Anda di halaman 1dari 1

Arahan : Baca dialog di bawah dengan teliti. Wartawan Inspektor Harun Wartawan : Selamat pagi,tuan. : Selamat pagi.

Wah, saudara datang tepat pada waktunya ! :Terima kasih. Begitulah, apa-apa juga pekerjaan, kita perlu menepati waktu. Bagaimana jika saya terus kepada tujuan pertemuan kita ? Inspektor Harun Wartawan Inspektor Harun : Silakan. :Bagaimana dengan masalah remaja lari dari rumah di kawasan ini? : Menurut data bulan ini sahaja, sebanyak 40 orang remaja yang terdiri daripada murid-murid sekolah dilaporkan lari dari rumah, menjadikan jumlah tahun ini sebanyak 530 orang. Ini merupakan jumlah yang besar. Wartawan Inspektor Harun : Apakah peranan ibu bapa dan guru untuk mengatasi masalah ini ? :Ibu bapa perlu memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Manakala, guru pula perlu memantau pergerakan serta mengambil tindakan sekiranya murid-murid dilihat mengalami masalah. Wartawan Inspektor Harun : Maksud tuan, ibu bapa terlalu sibuk ? : Itulah yang saya hairan, apa agaknya yang dicari oleh ibu bapa sekarang ? Kita tahu, mereka bekerja dan mengumpul harta untuk kesenangan anak-anak, tetapi jika anak-anak tidak menjadi orang, apa gunanya ? Jadi, sila laporkan dalam surat khabar perkara ini, tegur sikap sesetengah ibu bapa dan nyatakan peranan masyarakat dalam membendung masalah ini. Wartawan Inspektor Harun : Bagaimana pula dengan tugas guru di sekolah ? : Guru-guru seharusnya memberi perhatian terhadap murid-murid semasa di sekolah. Selain mengajar, guru-guru juga perlulah mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid sama ada di sekolah mahupun di rumah. Wartawan Inspektor Harun : Jika begitu, biarlah saya minta diri dahulu. Terima kasih tuan. : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai