Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN SUKAN

Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan.


Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara
menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk
melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut
mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan
ini.

Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah
yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan
William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola tanpa diduga beliau telah mengambil bola
dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis,
rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan
mereka dalam usaha untuk merebut bola. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya
yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru.

Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan
rakan-rakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad
kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang
rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam
artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.

Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan kecil di mana
sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah
mengubah suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasminya sendiri.
Ragbi mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab
Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London
sepuluh tahun kemudian.

1
Peraturan rasmi bagi sukan ragbi di England diumumkan pada tahun 1849, namun
permainan ini mula popular di sekolah sekolah dalam England pada tahun 1871. Di tahun
yang sama juga, telah diadakan perlawanan ragbi peringkat antarabangsa pertama, yang
menemukan Scotland dan England. Perlawanan tersebut dimainkan oleh 20 orang dalam
tempoh masa 100 minit.

Pada tahun 1870, penggunaan pengadil mula diperkenalkan, dan lima tahun kemudian
dua orang penjaga garisan telah digunakan bagi membantu pengadil utama. Bilangan
pemain juga telah di tetapkan kepada 15 orang sepasukan. Di England, badan yang
bertangungjawab ke atas sukan ragbi adalah Rugby Football Union ( RFU ) yang
ditubuhkan pada tahun 1871. Manakala bagi perngkat antarabangsa, badan yang
menguruskan sukan ragbi adalah International Rugby Board ( IRB ), ditubuhkan pada
tahun 1886, beribu pejabat di Dublin, Ireland.

Pada masa kini, sukan ragbi telah berkembang luas serata dunia. Antara negara negara
yang berpengaruh dan handal dalam sukan ragbi adalah seperti New Zealand, England,
Ireland, Australia, South Africa, Scotland.

Seterusnya, ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama.


Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang
pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen,
Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50
orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor,
Perak, Pulau Pinang dan Singapura.

Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch
Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada
tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi
merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah
diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan,
pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

2
Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues.
Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983,
pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala
Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat
pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM
serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini
ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus
untuk peringkat ini.

3
CARA PERMAINAN SUKAN RAGBI

Ragbi merupakan antara salah satu sukan yang lasak dan juga ekstrem.
Walaubagaimanapun, sukan ini menjadi perhatian ramai peringkat umur kerana taktikal
permainan yang lain daripada yang lain dan menarik. Sukan ini digubal peraturannya dan
menjadi salah satu sukan kegemaran pada masa kini. Sukan ini dimainkan seramai 15
orang sepasukan dan setiap pemain mempunyai posisi yang ditetapkan. Ragbi juga
dimainkan seramai 10 dan 7 orang sepasukan. Terdapat dua kumpulan pemain di dalam
sebuah pasukan yang pertama ialah “forwards” mempunyai seramai 8 posisi untuk
pertahanan dan satu kumpulan lagi ialah “backlines” yang bertujuan untuk menyerang dan
mempunyai 7 posisi.

Sukan ini juga mempunyai dua jenis bahagian iaitu ragbi sentuh dan juga ragbi
rempuh. Ragbi sentuh diperkenal kepada golongan bawah umur sebagai asas dalam sukan
ragbi, manakala ragbi rempuh pula diperkenalkan kepada golongan remaja dan bersifat
agak lasak. Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula iaitu drop kick. Selepas
tendangan mula, mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan berlari
dengannya, pemain juga boleh menyepaknya atau menghantarnya kepada rakan. Pemain
yang mendapat bola perlulah menguasai permainan dengan menggunakan taktikal-taktikal
yang dilakukan semasa di dalam latihan.

Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan
memegangnya, merempuh atau menjatuhkannya. Melalui cara ini, pasukan penguasaan
bola akan dapat disekat oleh pemain lawan. Semua pemain boleh membuat sentuhan dan
menahan pemain yang ada bola. Pemain boleh terlibat dalam scrum , ruck , maul dan
line-out. Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal.
Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara
yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi.

4
kemahiran asas adalah penting bagi sesebuah sukan untuk dipejari bertujuan untuk
melancarkan pergerakan sukan dan mengasah skil yang ada untuk melahirkan satu prestasi
yang bagus. Antara kemahiran asas di dalam sukan ragbi ini ialah melontar bola, menyepak
bola, dan berlari. Kemahiran melontar bola adalah penting bagi setiap pemain ragbi.
Penghantar bola perlulah mengenal pasti situasi sekeliling sebelum membuat hantaran
kepada rakan dan penerima pula mesti berada di dalam keaadaan yang selesa dan tepat
untuk menerima bola. Kedua-dua tugas tersebut haruslah bertindak mengikut situasi dan
mampu untuk menimbulkan persefahaman antara satu sama lain.

Selain itu, menyepak bola adalah salah satu kemahiran asas dalam sukan ragbi. Hal ini
kerana sepakan bola juga boleh memberi mata kepada sesebuah pasukan dan juga mampu
menyelamatkan pasukan apabila diasak oleh pihak lawan. Pelbagai jenis sepakan yang
diperkenalkan di dalam sukan ragbi setiap sepakan mempunyai tujuan tersendiri sebagai
contoh ialah conversion. Sepakan ini dilakukan sebagai mata tambahan kepada pasukan
setelah mendapat try. Sepakan juga boleh dilakukan ketika dalam permainan seperti
sepakan untuk line out.

Peralatan asas yang mesti dipakai di dalam sukan ini ialah jersi. Jersi permainan ragbi
adalah jersi yang diperbuat daripada kain yang tebal dan bergetah. Ianya bertujuan untuk
mengelakkan baju itu daripada terkoyak dan mnyebabkan luka. Seluar yang digunakan
kebiasaanya seluar pendek yang berkain tebal memberi fungsi kepada pemain supaya lebih
mudah untuk berlari dan bergerak. Stoking berfungsi untuk melindungi kaki dan boots
yang dipakai adalah boots yang mempunyai stad bagi memudahkan pergerakan semasa
bermain di padang berumput ataupun basah. Semasa permainan juga, pemain tidak
dibenarkan memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai, cincin, jam tangan,
tali pinggang untuk mengelakkan kecederaan kepada pemain.

5
PERATURAN PERMAINAN RAGBI

PERATURAN 1 : (PADANG)

 Adalah kawasan yang dikelilingi oleh garisan sentuh dan garisan gol

PERATURAN 2 : (BOLA)

 Bola yang digunakan dari jenis kulit atau sintetik bersaiz 5 – SM dan bersaiz 3 – SR.

PERATURAN 3 : (BILANGAN PERMAIN)

 Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang pemain sahaja
yang dibenarkan bermain/ berada di dalam padang pada satu masa bagi ragbi sentuh.
Permainanan tidak boleh dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang pemain.

 Bagi ragbi rempuh pula bilangan pemain adalah seperti berikut:

- 15 sepasukan dengan 10 pemain simpanan

- 10 sepasukan dengan 5 pemain simpanan

- 7 sepasukan dengan 5 pemain simpanan

 Bagi perlawanan 15 sepasukan perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat


kurang
dari 12 orang pemain.

PERATURAN 4 : (PAKAIAN PERMAIN)

 Peralatan asas yang mesti dipakai ialah:


i.Jersi
ii.Seluar pendek

iii.Stoking

iv. Boots

 Tidak dibenarkan memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai, cincin,


jam tangan, tali pinggang.

6
PERATURAN 5 : (MASA PERMAINAN)

 Masa permainan rasmi bagi ragbi sentuh adalah 20 minit setiap separuh masa dengan
masa rehat maksimum 5 minit.

 Bagi ragbi rempuh pula berikut adalah ketetapannya:

 Permainan 15 sepasukan

- Maksima 40 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan dewasa dengan 10
minit waktu rehat.

- Maksima 35 minit bagi setiap separuh masa bagi variasi bawah 19 tahun dengan 10
minit waktu rehat.

 Permainan 10 sepasukan

- Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit waktu rehat.

 Permainan 7 sepasukan

- Maksima 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit waktu rehat.
- Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan akhir dengan 2 minit
waktu rehat.

PERATURAN 6 : (PEGAWAI PERLAWANAN)

Setiap perlawanan di bawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang


Pengadil dan dua orang Penolong Pengadil. Pengadil mestilah bertauliah. Pengadil
merupakan individu yang menentukan masa perlawanan tamat. Jika ia meragui masa,
beliau boleh merujuk kepada pembantu pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.

7
PERATURAN 7 : (ADVANTAGE)

Advantage adalah situasi di mana pengadil tidak memberhentikan perlawanan


apabila berlaku kesalahan dalam permainan. Advantage diberikan kepada pasukan yang
tidak melakukan kesalahan meneruskan permainan.

Tujuan advantage diberikan semasa permainan sedang berjalan adalah untuk


memberi kesinambungan kepada permainan itu sendiri tanpa pengadil meniup wisel bagi
setiap kesalahan yang dilakukan. Terdapat dua jenis advantage iaitu area advantage dan
tactical advantage.

PERATURAN 8 : (KUTIPAN MATA)

Setiap try dan penalty try yang dilakukan akan diberi 5 mata dan try 7 mata akan
diberi kepada pemain yang meletakkan bola dalam kotak yang disediakan dalam kawasan
in goal bagi ragbi sentuh. Bagi ragbi rempuh berikut merupakan kaedah kutipan mata:

 TRY: Diperolehi apabila pemain berjaya menekan bola di kawasan gol lawan – 5
mata.

 PENALTY TRY: Try yang mungkin dapat dilakukan oleh sesuatu pasukan tetapi
tidak dapat disempurnakan disebabkan permainan kasar (foul-play) oleh pasukan
bertahan. Pengadil menganugerahkan penalty try di bawah tiang gol – 5 mata.

 CONVERSION: Apabila pasukan berjaya melakukan try, pasukan tersebut


berpeluang untuk membuat sepakan ke arah gol. Sepakan boleh dibuat secara sepak
letak ataupun sepak lantun bagi permainan 15 sepasukan – 2 mata.

 PENALTY GOAL: Sepakan penalti ke arah gol yang diambil apabila sesuatu
pasukan itu memperolehi penalti daripada kesalahan pihak lawan – 3 mata.

 DROPPED GOAL: Sepakan lantun ke arah gol yang dilakukan semasa permainan
sedang berlangsung – 3 mata.

8
PERATURAN 9 : (FOUL PLAY)

Dalam ragbi sentuh, pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan daripada
melakukan sentuhan atau tackel, bermain dengan cara yang berbahaya, misconduct,
sentuhan atau tackle dan perlanggaran yang berbahaya serta pemain digalakkan bermain
dengan semangat kesukanan yang tinggi .

Sebarang tindakan atau gerakan seseorang pemain yang bertentangan dengan


undang-undang dan semangat sukan. Termasuk gangguan permainan, bermain kotor dan
membahayakan pemain lain, kelakuan tidak senonoh, bertindak balas dan kesalahan yang
berulang.

PERATURAN 10 : (OFF SIDE/ON SIDE)

Seseorang pemain dikira offside apabila berada di hadapan garisan offside semasa
scrum, line-out, ruck dan maul atau berada di hadapan pemain sepasukan yang terakhir
memainkan bola.

Onside bermakna pemain berkenaan berada dalam permainan dan boleh


meneruskan permainan sama ada melakukan serangan ataupun melakukan gerakan
bertahan.

PERATURAN 11 : (KNOCK ON/HANTARAN KEHADAPAN)

Knock on terjadi bila pemain hilang posisi bola dan bola jatuh ke hadapan menuju
ke arah garisan gol pihak lawan dari kawalan pemain ataupun apabila bola jatuh ke
hadapan terkena pemain lain sama ada dari pasukan lawan atau pasukan sendiri.

Hantaran ke hadapan berlaku apabila pemain melontar atau menghantar bola ke


hadapan. Jika bola tidak di hantar ke hadapan tapi kena tanah atau pemain lain dan bola
bergerak ke hadapan bola tidak dikira forwards.

9
PERATURAN 12 : (BALL ON THE GROUND – NO TACKLE )

Situasi bola berada di atas tanah dan seorang pemain menjatuhkan badannya untuk
mengambil bola tersebut. Situasi ini juga berlaku bila seorang pemain yang mempunyai
memegang bola berada di atas tanah tetapi tidak ditackel. Pemain mesti memainkan bola
dengan segera. Jika pemain tersebut menghalang pemain lain dari mengambil bola tersebut
hukuman penalti akan diberikan ke atasnya.

PERATURAN 13 : (SENTUHAN DAN TACKLE)

Sentuhan terjadi apabila pembawa bola disentuh dengan kedua-dua belah tapak
tangan, hujung jari dan sentuhan dengan satu tangan tidak dikira sentuhan. Pemain yang
disentuh mestilah melepaskan/ membuat hantaran dengan segera (tidak melebihi 3 saat).

Tackle berlaku apabila seorang pembawa bola ditangkap oleh seorang atau lebih
pemain pihak bertahan dan ia dijatuhkan ke tanah bersama bola. Sekiranya mana-mana
lututnya berada di atas tanah atau ia duduk atau di atas seseorang pemain yang berada di
atas tanah, ia dianggap sudah ditackled. Pemain yang ditackled mestilah melepaskan bola
atau menghantar bola dengan serta merta. Pemain yang melakukan tackle hendaklah
melepaskan pemain yang ditackled apabila kedua-dua mereka jatuh ke tanah.

PERATURAN 14 : (RUCK)

Dibentuk apabila bola berada di atas tanah dan seorang atau lebih pemain daripada
dua pasukan berdiri dan mempunyai sentuhan badan mengelilingi bola antara mereka.
Pemain yang terlibat dalam ruck tidak dibenarkan:

 Mengambil bola dari ruck

 Kembalikan bola ke dalam ruck

10
PERATURAN 15 : (MAUL)

Berlaku apabila seorang pembawa bola dipegang oleh seorang atau lebih pemain
pasukan lawan dan seorang atau lebih pemain dari pasukan pembawa bola memegang
pembawa bola . Semua pemain yang terlibat dalam kedudukan berdiri dan bergerak ke arah
garisan gol.

PERATURAN 16 : (BOLA KELUAR DAN LONTARAN MASUK (line-out) )

Bola dikira keluar dari kawasan permainan apabila pembawa bola terkena garisan
tepi, tanah objek atau orang di atas garisan itu. Bola juga dikira keluar apabila ditendang
keluar dari garisan tepi atau mencecah garisan itu. Throw-in tidak dibenarkan sehinggalah
referi menyatakan line-out sudah dibentuk. Line-out adalah keadaan yang mana kedua-dua
pasukan bertanding membentuk garisan lurus di antara garisan 3 hingga 10 meter . Pasukan
yang bukan penyebab bola keluar akan melontar bola masuk.

PERATURAN 17 : (SCRUM)

Scrum terbentuk apabila 3 pemain daripada setiap pasukan terikat secara interlock.
Kemudian, scrum-half akan memasukan bola melalui lorang yang terbentuk.

 Dibentuk untuk kesalahan ringan tertentu seperti hantar ke hadapan dan knock on.

 Dibentuk di tempat berlaku kesalahan.

 Mengandungi sekurang-kurangnya 5 orang pemain dari satu pasukan.

 Bola dimasukkan ke dalam scrum oleh juru scrum pasukan yang tidak melakukan
kesalahan.

PERATURAN 18 : (TENDANGAN PENALTI DAN TENDANGAN PERCUMA)

Pemain bebas untuk melakukan sebarang jenis tendangan seperti grubber kick, up
and under dan lain-lain bentuk tendangan. Tendangan berterusan melebihi sekali adalah
tidak dibenarkan walaupun oleh pemain yang berbeza. Selepas sekali tendangan pemain
mestilah memungut bola tersebut untuk dimainkan.

11
Bagi ragbi rempuh:

 Tendangan Penalti: Diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan.

Semua pemain pasukan yang melakukan kesalahan mesti berada 10 meter dari tempat
kesalahan berlaku. Mereka mesti berdiri pegun sehingga tendangan dilakukan.

Pasukan yang mendapat tendangan penalti boleh mencuba untuk mendapatkan gol penalti.

 Tendangan Percuma : Diberikan kepada pasukan yang membuat mark.


– Tidak boleh membuat percubaan gol penalti.

PERATURAN 19 : (IN GOAL)

In goal ialah kawasan yang mana pemain dari kedua-dua pasukan meletakkan bola tersebut
untuk try atau touch down – .

Bagi ragbi rempuh pula:

– Kawasan gol disempadani oleh garisan gol tepi dan garisan bola mati termasuk garisan
gol dan tiang gol seperti yang terdapat dalam gambar rajah undang-undang 1.
– Bola boleh diletakkan di kawasan ini oleh mana-mana pemain dari kedua pasukan.
– Jika pasukan penyerang meletakan bola, pasukan penyerang dianggap membuat try.
– Jika pasukan bertahan meletakkan bola di kawasan golnya sendiri, pasukan bertahan
dianggap melakukan touchdown.

Antara kejohanan ragbi yang ada di malaysia:

 Liga kesatuan ragbi malaysia. Liga ini membariskan pemain-pemain dari seluruh
negeri di malaysia dan bersaing di dalam satu kejohanan yang bertaraf tinggi bagi
merebut peluang menjulang trofi.

 Kejohanan mckk (malay college kuala kangsar). kejohanan ini disertai oleh pelajar
yang berumur di antara 16-18 tahun bagi mewakili sekolah mereka. Kejohanan ini di
antara salah satu kejohanan yang terbesar bagi anak muda untuk mengasah bakat ragbi
mereka.

12
 Liga ragbi malaysia. Liga ini dibarisi pemain-pemain yang bermain untuk kelab-kelab
ragbi yang ternama di malaysia. Liga ini diadakan sebagai salah satu kejohanan besar
bertujuan untuk mengembangkan lagi sukan ragbi di kalangan rakyat malaysia.

 Asian rugby championship. Kejohanan ini pula adalah kejohanan asia yang
membariskan negara-negara asia lain seperti hongkong, jepun ,korea selatan dan
sebagainya. Kejohanan ini melayakkan negara asia untuk bertanding di kejohanan
dunia.

 Rugby world cup. Kejohanan bertaraf dunia ini disertai oleh pasukan negara yang
bersaing dan layak untuk dinobatkan sebagai juara dunia. Kejohanan ini adalah yang
terbesar dan termashur di dalam sukan ragbi dan antara pasukan yang digemari
adalahh All blacks (new zealand), south africa dan sebagainya.

13
TOKOH/ INDIVIDU SUKAN YANG DIMINATI

Sukan ragbi adalah antara sukan yang semakin mendapat tempat di hati para peminat
sukan lasak pada masa kini. Justeru itu, sukan ini mempunyai ramai tokoh yang boleh
dijadikan idola. Kami memilih salah seorang pemain teremuka yang telah memeluk islam
dan beliau merupakan salah seorang pemain dari pasukan nombor satu dunia. Kami
mengagumi beliau kerana beliau dahulunya merupakan seorang pemain yang sering
dikelilingi dengan pelbagai kontroversi.

Tetapi ketika beliau menetap di Perancis beliau telah berjirang dengan keluarga
dari Tunisia dan beliau amat rapat dengan keluarga itu kerana beliau menggambarkan
keluarga itu sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Ahirnya pada tahun 2009 semasa
beliau masih di Perancis, beliau telah memilih untuk memeluk Islam. Selepas memeluk
Islam beliau hidup dengan besederhana dan tidak lagi mempunyai kontroversi, sebaliknya
beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

 NAMA PENUH ; SONNY BILL WILLIAM


 Bermain di kelab di Astraulia, bermain untuk negara New Zealand atau juga
dikenali sebagai ALL BLACKs
 Pencapaian tertinggi yang pernah dicapai ialah memenagi kejohanan dunia iaitu
Rugby World Cup (RWC)

14
KESIMPULAN

Natijahnya, tidak dapat dinafikan bahawa sukan merupakan suatu aktiviti yang banyak
memberi manfaat kepada pengamalnya. Setiap sukan yang diwujudkan mempunyai
komponen- komponen penting seperti peraturan, tatacara dan juga format di dalamnya.
Begitu juga sukan ragbi ini, sukan ini diwujudkan atas keunikannya untuk memberi
keseronokan, kepuasan dan sebagainya.

Setiap lapisan umur boleh melibatkan diri di dalam sukan ragbi ini kerana ianya sesuai
untuk semua lapisan jika mempraktikkan teknik dan cara yang betul. Semua sukan di
dalam dunia ini mempunyai risikonya yang tersendiri, dan yang paling penting adalah
keutamaan keselamatan. Peraturan dicipta supaya keselamatan pemain terjaga dan dapat
mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tak diingini.

Justeru itu, sukan ini mampu menjadi satu sukan yang mashur sekiranya ramai di
kalangan anak muda masa kini menceburi sukan ragbi. Pasukan ragbi Malaysia juga telah
mengambil bahagian dalam kejohanan yang besar dan juga telah menaikkan nama
Malaysia di carta dunia sukan ragbi. Kelahiran bakat-bakat muda amatlah diperlukan untuk
menambah mutu sukan ini di mata dunia.

15
RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ragbi
2. http://newtonsportscience.blogspot.com
3. https://www.thepatriots.asia/asal-usul-sukan-ragbi/
4. www.sukandaily.com.my

16
LAMPIRAN

17
ASAS SUKAN DAN PERGERAKAN

JBKK 1051

TAJUK:
ASAS PERMAINAN SUKAN (RAGBI)

DISEDIAKAN UNTUK:
SIR MOHD AZHAR AZRIN BIN MOHD SHAH

DISEDIAKAN OLEH:

1.
2. MUHAMMAD MUNZIR BIN MUZAHAR 15BI03038
3. AMIRUL AZIM BIN AHMAD ZAMIN 16BB02018
4. MOHAMAD SHAFIQ BIN MAHADI 16BB02019
5. MUHAMMAD ANWARUDIN BIN ROSLI 16BB02039
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. PENGENALAN SUKAN 1-3


RAGBI
1. CARA PERMAINAN RAGBI 4-5

2. PERATURAN PERMAINAN 6-13

3. TOKOH YANG DIMINATI 14

4. KESIMPULAN 15

5. RUJUKAN 16

6. LAMPIRAN 17

Anda mungkin juga menyukai