Anda di halaman 1dari 9

FASA PERGERAKAN Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut: a) Fasa persediaan termasuk

pegangan cakera b) Fasa hayunan awalan c) Fasa lemparan d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK MEMEGANG CAKERA Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang cakera hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para pelajar perlu membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut kemampuannya. Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka memegang sebuah buku di sisi badannya. Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu jari reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya.

TEKNIK MELEMPAR CAKERA Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan Gaya Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera. Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini, melempar dengan gaya berdiri adalah memadai dan sesuai untuk peringkat permulaan. Sama seperti dalam pembelajaran acara merejam lembing dan melon tar peluru, latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka. Tumpukan perhatian kepada butir-butiran mengajar yang utama untuk memudahkan pembelajaran para pelajar di setiap peringkat latihan yang dijalaninya.

TEKNIK GAYA BERDIRI Fasa 1: Persediaan a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri. b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan. Fasa 2: Hayunan Awalan a) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Lihat juga fasa 1. b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan. c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Fasa 3: Pelemparan a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), pelajar mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak. b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30-35.

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan (a) Ketika melemparcakera, kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu. (b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.

TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai kemahiran as as melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang beransur maju.

Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.

Fasa persediaan Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu.

Fasa 1, 2: Hayunan Awalan Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing (a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan. (b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Fasa 8-10: Pelemparan Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan, tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut. Peserta akan merasa simpai logam cakera itu semakin menekan di

atas ruas jarinya. Pad a ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan menolak kuat ke atas tanah. Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. Pada masa yang sarna, kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan badannya, peserta :erus memerhati cakera hingga ia mendarat.

Latihan Ansur Maju

Latihan 1
Tujuan:mengawal cakera semasa hayunan dan memutar cakera ketika melepaskannya. (a) Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit. (b) Hayun cakera berulang kali ke depan dan ke belakang di sisi badan. Ingat Jangan menggenggam cakera. (c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (sampai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2
Tujuan: Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijaralkkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan. (b) Hayun cakera ke belakang dengan tangan Iurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki. (c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan

Latihan 3
Tujuan: Latihan berpusing selepas menghayun cakera. (a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri. (b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang. (c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpasangan (d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang. (e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagai pand uan ked ud ukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju. Nota: Pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.

Latihan 4
Tujuan: Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar. (a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunkan cakera. (b) Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan. (c) Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan dalam bulatan, kaki kanan berpaksi dan pengilasan badan disempumakan sehingga badan menghadap ke kawasan lemparan. (d) Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilempar ke depan.Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PERATURAN ASAS ACARA a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendaklah memulakan lemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan. b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan. c) Bagi lemparan yang sah, cakera hendaklah mendarat atau jatuh supaya bekas kesannya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor. d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri. e) Untuk mendapat pegangan yang baik, peserta dibenarkan menggunakan bahanbahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan. f) Jika lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, lapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga lagi percubaan untuk menentukan pemenang. Sekiranya berlaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranya hanya lapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat enam percubaan.

Anda mungkin juga menyukai