Anda di halaman 1dari 2

Apa itu CPR (Bantuan Pernafasan)?

CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat


pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan
dada.

CPR juga adalah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan


mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik
tekanan di atas dada (tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan
pernafasan.

Cara Buat CPR Bantuan Pernafasan


1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada
gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999)
dan segera berikan perhatian kepada mangsa.
2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.
3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa.
Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan
pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.
4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda.
Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda
lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan
dua kali (setiap hembusan dua saat).
5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan
dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan
kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua
hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.
Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua
sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada).
Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan
anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat
pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali


atau hingga bantuan sampai.
7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring
bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai