Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan. Khemah atau juga dengan
maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai
kemudahan asas.

Jenis-Jenis Khemah iaitu :

 A Shape

 Doom

 Igloo
Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan untuk keselamatan :

1. Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk elakkan dari
sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih)
2. Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemah-khemah.
3. Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan.
4. Pastikan Khemah : 
 Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar ( jika tiada pilihan
mestilah mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang condong, sebalik nye
dirilah khemah pada berlawanan arah condong ).
 Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, & berbatu.   
 Tidak didirikan dilaluan air, binatang(denai), ataupun manusia.
5. Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan
keluar dari khemah.
6. Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di belakang
khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga jangkamasa
khemah)
7. Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.
8. Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat.
9. Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak
sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah).
10. Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek.
11. Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari kawasan
perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai