Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Akhlak dari segi bahasa berasal daripada perkataan jamak khuluq yang bereeti budi pekerti, perangai,

tingkah laku atau tabiat. Manakala dari segi istilah pula dapatlah ditafsirkan sebagai situasi jiwa yang lahir daripadanya tingkah laku tanpa perlu berfikir. Imam Al Ghazali pula mendefinisikan akhlak itu sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan.1 Ibrahim Anis berpendapat akhlak itu adalah sifat yang tertanam dalam jiwa, yang dengannya lahirlah bermacam-macam perbuatan, baik atau buruk, tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan.2 Oleh yang demikian, akhlak itu merupakan sifat peribadi seseorang yang lahirnya daripada sanubari tanpa perlu sebarang paksaan. Akhlak yang terpuji mengambarkan jiwa yang bersih dan begitulah sebaliknya. Al Ghazali telah menyenaraikan empat temodologi yang penting untuk memahami lebih lanjut mengenai teori jiwa yang diutarakan oleh beliau. Antaranya hati, roh, jiwa dan akal yang saling berkaitan antara satu sama lain yang memainkan peranan yang utama dalam pembangunan akhlak sesEorang muslim. Ahli-ahli falsafah barat juga ada membincangkan perihal jiwa dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh menurut Plato, kehidupan itu bermula apabila jiwa memasuki badan manusia. Beliau juga menyatakan jiwa manusia itu wujud dalam alam kerohanian yang manakala jasad lebih kepada alam yang nyata. Bagi Plato, jiwa ini adalah satu eleman pengerak kepada sesuatu kehidupan.3 Kepincangan akhlak manusia kini sering dikaitkan dengan jiwa dan hati yang lemah dan kotor. Maka dalam perbincangan ini saya akan menghuraikan

1 2

Yuhanar Ilyas, Kuliah Akhlaq, Yogyakarta: Lembaga Pengkajian dan Pengamalan Islam, 1999, ms 2. Ibid. 3 Noor Shakirah Mat Akhir, Al- Ghazali and His Theory of The Soul A Comparative Study, Pulau Pinang: Penerbit USM, 2008, ms. 112.

[1]

dengan lebih lanjut teori jiwa

yang diutarakan oleh Al ghazali serta peranannya

mempertingktkan pembangunan akhlak manusia. Al- Qalb(Hati), Al-Ruh (Roh), Al-Nafs (Jiwa), Al- Aql (Akal). Keempat-empat temodologi seperti hati, roh, jiwa dan akal dikatakan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan kerohanian Islam. Merujuk kepada buku Al Ghazali and His Theory of The Soul A comparative Study, Imam Al Ghazali mendakwa hati (qalb) ini merupakan intipati seorang manusia yang akan dinilai serta dihitung oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak. Lafaz al-qalbu ini mempunyai dua pengertian. Pertama daging yang terdapat dalam dada di sebelah kiri dan di dalam rongganya berisi darah hitam. Manakala yang kedua pula adalah bisikan Rabbaniah Rohaniah yang mempunyai satu hubungan dengan daging ini.4 Maka bisikan inilah yang mengenal Allah S.W.T. dan memahami dengan menyeluruh terhadap apa yang dijangkau oleh khayalan dan hakikat manusia. Hati yang suci dan bersih adalah hati yang mengenal Tuhannya dan seimbang dalam keperluan dunia dan akhirat. Perkara ini juga dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam hadisnya: Dalam diri anak Adam itu ada segumpal daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat daging itu, jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (Riwayat Al Bukhari) Melalui hadis di atas dapatlah kita mengertikan bahawa sememangnya hati memainkan peranan yang penting dalam pembentukan akhlak serta peribadi seseorang. Jalinan antara hati dan bisikan kerohanian ini saling berpautan. Hati yang sakit dan rosak akan membawa kepada perkara-perkara yang dilarang serta ditegah oleh Allah
4

Imam Al Ghazali, Ringkasan Ihya Ulumuddin, (tej Mukhtasar Ihya' Ulumuddin), Kuala Lumpur: Darul Numan, 2003, ms. 195.

[2]

S.W.T. Maka dengan ini, keperluan bagi merawat hati yang sakit ini amatlah penting bagi menyucikan dan mendekatkannya dengan pencipta. Di samping itu juga, Imam Al Ghazali ada membincangkan mengenai soal al-ruh yang juga termasuk dalam temodologi pembentukan akhlak islam. Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa roh manusia terdiri daripada dua unsur iaitu roh merupakan wap halus ia menjadi sempurna dengan baiknya tabiat manusia dan memberikan tenaga kepada pancaindera manusia. Roh juga ditafsirkan sebagai latifah Robbaniyah yang dihubungkan terus kepada Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya: Dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan-Ku) ke dalamnya, maka bersungkur sujudlah kamu kepadanya.5 (Surah Al-Hijr: Ayat 29) Namun demikian, perbincangan mengenai soal ruh ini hanya dinyatakan secara ringkas disebabkan oleh hakikat ruh itu sendiri tidak dibincangkan dalam Al Quran dan As-Sunnah. Allah S.W.T. memerintahkan Nabi dan RasulNya untuk menyampaikan kepada mereka bahawa roh adalah rahsia urusan Allah S.W.T di mana ilmu dan kekuasaan atas roh itu hanya khusus bagi ZatNya sebagaimana yang diterangkan dalam ayat berikut: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: roh adalah urusan Tuhanku, dan tiadalah kamu diberi ilmu kecuali sedikit sahaja.6 (Surah Al-Isra: Ayat 85) Persoalan mengenai roh ini tidak dinyatakan secara meluas oleh Imam AlGhazali. Ianya ibarat lampu di dalam sebuah rumah yang berfungsi menerangi setiap
5 6

Amiruddin Faatih, Penerokaan Roh Ke Alam Ghaib, Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publishers, 1999, ms. 9 Amiruddin Faatih, Penerokaan Roh Ke Alam Ghaib, Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publishers, 1999, ms. 2.

[3]

sudut rumah itu. Namun demikian, kita perlulah mengetahui serba sedikit mengenai perihal keadaan roh ini. Sebenarnya roh ini pada mulanya telah mengenal Allah dan mengakui sifat keabadiannya kepada Allah disamping mengiktiraf ketuhanan Allah S.W.T. Namun apabila bergabung dengan jasad maka roh mulai terikut-ikut dengan tabiat dan kemahuan jasad. Maka dengan ini, usaha ke arah pengambalian semula roh ini kepada hakikat kejadiannya yang sebenar amat penting bagi membentuk asas kerohanian yang sempurna terhadap Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, Imam Al-Ghazali juga membincangkan mengenai temodologi yang ketiga iaitu berkaitan al-nafs (nafsu) yang mempunyai dua erti. Al Ghazali menyebut nafs sebagai pusat potensi marah dan syahwat pada manusia dan sebagai pangkal dari sifat tercela.7 Maka inilah yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui sabdanya: Musuhmu yang paling jahat adalah nafsu yang berada di rongga badanmu.8 Manakala yang kedua adalah bisikan Rabbani yang menjadi penghubung kepada salah satu makna roh, hati, dan jiwa. Dalam Islam nafs juga disebut sebagai jiwa. Imam Al- Ghazali membahagikan pula keadaan jiwa ini kepada beberapa tingkat pencapaiannya iaitu al-nafs al-mutmainnah, al-nafs al-lawwamah dan al-nafs alammarah yang mempunyai kraterianya yang tersendiri. Al-nafs al-mutmainnah ini merupakan jiwa yang sentiasa patuh kepada perintah Allah.9 Ianya bebas daripada kehendak duniawi dan redha terhadap takdir kehidupannya. Manakala al-nafs allawwamah pula merujuk kepada situasi jiwa yang sentiasa menyesali terhadap apa yang

Achmad Mubarok, Jiwa Dalam Al-Quran: Solusi Krisis Keruhanian Manusia Moden, Jakarta: Penerbit Paramadina, 2000, ms. 26. 8 Imam Al Ghazali, Ringkasan Ihya Ulumuddin, (tej Mukhtasar Ihya' Ulumuddin), Kuala Lumpur: Darul Numan, 2003, ms. 197. 9 Noor Shakirah Mat Akhir, Al- Ghazali and His Theory of The Soul A Comparative Study, Pulau Pinang: Penerbit USM, 2008, ms. 176.

[4]

telah ia lakukan dan sentiasa cuba untuk mendekatkan diri ke hadrat Ilahi. Allah telah bersumpah dalam firmannya: Dan Aku bersumpah demi jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).10 (Surah Al-Qiyamah: Ayat 2) Kategori jiwa yang lain adalah nafs al-ammarah yang berkedudukan jauh dan terasing daripada rahmat Allah. jiwa ini adalah jiwa yang sentiasa mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan kemungkaran. Allah telah berfirman yang bermaksud: Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku

sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberikan rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia daripada hasutan nafsu itu) sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Yusuf: Ayat 53) Temodologi yang terakhir yang diutarakan oleh Imam Al Ghazali adalah berkenaan al-Aql (Akal) yang merupakan tempat di mana sesuatu ilmu itu berkembang. Akal inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan.11 Imam Al Ghazali mendakwa bahawa setiap manusia itu mempunyai akal serta mengetahui akan sebab kewujudannya di dunia ini tidak lain iaitu mentauhidkan Allah dan menjalankan perintah agama. Ilmu dan akal itu saling berpautan antara satu sama lain. Hanya melalui ilmu maka akal itu dapat dipergunakan secara berhemah dan sebaiknya. Pengawalan keinginan nafs yang betul menjadi pemangkin kepada penerimaan ilmu yang sahih dan seterusnya dapat meningktkan pembinaan akal berlandaskan kehendak syarak.
10

Imam Al Ghazali, Ringkasan Ihya Ulumuddin, (tej Mukhtasar Ihya' Ulumuddin), Kuala Lumpur: Darul Numan, 2003, ms. 197. 11 Noor Shakirah Mat Akhir, Al- Ghazali and His Theory of The Soul A Comparative Study, Pulau Pinang: Penerbit USM, 2008, ms. 177.

[5]

Oleh yang demikian, Al Ghazali menyimpulkan bahawa aspek hati, roh, jiwa dan akal ini saling berkaitan antara satu sama lain. Hati dan roh berkaitan dengan jasad dan jiwa serta akal itu berkaitan pula dengan ilmu yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kerohanian setiap muslim. Perkaitan Empat Temodologi Dalam Pembangunan Kerohanian. Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya empat temodologi ini sangat mempengaruhi pembangunan kerohanian setiap muslim. Pada hakikatnya asal kejadian hati, roh dan sebagainya adalah suci dan bersih namun setelah ianya bergaul dengan jasad dan nafsu serta pengaruh sekeliling sedikit sebayak mulai terpegaruh dan membawa kepada penyelewengan. Sebagai contoh, hati yang berpenyakit membawa kepada kerosakan dan keruntuhan akhlak umat manusia. Penyakit hati ini juga akan menghalang sinar iman dan tauhid memasuki hati seseorang. Keruntuhan akhlak remaja masa kini sangat dikaitkan dengan pegangan agama yang nipis, pengaruh daripada budaya Barat dan sebagainya. Akhbar-akhbar tempatan sering menyiarkan berita mengenai kepincangan akhlak remaja sebagai pengajaran mahupun makluman kepada gambaran masyarakat kita kini. Sebagai contoh, terdapat kes di mana tempat letak kereta dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan nafsu oleh para pelajar IPT untuk melempiaskan nafsu bersama pasangan masing-masing.12 Keadaan gelap dan tiada pengawasan menyebabkan mereka berani membuat kegiatan tidak bermoral ini tanpa mengambil kira kesannya terhadap diri dan jiwa mereka sendiri. Pada masa yang sama, terdapat juga kes di mana seorang bayi telah dibuang di dalam tong sampah dan diikat dengan kuat yang dipercayai bertujuan melemaskan bayi

12

http://www.myberita.com/2011/11/02/remaja-lepas-nafsu-di-tempat-letak-kereta/# pada 7 November 2011.

[6]

tersebut.13 Ketidakperihatinan terhadap pendidikan agama serta kurangnya kesedaran dalam proses penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap remeja telah membawa kepada gejala yang tidak sihat dalam masyarakat pada ketika ini. Oleh yang demikian, walaupun negara kita telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam harta benda namun demikian kemajuan moral serta kerohanian semakin jauh ketinggalan. Maka dengan itu langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi membendung permasalahan ini. Penyelesaian yang sebenarnya perlulah dilakukan

dengan memahami sifat kejadian diri manusia seperti yang telah dibincangkan di atas. Proses perawatan hati melalui konsep tazkiyat al nafs sangat penting dalam usaha membentuk jiwa yang ideal dan sentiasa mengigati Allah. Tazkiyat al nafs dalam bidang kerohanian Islam adalah merujuk kepada suatu usaha gigih untuk membersihkan hakikat atau zat sejati diri manusia daripada pelbagai sifat yang rendah dan hina (mazhummah) untuk dihiasi zat sejati diri tersebut dengan pelbagi sifat yang mulia dan terpuji (mahmudah). Penerapan nilai-nilai mahmudah ini sangat penting bagi mewujudkan situasi jiwa yang sentiasa mentaati Allah, berakhkal mulia dan beriman dengan iman yang kental. Perkara ini bertepatan dengan tujuan pengutusan para nabi dan rasul ke atas umat manusia. Firman Allah yang bermaksud: Wahai tuhan kami utuslah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) Mu dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab serta hikmat kebijaksanaan dann membersihkan (hati dan jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Baqarah: Ayat 129)
13

http://www.myberita.com/2011/11/08/bayi-disumbat-dalam-plastik-sebelum-dibuang-dalam-tong-sampah/ pada 14 Nov 2011

[7]

Mengikut konteks ayat diatas telah disebutkan mengenai pembersihan hati dan jiwa yang bermaksud pengembalian kepada ajaran Islam berpandukan kepada isi kandungan Al-Quran dan As-sunnah merupakan jalan terbaik bagi pembangunan kerohanian setiap manusia. Melalui tazkiyat al nafs ini terdapat dua pendekatan yang utama antaranya melalui taklif berbentuk suruhan seperti sembahyang, puasa, membaca al-Quran bertafakur tentang ciptaan Allah, mengingati mati, pendek anganangan dan sebagainya dapat memberikan kesan langsung terhadap usaha tazkiyat al nafs ini. Kesemua amalan ini dapat meningkatkan ketakwaan terhadap Allah. Sikap takwa sememangnya menimbulkan kesan yang positif terhadap kesihatan jasmaniyah dan rohaniyah seseorang.14 Namun demikian, semua amalan ini mestilah dilaksanakan dalam taraf yang sempurna yang juga disebut sebagai al-ihsan. Hal yang demikian bermaksud bahawa setiap apa yang dilakukan oleh setiap muslim mestilah disertakan dengan rasa keyakinan dan kehadiran Allah sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasululah yang bermaksud: Ketika Rasulullah s.a.w. disoal apa itu ihsan. Baginda lalu menjawab: Bahawa kamu melakukan ibadat kepada Allah(dalam keadaan) seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu. (al-Asqalani,t.t. 114) Oleh itu, hanya amalan yang dilakukan mencapai tahap ini akan memberikan kesan yang amat mendalam dalam proses tazkiyat al nafs. Di samping itu juga terdapat taklif berbentuk larangan dan tegahan yang disandarkan kepada tujuh anggota fizikal manusia seperti mata, telinga, lidah, perut, organ seks, tangan dan kaki. Singnifikannya adalah ketujuh-tujuh anggota manusia ini perlulah dibersihkan daripada perlakuan atau
14

Nur Iman Affandi, Membersih Jiwa Dari Sifat Mazmumah, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 2002, ms 101

[8]

perbuatan yang ditegah oleh syariat Islam bagi membentuk kerohanian yang mendalam dalam diri setiap muslim. Hal ini dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap kemantapan tazkiyat al-nafs itu tadi. Penjagaan anggota tubuh ini juga bagi mengelakkan pemiliknya terjerumus ke lembah kebinasaan. Perkara ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami denganya ayat-ayat Allah dan yang mempunyaimata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai teliga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai. (Surah al-Araf: Ayat 179) Di samping itu juga, terdapat cara yang lain dalam usaha mengembalikan jiwa serta hati seseorang manusia itu kepada landasan kerohanian yang betul dan diredhai oleh Allah S.W.T. antara lainnya melalui muhasabah diri. Muhasabah ini sangat penting dalam menilai dan menghitung diri seorang muslim itu samaada bekalan kebaikannya sudah mencukupi ataupun tidak untuk dibawa ketika menghadap Allah di hari kebangkitan kelak. Muhasabah ini dapat menjadikan seseorang itu sentiasa memikirkan nilai-nilai kebaikan dalam setiap tindakannya dan seterusnya dapat membendung keinginan al-nafs (hawa nafsu) yang sentiasa menjurus kepada kejahatan. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menyatakan bahawa: Daripada Syadad bin Aus ra, daripada Nabi Muhammad S.A.W. bahawa beliau berkata: Orang yang pandai adalah orang yang menghisap dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah
[9]

kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang dirinya mengikuti hawa nafsu serta berangan-angan terhadap Allah S.W.T. Oleh yang demikian, dapatlah difahami bahawa muhasabah diri serta tazkiyat alnafs merupakan salah satu jalan yang pembersihan jiwa yang dituntut dalam Islam dalam usaha manusia itu mendapatkan keredhaan Allah. Sesungguhnya empat temodologi seperti yang telah dibincangkan di atas memainkan peranan yang besar dalam pembentukan kerohanian yang bertakwa dalam diri setiap manusia. Kesimpulan Empat temodologi seperti hati, roh, jiwa dan akal yang dinyatakan oleh Imam ALGhazali sesungguhnya mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan keimanan dan ketakwaan dalam diri setiap muslim. Setiap daripadanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Seandainya baik keempat-empat unsur ini maka akan terhasillah akhlak mulia seperti yang disarankan dalam Islam. Namun demikian, terdapat kaedah-kaedah menyucian jiwa yang boleh dilakukan bagi mengembalikan jiwa dan hati kepada keadaan fitrahnya iaitu mengenal Allah. Kaedah seperti Taziyat alnafs dan muhasbah diri seperti yang dibincangkan merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. dan seterusnya dapat pembangunkan kerohanian yang mantap bagi menghadapi cabaran semasa dan pada masa akan datang.

[10]

Bibliografi Achmad Mubarok, 2000, Jiwa Dalam Al-Quran: Solusi Krisis Keruhanian Manusia Moden, Jakarta: Penerbit Paramadina. Al Ghazali, 2003, Ringkasan Ihya Ulumuddin, (tej Mukhtasar Ihya' Ulumuddin), Kuala Lumpur: Darul Numan. Amiruddin Faatih, 1999, Penerokaan Roh Ke Alam Ghaib, Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publishers. M. Fudoli Zaini, 2002, Berbisnis Dengan Allah Meraih Keberuntungan Di antara PilihanPilihan Amal, Indonesia:Pustaka Progressif. Noor Shakirah Mat Akhir, 2008, Al- Ghazali and His Theory of The Soul A Comparative Study, Pulau Pinang: Penerbit USM. Nur Iman Affandi, 2002, Membersih Jiwa Dari Sifat Mazmumah, Kuala Lumpur: AlHidayah Publishers. Yuhanar Ilyas, 1999, Kuliah Akhlaq, Yogyakarta: Lembaga Pengkajian dan Pengamalan Islam. Sumber internet. http://www.myberita.com/2011/11/02/remaja-lepas-nafsu-di-tempat-letak-kereta/ pada 7 November 2011. http://www.myberita.com/2011/11/08/bayi-disumbat-dalam-plastik-sebelumdibuang-dalam-tong-sampah/ pada 14 Nov 2011

[11]

Anda mungkin juga menyukai