Anda di halaman 1dari 11

Kepentingan Akidah

Pengertian Aqidah Islamiah


Akidah atau disebut juga sebagai Iman ialah
satu ikatan atau janji yang kukuh.
Ia adalah satu kepercayaan yang tersimpul
kukuh di dalam jiwa sehingga tidak boleh
terungkai sekali-kali
Ciri-ciri Akidah Islamiah

Akidah atau Iman itu jelasnya satu perjanjian


rabbaniah yang mengikat manusia dengan
tuhannya yang sebenar iaitu Allah SWT. Ia satu
perhubungan yang unik dan bersifat
istimrariyyah ( berterusan )
Ciri-ciri Akidah Islamiah
 Hubungan yang dikehendaki oleh Allah SWT bukan
lagi dihubungkan dengan darah keturunan, tanah
air, jenis jantina, taraf atau kasta, puak dan
kekeluargaan.
 Hubungan seperti ini hanya bersifat sementara;
bersatu dalam waktu tertentu dan mungkin berpisah
dalam waktu yang lain
Konsep Aqidah Islamiah
 Aqidah adalah teras di dalam kehidupan seseorang muslim.
Ia diibaratkan akar tunjang kepada sebatang pokok
sementara amal-ibadah ibarat batang pokok dan dahan serta
rantingnya manakala akhlak adalah buahnya.
 Tanah yang subur, berbaja dan air yang cukup ibarat wahyu
dan hidayat Allah yang diperlukan bagi menyokong
kehidupan
Kepentingan Aqidah
Ianya sebagai benteng dan perisai dalam diri
seorang muslim. Ia merupakan benteng kukuh bagi
memelihara akal daripada perkara khurafat dan syirik
dan perisai yang utuh bagi menangkis segala anasir
jahat , perasaan syak dan ragu serta segala bentuk
penyelewengan.
Kepentingan Aqidah

Ianya adalah dasar dan tunjang. Yang lain ibarat


cabang dan ranting. Mati dasar maka akan matilah
ranting dan cabangnya.
Kepentingan Aqidah

Ianya menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan


oleh Allah SWT. FirmanNya: ”Tidak aku ciptakan jin
dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.
Kepentingan Aqidah
Ianya adalah risalah semua rasul. Firman Allah SWT;
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai
Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami
wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh
itu, beribadatlah kamu kepadaku".
(Surah Al-Anbiya; ayat 25)
Kepentingan Aqidah
 Penerimaan amal bergantung kepada sahnya akidah.
 Seluruh amal soleh yang dilakukan oleh seorang samada diterima atau ditolak
amalannya di sisi Allah SWT bergantung kepada sahnya aqidah yang orang itu miliki.
Iman yang batal tidak diterima oleh Allah SWT. Amalan orang kafir, murtad,
munafiq dan musyrik adalah amalan yang tertolak. Ia disebabkan oleh imannya yang
menyeleweng dan Allah tidak sesekali menerima keimanan seperti itu. Firman Allah
SWT: “dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya
(Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak
binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
Kepentingan Aqidah
Ianya sebagai benteng dan perisai dalam diri
seorang muslim. Ia merupakan benteng kukuh bagi
memelihara akal daripada perkara khurafat dan syirik
dan perisai yang utuh bagi menangkis segala anasir
jahat , perasaan syak dan ragu serta segala bentuk
penyelewengan.

Anda mungkin juga menyukai