Anda di halaman 1dari 15

Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

Pengenalan

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah


kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan
sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies
primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.
Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang
bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan
kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga
seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan,
mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka
dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan
terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan
lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.

Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.Terdapat pelabagai


falsafah dalam kejadian manusia. Ini akan diterangkan seperti di bawah:

Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam

MENURUT ISLAM

Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al
Qur’an adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global
bagi ilmu pengetahuan.

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang


penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa
kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ).

Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk


kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( ‫) سللة من طين‬

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa


penyaringan debu tanah. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati
tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan
sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan
bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan
bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini
fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah
S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran
Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah


al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu
saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai
spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di
atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi
saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam
penciptaan manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (‫) طين لزب‬

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana


diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy
menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau
menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan
menjadi tanah yang keras .Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga
menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang
dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang
berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah
selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras
dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (‫)حماء مسنون‬

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille ‫ حماء مسنون‬diertikan sebagai lumpur atau
tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur
yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri .
Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah
berlaku.
Keempat: Peringkat Tanah Keras ( ‫)الصلصال‬

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan


bersama iaitu ‫ كاالفخار‬yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa
pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh
Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras. Abū Hasan al-Tibrisī
menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan
dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti
suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa
masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada
peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan
manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal
sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia


pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap
hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’
penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya
dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam
diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah
telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (‫ ) الحمد ل‬lalu dia menyebut.
Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga
jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai
roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai
kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut.

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk
kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam
berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat
penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini
adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di
syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana
yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses
penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada
hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang
tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Maka
dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu
sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat
dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam
al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.

28

FITRAH MANUSIA BERAGAMA


Posted by drkuzaki , on April 28, 2008 at 3:39 PM
Category: ISLAM

Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada
mereka beragama Kristian, Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya. Fitrah beragama ini
sebenarnya telah pun wujud semenjak azali lagi. Perlu ditegaskan bahawa manusia selamanya
tidak akan mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dan kehidupan yang sejahtera jika tidak
berpegang kepada agama.
Sejarah telah membuktikan bahawa manusia semenjak dari dahulu lagi telah mencari
sesuatu yang memiliki kuasa tertinggi yang telah mencipta mereka dan kehidupan alam ini.
Walaupun manusia pada hakikatnya leka dan asyik dengan kemewahan dan pesona duniawi yang
mewarnai kehidupan, namun di dalam kejauhan sudut hatinya masih ada ruang untuk beriman
kepada Allah taala. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan keadaan apabila manusia itu ditimpa
kesusahan dan kesulitan dalam sesuatu masa tertentu, nescaya mereka akan memohon
pertolongan daripada Allah taala. Sehubungan itu, Allah taala berfirman yang bermaksud: Dalam
pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon
pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah
menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya. (Surah al-Ankabut,
ayat 65)
Jelas dari maksud ayat suci di atas betapa sifat semulajadi beragama di dalam diri
manusia ini tidak dapat dipisahkan sama sekali dalam kehidupannya. Walau sedalam manapun
manusia terbuai dalan keseronokan duniawi, manusia pasti tetap akan kembali kepada Tuhan
mereka. Tegasnya, fitrah beragama ini amat penting dalam setiap detik kehidupan manusia
sejagat. Pendek kata, dengan adanya agama melandasi kehidupan manusia, nescaya manusia
dapat menelusuri pentas kehidupan ini dengan sempurna berasaskan kepada peraturan-peraturan
dan nilai-nilai hidup yang telah digariskan oleh agama tersebut.
Di dalam Islam, fitrah merupakan satu kejadian yang diciptakan Allah taala kepada setiap
yang dilahirkan sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Menurut Kamus Dewan, istilah fitrah
ditakrifkan sebagai satu sifat semulajadi atau bakat pembawaan and juga sebagai perasaan
keagamaan. Ringkasnya, fitrah ialah satu sifat semulajadi yang berupa dorongan dan pembawaan
yang ada pada setiap manusia sejak dilahirkan ke dunia ini. Sifat ini bagaimanapun boleh
berubah dan diubah melalui corak asuhan, tahap pendidikan dan pengalaman hidup.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: Setiap bayi itu dilahirkan
dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka lantaran ibu bapanyalah, anak itu menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Bukhari)
Dengan kata lain, manusia yang difitrahkan perlu dan berhajat kepada agama. Oleh itu,
agama dan manusia tidak boleh dipisahkan. Sifat semulajadi manusia kepada agama
sememangnya ada pada setiap manusia, bangsa dan umat yang menghuni alam semesta ini.
Umumnya mengetahui bahawa sifat semulajadi yang wujud bagi seseorang amat banyak seperti
makan, munum, tidur, bernafsu dan seumpamanya. Maka, beragama juga dikatakan antara sifat
semulajadi bagi seseorang yang hidup di alam ini. Manusia inginkan agama sebagai tempat
berlindung dan bergantung harapan serta tempat mencari ketenangan jiwa dari sebarang masalah
dan kemelut yang menghantui kehidupan ini.
Menurut Robert H. Thouless dalam bukunya An Introduction To The Psychology of
Religion bahawa terdapat empat faktor mengapa seseorang itu perlu dan berhajatkan kepada
agama dalam hidupnya, iaitu:
<!--[if !supportLists]--> · <!--[endif]-->pengaruh masyarakat
<!--[if !supportLists]--> · <!--[endif]-->Pengalaman
<!--[if !supportLists]--> · <!--[endif]-->Keperluan
<!--[if !supportLists]--> · <!--[endif]-->Proses pemikiran
Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pandangan seorang Orientalis Barat tersohor,
Rene’ Descartes yang menyatakan bahawa dalam mencari Tuhan, beliau mengakui bahawa
dirinya lemah dan tidak sempurna. Oleh itu, beliau mengakui bahawa ada yang lebih sempurna
yang patut diketahui tetapi beliau hairan dari manakah datangnya tanggapan adanya yang
sempurna itu.
Tambah Descartes lagi, dalam dirinya ada sifat semulajadi yang sering membuat
tanggapan adanya Tuhan dan sifat semulajadi itu adalah sesuatu yang sempurna. Jelasnya,
terdapat banyak benda di luar seperti langit, bumi, matahari dan beribu benda lain yang tidak
begitu susah untuk mengetahui dari mana semua itu datang kerana katanya: “Saya percaya ada
kuasa yang mengaturnya”.
Jadi jelas di sini kelihatan bahawa sifat semulajadi (fitrah) sememangnya wujud dalam
diri manusia , lebih-lebih lagi dalam diri manusia itu sendiri terpendam perasaan takut atau
bimbang apabila berdepan dengan gejala-gejala alam. Yang paling menarik sekali ialah
pandangan Alexis Carell dalam bukunya Doa yang menyatakan bahawa doa merupakan upacara
keagamaan yang paling agung bagi manusia kerana dalam keadaan itu, jiwa manusia akan
terbang melayang kepada Tuhannya. Beliau berkata lagi: Adakalanya manusia dalam beberapa
keadaan rohaniahnya akan dapat merasakan kebesaran dan betapa agungnya keagungan Tuhan.
Dari satu sudut lain pula, ulama Islam menegaskan bahawa agama adalah satu jalan hidup
kerana ia menggambarkan satu konsepsi kepercayaan yang diyakini dan dianuti oleh seseorang
di dalam hidupnya. Seterusnya, agama memainkan peranan penting dalam menghubungkan
antara manusia dengan Penciptanya, antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam
semesta.
Ini jelas daripada kata-kata Syed Qutb dalam bukunya Islam dan Masa Depan yang
menyatakan: Pada asasnya agama akan hilang seri dan ertinya kalau ia tidak mengatur kehidupan
ini dengan konsepsi, penyerahan, pengertian dan perundangannya yang khusus. Teras kehidupan
manusia ini sewajarnya berdiri di atas dasar konsepsi kepercayaan yang akan memberikan
pentafsiran mengenai hakikat hidup ini, hubungannya dengan Penciptanya, kedudukan manusia
di dalam pentas hidup ini, matlamat kewujudan manusia dan bentuk-bentuk hubungan yang akan
merealisasikan matlamat kewujudannya itu. Hubungan itu berupa dalam bentuk hubungan
manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan alam sekelilingnya, hubungan manusia
dengan seluruh kehidupan makhluk dan juga hubungan manusia dengan sesama manusia.
Berdasarkan fakta di atas, jelas bahawa setiap insan ada sifat semulajadi beragama,
mencari satu kuasa tertinggi untuk disembah. Namun, Islam adalah satu-satunya al-Din yang
selari dengan fitrah kemanusiaan sejagat selaras dengan firman Allah taala maksudnya: Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat keturunan anak-anak Adam
(turun temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya: Bukankah Aku Tuhan kamu?. Mereka
semua menjawab: Benar! (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya
kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Surah al-A’raf, ayat 172)
Kesimpulannya, agama itu sebenarnya bersifat spiritual yang perasaan semulajadi (fitrah)
itu sememangnya benar selaras dengan kejadian asal manusia yang diciptakan Allah taala. Dari
perasaan semulajadi inilah, manusia akan dapat merasakan kewujudan Pencipta alam ini dan
seterusnya beriman kepada -Nya. Cuma manusia secara umumnya tidak menyedari akan
keperluan kepada agama tersebut di dalam hidup ini. Hanya dalam jangka masa yang panjang,
keperluan kepada agama akan dirasai secara langsung apabila manusia ditimpa musibah atau
menyedari tempoh hidupnya semakin singkat meninggalkan dunia yang fana ini.
Menerusi ajaran Islam yang serba lengkap ini, manusia akan dapat menginsafi hakikat dirinya
yang sebenar, hakikat Penciptanya Yang Maha Agung dan juga hakikat-hakikat lain yang
menghiasi pentas hidup ini. Menerusi Islam jugalah, manusia akan terselamat dari terjerumus ke
kancah kesesatan dan kejahilan dan seterusnya meniti landasan hidup yang disuluhi sinaran iman
dan hidayah Ilahi.

KEMBALI KEPADA FITRAH

OLEH:
MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY

Fitrah
• Fitrah dalam erti kejadian asal insan sebagaimana asalnya sebagaimana yang
terkandung dalam maksud hadith "Setiap orang bayi dilahirkan dalam keadaan
fitrah yang suci bersih; kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia yahudi ... (dan
seterusnya)"
• Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah
yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah
Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
(Surah ar-Rum: Ayat 30).

Erti Kembali Kepada Fitrah


• Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang
datang dari Nabi s.a.w.
• Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup
sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya
sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang
Mentadbir sekelian alam".

• Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-


laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian
asal dirinya.

• Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi
dirinya.
• Dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah itu maka manusia
mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya, kebahagiaan dan kepuasan
serta makna hidupnya.
• Yang berlawanan dengan itu adalah kebalikan daripada semuanya itu: kecelakaan,
kegagagalan hakiki, penderitaan, rasa tidak puas, ketiadaan makna hidupnya.

Sifat-sifat Kembali Kepada Fitrah


• Kembali kepada sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana
suruhan Allah bermaksud "Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya
pada Rasulullah …" (Surah al-Ahzab: Ayat 21).
• Iaitu mengenali dan menghayati sifat sidik - ertinya benar dalam niat, azam,
perbuatan, janji, matlamat.

• Iaitu mengenali sifat amanah dalam semua perkara dan tidak melakukan
pengkhianatan dalam semua perkara. (Dalam usuluddin amanah merujuk kepada
sifat tidak melakukan dosa; dalam akhlak merujuk kepada sifat menjaga amanah
dalam segala perkara: berhubungan dengan Tuhan, diri sendiri, orang lain,
pekerjaan, tugas-tugas.)

• Amanah perlu dikenali kedudukannya sebagai sifat yang mentakrifkan manusia


sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat 72 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami bentangkan AMANAH kepada langit dan bumi dan bukit
bukau, tetapi semuanya tidak mahu memikulnmya kerana takut kepadanya, walhal
manusia memikulnya; ia zalim lagi jahil (bila ia mengkhianati amanah dalam
hidupnya);

• Bila amanah dilihat sebagai sifat yang mentakrifkan manusia maka


pengkhianatannya merupakan sesuatu yang menjatuhkan darjah kemanusiaannya;
• Dalam tafsir-tafsir “amanah” itu metrujuk kepada kewajipan-kewajipan dalam
agama; seperti rukun Iman dan rukun Islam; kewajipan-kewajipan dalam akhlak dan
muamalah; pergaulan; pekerjaan;
• Tabligh atau sifat menyampaikan maklumat yang betul dan benar serta berfaedah -
ini perlu dilakukan dalam hubungan dengan diri sendiri, keluarga, jiran, termasuk
rakan sejawat dan seterusnya.
• Tabligh boleh menjangkau persoalan dalam zaman teknologi maklumat. Ertinya
maklumat hendaklah disampaikan kepada sasarannya, baik yang bersifat
keagamaan atau yang bersifat bukan keagamaan.
• Sifat fatanah atau kebijaksanaan dalam erti sifat memahami persoalan-persoalan
yang dihadapi dalam hendak mempertahankan kebenaran agama sehingga
kebenarannya boleh dipertahankan dengan berkesan, sampai kepada perkara-
perkara lain yang menjadi kewajipan manusia memahami dan menghayatinya.

• Ertinya manusia Muslim mesti mempunyai “fatanah” dalam hubungan dengan ajaran
untuk menjayakan kedudukannya sebagai “khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya”
dalam semua urusan hidupnya, termasuk ibadatnya, akhlaknya, etika kerjanya,
tadbirannya, pengurusannya, demikian seterusnya.

Allah menciptakan manusia dalam keadaan fitrah dengan dibekali beberapa


potensi yakni potensi yang ada dalam jasmani dan rohani. Bekal yang dimiliki
manusia pun tidak hanya berupa asupan positif saja, karena dalarn diri manusia
tercipta satu potensi yang diberi nama nafsu. Dan nafsu ini yang sering
membawa manusia lupa dan ingkar dengan fitrahnya sebagai hamba dan
khalifah Allah di bumi. Untuk itu manusia perlu mengembangkan potensi positif
yang ada dalam dirinya untuk rnencapai fitrah tersebut. Dan sebagai pendidik
pertama di bumi, orang tua adalah yang berkewajiban memberikan
pengetahuan pertama kepada anak-anaknya.Berdasarkan latar belakang
masalah diatas, maka masalah yang akan diungkap dalam penelitian ini adalah
bagaimana Implikasi antara Fitrah Manusia dalam Pendidikan Islam, yakni
dilihat menurut kasat mata al-Qur’an dan Sunnah.Penelitian ini bertujuan
untuk merumuskan tentang Implikasi Fitruh Manusia Terhadap Pendidikan
Islam. Dalam kerangka berfikir Ilmu Pendidikan Islam, diharapkan dapat
mengurai untuk mengetahui dan memperoleh data secara rinci tentang konsep
fitrah manusia menurut Islam, mengetahui keterlibatan pendidikan Islam dalam
rangka mengembangkan fitrah manusia, mengetahui Implikasi Manusia, Fitrah
dan lingkungan terhadap Pendidikan Islam. Setelah dilakukan analisa dan
kajian terhadap implikasi fitrah manusia terhadap pendidikan, maka penulis
mengemukakan beberapa kesimpulan bahwa Pendidikan Islam adalah usaha
bimbingan jasmani dan rohani pada tingkat kehidupan individu dan sosial
untuk mengembangkan fitrah manusia berdasarkan hukum-hukum Manusia
merupakan makhluk pilihan Allah yang mengembangkan tugas ganda, yaitu
sebagai khalifäh Allah dan Abdullah (Abdi Allah). Untuk mengaktualisasikan
kedua tugas tersebut, manusia dibekali dengan sejumlah potensi didalam
dirinya. Potensi-potensi tersebut berupa ruh, nafs, akal, qalb, dan fitrah. Sejalan
dengan itu, Zakiyah Darajat mengatakan, bahwa potensi dasar tersebut berupa
jasmani, rohani, dan fitrah namun ada juga yang menyebutnya dengan jismiah,
nafsiah dan ruhaniah. Potensi yang ada pada manusia adalah untuk
dikembangkan dan masing-masing pribadi manusia sebagai karunia Tuhan.
Potensi ini merupakan potensi mental-spiritual dan fisik yang diciptakan Tuhan
sebagai fitrah yang tidak bisa diubah atau dihapuskan oleh siapapun, akan
tetapi dapat diarahkan perkembangannya dalam proses pendidikan sampai titik
optimal yang berakhir pada takdir Tuhan. Disaat mereka mengalami
ketidakberdayaan ketika musibah menghampirinya, secara naluriah, mereka
akan meminta pertolongan dan segala yang Maha, yang bisa mernbebaskan
mereka dan ketidakberdayaan itu.Manusia secara insting akan berbuat
semacam itu sebagai ungkapan jiwanya yang pada fitrahnya adalah suci,
bertuhan, dan mengakui kebenaran. Proses pendidikan manusia dan waktu ke
waktu akan mengembangkan fitrab manusia itu sendini. Oleh karena itu
mengapa pendidikan sangat diperlukan bagi manusiaFitrah Manusia Yang
Rosak Punca Segala Fasad...
Apabila Allah berfirman kepada para malaikat "Aku akan cipta di bumi (manusia)
sebagai khalifah (pentadbir)" maka Malaikat pun bertanya "Adakah Kau akan
cipta didalamnya (dunia) orang yang akan merosakkannya (melakukan fasad)
serta menumpahkan darah?". Allah menjawab "Aku tahu apa yang kamu tidak
tahu..." (surah al-Baqarah 2:29-31)

Dengan berbekalkan ilmu maka Allah muliakan Adam. Tugasnya adalah untuk memelihara
dunia serta beribadat pada Allah. "Aku tidak jadikan jin dan manusia selain untuk beribadat
kepada Ku" (surah al-Zariyat 51:56). Selain ilmu, Adam dan zuriatnya (kita semua anak cucu
Adam) juga dibekalkan dengan fitrah untuk memelihara sifat kemanusiaan. Sabda Nabi s.a.w
bermaksud "Setiap anak yang lahir itu, lahir dalam fitrah". Maksudnya tidak ada manusia yang
dilahirkan jahat kerana semua manusia lahir dengan sifat baik (fitrah - suci). Tidak cukup
dengan itu, manusia juga di bekalkan dengan Islam, agama fitrah, sebagai panduan.
Bila fitrah (sifat baik) manusia dijaga dengan ilmu dan agama, selamatlah dunia
ini tapi sebaliknya jika manusia mengenepikan ilmu dan agama, maka rosaklah
fitrah (dia jadi jahat) dan binasalah dunia...

Hari ini kita berdepan dengan kerosakan (fasad) dalam berbagai bentuk - fasad dalam sosial,
ekonomi, dan politik. Fasad itu tidak terbatas kepada isu alam sekitar sahaja malah meliputi
segala sistem yang mengatur kehidupan kita termasuk fasad (kerosakan) dalam sistem
perundangan, kehakiman malah keselamatan.

Sebenarnya segala yang berlaku hari ini bukan sekadar krisis sosial, ekonomi atau politik tetapi
ianya adalah krisis kemanusiaan. Manusia hilang kemanusiaan akibat fitrah yang rosak dan
diganti dengan fitrah kebinatangan juga kesyaitanan. Manusia yang rosak fitrah itu sanggup
melakukan apa saja - menipu, merasuah, menculik, mengugut, melakukan kejahatan dan
kezaliman hingga sanggup membunuh dengan kejam...

Ketahuilah! Selagi manusia tidak kembali kepada fitrah manusiawi, dia akan gagal berperanan
sebagai 'pentadbir' 'pengurus' 'pemakmur' dunia (khalifah) dan selagi itulah kerosakan (fasad)
akan terus berlaku...

Marilah kita bersama memelihara fitrah insani dengan ilmu dan agama...

Oleh:

Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail

Pendahuluan
Wanita merupakan salah satu subjek yang mendapat perhatian serius dalam Islam. Dalam al-
Quran sendiri terdapat satu surah yang diberi nama dengan 搘 anita?(al-Nisa?. Di samping itu
perkataan wanita juga disebut sebanyak 100 kali dalam dua puluh surah. Dalam hadis-hadis
Rasulullah s.a.w., apatah lagi, terdapat huraian-huraian yang begitu banyak sekali tentang wanita
ini. Sehingga boleh
dikatakan, dalam bab apa sahaja ada-ada sahaja hadis tentang wanita.

Sedangkan pada waktu al-Quran dan al-Hadith ia diwahyukan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w., kaum wanita di seluruh dunia, sama ada di timur mahupun di barat begitu
sekali terabai, sehingga boleh dikatakan mereka dianggap sebagai barang dagangan atau alat
pemuasan nafsu semata-mata.

Berasaskan kepada fakta sejarah ini, Islam telah dicatat sebagai agama yang membebaskan kaum
wanita daripada belenggu kehinaan.

Dengan dasar yang begitu maju tentang wanita ini Islam telah memainkan peranan yang sangat
besar dalam mempertingkatkan kedudukan kaum wanita sama ada dalam bidang kemanusiaan,
sosial, undang-undang dan sebagainya. Hasilnya kaum wanita telah dihormati sama ada sebagai
seorang peribadi, seorang isteri, seorang ibu dan seorang anggota masyarakat yang berkesan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan masyarakat Islam seterusnya, terutama sesudah kejatuhan


tamadun Islam, kedudukan mereka mula terabai semula sehingga akhirnya menyebabkan mereka
tidak lagi berpeluang menunaikan tanggungjawab sosial mereka sepertimana yang digariskan
oleh Islam.

Menyedari hakikat ini telah timbul kesedaran baru di kalangan sesetengah para ulama di bawah
semangat pembaharuan (al-Islah). Tujuannya untuk memberikan kembali perhatian kepada kaum
wanita berasaskan prinsip-prinsip Islam yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan
mengambil kira keperluan merialisasikan prinsip-prinsip berkenaan dalam realiti nilai intelektual
dan persekitaran hidup semasa, iaitu apa yang biasa dikenali sebagai pandangan kontemporari.

Pandangan Kontemporari

Syed Qutb, dalam tafsir beliau Fi Zilal al-Quran, menegaskan bahawa wanita dari segi fitrah
kejadian dan kemanusiaan adalah berasal daripada manusia yang pertama, iaitu Adam. Ia dicipta
dengan tujuan untuk dijadikan isteri kepada Adam sendiri bagi meneruskan kesinambungan
generasi manusia, lelaki dan wanita. Berasaskan kepada hakikat ini, kata beliau, tidak ada
perbezaan langsung di antara dua jenis manusia ini.

Selanjutnya beliau menegaskan bahawa wanita adalah salah satu daripada dua bahagian manusia
yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bahagian yang satu lagi ialah lelaki. Oleh
kerana itu kedua-dua lelaki dan perempuan ini tidak serupa, agar sesuai untuk menjadi sepasang
yang seling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Penegasan yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah ini sudah cukup untuk menolak
beberapa gambaran negatif tentang wanita di kalangan sesetengah orang, seperti anggapan
bahawa wanita sebagai manusia kelas dua atau merupakan punca kepada segala keburukan dan
kejahatan.

Selaras dengan persamaan dari segi kemanusiaan dan asal kejadian ini, wanita dan lelaki
mempunyai peluang yang sama untuk melakukan apa sahaja amal kebajikan dan untuk mendapat
ganjaran daripada Allah berasaskan amal berkenaan. Berasaskan ayat 124 surah al-Nisa? Syed
Qutb menegaskan bahawa dari segi beragama dan beramal soleh wanita sama dengan lelaki.
Masing-masing akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan setiap kebaikan dan keburukan
yang mereka lakukan.

Kata Syed Qutb lagi, berasaskan kepada ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang amal soleh,
sama sekali tidak ada perbezaan berasaskan jantina dalam penerimaan amal soleh dan
menentukan pembalasan di akhirat nanti.

Lama sebelum beliau penegasan yang hampir sama telah dibuat oleh al-Qurtubi dalam tafsir
beliau al-Jami` Li Ahkam al-Quran. Kata beliau, setiap kebaikan atau kejahatan yang dilakukan
oleh lelaki atau perempuan, tetap ada ganjarannya.

Mustafa al-Suba`i pula, dalam buku beliau al-Mar 抋h Baina al-Fiqh Wa al-Qanun menegaskan
tentang persamaan hak bagi lelaki dan perempuan dalam mencari ilmu dan membina intelektual.
Berasaskan kepada persamaan ini, kata beliau, mempelajari ilmu yang berkaitan dengan agama
secara khususnya, seperti akidah, ibadat, halal-haram dan sebagainya wajib atas kedua-dua kaum
lelaki dan perempuan tanpa pengecualian.

Dalam nada yang sama penegasan juga dibuat oleh al-Imam Mahmood Syaltut, Syekh al-Azhar
pada waktu itu dalam buku beliau al-Islam Aqidah Wa Syariah. Kata beliau, dari segi memikul
tanggungjawab agama dan keupayaan seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut,
tidak ada apa-apa perbezaan di antara kaum lelaki dan wanita. Malah, kaum wanita lebih cepat
memikul tanggungjawab berkenaan sebelum lagi ia dipikul oleh kaum lelaki. Ini kerana
pencapaian umur kelayakan memikul tanggungjawab beragama, dari segi tabiat kejadian
manusia, lebih cepat di kalangan kaum wanita, berbanding kaum lelaki. Maksudnya wanita lebih
cepat baligh daripada lelaki.

Sehubungan dnegan ini Dr. Ali Ab Wahid Wafi dalam buku beliau al-Musawat Fi al-Islam telah
menyebut bahawa sesungguhnya Islam telah memberi peluang yang secukupnya kepada kaum
wanita untuk mendapat pendidikan yang tinggi. Sekiranya peluang ini dimanfaatkan oleh kaum
wanita tentunya mereka akan dapat menyaingi kaum lelaki. Sesungguhnya, kata beliau apa yang
menyebabkan kaum wanita dahulunya dikatakan bodoh dan tidak berilmu bukanlah disebabkan
oleh sistem pendidikan Islam, tetapi sebaliknya berpunca daripada penyelewengan umat Islam
sendiri terhadap apa yang sebenarnya dikehendaki oleh sistem pendidikan Islam itu sendiri. Kata
beliau lagi, apa yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini dengan membuka peluang kepada
kaum wanita untuk menceburi bidang pendidikan secara lebih jauh dan mendalam bukanlah
suatu ciptaan baru dalam Islam. Malah ia adalah suatu penghayatan semula terhadap sunnah
Rasulullah s.a.w. yang pernah digariskan oleh baginda dan diterima oleh para fuqaha
sesudahnya.

Dalam hal pemilikan harta dan kekayaan, al-Syekh Mahmood Syaltut menegaskan bahawa tiada
seorang pun para fuqaha Islam yang berpendapat bahawa segala nas yang berkait dengan urusan
kehartaan hanya khusus untuk kaum lelaki sahaja, dan tidak melibatkan kaum wanita.
Berasaskan kepada ayat-ayat al-Quran yang ada, kata beliau ternyata bahawa Islam menghormati
hak milik wanita dalam hal-hal mengenai harta kekayaan. Begitu juga Islam mengiktiraf
keupayaan dan kelayakan mereka dalam pengurusan harta sepertimana yang diberikan kepada
kaum lelaki.

Mengenai kekeluargaan pula Syed Qutb dalam mentafsirkan ayat pertama surah al-Nisa?dalam
kitab tafsir beliau Fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa sesungguhnya pembentukan keluarga
yang pertama di muka bumi ini adalah hasil gandingan bersama suami isteri yang bernama Adam
dan Hawa, di mana kedua-dua mereka berasal daripada diri yang satu, tabiat yang satu dan fitrah
yang satu. Kesemuanya ini, kata beliau berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. yang mengetahui
segala sesuatu hikmahnya, walaupun ia mampu untuk mencipta rangkaian generasi manusia
dengan beberapa buah keluarga di peringkat awal lagi, namun itu tidak dilakukannya.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau, berasaskan kepada ayat berkenaan, lelaki dan wanita sama-
sama menjadi asas kepada perkembangan generasi manusia sejagat.

Dalam mentafsirkan ayat 13 surah al-Hujurat pula beliau menegaskan bahawa manusia itu
dicipta daripada gandingan lelaki dan wanita secara bersama. Kesemuanya dengan tujuan
mengerat dan memperkukuhkan ikatan sesama mereka, bermula dengan ikatan ketuhanan dan
kemudian disusuli dengan ikatan kekeluargaan.

Mengenai politik pula al-Syaikh Muhammad Rasyid Redha dipetik sebagai berkata bahawa
kaum lelaki dan wanita sama-sama berganding bahu dalam masalah masyarakat, politik atau
negara. Penegasan yang sama dibuat oleh ramai para ulama Islam semasa, termasuk Muhammad
Sa`id Ramadhan al-Buti. Antara hujah yang mereka kemukakan ialah penyertaan tokoh-tokoh
wanita awal Islam, seperti `Aisyah, Ummu Salamah, Hind binti Abu Umaiyah dan ramai lagi.
Dalam aspek sosial pula Syed Qutb menjelaskan bahawa walaupun al-Quran menyebut wanita
perlu berada di rumah tetapi tidak bererti mereka tidak dibenarkan keluar sama sekali. Kata
beliau, apa yang difahami daripada ayat berkenaan ialah rumahtangga adalah tempat sebenar
bagi mereka, dan apa-apa yang selain daripada itu adalah suatu pengecualian yang boleh diberi
apabila diperlukan dan dengan kadar yang tertentu. Ini, kata beliau, kerana rumahtangga satu-
satunya tempat yang menjamin nilai-nilai kewanitaan terpelihara seperti yang dikehendaki oleh
Allah.

Menyentuh masalah ini al-Syekh Muhammad al-Ghazali tleaha memberi pandangan dnegan
berkata Islam sebenarnya menolak adat sesetengah umat yang mengurung kaum wanitanya di
dalam rumah dan mengikat mereka dengan berbagai-bagai hak dan tanggungjawab, sebagaimana
juga Islam menolak adat-adat yang menjadikan mereka sebagai makanan atau hidangan yang
boleh dinikmati oleh siapa sahaja sesuka hati dengan membelakangkan segala prinsip ini. Kata
beliau, kaum wanita boleh bekerja samada di dalam rumahtangga atau di luar rumahtangga.
Cuma apa yang diperlukan ialah jaminan agar masa depan keluarga terjaga dan terpelihara. Di
samping itu, diperlukan juga kepada suasana yang boleh menjamin diri wanita terpelihara dari
segala fitnah semasa mereka menjalankan kerja-kerja berkenaan dan tidak melanggar segala
batas-batas yang ditetapkan oleh Allah s.w.t., seperti tidak berhias, tidak mendedahkan aurat dan
tidak bergaul secara bebas.

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Dr. Abd. Wahid Wafi dalam buku beliau al-Musawat
Fi al-Islam. Kata beliau, wanita boleh melakukan kerja-kerja kebajikan yang termampu
dilakukan olehnya dan yang sesuai dengan sifat kewanitaannya, dengan syarat penglibatan
tersebut tidak menimbulkan apa-apa fitnah, samada daripada atau ke atas dirinya, dan tidak
menimbulkan apa-apa kemudaratan samada dari segi sosial atau akhlak. Untuk mematuhi segala
ketetapan hukum sepertimana yang terdapat dalam Islam, misalnya dengan menutup aurat dan
tidak bergaul dengan terlalu bebas. Adalah penting juga, kata beliau bahawa kerja-kerja tersebut
tidak menganggu tugas-tugasnya dalam rumahtangga sebagai isteri dan ibu.

Dalam aspek undang-undang dan keadilan juga para ulama berpendapat tiada apa-apa perbezaan
yang dibuat oleh Islam antara lelaki dan perempuan. Kata al-Syekh Mahmood Syaltut, dalam
hal-hal kekeluargaan dan urusan sivil tidak ada perbezaan kapasiti hukum dan undang-undang
yang berasaskan jantina. Dengan erti, perempuan boleh mengurus sendiri dengan sepenuh kuasa
segala harta bendanya. Mereka juga boleh ikut campur dalam segala aktiviti pengadilan, guaman
boleh menjadi pendakwa dan terdakwa, boleh menjadi saksi atau pihak tertuduh, samada secara
bersendirian atau secara berkelompok, boleh menjadi pewasiat atau penerima wasiat, boleh
menjadi nazir wakaf, ejen atau penerima sedekah atau hadiah, penjaga atau sebagainya mengikut
apa yang boleh dilakukan oleh lelaki. Hal yang sama juga berlaku dalam perkara mengenai
jenayah.
Persoalan Semasa

Apa yang tersebut di atas adalah pandangan-pandangan para ulama kontemporari terhadap
berbagai aspek penting dalam kehidupan wanita, samada sebagai seorang individu atau satu
anggota dalam masyarakat. Selain daripada itu terdapat juga berbagai-bagai isu yang
dibincangkan oleh para ulama berkenaan sejauh mengenai wanita yang mendokong kenyataan-
kenyataan di atas, atau yang boleh memperjelaskan lagi prinsip-prinsip di atas tentang kaum
wanita. Antara isu-isu yang selalu menarik perhatian ialah mengenai hijab, kepimpinan wanita
dan peranan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Supaya perbincangan tidak menjadi terlalu panjang, dalam tulisan ini hanya akan dimuatkan
pandangan-pandangan al-Syekh Muhamad al-Ghazali tentang isu-isu berkenaan sebagai contoh
yang mewakili pandangan ulama kontemporari. Sebagaimana dimaklumi beliau adalah ulama
kontemporari yang sangat dihormati dan mempunyai repotasi keulamaan yang tinggi.

Sehubungan dengan hal ini ada dua buah buku al-Syaik Muham0
Teori Darwin
Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka
bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain
kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab
untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind,
body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda,
biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia
menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen
fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang
zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula
komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada
dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem
kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara
logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia.
Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-
dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian
manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita
bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah
dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi.
Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan
makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang
kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang
berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian
pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil
manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna
yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi
gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori
Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut
Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala
erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan
tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari
1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan
hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.