Anda di halaman 1dari 10

1.

SEJARAH SUKAN RAGBI

Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan
kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini
tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola
sepak, tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan
membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakanrakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis
berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan
dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu
disertai pula rakan-rakannya. Maka dari situlah bermulanya satu permainan
baru.
Bagaimanapun, ketika itu tiada siapa pun yang mahu menerima
perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk dikembangkan sebagai sukan.
Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia
barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom
telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam
majalah The Meteor tahun 1888.
Artikel tersebut telah menyebut, iaitu tindakan Ellis yang menimbulkan
idea kepada permainan ragbi bukanlah ketika dia menangkap bola, tetapi
adalah tindakannya berlari ke hadapan sambil bola berada di tangannya,
sehingga

tiba

di

gol

lawan.

Bagaimanapun

tiada

pula

rekod

yang

menceritakan tindakan Ellis setelah tiba di garisan gol lawan itu. Menurut

beberapa buku sejarah sukan ragbi, di sekolah Ellis telah dibina batu asas
memperingati peristiwa ini. Pada batu tersebut dicatatkan catatan berikut
With fine disregard for the rules of football as played in his time, first took
the ball in his arms and ran with it, this aroginating the distinctive features of
the rugby game.
Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan
kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian
Universiti Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan
dan membuat peraturan rasminya sendiri.
Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan siswanya telah
membentuk kelab ragbi, yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia.
Ragbi mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England.
Kemudian Kelab Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan peraturan rasmi
permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Perlawanan peringkat antarabangsa pertama telah dIadakan tahun
1871, iaitu di antara England dan Scotland. Perlawanan ini dimainkan oleh 20
orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit.
Pada tahun 1870, penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan.
Lima tahun kemudian, dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu
pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain juga telah ditetapkan
kepada 15 orang. Badan yang bertanggungjawab ke atas permainan rugbi
ialah Kesatuan Ragbi (Rugby Football Union) yang ditubuhkan pada tahun
1871.
Seterusnya, rugbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang
dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri
Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah
menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah
Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan
diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau
Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The
Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan
Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara
negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak
muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap
tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan,

pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23


Tahun.
Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala
All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri.
Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala
Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM
setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertandingan lain seperti
Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan
jemputan sama ada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di
kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk
peringkat ini.
Di peringkat antarabangsa, negara New Zealand yang dikenali sebagai
All Black menjadi pasukan yang digeruni dengan memiliki pemain seperti
Jonah Somu. Negara lain seperti juara dunia Australia, Afrika Selatan. England
dan Perancis juga merupakan kuasa terkuat dalam acara ragbi. Bagi negara
Asia, Jepun merupakan negara yang handal namun tahap keupayaan masih
jauh berbanding dengan negara Barat.

2.0

KEMAHIRAN DALAM SUKAN RAGBI


Menghantar
Menghantar bola ialah cara menyampaikan bola kepada rakan yang
berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggerakkan bola terutama
membuat serangan. Pemain ragbi menghantar bola menggunakan tangan
sama ada dua belah atau pun sebelah. Penerima juga akan menerima bola
menggunakan tangan. Terdapat tiga jenis hantaran dalam sukan ragbi.
1. Hantaran Pendek Searas
Hantaran ini dilakukan oleh pemain kepada rakannya yang
berada pada posisi yang dekat atau dalam kedudukan yang baik
untuk menerima bola. Searas bermaksud pada ketinggian yang
sama antara penghantar dan penerima bola, biasanya antara lutut
dan pinggang. Hantaran ini boleh dilakukan sama ada dalam
kedudukan berdiri ataupun berlari. Yang penting ialah antara
penghantar dan penerima harus ada persefahaman.

2. Hantaran Scrum-half
Hantaran ini dilakukan apabila bola berada di atas tanah,
sama ada daripada scrum, ruck, atau maul atau line-out. Hantaran
ini

biasanya

dilakukan

oleh

scrum-half

yang

sememangnya

ditugaskan untuk membuat hantaran ini menjadikan fly-half dan


stand-off sebagai sasaran penerima. Hantaran ini dilakukan dengan
pantas, dengan menghantar ke aras pinggang atau lutut penerima.
Pemain lain juga harus dapat melakukan hantaran cara ini.

3. Hantaran Scrum-half ( Terbang )


Hantaran ini juga dilakukan dengan pantas biasanya untuk
bola di atas tanah. Hantaran ini digunakan untuk menghantar bola
pada jarak yang agak jauh tetapi terpaksa dilakukan dengan
pantas. Penghantar akan membuat hantaran sambil menerbangkan
badannya. Setiap pemain harus dapat membuat hantaran cara ini
walaupun hantaran ini sering dilakukan oleh scrum-half.

Menerima atau Menangkap Bola


Menerima bola merupakan kemahiran penting dalam permainan ragbi.
Setiap pemain harus dapat melakukan kemahiran ini dalam pelbagai situasi
atau keadaan. Tangkapan yang baik akan melicinkan pergerakan dan
memudahkan strategi dijalankan. Walaupun menangkap dan menerima bola
sering di gabungkan sebagai satu kemahiran, tetapi sebenarnya adalah
berbeza.
1. Tangkapan Daripada Hantaran Rakan
Penerima dan penghantar hendaklah

dapat

membaca

perlakuan atau tindakan rakan. Penerima hendaklah menumpukan


perhatian kepada penghantar di samping menempatkan diri pada
kedudukan yang bebas daripada lawan. Dia harus menghulurkan

tangannya untuk menangkap dan bukan sekadar menanti bola


datang kepadanya. Antara kedua-dua pemain hendaklah pada jarak
yang sesuai.
2. Tangkapan Bola Tinggi Tendangan Lawan
Pemain harus dapat menguasai kemahiran ini kerana dalam
permainan ini, pemain lawan sering melakukan tendangan tinggi,
sama ada ketika menyerang atau bertahan. Untuk menangkap bola
tinggi, pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke
hadapan, dan badan pada kedudukan mengiring. Kedua-dua tangan
hendaklah dipanjangkan. Bola hendaklah dibawa ke dada sebaik
sahaja berjaya ditangkap.
3. Tangkapan bola rendah
Bola rendah biasanya dari lutut ke bawah sama ada daripada
hantaran rakan dan lawan. Pemain hendaklah meletakkan salah
satu kakinya ke hadapan dan membengkokkan lutut. Pemain
menangkap bola daripada kedudukan tangan yang dikeluarkan ke
arah bola. Sebaik ditangkap bola harus dirapatkan pada badan atau
dada untuk pergerakan selanjutnya.
4. Tangkapan Bola Di atas Tanah
Bola yang diletakkan di atas tanah boleh di ambil sama ada
dalam kedudukan berhenti atau berlari. Caranya ialah dengan
mencedok bola dengan tangan yang hampir dengannya kepada
tangan yang lagi satu yang terletak di hadapan bola. Pemain boleh
memilih tangan kiri atau kanan untuk mencedok atau menampan
bola.

Kemahiran Tendangan
Kemahiran menendang dalam permainan ragbi adalah penting bagi
semua pemain. Tendangan yang dilakukan hendaklah mempunyai matlamat
atau tujuannya.
Antara tujuan melakukan tendangan ialah:

Untuk memperoleh kelebihan kawasan permainan


Untuk menyelamatkan bola, ketika diasak pasukan lawan.
Untuk memberi peluang dan masa rakan sepasukan mengejarnya dan

seterusnya mendapatkan bola semasa melakukan serangan.


Untuk mendapatkan mata sama ada menerusi tendangan penalty
ataupun conversion atau dropped goal, serta memulakan permainan.

Terdapat beberapa jenis tendangan seperti berikut:


1. Tendangan lepas (Punting)
Dilakukan untuk mendapatkan

kelebihan

kawasan

dan

memberi masa kepada rakan mengejar bola semasa serangan. Cara


melakukan tendangan ini ialah dengan memegang bola pada
kedua-dua tangan. Apabila pemain bersedia untuk membuat
tendangan dia akan melepaskan bola dan pada masa yang sama
menendang ke arah yang di tuju.
2. Tendangan lantun (dropped kick)
Dilakukan dengan cara pemain melepaskan bola menegak ke
tanah, lalu menendangnya sebaik sahaja melantun dari tanah.
Tendangan ini harus dilakukan dengan pantas kerana kemungkinan
lantunan itu tidak menepati arah yang dikehendaki. Tendangan ini
digunakan terutamanya untuk mendapatkan mata, memulakan
permainan selepas conversion yang gagal dan untuk mengeluarkan
bola dari kawasan permainan.

3.0

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN RAGBI


1. Bola
Bola yang digunakan dari jenis kulit atau sintetik bersaiz 5 SM dan
bersaiz 3 SR.
2. Bilangan Pemain
Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang
pemain sahaja yang dibenarkan bermain/ berada di dalam padang

pada satu masa bagi SR.


Permainan tidak boleh dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang
pemain
Bagi SM pula bilangan pemain adalah seperti berikut:
15 sepasukan dengan 10 pemain simpanan
10 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
7 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
Bagi perlawanan 15 sepasukan perlawanan

tidak

boleh

dimulakan sekiranya terdapat kurang dari 12 orang pemain


3. Pakaian Pemain
Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak
membahayakan orang lain
serta bernombor 1 hingga 12 bagi SR dan 1 hingga 25 bagi SM.
4. Masa Permainan
Masa permainan rasmi bagi SR adalah 20 minit setiap separuh masa
dengan masa rehat maksimum 5 minit. Tetapi jika bermain secara

karnival maka masa permainan ialah 7 minit setiap


Separuh masa dengan 1 minit masa rehat
Bagi SM pula berikut adalah ketetapannya:
Permainan 15 sepasukan
Maksima 40 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan
dewasa dengan 10 minit waktu rehat.
Maksima 35 minit bagi setiap separuh masa bagi variasi bawah
19 tahun dengan 10 minit waktu rehat.
Permainan 10 sepasukan
Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit
waktu rehat.
Permainan 7 sepasukan
Maksima 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit
waktu rehat.

Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan


akhir dengan 2 minit waktu rehat.

4.0

KEMUDAHAN DAN PERALATAN SUKAN RAGBI

Peralatan asas yang mesti dipakai ialah:


i. Jersi
ii. Seluar pendek
iii. Stoking
iv. Boots

http://cikguhassrolnizampjk.blogspot.com/2011/11/kenali-sejarah-sukan-ragbi.html
http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2013/09/sejarah-permainan-sukanragbi.html
http://projectgen-y.com/3a/nik/?page_id=28

Anda mungkin juga menyukai