Anda di halaman 1dari 1

BAB 2

Dalam bab kedua, penulis menerangkan secara lanjut mengenai penyebab-penyebab


berlakunya golongan agnostik. Fahaman agnostik mula tercetus di dalam diri umat islam
kerana mereka telah tersasar jauh dari landasan akidah. Antara faktor-faktor penyebab
berlakunya berlakunya penyimpangan akidah ialah pemahaman dan penghayatan ajaran
islam yang lemah, persekitaran yang mempengaruhi pemikiran, keperibadian dan cara
hidup, pemikiran skeptikal tanpa perisai iman dan akhir sekali penyelewengan akidah dan
pemikiran oleh golongan berkepentingan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga aliran-aliran pemikiran yang boleh mempengaruhi seseorang
menjadi agnostik. Menurut penulis setelah diteliti dan dikaji, pemikiran golongan agnostik
sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh unsur dan nilai beberapa aliran pemikiran yang
diperkenalkan oleh pihak barat. Pertama sekali antara aliran pemikiran tersebut adalah
modenisme dan humanisme dimana modenisme itu berasaskan falsafah enlightment-
humanism (pencerahan-kemanusiaan berasaskan akal) yang bersifat angkuh dan
mengagungkan akal rasional. Manakala humanisme menekan rasional manusia dan
pengkajian saintifik. Selain itu, materialisme yang membawa maksud satu fahaman bahawa
setiap kwujudan bersifat materi, dimana matlamat utamanya hanyalah kebendaan dan
menjadi inti pati segala-galanya. Bukan itu sahaja, golongan agnostik juga terpengaruh
dengan pemikiran sekularisme. Antara ciri-ciri golongan berfahaman sekularisme ialah
mempunyai perasaan sangsi terhadap Al-Quran, Al-hadis dan para anbia, mempersoalkan
hukum-hukum fiqh, merendah-rendahkan martabat islam dengan menganggapnya sebagai
satu agama yang mundur serta terbelakang dan sebagainya. Akhir sekali antara aliran
pemikiran golongan agnostik ialah pluralisme dan liberalisme, dimana pluralisme adalah
satu fahaman falsafah yang mengatakan bahwa semua agama di dunia ini adalah sama dari
segi taraf, matlamat, kebaikan dan kebenaran.

Kesimpulannya, seperti peribahasa “cegah sebelum terlambat”, semua pihak perlu memberi
perhatian yang serius untuk membendung masalah agnostik ini. Usaha dalam memantau,
membendung dan mendidik perlu digalas oleh semua pihak bagi menangani permasalahan
penyimpangan akidah dan fahaman agnostik yang telah menular dalam kalangan umat
islam di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai