Anda di halaman 1dari 22

CTU263

ISLAM DAN PENGURUSAN

TOPIK 8: INTEGRITI DALAM


PENGURUSAN ISLAM

PENSYARAH: DR. MOHAMAD ZAIM


ISAMAIL
USTAZAH NOR ALHANA ABD MALIK
MAKLUMAT KURSUS
HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN
1. Menjelaskan kepentingan 1. Integriti kerja
integriti dalam pengurusan Islam. 2. Integriti komunikasi
3. Integriti kewangan
4. Integriti masa
5. Isu semasa integriti
PENGENALAN
• Pengurusan menurut perspektif Islam ialah pengabdian kepada
Allah SWT dan sebahagian daripada misi kebaktian kepada manusia.
Oleh itu, ia harus dapat memenuhi tuntutan dua pihak; keperluan
manusia dan keredhaan tuhan.
• Ini selari dengan tujuan diciptakan manusia iaitu untuk beribadah
kepada Allah SWT.
• Dalam aspek muamalat, banyak mesej yang disampaikan kepada
manusia di dalam al-quran ialah berkaitan integriti contohnya tidak
melakukan penipuan dalam timbangan, merekodkan hutang,
melaksanakan tanggungjawab serta amanah dan lain-lain lagi.
• Maka soal integriti ini amat penting difaham dan dihayati dalam
pengurusan Islam.
DEFINISI INTEGRITI
❖ Bahasa : kejujuran dan ketelusan.
❖ Istilah: keadaan untuk mempertahankan
nama baik individu atau sesebuah organisasi
dari sebarang bentuk penyelewengan
(noresah baharom, 2007).
❖ Kualiti yang unggul, wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan
sesebuah organisasi.
Maksud: "wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada
sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat
bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di
langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dihakimi dan dibalasnya); kerana sesungguhnya Allah
maha halus pengetahuannya; lagi amat meliputi akan segala
yang tersembunyi. (Surah Luqman: 16)
Maksudnya: “Apabila seseorang
anak adam itu meninggal dunia,
maka terputuslah amalannya kecuali
tiga perkara, iaitu sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan dengannya
dan anak soleh yang mendoakan
untuknya." (Hadis Riwayat
Muslim, 1631)
KERJA

KATEGO
RI KOMUNIKAS
MASA
INTEGRI I
TI

KEWANGAN
INTEGRITI KERJA
❑ Ketelusan menjalankan amanah dan tanggungjawab.
❑ Penghayatan kepada integriti kerja akan menjadikan seseorang
individu sentiasa beramanah, jujur telus dan mempunyai
sifat-sifat terpuji seperti tekun, berdisiplin dan mengutamakan
kualiti yang unggul dalam kerjanya.
❑ Sekiranya integriti ini tidak diamalkan oleh pekerja ia akan
mengakibatkan salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan
penipuan berlaku dalam sesebuah pengurusan.
PELAKSANAAN INTEGRITI
KERJA
• Mafhum hadith: Setiap kamu akan
Bertanggungjawab dipertanggungjawabkan terhadap
kawalannya.

• Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu


(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan
Semata-mata RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan
kerana Allah kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada
kamu apa yang kamu telah kerjakan".(al-Taubah:105)

Kerja yang baik • Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang
disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk
dan mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah;
sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah
usaha yang halal tidak akan berjaya.Al-Nahl: 116
CONTOH INTEGRITI KERJA DALAM
AL-QURAN

• firman allah swt: “salah seorang di antara perempuan yang


berdua itu berkata: "wahai ayah, ambilah dia menjadi orang
upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya
sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang
kuat, lagi amanah“. (al-qassas: 26)
INTEGRITI KOMUNIKASI
❖ Komunikasi merupakan perkara yang amat penting kepada sesebuah
organisasi. ini kerana komunikasi ialah penyampaian maklumat sama
ada secara lisan ataupun bertulis daripada satu pihak kepada satu
pihak yang lain dalam sesebuah organisasi.
❖ Ia adalah nadi yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah
operasi atau perancangan.
❖ Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi kini, komunikasi
menjadi lebih luas dan pantas.
❖ Tanpa integriti komunikasi, akan berlaku banyak masalah kepada
organisasi kerana wujudnya salah faham dan seterusnya akan berlaku
konflik antara pihak-pihak yang terlibat.
CONTOH KOMUNIKASI DALAM
AL-QURAN

Maksudnya: “Tuhan yang Maha pemurah, Yang telah


mengajarkan Al-Quran, Dia menciptakan manusia,
Mengajarnya pandai berbicara.” (Surah Ar-Rahman:
1-4)
ETIKA KOMUNIKASI ISLAM
• Memulakan salam.
• Bercakap benar.
• Bercakap bila perlu.
• Elakkan dari menjatuhkan air muka/maruah seseorang.
• Jangan menggunakan bahasa yang kasar dan lucah.
• Memanggil nama pendengar dengan nama yang disukai
menghormati pendengar.
BENTUK KOMUNIKASI

LISAN BUKAN LISAN


(Mesyuarat, (Emel, surat, sosial
pembentangan, media, aplikasi
taklimat, pemasaran) internet)
APLIKASI INTEGRITI
KOMUNIKASI
• Penggunaan perkataan yang tepat dan ringkas.
• Penggunaan intonasi yang sesuai.
• Elakkan menggunakan perkataan yang boleh menyinggung
perasaan orang lain. (contoh: sindiran)
• Pengawalan mimik muka dan pergerakan badan semasa
berkomunikasi.
INTEGRITI KEWANGAN
❑ Agama islam menitikberatkan urusan perniagaan dan kewangan yang
adil bagi menjamin keadilan sosial.
❑ Pengurusan kewangan yang adil amat penting bagi kehidupan setiap
individu dan masyarakat. ini kerana ia adalah alat menjamin
kelangsungan hidup dan keselesaan hidup.
❑ Namun realitinya, integriti kewangan tidak diamalkan dan ia
merupakan isu yang berakar umbi dalam bidang pengurusan seperti
masalah rasuah dan penyelewengan.
❑ Dari zaman berzaman, isu tersebut telah menjatuhkan banyak kerajaan
dan organisasi. (kaum madyan).
CONTOH INTEGRITI KEWANGAN
DALAM AL-QURAN

Maksudnya: “dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta


(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula
kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-baqarah: 188)
INTEGRITI MASA
❖ Kepatuhan pekerja dan majikan dalam aspek pengurusan masa.
❖ Menggunakan masa secara bijak; mesyuarat, menyiapkan tugasan,
waktu masuk dan balik kerja.
❖ Antara panduan pengurusan masa;
• Membahagikan masa dengan seimbang
• Melakukan kerja dengan kadar segera/tidak bertangguh
• Mengelakkan melakukan perkara yang sia-sia
• Fokus dalam melakukan pekerjaan
• Merancang kerja (to do list)
❖ “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh dan saling menasihati supaya mentaati
kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi
kesabaran.” (Surah al-asr 103:1-3).

❖ Surah al-asr adalah antara surah yang terpendek


di dalam al-quran. Surah ini mengandungi tiga
ayat yang membentangkan kepada kita tentang
cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan
selamat di dunia dan akhirat. Imam al-shafie
berkata tentang surah ini, “seandainya manusia
merenungi surah ini, nescaya surah ini telah
mencukupkan mereka.”

• JOM KITA: senaraikan iktibar yang kita dapati


dari surah al-asr.
ISU-ISU INTEGRITI

Indeks persepsi rasuah Malaysia Pekerja KFC bergaduh

Pekerja Honda hina Islam


RUJUKAN
1. Hamdani, hanafi & shah, faisal & suyurno, S. (2013). Nilai teras integriti
berdasarkan analisis hadith amanah di dalam al-sahihayn. Jurnal fikrah
ACIS.
2. Aminuddin, ahmad & wahid, hairunnizam & mohd noor, mohd ali.
(2017). Kecekapan pengurusan kewangan dan pengurusan agihan
zakat: kajian terhadap majlis agama islam johor.
3. Abdullah, abdul hakim. (2015). Integriti dan kepimpinan dari perspektif
islam. Akademi Pencegah Rasuah Malaysia.
KESIMPULAN
• Penekanan integriti dalam pengurusan islam menunjukkan komited
seseorang individu dalam melaksanakan tugas mengikut syarak untuk
mendapat keredhaan allah.
• Selain itu, individu yang berintegriti meletakkan diri sentiasa di dalam
pengawasan allah.
• Perkara yang perlu diberi perhatian ialah niat yang ikhlas, berazam dengan
bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan memberi
manfaat kepada banyak pihak.
• Meletakkan taqwa sebagai objektif iaitu melakukan perintah allah dan
meninggalkan larangannya.
• Lalui setiap ujian dan cabaran dengan kesabaran dan tawakal.
• Integriti adalah kunci kepada urus tadbir yang baik.

Anda mungkin juga menyukai