Anda di halaman 1dari 27

KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR

NAMA : DANIA HANA SAFFIYA BINTI MOHAMMAD IQBAL

NO ID : SEC22070052

KUMPULAN : KESATRIA KUMPULAN B

NAMA JURULATIH : ENCIK JEFFERY

TAJUK : PERKHEMAHAN & IKHTIAR HIDUP


ISI KANDUNGAN

1. ABSTRAK
2. PERKHEMAHAN
2.1 PENGENALAN
2.2 OBJEKTIF PERKHEMAHAN
2.3 PERALATAN PERKHEMAHAN
2.4 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN
2.5 JENIS-JENIS KHEMAH
2.6 CARA-CARA MEMASANG KHEMAH
2.7 PENJAGAAN KHEMAH
2.8 PERATURAN PENJAGAAN KAWASAN PERKHEMAHAN
2.9 CARA-CARA MEMASAK SEMASA BERADA DI KAWASAN PERKHEMAHAN
2.10 PERATURAN SEBELUM TINGGAL KAWASAN PERKHEMAHAN
2.11 FAEDAH AKTIVTI PERKHEMAHAN

3. IKHTIAR HIDUP
3.1 PENGENALAN
3.2 OBJEKTIF IKHTIAR HIDUP
3.3 SITUASI YANG BERLAKU DALAM IKHTIAR HIDUP
3.4 TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
3.5 PUNCA MUNCULNYA TEKANAN DALAM IKHTIAR HIDUP
3.6 CARA MENGELAKKAN TEKANAN DALAM IKHTIAR HIDUP
3.7 PRINSIP IKHTIAR HIDUP
3.8 PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
3.9 KAEDAH ,JENIS DAN PANDUAN SURVIVAL
3.10 ELEMEN UTAMA DALAM IKHTIAR HIDUP
3.11 CARA MEMASTIKAN TUMBUHAN BERACUN DAN BOLEH DIMAKAN
3.12 TUMBUHAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DI MAKAN
3.13 TEMPAT PERLINDUNGAN
3.14 SIGNALLING
3.15 PERTOLONGAN CEMAS
3.16 ALATAN IKHTIAR HIDUP
3.17 KESIMPULAN
ABSTRAK

Aktiviti perkhemahan yang melibatkan penyertaan pelajar berkeperluan khas, perancangan

aktiviti yang sistematik perlu dilaksanakan agar memberi peluang yang optimum kepada para

peserta untuk memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan

kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kerjasama dan kesediaan berdikari

serta bertanggunggjawab. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka

pelaksanaan perlu mengambil kira setiap aspek termasuklah perancangan sebelum, semasa dan

selepas perkhemahan, aspek kebajikan dan keselamatan, alat-alatan perkhemahan, halangan-

halangan yang dihadapi dan juga pelan tindakan kecemasan. Kesemua aspek ini perlu

diperincikan supaya setiap petugas dan peserta dapat menjalankan tugas masing-masing. Selain itu,

taklimat sebelum perkhemahan amat penting kepada peserta sebagai gambaran awal organisasi

perkhemahan yang akan dijalankan. Jumlah urusetia perlu lebih ramai untuk mengawasi pelajar-

pelajar ini supaya sebarang perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Namun, malang tidak berbau,

maka, pelan tindakan kecemasan seharusnya dirangka dengan rapi dan dimaklumkan kepada semua

peserta yang terlibat. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah hasratkan agar murid-murid

ini dapat mencapai objektif aktiviti perkhemahan itu sendiri dengan jayanya.
2.0 PERKHEMAHAN

2.1 PENGENALAN

Perkhemahan adalah penghidupan di luar sama ada di kawasan hutan, bukit, gunungdan sebagainya.
Berkhemah merupakan satu aktiviti luar yang dapat memupuk sifatkerjasama, berdikari dan
mempelajari kemahiran-kemahiran perkhemahan. Lord Baden Powell (1955) menyatakan bahawa
berkhemah merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan kerana dalam perkhemahan, peserta-
peserta dapat hidup dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan
burung serta dikelilingi oleh pohon-pohon kayu yang menyegarkan dan menghayati serta
mengagumi keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan. Tujuan aktiviti perkhemahan dijalankan
adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kumpulan dan mengeratkan lagi
hubungan antara rakan ataupun keluarga . Semangat keberanian dan kreativiti juga dapat dipupuk.
Seseorang juga dapat meningkatkan keupayaan diri dan menjadi bertanggungjawab serta
berdisiplin. Perkhemahan ini juga dapat memberi pengalaman yang luas kepada para peserta dan
juga para peserta dapat menjelajah ke tempat yang baharu serta mendapat faedah melalui aktiviti
perkhemahan.

2.2 OBJEKTIF PERKHEMAHAN

1. Melahirkan murid-murid yang berdedikasi dan bermotivasi tinggi.

2. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah.

3. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang penerapan nilai-nilai murni.

4. Sentiasa mengamalkan sifat tanggungjawab dan bersatu padu dalam membentuk kumpulan


yang teguh.

5. Merapatkan hubungan persaudaraan antara ahli perkhemahan.


2.3 PERALATAN PERKHEMAHAN

Terdapat berbagai peralatan yang boleh dibawa bagi membantu memudahkan perkhemahan.
Perkakasan yang diperlukan semasa perkemahan boleh dibahagi kepada beberapa kategori,
antaranya adalah peralatan untuk perkhemahan, peralatan am, peralatan memasak dan
peralatan peribadi.

PERALATAN UNTUK PERKHEMAHAN :

1. Khemah, pacak khemah, tali pengikat


2. Plastik alas lantai khemah
3. Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran)
4. Tikar tidur
5. Beg tidur
6. Selimut
7. Bantal
8. Lampu picit dan bateri ganti
9. Plastik sampah
10. Tali lebih
11. Kit pertolongan cemas
12. Belerang

PERALATAN AM :

1. Parang
2. Kompas
3. Gunting
4. Pisau
5. Mancis tahan air / dalam bekas kedap air
6. Pemula api
7. Kayu/bahan bakar

PERALATAN MEMASAK:

1. Dapur perkhemahan
2. Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak)
3. Jaring bagi unggun api
4. Periuk perkhemahan dengan penutup
5. Cerek teh atau kopi
6. Kuali menggoreng
7. Pembuka tin
8. Pembuka botol
9. Sudu, pisau, garpu
10. Cawan plastik, kertas atau besi
11. Pinggan plastik/kertas
12. Mangkuk
13. Sudu hidangan
14. Spatula
15. Tuala pengesat
16. Span
17. Sabun ramah persekitaran
18. Tuala kertas
19. Bekas plastik bagi menyimpan makanan

PERALATAN PERIBADI:

1. Tunai
2. Kad pengenalan
3. Tuala
4. Baju basahan / mandi
5. Sabun
6. Syampu
7. Berus gigi & ubat gigi
8. Selipar
9. Penghalau serangga
10. Pelindung matahari
11. Peta
12. Beg galas
13. Tabung air
14. Tisu tandas
15. Tisu
16. Ubat yang diperlukan
17. Baju sejuk / jaket ringan / kot tebal
18. Baju hujan
19. Topi & sarung tangan
20. Cermin mata gelap
21. Sekurang-kurangnya 2 pasang kasut
22. peralatan mandi
23. wisel
24. baju pesendirian
25. handphone, power bank, usb cable
2.4 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN

1.  SUMBER ASAS
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama
untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah
penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu
dilarang berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit.

2. PERHUBUNGAN
Kawasan yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan
orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai
polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan mendapatkan
bantuan segera jika perlu. Jika menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau
jauh kedalam hutan, pastikan berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya
kedudukan mudah dikesan dari udara.

3. DENAI BINATANG 
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana akan
mengakibatkan khemah akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan
denai tersebut.

4.  BENTUK MUKA BUMI


Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut
haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung
atau banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu
kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.

TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang
sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap
khemah. Memastikan bahawa tapak perkhemahan jauh dari semak dan belukar kerana
kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti
ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh
mengoyakkan khemah.

Tetapi diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak
jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin.
Dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya
tanah runtuh.

2.5 JENIS-JENIS KHEMAH

Terdapat pelbagai jenis khemah yaitu:

1. RIDGE TENT

2. DOME TENT

3. IGLOO TENT
4. CABIN TENT

5. FAMILY TENT
2.6 CARA-CARA MEMASANG KHEMAH

1. Pastikan kedudukan tirai khemah adalah kearah yang dikehendaki.

2.Mulakan dengan memasukkan flexible poles (rangka lentur) sebagai rangka khemah.

3. Setiap hujung poles dimasukkan ke dalam lubang penjuru khemah yaitu lubang yang paling
hampir dengan khemah.
4. Seterusnya, ikat kedua-dua flexible poles bagi menstabilkan rangka khemah.

5. Masukkan besi pacak berbentuk L ke dalam lubang penjuru khemah dan benamkannya.
Sekiranya perlu, letakkan batu atas besi pacak bagi memastikan khemah kukuh dan stabil.
6. Akhir sekali,letakkan top cover dan cangkuk pada tempat yang disediakan agar top cover tak
melayang.

2.7 PENJAGAAN KHEMAH

1. Membuat parit disekeliling khemah untuk mengelakkan air masuk di dalam khemah.
2. Menabur belerang di sekeliling khemah. Tujuan menabur beleranf adalah untuk
mengelakkan dari serangga yang berbisa. Jika tiada belerang boleh menggunakan abu api.
3. Jangan menyimpan makanan yang tidak habis di dalam khemah. Tujuanya untuk
mengelakkan binatang masuk di dalam khemah.
4. Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah.
5. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam khemah dalam
usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Contoh belerang:

2.8 PERATURAN PENJAGAAN KAWASAN PERKHEMAHAN

1. Elakkan dari merosakkan ekosistem yaitu dengan mengurangkan menebang pokok.


2. Menyiapkan lubang sampah dan lubang tandas.
3. Memasang perimeter wayar menggunakan tali di sekeliling tapak perkhemahan.
4. Menjelang malam, tali dinaikkan ke paras pinggang, bertujuan untuk mengelakkan
tersesat atau terkeluar daripada kawasan tapak tersebut. 
5. Memasang tali menghala ke tandas dan juga water point di keliling khemah.
6. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
7. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak
bertanggungjawab.
8. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

2.9 CARA-CARA MEMASAK SEMASA BERADA DI KAWASAN PERKHEMAHAN

Terdapat pelbagai teknik memasak yang boleh digunakan semasa perkhemahan yaitu masak di
dalam tanah, masak menggunakan dapur gas , masak menggunakan lilin dan masak menggunakan
buluh.
2.10 PERATURAN SEBELUM MENINGGALKAN KAWASAN PERKHEMAHAN

1. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan dengan sampah sarap.


2. Memastikan kawasan perkhemahan bersih daripada sampah atau alatan.
3. Menimbus kembali lubang yang telah digali.
4. Mengemas kembali alatan perkhemahan yang telah digunakan.
5. Membuat pemeriksaan terakhir sebelum meninggalkan tapak perkhemahan

2.11 FAEDAH AKTIVITI PERKHEMAHAN

1. Meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.


2. Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta.
3. Membentuk jati diri dan sahsiah peserta.
4. Membentuk nilai kepimpinan.
5. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.
3.0 IKHTIAR HIDUP

3.1 PENGENALAN

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live. Maka dalam

pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk

terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus

dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Ikhtiar hidup

merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan

sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup

ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus diatasi melalui

usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.


3.2 OBJEKTIF IKHTIAR HIDUP

Dari segi kognitif (mental) , ilmu ikhtiar hidup dapat membuatkan kita memperoleh pengetahuan
asas untuk terus hidup semasa terperangkap di laut , di hutan , di bukit , dll. Kita juga dapat
menambah pengetahuan melalui alam semula jadi untuk mencari sumber makanan , tempat
perlindungan dan punca air selain dari sungai. Selain itu , kita dapat mempelajari asas dan langkah-
langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup .

Dari segi psikomotor (fizikal) , ilmu ikhtiar hidup membantu kita membina tempat perlindungan
menggunakan bahan semulajadi supaya kita dapat berlindung dari ancaman binatang ganas dan
cuaca hujan. Selain itu , kita dapat belajar untuk cepat bertindak dan memilih penyelesaian yang
tepat dalam situasi yang genting. Di samping itu , kita mampu mencari sumber alam semulajadi
untuk dijadikan makanan untuk kita kekal hidup .

Dari segi afektif (emosi) , ilmu iktiar hidup dapat membina keyakinan kita untuk tidak panik sekiranya
berdepan situasi yang kurang baik. Kita juga dapat memupuk nilai murni seperti nilai bekerjasama
kerana kita mungkin dapat bekerjasama dengan baik untuk sama-sama terus hidup. Nilai
bertanggungjawab juga dapat dipupuk kerana kita tidak mementingkan diri dan bertenggungjawab
untuk memastikan semua mampu “survive”. Selain itu , kita dapat mengembangkan minat kita
terhadap alam semula jadi dan sentiasa menikmati serta menjaga keindahannya.

3.3 SITUASI YANG BERLAKU DALAM IKHTIAR HIDUP

Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup ialah apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman.Kita

terpaksa bersedia untuk menerima kemungkinan ini apabila masuk ke dalam hutan. Oleh

itu, persediaan yang rapi mestilah dilakukan supaya kita dapat meneruskan kehidupan sehingga

diselamatkan. Selain itu, ikhtiar hidup ini mungkin juga berlaku apabila berlakunya ancaman

binatang buas ke atas diri kita. Pada waktu yang sama, kita mungkin terpaksa berhadapan dengan

bahaya dan kita juga mesti tahu untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk mengelakkan

daripada menjadi mangsa binatang buas dan menyelamatkan diri. Seterusnya ialah situasi di

mana kita mneghadapi masalah perlindungan. Mungkin sewaktu masuk ke dalam hutan kita

terlupa membawa khemah ataupun kita tersesat di dalam hutan. Mungkin kita tidak mempunyai

alat kelengkapan iaitu khemah untuk menjadi tempat perlindungan kita. Oleh itu, ikhtiar hidup

akan membantu kita mempelajari cara-cara untuk membuat pondok daripada tumbuhan yang

terdapat di dalam hutan.


Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

1.) Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.

2.) Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup

3.) Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan

4.) Teknik – kemahiran ikhtiar hidup

5.) Material – peralatan, pakaian dan bekalan

3.4 TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP

Dalam keadaan genting atau tersesat dalam hutan , kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan
cabaran yang boleh membuatkan kita hilang percaturan jika tidak diurus dan diselesaikan dengan
baik.Antara contoh tekanan atau cabaran yang akan kita hadapi ialah ;-

1. Kelaparan dan Kehausan


- Hal ini berlaku kerana kita mungkin kehabisan sumber makanan ketika melakukan
aktiviti dan tidak ada ilmu untuk mencari sumber makanan melalu sumber semulajadi.
2. Kesakitan dan Keletihan
- Kita akan mengalami kecederaan sekiranya kita tidak melakukan aktiviti dengan
prosedur yang betul dan hal ini akan membuat kita mudah letih namun kita tiada alatan
untuk mengurangkan kesakitan kita .

3. Kesejukan dan Kepanasan

- Hal ini kerana cuaca yang tidak menentu namun kita ketiadaan peralatan dan ilmu untuk
membina tempat perlindungan untuk berlindung.

4. Kesepian dan Ketakutan

- Apabila berada di hutan atau laut berseorangan, kita perlu berlawan dengan ketakutan
kita iaitu ancaman haiwan dan bersedia dengan segala kemungkinan.

3.5 PUNCA MUNCULNYA TEKANAN DALAM IKHTIAR HIDUP

Punca utama berlakunya situasi buruk semasa ikhtiar hidup adalah kelalaian seseorang itu sendiri.
Masalah mungkin bermula di peringkat permulaan. Hal ini kerana seseorang itu kekurangan ilmu dan
kemahiran tentang ikhtiar hidup dan membuatkan mereka memandang remeh tentang ikhtiar
hidup. Mereka mungkin tidak membuat perancangan yang baik . Mereka akan mengalami kesulitan
untuk mengaplikasikan ilmu ikhtiar hidup semasa berlakunya perkara yang tidak diingini. Hal ini akan
menimbulkan suasana panik dan tegang kerana kita tidak mampu menguruskan masalah dengan
betul.

3.6 CARA MENGELAKKAN TEKANAN DALAM IKHTIAR HIDUP

Situasi buruk atau perkara buruk yang berlaku memang bukan kehendak kita dan ianya memang
diluar ramalan kita. Namun, kita boleh mencegah perkara buruk itu bertambah serius dengan
mengambil berat tentang ilmu ikhtiar hidup.Contohnya, kita perlu menyusun rancangan kita dengan
baik dan membuat persiapan dengan teliti supaya segala kelengkapan sepanjang aktiviti berlangsung
cukup.Kita juga perlu menambah pengetahuan dan memperkukuhkan teknik dan kemahiran agar
badan kita dapat mengadaptasi dengan segala segala situasi. Selain itu , kita perlu menyiapkan diri
kita dari segi mental, fizikal dan emosi. Hal ini kerana kita perlu ada ketahanan badan dan motivasi
yang kuat untuk mengelakkan kita tertekan semasa berada dalam hutan. Akhir sekali , kita mestilah
memastikan kelengkapan kita seperti makanan , pakaian dan ubatan yang kita perlukan cukup
sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan yang tidak diingini.

3.7 PRINSIP IKHTIAR HIDUP

1. Keselamatan

Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain itu, kita mestilah menjauhkan diri
daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh –
memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda
terlalu lapar. Di samping itu, Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak
menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada dalam keadaan ikhtiar hidup, kita
tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri kita. Oleh itu kita mestilah sentiasa bersedia
dalam apa jua keadaan. keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat
dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada
boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi
lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

2. Usaha

Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap
yang tidak membantu. Selain itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa
menjejaskan keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang
itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Akhir sekali, kebolehan mereka ganti
(improvisation) amatlah membantu sewaktu berada dalam hutan ataupun dalam keadaan ikhtiar
hidup. dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai
ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib
semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha
yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang
dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang
dihadapinya.

3. Kawalan diri

Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan
hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan
seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari
kurangnya kawalan diri. dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan
panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini
sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

4. Kerjasama

Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting.
Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. jika dalam kumpulan,
kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu
masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

3.8 PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

1. JIMATKAN TENAGA
Kita mestilah berhati-hati dalam setiap kegiatan agar tenaga kita tidak habis dengan
melakukan perkara yang sia-sia. Selain itu, kita perlu merancang perjalanan agar kita tidak
melalui laluan yang jauh serta kita perlu menghindari membuat kerja pada waktu malam.

2. REHAT YANG CUKUP


Kita cuma manusia biasa yang akan merasa penat. Oleh itu, kita perlu berehat secukupnya
agar badan kita sentiasa segar .

3. ELAKKAN RISIKO
Kita perlu mengelak daripada melakukan perkara yang tinggi risikonya dan lupakan perkara
yang boleh mengganggu konsentrasi kita .

4. ALATAN
Kita perlu menyiapkan peralatan seperti ubat-ubatan, makanan dan peralatan yang akan
digunakan untuk membuat tempat perlindungan dengan cukup sebagai persiapan
menghadapi cabaran.
3.9 KAEDAH, JENIS DAN PANDUAN SURVIVAL

KAEDAH SURVIVAL

 SIZE UP THE SITUASION

 USE ALL YOUR SENSES


 UNDUE HASTE MAKES

 REMEMBER WHERE YOU ARE

 VANQUISH FEAR AND PANIC

 IMPROVISE

 VALUE LIVING

 ACT LIKE THE NATIVE

 LIVE BY YOUR WITS


 LEARN BASIC SKILLS

JENIS SURVIVAL

1. Jungle Survival ( Hutan )

2. Sea Survival ( Laut )


3. Dessert Survival ( Padang Pasir )

4. Antartic Survival ( Kutub )

PANDUAN SURVIVAL

- Kaedah STOP

SEATING

THINKING

OBSERVE

PLANNING

3.10 ELEMEN UTAMA DALAM IKHTIAR HIDUP

1. API

 Api berfungsi sebagai agen pemanas badan serta untuk melindungi diri daripada binatang
buas daripada mendekati tapak perlindungan.

 Api juga digunakan sebagai isyarat tentang kedudukan survivor dalam hutan.

2. MAKANAN DAN MINUMAN


 Membawa makanan yang mudah dibawa tetapi mempunyai zat dan protein yang
mencukupi bagi membekalkan tenaga kepada kita.
 Mencarum makanan dan menahan nafsu makan.
 Mestilah pandai mencari makanan berasaskan alam sekitar sekiranya kehabisan bekalan.

3. PERTOLONGAN CEMAS

PERTOLONGAN CEMAS bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan
tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentiasa tenang dan lakukan apa yang anda
harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. “STOP” bermaksud Sit
(duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila
anda dapati anda telah tersesat atau terkandas

3.11 CARA MEMASTIKAN TUMBUHAN BERACUN DAN BOLEH DIMAKAN

MEMBUAT UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN

1. Menghidu
2. Makan Sedikit

3. Menelan Sedikit

4. Memantau Keadaan Bibir , Lidah dan Mulut.

5. Perhatikan Keadaan Kulit

TINDAKAN SEKIRANYA TERMAKAN TUMBUHAN BERACUN

 Meludahkan dengan cepat

 Minum air putih dengan kuantiti yang mencukupi

 Makan arang kayu bagi mengeluarkan racun

 Dapatkan ubat dengan segera

3.12 TUMBUHAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIMAKAN

TUMBUHAN YANG BOLEH DIMAKAN:

HONJE (KECOMBRANG) DAUN SENGGANI


DAUN SEMANGGI CIPLUKAN

TUMBUHAN YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN:

POKOK JELATANG JELATANG GAJAH

3.13 TEMPAT PERLINDUNGAN

Mencari tempat perlindungan atau membina tempat perlindungan untuk berlindung dari ancaman
bahaya.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN

1. PONDOK SEMENTARA

a)Senang dibina untuk kegunaan jangka pendek.

b)Mesti dibina atas tanah yang rata dan kering.

2. PONDOK JANGKA PANJANG


a)Dibina sekiranya ingin berkhemah dalam jangka masa yang lama.

b)Dibina atas tanah yang lembab dan tidak rata.

3. PONDOK DALAM KAWASAN RAWANG

a)Dibina untuk berlindung di kawasan rawang ( berpaya ) .

b) Dibina di kawasan yang selamat dari air pasang .

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN

DAUN PALAS DAUN NIPAH

RANGKA KAYU ROTAN

3.14 SIGNALLING ( MEMBERI ISYARAT )

 Digunakan ketika keaadaan genting dan sukar


CONTOH PERALATAN SIGNALLING

3.15 FIRST AID ( PERTOLONGAN CEMAS )

 Dapat memberi bantuan semasa kecederaan berlaku.

 Merupakan tindakan asas untuk terus hidup.

 Kaedah STOP juga boleh digunakan.

CONTOH FIRST AID

3.16 ALATAN-ALATAN IKHTIAR HIDUP

1. MAKANAN

 Makanan merupakan perkara yang penting kerana ianya merupakan keperluan hidup
kita. Namun, bukan semua jenis makanan boleh dibawa masuk ke hutan atau semasa
kita bercamping. Makanan yang boleh dibawa hanyalah makanan yang ringan dan
mudah dibawa. Contohnya;-
2. PERUBATAN

 Perubatan juga amat penting kerana kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku
dikedepan hari. Hal ini dapat membantu kita bertahan semasa ikhtiar hidup. Contoh
ubat yang boleh dibawa ialah ;-

3. ALAT KEGUNAAN

 Alat yang dimaksudkan ialah alat yang boleh membantu dalam usaha-usaha kita untuk
membuat sesuatu. Alat-alat ini mestilah ringan dan mudah dibawa. Contohnya;-
3.17 KESIMPULAN

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha
untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di
hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain itu, Ilmu
ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.


b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan
untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan
untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat
demikian.

Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

Oleh itu, program pendidikan luar perlulah disokong kerana aktiviti seperti ikhtiar
hidup yang menjadi salah satu perkara ataupun elemen yang wajib dalam
pendidikan luar ini. Ini kerana melalu aktiviti ikhtiar hidup ini, ia dapat mewujudkan
kecekalan yang tinggi dalam setiap peserta dan mampu meningkatkan keyakinan
diri peserta. Ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mengikut
falsafah pendidikan kebangsaan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
juga sosial.

Anda mungkin juga menyukai