Anda di halaman 1dari 8

PERKHEMAHAN

PENGENALAN
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untukmerehatkan
fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaanserta rakan
apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung,berbasikal,
berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan..
Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan
termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan. Ia
melibatkan bermalam samada satu malam atau lebih,samada dihutan,kawasan sekitar
rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai.Aktiviti perkhemahan
ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan
tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh
diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan
keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, absailing,
orienteering dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan ini pasti akan melibatkan
penggunaan khemah. Khemah pula terbahagi kepada pelbagai bentuk dan bahan yang
digunakan untuk membuat sesuatu khemah. Jika pada zaman dahulu khemah adalah
diperbuat daripada bahan daripada alam sekitar seperti daun kering, pokok kayu, rotan
dan kulit binatang atau kulitkayu tetapi pada zaman sekarang khemah pula diperbuat
daripada kanvas, nylon,plastic, dan sebagainya yang lebih ringan dan mudah untuk
dibawa bergerak. Khemah moden ini juga diperbuat berdasarkan kepada keadaan iklim
dan cuaca sesuatu tempat untuk disesuaikan.
OBJEKTIF PERKHEMAHAN
1.Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi
keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh
dari bandar.
2.Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab.
3.Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan
berkhemah kepada para pelajar.
4.Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan
kecekapan yang ada pada mereka.
5.Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi
perpaduan.
6.Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak sekolah .
7.Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang
lebih mencabar dan menarik.
8.Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan.
9.Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.
10.Memupuk sikap berani di kalangan peserta.
11.Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta.
FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN

1.Berdikari dan ikhtiar hidup.


2.Mengamalkan kebersihan.
3.Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan.
4.Merandang segala aktiviti dan keperluan.
5.Cergas dan yakin pada diri sendiri.
6.Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan.
7.Menghilangkan tekanan.
8.Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan
mental yang berfaedah.
9.Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat.
10.Bekerjasama.
KOMPENAN-KOMPENAN PERKHEMAHAN

JENIS-JENIS KHEMAH

Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan


untuk aktiviti berkhemah:

- Khemah bentuk ‘A’tanpa helaian terbang


- Khemah ‘A’ berhelaian
- Khemah pengembaraan
- Khemah satu tiang
- Khemah bentuk dinding
- Khemah Ridge dua tiang
- Khemah wagon
- Khemah dome
- Khemah igloo
- Khemah berangka
PENJAGAAN KHEMAH

1.Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.


2.Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
3.Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan
pencuci yang mengandungi bahan kimia.
4.Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan
selamat daripadaancaman haiwan perosak dan ditempat
yang kering.
5.Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan
khemah dan lengkap sebelum disimpan.
PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH

Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah


kecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau
ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk
mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian
dan penekaan:
a) Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )
b) Terlindung dari anginac)
c)Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai)
d) Mempuyai pandangan persekitaran yang menarik ( seronok,
lapang,dan terhibur apabila melihatnya ).
e) Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan
keadaansekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan
yang basah.
f) Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan
kita bergeraksemula bagi tujuan kecemasan
DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN

Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan


peraturan- peraturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan:

a) Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.


b) Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang
curam,tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-
tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua
orang
c) Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah
dihapuskan segera.
d) Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir
dengan khemah.
e) Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
f) Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah (khemah moden).
g) Digalakkan makan dan minum di luar khemah untuk mengelakkan semut
atau binatang merayap daripada memasuki khemah.

Anda mungkin juga menyukai