amalan merokok hanyalah
untuk suka-suka. Lama-kelamaan, tabiat merokok ini semakin parah , murid-murid
mula ketagih untuk merokok. Murid-murid yang ketagihan ini tidak menyedari bahawa
perbuatan mereka akan mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka sendiri.

Situasi ini amat menyedihkan. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan merokok
banyak keburukannya. memudaratkan kesihatan si perokok, asap rokok juga akan
membahayakan orang di sekeliling dan mencemarkan alam sekitar. Di samping itu,
merokok merupakan suatu pembaziran. Kebanyakan murid menghabiskan wang
saku yang diberikan oleh ibu bapa untuk membeli rokok. Adakalanya, murid-murid ini
rela berlapar semata-mata untuk mendapatkan sebatang rokok. Mereka tidak sedar
bahawa rokok mempunyai pelbagai jenis bahan beracun iaitu tar, nikotin, dan karbon
monoksida yang berbahaya. Hasil daripada kajian yang dilakukan, sebatang rokok
yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 jenis bahan kimia beracun. Malah,
bahan tersebut dapat mengancam nyawa orang lain yang menghidu asap rokok.

Berdasarkan maklumat ini, amalan ini perlu dielakkan bagi menghindarkan


masalah yang lebih serius. Bak kata peribahasa, "Ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis". Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap anak-anak di samping
bersikap tegas dalam mendidik mereka. Pihak sekolah pula diharapkan memainkan
peranan sewajarnya dalam usaha menghalang penularan amalan merokok dalam
kalangan murid.

Hanani Aiman binti Ghazali , Alor Setar, Kedah


1 Apakah masalah utama yang diperkatakan dalam petikan?

A amalan merokok di sekolah


B amalan merokok dalam kalangan murid
C amalan merokok dalam kalangan orang tua
D amalan merokok di restoran dan di premis makanan

2 Murid yang merokok secara suka-suka akhirnya

A ketagihan untuk merokok.


B menjadi umpatan masyarakat.
C akan didenda oleh guru disiplin.
D setanding dengan golongan dewasa.

3 Mengapakah amalan merokok dikatakan mengancam nyawa orang lain?

A asap rokok terlalu tebal dan berbau


B asap rokok mengandungi bahan kimia yang beracun
C orang ramai diberikan pendedahan tentang Kempen Antirokok
D perokok sengaja menghembuskan asap kepada orang di sekelilingnya

4. Frasa keruntuhan akhlak dalam petikan bermaksud


A kejatuhan imej.
B kehilangan tabiat.
C kehancuran moral.
D kemusnahan sahsiah

5. Pilih penyataan yang tidak benar tentang merokok.


A Mencemarkan alam sekitar
B Memudaratkan kesihatan si perokok
C Prestasi pelajaran murid akan merosot
D Mengurangkan perbelanjaan untuk membeli makanan
.

BAHAGIAN B:
[ 25 SOALAN ]

SOALAN 1 : SISTEM BAHASA(OPB)


( 5 Markah )

Soalan 1.

Gantikan kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.. Anda
tidak perlu menyalin semula ayat-ayat tersebut.

1. Mangga muda itu sungguh masin rasanya.

___________________________________________

2. Kotak yang tebal itu tidak terangkat oleh kakak.

___________________________________________

3. Aliran air sungai di hujung kampung itu sungguh kencang.

___________________________________________

4. Fahmi mencatat masa yang paling deras dalam acara lumba lari 100 meter.

__________________________________________

5. Adlina begitu kecewa kerana dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.

__________________________________________

Soalan 2

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA
atau FN + FS .

1. Suhu badan adik sangat panas.


__________________________________

2. Mereka mendaki Gunung Jerai pagi tadi.

___________________________

3. Encik Muhaimin guru baharu di sekolah saya.

_____________________________
4. Abang ke sekolah menaiki bas.

______________________________

5. Encik Murugan seorang pengarah filem Tamil.

_______________________________

6. Artis itu menyanyikan sebuah lagu patriotik.

_______________________________

Soalan 3

Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah ini.

1. Budak-budak lelaki itu lari bengkang-bengkok apabila ternampak anjing


mengejar mereka dari arah belakang.
2. “Baju kurung songket bunga tabur itu sungguh cantik apabila dipakai
dengan selendang yang berwarna merah jambu.”kata ibu kepada kakak.
3. Pengalaman tersesat di dalam hutan selama beberapa hari merupakan
pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan oleh Luqman.
4. Meskipun kami baru berpindah di sini, kami cepat mesra dengan jiran
tetangga kerana mereka sangat ramah-tamah.
5. Kawasan tanah terdampar yang terdapat di negeri itu akan dimajukan
oleh pihak pemaju tidak lama lagi.

Soalan 4

Tandakan rait ( / ) di dalam petak yang disediakan bagi melengkapkan dalam ayat-ayat di
bawah ini.

1. “Kita mestilah berjimat cermat dalam mengurus __________________ bulanan kita.”


pesan ibu _________________ kakak.

peruntukan perbelanjaan
untuk kepada

2. Pihak kerajaan mestilah berusaha untuk ________________ kadar pengangguran


dalam kalangan siswazah ________________ semakin meningkat di negara kita ini.

mengurangkan
yang 3. Ayah membelikan ibu se _________________ rantai
dan se _____________ cincin
sempena hari kelahiran ibu pada bulan lepas.

lembar
biji
4. “ ____________________ tanggalkan kasut kamu sebelum masuk ke dalam
perpustakaan dan __________________ kamu dapat mematuhi segala peraturan
di sini,” Kata Cikgu Dalisha kepada murid-muridnya.

5. Ayah _________________ misainya dan kelihatan Sila


lebih _________________. harap

menggosok
menawan

SOALAN 2 : PEMAHAMAN PETIKAN KOMSAS


( 10 Markah )

1. Berdasarkan petikan cerpen di bawah ini, baca dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus mencurahkan isi
hati yang terpendam. Pada ruang jeda tanpa suara rintihannya, mungkin dia
sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan bicara, saya
menyelit soalan.
“Dah tu, macam mana?”
Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak
juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di
hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor rumah teman
yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari
saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang
sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan dengan
penghargaan dan pesanan.
“Terima kasihlah. Nana telefon juga, Tanya khabar mak. Abang kau tu, duduk
saja dekat tapi tak menjenguk langsung… tak hirau keadaan mak dalam banjir ini.
Kirim salam pada suami dan anak-anak kau.”
Tak sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus dalam hujan yang
sudah empat hari empat malam lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan
televisyen menambah kekerapan siaran berita terkini. Aktiviti laut wajib
ditangguhkan dan bekalan ikan di pasar berhampiran rumah saya melambung
harga yang menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah tinggi telah merungut
sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tapi ikan kering.
Ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja hidangan. Ya Allah, saya
tidak dapat menelan.

(Dipetik daripada cerpen “Banjir di Mata Emak” antologi Baik Budi,


Indah Bahasa, Tingkatan 2, Aras Pendidikan Sdn. Bhd.)

i) Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan dua kesan buruk yang berlaku akibat
banjir yang melanda tempat tinggal penulis. (3 markah)

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas berserta dengan
contoh yang sesuai. (3 markah)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

iii) Pada setiap tahun, banjir akan melanda beberapa negeri di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang boleh dihulurkan oleh masyarakat
kepada mangsa banjir. (4 markah)

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

SOALAN 3 : NOVEL
( 10 Markah )

1. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.

i) Meniti Impian Karya Osman Ayob


ii) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani
iii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon
iv) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi

Persoalan ialah idea sampingan yang ingin disampaikan melalui sesebuah karya.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan tiga persoalan dan contoh-contoh yang
sesuai bagi setiap persoalan tersebut.
(10 markah)

BAHAGIAN C: PEMINDAHAN MAKLUMAT


[ 15 Markah ]

1. Perhatikan gambar yang diberikan di bawah ini. Kemudian buat ulasan anda
berkaitan usaha-usaha untuk memajukan kraf tangan ini. Panjangnya ulasan adalah
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PRODUK KRAF TANGAN


3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faedah menabung. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Kita sering diuar-uarkan bahawa menabung ialah amalan mulia. Namun, masih ramai
yang tidak menyedari peri pentingnya menabung dalam kehidupan. Hakikatnya,
menabung mempunyai seribu faedah yang menakjubkan. Pelbagai kaedah menabung
boleh dilakukan mengikut keperluan, kemampuan dan keselesaan seseorang individu.
Pepatah ”sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” membuktikan betapa tabungan yang
sedikit jika ditambah setiap hari akan memberikan pulangan yang besar. Tabungan
dapat membantu seseorang individu membeli eset seperti kereta dan rumah untuk
keselesaan peribadi dan keluarga. Keluarga yang bahagia, antara lain perlulah kukuh
dari segi kewangannya. Amat merugikan jika keluarga menjadi porak-peranda kerana
masalah kewangan. Oleh itu, salah satu cara untuk menuju ke arah kekukuhan ekonomi
keluarga adalah dengan menabung.

Untuk jangka masa yang lebih panjang, tabungan amat diperlukan untuk
menyediakan sumber kewangan kepada anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnnya dengan menabung tiadalah lagi anak-
anak yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana ketiadaan wang untuk membiayai
yuran pengajiannya. Kesedaran ibu bapa pada hari ini akan meringankan beban mereka
pada masa hadapan.

Menabung juga bukan semata-mata untuk hari ini. Menabung sebenarnya ibarat
payung yang disediakan sebelum hujan. Justeru, tabungan hari ini dapat membantu
urusan dan kehidupan yang jauh lebih mencabar apabila usia semakin lanjut. Misalnya,
menghidap penyakit kronik dalam usia 50-an. Penyakit ini memerlukan belanja
perubatan yang besar yang mungkin tidak tertanggung oleh anak-anak. Oleh itu,
dengan adanya tabungan peribadi, sekurang-kurangnya kita tidak membebankan orang
lain.

Selain itu, tabungan juga membantu kita sekiranya berlaku kecemasan sama ada
dalam kehidupan seharian atau pada masa hadapan. Kecemasan seperti kematian
kemalangan hakikatnya memerlukan wang untuk menguruskannya. Jika tiada tabungan,
kematian atau kemalangan itu akan lebih tragis daripada yang sepatutnya. Bagi yang
berminat untuk berniaga, tabungan dapat dijadikan modal untuk memulakan suatu
perniagaan.

Kesimpulannya, tabiat menabung boleh direalisasikan dengan mudah seandainya


wujud kemahuan dalam diri seseorang individu. Wujudnya pelbagai jenis tabungan
dapat membantu pengguna memilih bentuk tabungan yang sesuai dengan diri mereka.

( Dipetik dan diubahsuai daripada ’ Menabung demi masa depan’

Buletin Pengguna, bil 6/2008 )

Anda mungkin juga menyukai