Anda di halaman 1dari 11

2.

0 AKIDAH ISLAM

2.1 PENGERTIAN AKIDAH

Akidah berasal daripada perkataan Arab “Aqada”yang bermaksud ikatan atau simpulan.
Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Walau
bagaimanapun, perkataan ini digunakan untuk sesuatu yang maknawi (sesuatu yang
difahami, bukan benda). Dari maksud ini lahirlah perkataan akidah, iaitu ikatan atau
simpulan maknawi khusus berkenaan kepercayaan. Akidah boleh difahami sebagai ikatan
yang tersimpul kuat di dalam hati terhadap sesuatu yang benar hingga tidak mungkin terurai.

2.1.1 UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AKIDAH

Sarjana Islam berpendapat , unsur pembentukan akidah terdiri daripada :

1. Unsur akal atau pemikiran. Akal berperanan untuk memikirkan baik atau buruk.
2. Unsur iradah atau daya memilih. Akidah tidak akan terbentuk di dalam diri
seseorang hasil paksaan orang lain, sebaliknya ia hanya terbentuk dari kemahuan
tuan punya badan sendiri.
3. Unsur wujdan atau perasaan. Kemahuan itu adalah dengan sungguh-sungguh
datang dari sepenuh jiwa dan perasaannya.
4. Unsur hidayah . Pembentukan akidah di dalam diri seseorang adalah kurniaan
daripada Allah SWT, dan hidayah diberi kepada orang yang berusaha dan ikhlas
mendapatkannya.

2.1.2 CIRI-CIRI AKIDAH

Akidah Islam mengandungi ciri-cirinya yang asas, iaitu dapat disimpulkan kepada empat :

1. Ma’rifatullah (mengenal Allah). Ini adalah asas bagi segala-galanya di dalam


kehidupan manusia.
Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah SWT dari segi uluhiyyah,
rububiyyah dan al-asma’ wal-sifat (nama-nama Allah yang mulia serta sifat-sifat yang
suci dari segala kekurangan). Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan
terhadap Allah SWT ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini.

2. Ma’rifat ar-Risalah (mengenali kerasulan)


Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima
wahyu dan menyampaikan syariatNya serta menjadi pembimbing dan pemimpin
seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu
agama Islam.

3. Ma’rifat al-Ghaibiyyat (mengenali perkara ghaib)


Mengenali dan mempercayai tentang perkara-perkara ghaib, walaupun ia tidak
boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi wajib beriman dengan adanya makhluk ini.
Wajib mempercayai adanya malaikat, jin, syaitan dan lainnya. Mereka juga adalah
makhluk yang mempunyai tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT.

4. Ma’rifat al-Ba’ath (mengenali hari kebangkitan).


Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia
dibangkitkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan
dihisab segala amalan sama ada baik atau buruk untuk diberikan segala balasan
pahala atau siksaan dan di sana juga adanya sirat al-mustaqim, syurga dan neraka.

1
2.1.3 PERANAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Akidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorak dan
mewarnakan amalan dan perbuatan muslim.

Kesan akidah ialah :

1. Melahirkan peribadi yang unggul. Perkataan dan perbuatannya adalah yang baik-
baik. Dia bertawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT dan menumpukan
sepenuhnya harapan kepada Allah SWT. Dengan ini dia sentiasa berhati-hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Dia merasa takut untuk melakukan larangan Allah atau
meninggalkan suruhanNya.

2. Berani mempertahankan kebenaran. Orang yang berakidah sanggup


mempertahankan keimanan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana kuasa manusia.
Sejarah membuktikan Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir dan Sumayyah berani
mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy yang berkuasa pada
masa itu.

3. Bersifat adil dalam pemerintahan


Pemimpin yang punya akidah yang teguh sentiasa tunduk kepada perintah Allah
SWT. Mereka menyedari kekuasaan yang ada padanya adalah amanah dan
bukannya jawatan yang hendak dibangga-banggakan. Dengan ciri-ciri yang mulia
ini, tegaklah kerajaan yang mementingkan hidayah, amal soleh, benar, ikhlas dan
memancarkan keadilan Allah SWT melalui syariatNya dan menegakkan keadilan
untuk semua.
Contoh pemimpin yang mempunyai akidah yang mantap ialh Khulafa’ Ar Rasyidin.

4. Melahirkan sifat persaudaraan. Sifat yang diasaskan kepada akidah akan


melahirkan satu bentuk persaudaraan yang sukar dirosakkan oleh mana-mana
anasir yang tidak sihat. Persaudaraan yang dibina melampaui batasan sejarah,
geografi, darah, keturunan dan sebagainya. Sejarah membuktikan bahawa Salman
Al Farisi, Suhaib ar Rumi telah menjadi saudara kepada orang Islam walaupun
berlainan bangsa. Begitu juga dengan persaudaraan yang terikat di antara golongan
Ansar dan Muhajirin.

5. Membebaskan manusia daripada kepercayaan khurafat . Akidah membebaskan


jiwa manusia dari tunduk dan merendahkan diri kepada selain Allah SWT. Manusia
yang berakidah Islam hanya menjadikan Allah SWT sebagai tempat tumpuan
pengabdian dan meminta pertolongan. Mereka menentang segala bentuk syirik di
dalam setiap urusan hidup.

6. Menenangkan jiwa seseorang. Dengan memiliki akidah, jiwa seseorang itu


dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan, ianya tidak akan dikuasai oleh unsur-
unsur luar. Akidah telah menutup pintu ketakutan dan kebimbangan tentang rezeki,
ajal dan lain-lain.

7. Melahirkan jiwa besar. Akidah memberikan kekuatan jiwa kepada seseorang


kerana orang itu jiwanya dipenuhi dengan sifat raja’ (mengharap kepada Allah),
percaya, tawakal, redha dengan qadarnya,sabar dan tidak mengharap kepada
makhluk, maka dia akan menjadi kuat dan kukuh laksana gunung yang tidak dapat
digoncangkan . Tempat pergantungannya hanyalah Allah SWT.

2
8. Asas kebahagiaan. Akidah mendorong seseorang untuk beriman dan beramal
soleh. Allah SWT memberikan hati yang bahagia kepada orang yang beriman dan
bermal soleh. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesiapa yang mengerjakan perbuatan baik sama ada lelaki atau perempuan,
sedang dia beriman, nescaya akan diberikan kepadanya kehidupan yang baik.”
An Nahl : 97

2.1.4 KEISTIMEWAAN AKIDAH ISLAM

1. Akidah Rabbaniyyah. Kepercayaan bersumberkan wahyu daripada tuhan yang


terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah dan bukan rekaan mana-mana
manusia .

2. Sesuai Dengan Fitrah Manusia. Aqidah Islam selaras dengan fitrah semulajadi
manusia. Surah Ar Rum: 30.

3. Akidah Yang Sentiasa Menerima Bukti. Kebenaran akidah Islam dapat diterima
oleh akal yang waras dan tidak dapat ditolak dengan hujah kerana ia mempunyai
bukti yang jelas dan padat. Surah Al Baqarah:111

4. Akidah Yang Jelas Dan Terang. Tidak ada kesamaran dan kekaburan untuk
memahaminya. Akidahnya tepat dan tetap tanpa menerima apa-apa perubahan,
penambahan, pengurangan dan penyesuaian sejak diturunkan kepada rasul pertama
iaitu Nabi Adam hingga kepada nabi Muhammad SAW, akidahnya tetap sama iaitu
ajaran yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah yang satu.
Surah Al Baqarah : 116

5. Akidah Sebagai Pembentuk Peribadi. Akidah Islam telah dapat membentuk insan
yang mantap dan teguh jiwanya. Kekuatan akidah inilah yang mencetuskan
kegemilangan pencapaian umat Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW.
Lihatlah kecemerlangan sahaabat-sahabat Nabi SAW, individu-individu yang
meninggalkan banyak jasa dan sumbangan kepada manusia dari kalngan umat
Islam di sepanjang zaman.

Dialog Jaafar bijn Abi Talib berhijrah ke Habsyah dengan Najasyi (Raja Habsyah)

Ja’far berkata, “Wahai paduka Raja, dulu kami adalah masyarakat yang hidup dalam
kebodohan, kami menyembah patung dan memakan bangkai, melakukan perzinaan,
memutuskan hubungan silaturahim, mengganggu tetangga, yang kuat di antara kami
memeras yang lemah. Kondisi ini terjadi atas kami hingga Allah mengutus kepada kami
seorang Rasul yang kami kenal dari nasab keturunan, kejujuran, amanah, hingga
kesuciannya. Dia mengajak kami untuk menyembah Allah, tidak mempersekutukan-Nya
dengan meninggalkan apa yang telah nenek moyang kami lakukan, seperti menyembah
berhala dan batu ….”

3
2.2 KONSEP SHAHADAH

Syahadah adalah ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah SWT dan
bernabikan Nabi Muhammad SAW.

Lafaz ikrar itu ialah :

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

ِ ‫أَ ْش َه ُد أَن الَ إِلَ َه إِالَّ هللاُ َوأَ ْش َه ُد أَنَّ م َُح َّم ًدا َرسُو ُل‬
‫هللا‬

Maksudnya: 
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

Shahadah adalah rukun yang pertama dalam rukun Islam, rukun-rukun yang lain tidak akan
tertegak tanpa shahadah. Setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia tidak ada
ertinya jika dia tidak bershahadah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal
(yang mereka pandang baik), lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan (Al Furqan : 23)

2.2.1 PENGERTIAN KALIMAH SHAHADAH

Syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa
yang berlaku dalam diri seseorang tentang ilmu atau keyakinan akan kewujudan dan
keesaan Allah SWT dan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW dan benarnya segala
yang disampaikan baginda.

Kalimah shahadah juga mengandungi pengertian tentang pengakuan dan keyakinan apa
yang diakui di dalam hati. Sekiranya akuan di lidah bertentangan dengan apa yang diakui
oleh hatinya, maka pengakuan yang demikian adalah pengakuan yang dusta kepada Allah
SWT dan pelakunya adalah munafik.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Munafiqun:1.

2.2.1.1 Maka bahagian pertama mengucapkan kalimah shahadah ini bererti :

:”Sesungguhnya saya beritahu, saya jelaskan, saya iktiraf, saya beriktikad dan saya berikrar
melalui lidah saya dan segala gerak geri anggota saya bahawa yang berhak dipatuhi,
disayangi dan diperhambakan diri ialah Allah SWT semata-mata.

Lafaz la ilaha illallah mesti mengandungi dua unsur :


1. Ithbat : menyatakan Allah SWT itu wujud
2. Nafi: Menafikan ada tuhan selain Allah

Firman Allah SWT yang bermaksud :


“ …. Sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia pula beriman kepada Allah SWT, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus, dan
ingatlah Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui.”

4
Al Baqarah : 256
PENGERTIAN TUHAN

Yang dimaksudkan dengan tuhan ialah yang disembah. Tiap-tiap suatu yang disembah oleh
manusia sama ada berhak disembah atau tidak, merupakan tuhan kepada orang itu.

Di dalam sejarah manusia, penyembahan dilakukan kepada bermacam-macam benda. Ada


orang yang menyembah patung dengan sesuatu kepercayaan di sebalik patung itu. Ada
yang menyembah pangkat, harta, keturunan dan hawa nafsu. Ada orang yang menyembah
Allah SWT. Allah SWT menggambarkan kedudukan ini dengan firmanNya yang
bermaksud :

“Tidakkah engkau melihat ada orang yang menjadikan nafsunya itu sebagai Tuhan.”
Al Jathiyah : 23

Tuhan yang sebenar adalah Allah SWT . Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Maka ketahuilah bahawa tidak ada tuhan yang patut disembah selain Allah dan mohonlah
keampunan ke atas dosamu dan ke atas dosa orang-orang mukmin lelaki dan perempuan.
Dan Allah mengetahui tempat berniaga dan tempat tinggalmu.”
Surah Muhammad : 19

Huraian pengertian Tuhan yang sebenar:

1. Tuhan sebagai tumpuan pengabdian. Pengabdian hanya kepada Allah SWT dan
tidak kepada selain Allah SWT. Seluruh hidup manusia mestilah diabdikan kepada
Allah SWT. Al An’am: 162

2. Tuhan sebagai tempat mendapatkan perlindungan . Jika manusia meminta


perlindungan daripada selain Allah maka perlindungan itu adalah perlindungan yang
lemah. Al Maidah : 76

3. Tuhan sebagai tumpuan kecintaan. Siapa yang cinta kepada Allah, allah akan cinta
kepadanya dan siapa yang bencikan Allah, Allah akan membalas dengan balasan
yang setimpal. Al Baqarah : 165

4. Tuhan sebagai pemberi rezeki. Semua rezeki yang diperolehi manusia adalah
datang daripada Allah SWT. Manusia hanya pemegang amanah atas rezeki itu dan
mestilah menggunakannya pada jalan kebaikan. Surah Al Fathir : 3 dan Surah Al
Mulk : 30.

5. Tuhan sebagai sumber perundangan. Wajib mengetahui bahawa segala peraturan


daripada Allah SWT. Semuanya wajib patuh, tidak boleh mencipta hukum yang lain
daripada Allah SWT. Kuasa menentukan hukum hanyalah Allah. Surah Yusuf:40,
Surah Al Maidah :50.

6. Tuhan sebagai tumpuan ketaatan. Ketaatan kepada tuhan adalah mutlak,


sementara ketaatan kepada selain tuhan adalah bersyarat iaitu selagi tidak
bercanggah dengan ketaatan kepada Allah SWT. Surah At Taghabun: 16.

5
2.2.1.2 Bahagian kedua daripada shahadah ialah penyaksian ke atas Nabi Muhammad
SAW.

Seseorang dikira membuat pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW sekiranya :

1. menerima ajaran baginda SAW. Surah Al Hasyr: 7

2. kasih kepada baginda SAW. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :” Tidak
sempurna iman seseorang itu sehingga aku lebih dikasihinya daripada keluarganya,
hartanya dan manusia seluruhnya.”

3. Tidak menghinanya. Menjauhkan diri daripada apa-apa sahaja percakapan atau


perbuatan yang boleh mneyakiti Nabi SAW.

4. Menerima kerasulannya untuk seluruh umat. Surah Saba’:28.

2.2.2 TUNTUTAN SHAHADAH

Orang yang bershahadah perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :

1. Membenarkan segala apa yang datang daripada Allah SWTdan RasulNya.


Seseorang yang bershahadah dengan kerelaannya wajib percaya tanpa ragu dan
syak kepada apa yang datang daripada Allah dan RasulNya iaitu Al Quran dan
Hadis sebagai perkara yang benar.
2. Taat kepada Allah dan rasul secara mutlak. Firman allah SWT :An Nisa’:80
3. Memberi kepercayaan kepada orang mukmin berbanding orang kafir. Firman Allah
SWT : Surah Al Maidah: 55-56.
4. Menjalankan Amar Ma’ruf dan Nahi munkar. Orang yang bershahadah mengaku
bahawa perkara yang makruf perlu diseur sementara perkara yang munkar perlu
dicegah. Firman Allah dalam Ali Imran :110
5. Menegakkan Syariat Allah. Tuntutan shahadah yang sepenuhnya hanya dapat
disempurnakan apabila syariat Allah ditegakkan. Surah an Nisa’ :65.

Nabi SAW menolak tawaran menjadi Raja Mekah kerana itu menyebabkan baginda
terpaksa mengikut arahan golongan musyrikin dan sebaliknya sanggup bersusah
payah berhijrah ke Madinah adalah kerana mahu mendapatkan kuasa penuh agar
dapat melaksanakan syariat Allah SWT.

2.3 BIMBINGAN WAHYU KEPADA AKAL

Antara anugerah agung terhadap manusia adalah diciptakan sebagai makhluk yang
berakal. Disebabkan keistimewaan akal yang dimiliki oleh manusia ini, Islam
meletakkan ‘hifz al-Aql’ iaitu memelihara akal sebagai salah satu maqasid syariah
(objektif syarak). Apa sahaja perkara yang boleh merosakkan fungsi akal seperti
meminum minuman yang memabukkan adalah haram.
Melalui wasilah akal yang dimilikinya, manusia mampu terbang tinggi di udara,
mahupun menyelam jauh ke dasar lautan, bahkan berupaya menundukkan haiwan liar
di hutan belantara. Disebabkan anugerah akal ini, manusia dipertanggungjawabkan
sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi.

6
Walau sehebat mana pun akal yang dianugerahkan, manusia seharusnya sedar
bahawa akal bukan segala-galanya. Dalam ertikata lain, keterbatasan akal manusia
harus diakui .Justeru, kekurangan akal ditampung oleh kesempurnaan wahyu.

2.3.1 Perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia dan ditampung oleh
wahyu :

1. Akal fikiran manusia berbeza di antara satu sama lain, tidak sama dalam
menentukan nilai hidup, baik atau jahat. Mungkin satu nilai dipandang baik oleh satu
masyarakat tetapi dipandang tidak baik oleh masyarakat yang lain.

2. Akal fikiran manusia terdedah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu, perkauman,
semangat kenegerian dan semangat mementingkan diri sendiri . Keadaan ini tidak
akan mampunmenegakkan keadilan mutlak yang dihajatkan oleh seluruh manusia.
Banyak undang-undang dan peraturan yang digubal berdasarkan akal fikiran
manusia semata-mata akhirnya berubah , dibatal atau ditokok tambah kerana
mengikut hawa nafsu manusia.

3. Akal fikiran manusia memang terbatas dan bergantung kepada maklumat yang
diterima oleh pancainderanya sahaja. Akal tidak mampu membuat ramalan yang
tepat atau menentukan peristiwa yang akan berlaku, akal juga tidak dapat
menjangkau perkara-perkara yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia.
Banyak peristiwa berlaku di luar dugaan manusia. Maka yang maha mengetahui
ialah pencipta manusia iaitu Allah SWT.

4. Tabiat manusia di dalam dunia ini tidak begitu menghormati undang-undang sendiri
walaupun undang-undang itu munasabah kerana undang-undang itu tidak
menghubungkaitkan dengan pembalasan di akhirat. Undang-undang ciptaan
manusia hanya ditumpukan kepada dunia semata-mata tetapi undang-undang
berdasarkan wahyu adalah berkaitan dengan dunia dan akhirat. Oleh itu tabiat
manusia lebih menghormati dan lebih takut kepada balasan Allah di akhirat.

2.3.2. Ciri-ciri wahyu

1. Datang daripada Allah. Maka apa sahaja yang menjadi wahyu adalah sempurna dan
selamat daripada sebarang kekurangan dan kecacatan.

2. Kekal tiada perubahan hingga kehari kiamat. Wahyu yang disampaikan kepada nabi
Muhammad SAW adalah yang terakhir kerana baginda adalah penutup segala nabi.
Maka sifatnya kekal dan tidak akan berubah hinggalah ke hari kiamat.

3. Kebenarannya mutlak. Apa sahaja yang datang daripada Allah adalah benar tanpa
perlu ditokok tambah.

4. Hanya disampaikan kepada nabi dan rasul. Wahyu tidak disampaikan kepada
sebarang orang, hanya disampaikan kepada nabi dan rasul sahaja. Orang yang
terakhir menerima wahyu ialah Nabi Muhammad SAW. Selepas itu tiada lagi
penurunan wahyu. Oleh itu jika ada lagi orang yang mendakwa bahawa dia
mendapat wahyu daripada Allah, maka jelaslah bahawa dia berbohong.

7
2.4 PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Kedudukan Akidah dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting. Akidah yang
benar merupakan asas tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Allah berfirman
dalam surah al-Kahfi ayat 110;
‫صالِحً ا َوال ُي ْش ِركْ ِب ِع َبادَ ِة َر ِّب ِه أَ َح ًدا‬
َ ‫ان َيرْ جُو لِ َقا َء َر ِّب ِه َف ْل َيعْ َم ْل َع َمال‬
َ ‫َف َمنْ َك‬
“Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia
beramal soleh dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam
beribadah kepada-Nya.”

Al-Quran menggariskan dua peranan yang seimbang dalam menangani persoalan


akidah tauhid;

1. Membina akidah yang sahih di dalam hati manusia secara mudah, dapat
menjinakkan akal dan memuaskan jiwa. Al-Quran menggunakan gaya ungkapan dan
dalil yang pelbagai lagi bersesuaian dengan fitrah yang sejahtera. Al-Quran
menjelaskan segala perkara yang wajib diiktikadkan berhubung keimanan kepada
Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari Akhirat dan Qada’ Qadar.

2. Meruntuhkan iktikad-iktikad palsu yang bertebaran di kalangan musyrikin dan ahli


kitab, sekaligus membidas para penyembah berhala dan bintang serta membatalkan
dakwaan pendukung “trinity” (konsep satu Tuhan dalam tiga entiti), termasuklah
dakwaan Yahudi bahawa Uzair adalah anak Tuhan.
Allah berfirman dalam surah al-Zumar ayat 65;

َ ُ‫ِين مِنْ َق ْبل َِك لَئِنْ أَ ْش َر ْكتَ لَ َيحْ َب َطنَّ َع َمل‬


َ ‫ك َولَ َت ُكو َننَّ م َِن ْال َخاسِ ِر‬
‫ين‬ َ ‫َولَ َق ْد أُوح َِي إِلَي‬
َ ‫ْك َوإِلَى الَّذ‬

“Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu: Sungguh,


apabila kamu berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar
akan termasuk golongan orang-orang yang merugi.”

Ayat-ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa amalan tidak akan diterima apabila
bercampur dengan kemusyrikan. Oleh sebab itulah para Rasul sangat memperhatikan
perbaikan akidah sebagai prioriti utama dakwah mereka. Inilah dakwah pertama yang
diserukan oleh para Rasul kepada kaum mereka; menyembah kepada Allah sahaja dan
meninggalkan penyembahan kepada selain-Nya.

Hal ini telah diterangkan Allah di dalam al-Quran surah al-Nahl ayat 36;

َّ ‫َولَ َق ْد َب َع ْث َنا فِي ُك ِّل أُ َّم ٍة َرسُوال أَ ِن اعْ ُبدُوا هَّللا َ َواجْ َت ِنبُوا‬
َ‫الطا ُغوت‬

“Dan sungguh telah Kami utus kepada setiap umat seorang Rasul yang menyerukan
‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut (sesembahan selain Allah).” 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjadi pegangan sebahagian besar urnat Islam
di dunia. Di Malaysia, Islam diistytiharkan sebagai agama Pesekutuan dan akidah Ahli
Sunnah dterirna sebagai pegangan seluruh umat Islam. Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan
menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam

8
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari pada segi akidah, syariah dan
akhlak. Ketetapan tersebut juga telah membentuk pandangan semesta (world view)
masyarakat Islam yang juga mempengaruhi perkembangan tamadun di Malaysia.

Akidah adalah asas tegaknya bangunan agama. Para daie yang  menyerukan  kebaikan
telah menempuh jalan sebagaimana jalannya para nabi dan Rasul dari zaman ke
zaman. Dalam masyarakat kita sekarang, masih banyak penyimpangan akidah yang
benar. Kerena sebuah masyarakat yang tidak dibangun di atas fondasi akidah yang
benar akan  mudah terkena dengan berbagai pemikiran materialisme, liberalisme dan
isme-isme yang lainnya. 

Perkara-perkara yang merosakkan akidah :

Boleh berlaku melaui iktikad, perbuatan dan perkataan . Antaranya :

1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.

2. Beriktikad makhluk boleh mempunyai kuasa dan memberikan pertolongan.

4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh
kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.

5. Menghina al-Quran.

6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang


menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.

7. Beriktikad syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.

8. Beriktikad undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.

9. Beriktikad bahawa kebenaran Islam adalah sesuatu yang diragukan

10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang
diketahui umum.

Di antara sebab-sebab penyelewengan akidah dalam masyarakat yang boleh


disenaraikan di sini ialah;

1. Jahil terhadap prinsip-prinsip asas akidah yang benar. Hal ini  terjadi karena sikap
tidak mahu mempelajarinya, atau karena begitu sedikitnya perhatian yang
dicurahkan untuk ilmu agama.Ini mengakibatkan datanganya generasi yang tidak
memahami akidah yang benar dan tidak mengerti perkara-perkara yang
bertentangan dengannya, sehingga yang benar dianggap batil dan yang batil pun
dianggap benar.

2. Ta’assub (fanatik) kepada ajaran nenek moyang. Hal ini  berlaku dengan  tetap
mempertahankan tradisi nenek moyang meskipun hal itu termasuk kebatilan, dan
meninggalkan semua ajaran yang bertentangan dengan ajaran nenek moyang
walaupun hal itu termasuk kebenaran.

3. Taklid membuta tuli (mengikuti tanpa landasan dalil).Hal ini terjadi dengan
mengambil pendapat-pendapat orang dalam permasalahan akidah tanpa mengetahui

9
landasan dalil dan kebenarannya. Inilah realiti yang menimpa banyak kelompok-
kelompok serpihan seperti kaum Jahmiyah, Mu’tazilah, Syiah dan lain sebagainya.

4. Lalai dari merenungkan ayat-ayat Allah, baik ayat Kauniyah (sunnah kejadian)
maupun Qauliyah  (al-Quran). Hal ini terjadi karena terlalu mengagumi
perkembangan kebudayaan materialistik yang dibesarkan budaya Barat.
Sehinggakan masyarakat mengira bahwa kemajuan itu diukur dengan sejauh mana
kita dapat  meniru gaya hidup mereka.Mereka menyangka kecanggihan dan
kekayaan material adalah ukuran kehebatan, kagum atas kecerdasan akal mereka.
Mereka lupa akan kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yang telah menciptakan
mereka dan memudahkan berbagai perkara untuk mencapai kemajuan  semacam
itu.

5. Kerana kurangnya bimbingan agama yang benar dalam keluarga muslim. Peranan
orang tua dalam membina anak-anak sangatlah besar. Kita dapatkan anak-anak
telah besar di bawah asuhan sebuah mesin bernama televisyen, hand phone atau
gadget lainnya. Mereka akan meniru busana artis idola mereka, meskipun  busana
tersebut terlalu ketat, tipis dan menampakkan aurat serta bertentangan dengan
syariat Islam.

6. Media dan informasi lebih bersifat melalaikan. Sebagian besar siaran dan acara yang
mereka tampilkan tidak memperhatikan aturan agama. Hal ini akan menimbulkan 
perubahan dalam masyarakat sert menjadi sarana perosak dan penghancur generasi
umat Islam masa akan datang. 

Berpegang dengan aqidah yang benar adalah syarat pertama bagi seseorang yang
mengaku dirinya beragama Islam. Ia sebagaimana yang terangkum dalam sebuah
hadis; 

ْ ‫ َواعْ لَ ْم أَنَّ اأْل ُ َّم َة لَ ِو اجْ َت َم َع‬،ِ ‫ت َفاسْ َتعِنْ ِباهَّلل‬


‫ت‬ َ ‫ َوإِ َذا اسْ َت َع ْن‬،َ ‫ت َفاسْ أ َ ِل هَّللا‬ َ ‫ إِ َذا َسأ َ ْل‬،‫ك‬ َ ‫ احْ َف ْظ هَّللا َ َت ِج ْدهُ ُت َجا َه‬،‫ك‬َ ‫احْ َف ْظ هَّللا َ َيحْ َف ْظ‬
‫ك إِاَّل‬
َ ‫وك ِب َشيْ ٍء لَ ْم َيضُرُّ و‬ َ ُّ‫ َولَ ِو اجْ َت َمعُوا َعلَى َأنْ َيضُر‬،‫ك‬ َ َ‫ك إِاَّل ِب َشيْ ٍء َق ْد َك َت َب ُه هَّللا ُ ل‬
َ ‫ك ِب َشيْ ٍء لَ ْم َي ْن َفعُو‬ َ ‫َعلَى أَنْ َي ْن َفعُو‬
ُ‫صحُف‬ ِ ‫ت اأْل َقْاَل ُم َو َج َّف‬
ُّ ‫ت ال‬ َ ‫ِب َشيْ ٍء َق ْد َك َت َب ُه هَّللا ُ َعلَ ْي‬
ِ ‫ ُرفِ َع‬،‫ك‬
“Peliharalah urusan-urusan Allah, nescaya Dia akan memeliharamu, Peliharalah
urusan Allah nescaya Dia akan selalu bersamamu (susah mahupun senang). Jika
kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah
pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat ini berkumpul
untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat
memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan
jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , nescaya mereka tidak
akan mampu mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan
bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”  

Kalimah “Islam Way of Life”, “Islam The Solution of Humanity” - ‫اإلسالم هو الحل‬ - iaitu
Islam sebagai penyelesaian. Ia adalah tema yang seharusnya kita yakini. Setiap
Muslim mesti percaya bahawa Islam satu-satunya manhaj yang menyelesaikan
permasalahan di muka bumi ini, dari sudut ekonomi, politik, pendidikan, jenayah dan
segalanya itu ia mestilah diselesaikan dengan merujuk sumber-sumber Islam. 

Orang yang beriman mestilah yakin bahawa Allah adalah pemilik segala-galanya di
muka bumi ini. Allah bukan sahaja memberikan kita nikmat penghidupan, tetapi juga
nikmat iman. Nikmat iman ini, tidak seharusnya sekadar kita mewarisi daripada ibu

10
ayah kita dan kemudian kita wariskan pula kepada anak-anak kita (‫)مسلم بالوراثة‬. Atau
dalam makna lain, Islam sebab kad pengenalan. 

11

Anda mungkin juga menyukai