Anda di halaman 1dari 17

FAEDAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT Belakangan ini, jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling

rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kitatinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalahyang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakanbahawa" Jiran sepakat membawa berkat ".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukansesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat? Yang berikut akan saya terangkan faedahmengamal amalan baik ini dalam kehidupan harian kita. Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan amanantara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan dengancara membersih tamantaman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamukaedes dan dapat menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakattidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkanmelalui hubungan baik antara jiran.Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana,nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam dirisetiap masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejirananini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakanrumah terbuka terutama pada musim

perayaan, sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat Islam, masyarakat India, masyarakat Cinabekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka tersebut. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakatberpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sekiranya,nilai kerjasama tidakdiamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilaikerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulurbantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongansekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yangterungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni .Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapikesusahan tidak diamalkan dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah. Sesungguhnya, sikapsaling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakandemikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, sepertikejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasaberada dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasankediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan katabulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan masyarakat tidakmendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakatsetempat.

Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysiaialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalanganmasyarakat. Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan baju melayu manakala padamusim perayaan Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum indiamemakai sari. Majlis rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati.Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran jugamembolehkan kita mengenali adat budaya antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antarakaum akan lapuk dek hujan, lekang dek panas.Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat dan budayakaum lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat . Semua pihak hendaklah memainkanperanan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah .Oleh itu, dengan meningkatkansemangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikansemangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman,harmoni dan sejahtera.

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaanpelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yangdicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialahberdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah danpakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkankesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba.~Usman Awang

06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakanhal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan PerkhidmatanPerguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuahyang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang hargadirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilahsesungguhnya pertolongan Allah itu dekat,

asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah AlBaqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati danhartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa olehpenguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanyaharta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguhsungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehidengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah .25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Cara-cara menghargai warga tua. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah MenengahKebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati guru-guru dan ibu bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempenmasyarakat penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan yang mengadakan Kempen Budi Bahasa dan NilaiMurni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kitatentang budi bahasa budaya kita tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah memilikibudi pekerti yang mulia dan mengamalkan nilai murni sepanjang kehidupan kita. Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan ceramahtentang cara-cara menghargai warga tua. Hadirin yang saya hormati, Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proseslahir, tua, sakit dan mati mengikut peribahasa Cina yang popular. Hal inimembuktikan bahawa jika nyawa kita dipajangkan Tuhan, kita akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas berusia lebih 55 tahun. DiMalaysia, golongan warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada kebiasaannya, golongan ini tidak bekerja lagi dantinggal di rumah untuk menunggu ajal tiba. Walau bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang selesa padazaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadiseperti kacang lupakan kulit . Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka haruskita hargai. Pihak kerajaan haruslah mengiktiraf warga tua dalam usaha menyemai nilai menghormati mereka. Hal ini demikian kerana warga emas ini lebih banyak makan garam daripada kita dan mempunyai lebih banyak pengalaman hidup. Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah memberisubsidi bantuan penuh kepada warga tua yang menaiki pengangkutan awam dan menggunakan perkhidmatan awam seperti hospital kerajaan.Dengan cara ini, golongan yang sudah tidak bekerja lagi akan berasa dihargai dan disanjung dalam masyarakat. Saya percaya bahawa mereka akanmelalui sisa-sisa kehidupan dengan penuh bermakna.Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah kebajikan untuk warga tua yang teraniaya danterabai oleh keluarga mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia tetapi berhati binatang ini mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri. Oleh hal yang demikian,

pihak kerajaan haruslah menyediakan tempatberlindung kepada golongan yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga ini supaya nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan usahaini, warga tua yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan diapresiasi. Usaha ini juga secara langsung dapatmembuka minda dan membeliakkan mata rakyat tentang keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya dapat dijadikansuri teladan kepada negara maju yang lain. Para hadirin yang budiman, Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak laporanakhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini berpura-pura menjaga ibu bapa merekasehingga warga tua ini mencapay usa 55 tahun. Apabila berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan ibu bapa danhidup mewah dengan wangtitik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agarkebajikan dan masa depan warga tua dapat dilindungi. Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok negara, Kementerian Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan menampalkan poster hormati yang tua, utamakan yang memerlukandi dalam pengangkutan awam. Hal ini dikatakanamat penting kerana kita haruslah memberikan tempat duduk kepada golongan tua. Golongan yang tua dan lemah ini tidak berdaya untuk berdiridalam keadaan bas atau tren yang sesak dengan penumpangbagai ikan dalam belat . Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka demi menjaga keselamatan mereka apabila menggunakan pengangkutanawam. Dengan usaha ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan keprihatinan kita kepada golongan yang tua. Sebelum saya mengundurkan diri,Saya berharap agar warga tua mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini. Hal ini dikatakan demikian kerana warga tuamerupakan golongan yang banyakmembanting tulang empat kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan golongan yangterdahulu menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada masa ini. Wahai orang muda, janganlah kita menjadiseperti ulat lupakan daun selepas menikmati keselesaan

hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melaluikehidupan dengan penuh ketenangan jiwa. Sekian, terima kasih.

Kepentingan Menyertai Badan Beruniform Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras denganFalsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Salah sejenis kokurikulum yang mustahak ialah badan beruniform, seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu PuteriPersatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Sesungguhnya, ibu bapa dan para pelajar perlu dicelikkan supaya menyedarikepentingan menyertai badan beruniform. Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform sangat maslahat untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalanganpelajar. Hal ini terjadi demikian kerana peserta unit beruniform perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, ketika dalam latihan berkawad, setiap anggota harus mematuhi arahan ketua pasukan masing-masing sehingga memilikirentak yang sama semasa bergerak. Semangat berdisiplin ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka sehingga tidakmelanggar peraturan sekolah dan bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan sendiri. Nescaya remaja yang berdisiplin dapatdicanai sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah juvenil. Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa badan beruniform merupakan medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpinyang berwibawa. Melalui kegiatan dalam pasukan beruniform, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalamorganisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagaiinsan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsurtersebut dan pengalaman dalam pasukan beruniform dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin kelak. Sebagai fakta yang tidakdapat dinafikan bahawa majoriti pemimpin negara kita pernah menjadi pemimpin dalam pasukan beruniform di sekolah.

Lebih-lebih lagi, anggota pasukan beruniform lebih berdikari berbanding dengan pelajar lain. Lazimnya, pasukan beruniform akanmenganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atauekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagaicontoh, mereka perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Nilai berani, gigih, inisiatif, proaktif dan tabahakan dipupuk dalam sanubari setiap peserta untuk menghadapi pelbagai cabaran atau pancaroba. Lantaran daripada itu, anggotapasukan beruniform tidak seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Sudah terang lagi bersuluh, badan beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalanganpeserta. Selain ilmu akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial. Dengan menyertaiPersatuan St. John Ambulans, pelajar telah diberi pengetahuan tentang pertolongan kecemasan. Dalam kegiatan Pasukan Pengakapdan Pandu Puteri, pelajar turut belajar untuk masak-memasak . Pengetahuan dan pengalaman ini tidak dapat ditimba daripadabuku teks. Sebagai insan yang sempurna pelajar tidak boleh bergantung pada pencapaian akademik sahaja. Pengalaman dankemahiran ini dapat mematangkan fikiran pelajar itu. Badan beruniform juga dapat mewujudkan kerjasama antara pelajar yang berlainan bangsa. Semasa menjalankan kegiatan, pelajaryang berlainan bangsa dapat bertoleransi, tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program,bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah . Ahli pasukan beruniform bukan sahaja menjalani aktiviti di dalam sekolah tetapi juga dalam gabungan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa. Anggota badanberuniform berpeluang berinteraksi dengan anggota dari sekolah lain bahkan negeri lain sehingga terjalinlah hubungan mesraantara generasi muda yang berbezaan latar belakang. Kerjasama mereka akan mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasionaldan nasionalisme dalam sanubari generasi muda kita sehingga merealisasikan 1 Malaysia. Bukan itu sahaja, pelajar dapat menentukan kerjaya masa depan mereka melalui kegiatan badan beruniform. Hal ini terjadidemikian kerana setelah menyertai kegiatan pasukan pakaian seragam, mereka dapat mencungkil bakat mereka dan minat merekadalam bidang tertentu. Tamsilnya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan St John Ambulans lazimnya berminatmenjadi doktor,

jururawat dan pegawai kesihatan apabila dewasa kelak. Anggota Kadet Polis berpeluang besar untuk diterimadalam pasukan Polis Diraja Malaysia kerana sejak di bangku sekolah mereka telah menjalani pelbagai latihan ala polis di sekolah.Ternyata, anggota badan beruniform dapat menentukan hala tuju kerjaya mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Secara tuntasnya, kegiatan badan beruniform berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti, iaitu berdisiplin, beramanah,berketerampilan, bekerjasama, bertanggungjawab serta bersemangat kental dan waja diri . Untuk mencapai pembangunan fizikaldan mental negara, generasi yang berjati diri dan berwawasan merupakan elemen yang tidak ternilai seperti peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi srikandi negara .

Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun dan bangunan yang mencakar langit telahdidirikanbagai cendawan tumbuh selepas hujan . Namun demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketarasecara anjakan paradigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan perlu menjanakanpembangunan kerohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakantonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukanciri-ciri yang unik, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan. William J. Siegel berkata,Manusia tidak meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu merancangkantindakan-tindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut Hadis,anak dibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya . Lantaran itu, ibu bapa yang bertanggungjawab dan memiliki ilmu keibubapaan berupayamencanai insan yang gemilang. Terlebih dahulu, ibu bapa perlu menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anakmereka mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladan kepada anak mereka dalam amalanmembaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi . Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasamelentur buluh biarlah dari rebung . Banyak membaca luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikanpujian kepada anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk mendaki lereng yang penuh denganonak dan duri hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan .Tegasnya ibu bapa perlu berusaha membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan akademik. Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang makna jika tidak dilengkapi dengan sahsiah yangmulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik turut melibatkan diri dalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanyapengagihan dadah dan kegiatan maksiat bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak merekamenerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu

membimbing anak mereka menjalankan solat sembahyang danmengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda danpemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan katalain, ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk melahirkan masyarakat penyayang menjelang wawasan 2020.

Untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperananpenting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluardari kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatannegara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini telah membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidakakan berguna jika tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlumenggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perludiadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu bersikapterbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.

Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memastikan generasi muda kita memiliki badan yang sihat dan cergas. Pihak sekolahperlu memberikan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menjaga kesihatan keranamencegah lebih baik daripada mengubati . PendidikanJasmani di sekolah perlu dititikberatkan. Kementerian Pelajaran telah menetap setiap pelajar perlu bergiat dalam satu sukan. Hal inimerupakan tindakan yang bijaksana. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka senantiasa menjaga kebersihan dan mengamalkanpemakanan seimbang seperti kriteria dalam piramid makanan. Sehubungan dengan itu, putera dan puteri yang sedang berjuang dalammedan ilmu dapat menjauhi penyakit kronik dan penyakit berjangkit.Badan cergas otak cerdas . Fizikal yang sihat akan membentuksemangat kental dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya, ibu bapa dan pihak sekolah perlumenitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita.

Sementelahan, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa . Apakah ciri-ciriseorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab,amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasiini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perludiberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata-kata mutiara, Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda . Justeru itu, guru sebagaipenasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, bumi mana tidak ditimpa hujan , pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahanmereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakanmedan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan. Kesimpulan, bak kata peribahasa,pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara , golongan muda perlu dicanai supaya menjadimodal insan yang cemerlang. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang terpenting untuk mencapai aspirasi tersebut. Adakah padatahun 2057, negara kita telah memiliki saintis yang memperoleh hadiah Nobel? Adakah negara kita akan memiliki usahawan seperti BillGates? Adakah negara kita akan memiliki olahragawan yang akan memiliki pingat emas dalam Sukan Olimpik? Hasrat tersebut akantercapai jika masyarakat kita mengalami anjakan paradigma dari segi pembangunan kerohanian untuk melahirkan model insan yangcemerlang seperti tema Hari kebangsaan,1 Malaysia Menjana Transformasi . Peranan Anak untuk Membahagiakan Keluarga Setelah mendepani gelombang globalisasi yang penuh dengan ranjau dan onak duri, hubungan institusi kekeluargaan semakinrenggang. Hal ini turut mencetuskan pelbagai sindrom sosial yangbagai duri dalam daging masyarakat kita, terutamanya penganiayaankanak-kanak, lari dari rumah, mat rempit, penagihan dadah dan lain-lain lagi. Dalam konteks ini, ibu bapa sering diberikan amanah yangberat untuk memperkukuh ikatan institusi kekeluargaan. Bagiamanapun,bertepuk sebelah tidak akan berbunyi. Anak yang masih kecil juga perlu memikul tanggungjawab untuk menjamin kebahagiaan keluarga. Hal ini seiring dengan kata-kata mutiara, Orang

yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan . Lantaran itu, anak yang kecil juga perlu dicelikkan peranan merekadengan mengubah sikap mereka untuk menjayakan program rumahku, syurgaku. Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah bersahsiah mulia dan berbudi bahasa. Hal inidemikian kerana tingkah laku anak yang sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya mereka. Halini selaras dengan peribahasa, yang merah itu saga, yang kurik itu kundi, yang baik itu bahasa, yang indah itu budi .Sehubungandengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidakpatut bertengkar dengan adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung hati ibu bapa, anak hendaklah bersalam kepadaorang tua dan mesti meminta kebenaran daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam bibir anak, seperti terima kasih, maafkan saya, bolehkah saya, tolong dan lain-lain lagi. Segala penat lelah ibu bapa akan redaketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni . Tegasnya, tingkah laku anak yang berjati diri dan berbudi bahasa dapatmeningkatkan keharmonian dalam rumah. Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa berkompetitif, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan sebagai suri rumah tangga. Senarioini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga patutmelakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang disayangi. Sebagai contoh, kita boleh menyapu rantai, mencucibaju dan kasut sekolah , mengelap tingkap, mencuci kereta malah memasak. Semangatberat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga. Bagaimanapun, kebanyakan remaja sekarang meremehkan kerja rumah tangga malah keadaan bilikmereka berselerakan. Ibu bapa yang penat dan sibuk dengan kerja rumah tangga pasti tidak mungkin dapat menaruh kasih sayang kepadaanak merekabagai menatang minyak yang penuh . Dengan kata lain, anak yang sanggup melakukan kerja-kerja rumah tangga dapatmeningkatkan kualiti kesejahteraan keluarga. Seterusnya, anak yang bertanggungjawab hendaklah berdisiplin dan menjauhi kegiatan yang negatif. Sejak kebelakangan ini, ibu bapasentiasa gelisah dan risau

akan anak mereka yang terlibat dalam pelbagai kemelut sosial, tamsilnya gengsterime, vandalisme, melepak, matrempit, merokok bahkan menagih dadah. Hubungan ibu bapa dengan anak semakin tegang dan tidak mesra lagi ketika ibu bapa asyikmenegur perbuatan anak mereka yang tidak sihat. Sebelum senario ini terjadi, anak perlu ada kesedaran dan membuat pertimbangan yangsewajarnya. Golongan remaja dan belia harus memiliki keimanan sebagai pedomanbagai jauhari yang mengenal manikam . Ajakansyaitan dan bisikan iblis harus dijauhi dengan mendalamkan ajaran agama. Ketika menghadapi sesuatu dilema, anak perlu meminta nasihatdaripada ibu bapa atau adik-beradik mereka. Seandainya anak dapat mengamalkan prinsip yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan , mereka pasti dapat melepaskan diri daripada kepompong sindrom sosial. Perselisihan dalam keluarga pasti dapatdiminimumkan. Walhasilnya, anak yang berdisiplin dapat memastikan keamanan keluarga mereka. Di samping itu, salah satu peranan anak adalah menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kataorang yang bijak pandai, orang yang bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaan-Nya .Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa sepertiperibahasa, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati . Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang mengasuh,membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuatkad hari jadi kepada mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang berharga satu dua ringgit itumembawa makna yang tidak ternilai kepada penerima kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka. KetikaHari Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu bapa untuk mengambil hati mereka. Natijahnya,anak perlu menghargai jasa ibu bapa mereka dan berusaha membahagiakan mereka. Sementelahan, anak berkewajipan untuk belajar dangan bersungguh-sungguh. Anak yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dansukan dapat mengharumkan nama keluarga. Ibu bapa akan berasa bahagia dan berpuas hati ketika anak mereka mencapai kejayaan dalampelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian anak merupakan impian setiap ibu bapa. Mereka bekerja keras untuk menyekolahkananak mereka supaya anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagai pelajar, anak perlu memikul tanggungjawabtersebut dengan belajar bersungguhsungguh,ibarat genggam bara api, biarlah sampai jadi arang . Kepandaian atau

kecerdikan setiaporang adalah berbeza tetapiusaha tangga kejayaan . Jika setiap anak dapat menelah pelajaran dengan tekun dan teliti, pelajaran merekapasti dapat menuju ke arah kegemilangan keranadi mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Segala usaha yang pahit dapat melahirkanbuah yang manis. Kecemerlangan anak dalam pelajaran turut membantu mereka memperoleh biasiswa sehingga meringankan beban ibubapa untuk menanggung kos pendidikan anak. Dengan kata lain, anak perlu belajar dengan tekun untuk mengharumkan nama keluarga. Secara tuntasnya, anak memainkan peranan yang penting untuk membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan,bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan menghargai jasa ibu bapa dapat mencambahkan keluarga yang sakinat. Walau bagaimanapun,setiap anggota keluarga perlubermuafakat seperti peribasasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap anggota keluarga, progaramRumahku, Syurgaku dan Semakin Hari Semakin Sayang baru dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai