Anda di halaman 1dari 93

IPG KAMPUS PULAU PINANG

SUKAN DAN REKREASI JUNGLE TRACKING MEMANAH PAINTBALL

Pensyarah : En. Barchan Singh

Nama Ahli Kumpulan : Chu Lee Ming Teoh Jing Shan Yap Tsin Huey

Definisi Sukan Rekreasi


Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.

Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Konsep Sukan Rekreasi


Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Matlamat dan Tujuan


Merancang program pembangunan dan penggalakkan sukan untuk menarik penglibatan lebih ramai pelajar dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Di samping itu,Memberi perkhidmatan dari segi pengelolaan, pengurusan sukan, dan khidmat nasihat dalam melaksanakan aktiviti sukan rekreasi. Selain itu, Meningkatkan prestasi sukan sebagai method utama ke arah kecemerlangan sukan. Mengurus serta menyelenggara kemudahan dan peralatan sukan rekreasi. Tambahan pula, Melalui serta membina masyarakat pelajar dan staf yang sihat, cergas, bertanggungjawab dan berwibawa.

Manakala objektifnya adalah menggalakkan penyertaan ramai dalam sukan dan rekreasi, menerapkan unsur-unsur gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi , mengalakkan penggunaan kemudahan bersukan secara optima. Selain itu mewujudkan suasana harmoni, muhibbah dan bertimbang rasa melalui jalinan kemesraan di kalangan peserta sukan serta mempertingkatkan prestasi sukan dengan lebih berkesan dan cemerlang.

Kepentingan Sukan Rekreasi


Di peringkat individu
Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif; Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat; Kekurangan tekanan (stress) hidup moden; Semangat bergaul dan bersahabat antara individu; Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan; dan Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu

Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin; Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara; Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat; Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya; dan Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia; dan Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Isyarat dan Pandu Arah

Aspek Keselamata n

Konservasi
Pengelolaan dan pengurusan sukan rekreasi

Faedah

Definisi

Menjejak / Jungle Tracking

Pelaksanaa n Aktiviti

Definisi
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, menjejak bermaksud mengunjungi. Selain itu menjejak juga bermaksud merentas sesuatu kawasan dari titik permulaan hingga ke destinasi yang dituju. Aktiviti menjejak memerlukan kita menerokai dan melalui sesuatu laluan semula jadi seperti hutan, bukit bukau, dan sungai.

Faedah Aktiviti Menjejak

Kognitif
Mengetahui flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan
- Mengenali nama-nama flora dan fauna. - Mengenal pasti flora yang sesuai dijadikan sumber makanan atau ubat-ubatan seperti tumbuhan herba kacip fatimah, tongkat ali dan sebagainya. - Mengetahui fauna-fauna yang semakin pupus.

-Mengenal pasti habitat flora dan fauna.


- Mengenali jenis-jenis flora yang terdapat di sesuatu kawasan. Contohnya lumut di kawasan bukit atau pergunungan yang sejuk.

Melatih membuat keputusan yang rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi semasa.

Mampu menyelesaikan masalah dengan pantas dan tepat apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.
Melatih dan menginterpretasi isyarat dan pandu arah.

Belajar menentukan arah mata angin. Belajar membuat isyarat di dalam hutan.

Afektif
Mengagumi kebesaran Tuhan dan alam ciptaanNya
- Melihat keajaiban di sebalik ciptaan Allah

seperti kejadian bumi, cakerawala,tumbuhtumbuhan dan haiwan Bekerjasama dalam kumpulan -Berusaha bersama-sama menyelesaikan sesuatu masalah.

Menikmati dan menghargai keindahan alam


Memelihara dan memulihara alam sekitar. Menggunakan alam sekitar dengan baik dan tersusun.

Meningkatkan kemahiran sosial

Berinteraksi sesama ahli kumpulan dengan sopan santun.

Psikomotor
Meningkatkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, dan kekuatan otot -Melakukan aktiviti fizikal dengan mudah dan dapat membuat tindakan dengan segera.
Meningkatkan pengawalan mental, fizikal, dan emosi -Mampu mengawal perasaan dan sentiasa tenang apabila berhadapan dengan masalah.

Isyarat dan pandu arah dalam aktiviti menjejak Isyarat dan pandu arah berguna untuk memberitahu penjejak lain laluan yang dilalui dan menentukan

1. Isyarat
Untuk membuat isyarat, kita boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh di sekitar laluan seperti batu dan ranting-ranting kayu.

2. Pandu Arah
Arah mata angin utama iaitu Utara, Selatan, Timur, Barat boleh ditentukan berpandukan unsur semula jadi seperti matahari, baying-bayang dan bulan.

a) Matahari

Matahari terbit disebelah timur, dan terbenam di sebelah barat. Arah utara dapat ditentukan apabila matahari berada di sebelah kiri sewaktu terbit dan sebelah kanan sewaktu terbenam.

b) Bayang-bayang
Kita juga boleh menggunakan baying-bayang untuk menentukan arah mata angin. Langkah-langkah untuk menentukan arah mata angin adalah seperti berikut: i. Pacak sebatang kayu yang lurus di atas permukaan tanah rata. ii. Tandakan hujung batang kayu yang terbentuk di atas permukaan tanah. iii. Selepas 30 minit tandakan hujung batang kayu yang baru terbentuk. iv. Sambung kedua-dua tanda. Arah timur menghala ke arah tanda kedua.

Bulan

Bulan juga terbit dari sebelah Timur. Arah mata angin utama boleh ditentukan ketika bulan tidak terbentuk penuh iaitu dengan meneliti bentuk bulan ketika berbentuk sabit,separuh bulatan dan tiga suku bulatan.

Aspek keselamatan aktiviti menjejak


Sebelum aktiviti

Maklumkan kepada pihak-pihak tertentu seperti polis dan renjer hutan sebelum melaksanakan aktiviti menjejak.
Mohan kebenaran daripada ibu, bapa, atau penjaga. Maklumkan kepada guru atau ketua kumpulan sekiranya mempunyai masalah kesihatan.

Bawa ubat-ubatan kegunaan sendiri seperti ubat lelah atau alahan.


Pastikan pisau atau parang yang dibawa bersarung.

Semasa aktiviti

Jaga tingkah laku sepanjang perjalanan.

Elakkan daripada berbuat bising kerana akan mengganggu dan menarik perhatian haiwanhaiwan di dalam hutan.
Patuhi setiap arahan ketua kumpulan. Pastikan persekitaran hentian rehat selamat daripada dahan reput atau haiwan berbisa. Minum air yang mencukupi sepanjang perjalanan.

Isyarat pengakap

Isyarat pengakap merupakan isyarat yang paling mudah diketahui oleh semua pengakap di seluruh dunia. Isyarat-isyarat ini dibuat dengan menggunakan rumput, daun-daun, ranting kayu, batu dan sebagainya.

Isyarat S.O.S (save our soul) merupakan isyarat keselamatan terpenting yang sepatutnya diketahui oleh semua orang. Ada beberapa teknik dalam menyatakan isyarat ini. Contohnya ialah menggunakan tulisan, lampu picit dan wisel.

Pada tempat-tempat tertentu dan sesuai anda boleh menulis huruf S.O.S dalam saiz yang besar, misalnya di atas pasir di tepi pantai. Tulisan juga boleh dibentuk dengan menggunakan anak batu atau arang kayu.

Teknik ini sangat sesuai dilakukan pada waktu malam. Nyalakan lampu picit berturutberturut dengan tiga suluhan pendek, tiga suluhan panjang, dan tiga suluhan pendek semula. Tunggu beberapa minit sebelum mengulangi semula . Tunggu beberapa minit sebelum mengulangi semula langkah tersebut.

Wisel angat sesuai digunakan di dalam hutan kerana bunyinya boleh kedengaran dari jarak jauh. Tiupkan wisel berturut-turut dengan tiupan pendek, tiga tiupan panjang, dan tiga tiupan pendek sekali lagi.

Pendidikan konservasi dalam aktiviti menjejak. Langkah-langkah memelihara dan memulihara.

Tidak mematah, mencabut, menakik, menggores, mengukir atau dengan apa jua cara yang boleh mencacati tumbuhan.
Menjaga kebersihan di sepanjang jalan menjejak.

Sentiasa berhati-hati dengan penggunaan api.

Tidak membunuh haiwan-haiwan kecil kecuali yang mengancam keselamatan,atau diperlukan sebagai bahan makanan.
Lakukan pembersihan di sekitar kawasan berhenti rehat.

Kumpulkan semua bekas atau bungkusan makanan dan bawa keluar dari kawasan hutan.
Tidak mengukir atau menconteng batu atau dinding-dinding batu.

Pengelolaan dan pengurusan sukan rekreasi

JAWATANKUASA PENGURUSAN KETUA PENASIHAT En. Muhammad Syafiq bin Abdullah PENASIHAT 1. En. Barchan Singh 2. En. Noorashid bin Din 3. Pn. Amy Wong On Mei JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : Sim Yean Kim NAIB PENGERUSI : Ang Yong Kiang SETIAUSAHA : Teoh Jing Shan PENOLONG SETIAUSAHA : Yap Tsin Huey BENDAHARI : Khoo Chee Yi PENOLONG BENDAHARI : Ng Hui Ling AHLI JAWATANKUASA AJK Peralatan : Lim Gia Rhu AJK Makanan : Loh Soh Hwee AJK Buku Program : Tan Lay Ching AJK Disiplin & Kebersihan : Diong Nuo Ting AJK Kebajikan & Keselamatan: Ooi Choon Tat AJK Pengangkutan : Joanne Tang Chee Mei AJK Aktiviti : Chu Lee Ming AJK Jurugambar : Low Jian Hao

MASA 2.45pm 3.30pm

AKTIVITI Bertolak ke Pantai Kerachut Sampai di Teluk Bahang

3.45pm
5.00pm 5.15pm 5.30pm 6.00pm

Pendaftaran masuk ke Taman Negara


Sampai ke destinasi (Pantai Kerachut) Peninjauan pusat penetasan penyu (Turtle Nursery) Menaiki boat ke Teluk Bahang Menaiki bas balik ke IPG

BIL

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH (RM)

Tiket Boat

RM 10 X 20

RM 200.00

Pengangkutan Bas -

Jumlah

RM 200.00

Antara persediaan dan teknik tertentu yang perlu diketahui dan dilakukan sebelum kita memulakan aktiviti menjejak ialah:

A) B) C) D) E)

Persediaan peralatan Organisasi kumpulan Posisi dan jarak pergerakan Formasi pergerakan Rehat dan rawat

A) Persediaan peralatan

Setiap ahli kumpulan perlu memastikan keperluan diri dan kumpulan mencukupi serta sesuai untuk aktiviti menjejak. Pemeriksaan boleh dijalankan secara berpasangan. Setiap pasangan perlu bekerjasama memeriksa persiapan pasangan masing-masing. Antara peralatan untuk aktiviti menjejak ialah:

Beg galas Baju lengan panjang Seluar panjang Kasut bertapak kasar Topi Bekalan air Makanan ringan Peti kecemasan dilengkapi ubat-ubatan Parang Kompas Tali (10meter) Ponco Lampu suluh Wisel

B) Organisasi kumpulan
Penyusunan ahli kumpulan dalam aktiviti menjejak boleh dilakukan dengan cara memberi nombor setiap ahli kumpulan.

Cara ini memudahkan kawalan ke atas setiap ahli kumpulan.

Sebagai contoh, untuk memeriksa jumlah ahli, ketua kumpulan akan berteriak nombor , dan setiap ahli kumpulan akan menyebut nombor masing-masing mengikut turutan. Selain itu, beberapa ahli kumpulan perlu dilantik untuk melaksanakan beberapa tugas serta tanggungjawab ke atas keselamatan ahli kumpulan.

Antara tugas dan tanggungjawab tersebut adalah seperti dalam jadual di lampiran 1.

C) Posisi dan jarak pergerakan


Posisi dalam pergerakan menjejak adalah mengikut turutan nombor ahli dan jawatan.

Setiap ahli kumpulan perlu bergerak dalam anggaran jarak 2 meter di antara satu sama lain.
Jarak di antara perintis jalan dan jurupandu arah sekurang-kurangnya 5 meter. Jarak ini diperlukan agar perintis jalan dapat memberi amaran sekiranya terdapat halangan atau bahaya pada laluan. Ahli kumpulan perlu mengekalkan posisi dan jarak ini sepanjang perjalanan. Jarak pergerakan di antara ahli kumpulan perlu disesuaikan mengikut situasi laluan dan bentuk muka bumi. Sekiranya terpaksa bergerak pada waktu malam, setiap ahli kumpulan bergerak dengan memegang tali.

Jawatan Ketua Kumpulan

Tugas dan Tanggungjawab Mengendalikan keseluruhan pergerakan Memberi arahan dan persetujuan bagi setiap arahan dan tindakan dalam perjalanan. Memberikan taklimat akhir sebelum memulakan perjalanan. Bertindak sebagai anchor atau sweeper. Mengurus dan membahagikan peralatan dan bekalan kepada ahli. Memastikan tiada ahli atau peralatan yang tertinggal. Membuka dan memastikan laluan yang sesuaidan selamat. Memberi amaran sekiranya terdapat halangan atau bahaya di laluan. Menyediakan arah perjalanan seperti yang dirancang. Memastikan laluan alternatif sekiranya terdapat halangan atau bahaya di laluan. Memberi bantu mula kepada ahli yang mengalami kecederaan. Mengawal penggunaan ubat-ubatan yang dibawa. Menasihati ahli-ahli cara penggunaan ubat yang betul.

Penolong Ketua Kumpulan Perintis Jalan Jurupandu Arah

Kecemasan

D) Formasi pergerakan

Formasi pergerakan bagi kumpulan menjejak adalah mengikut laluan atau bentukmuka bumi. Aspek utama yang ditekankan dalam formasi pergerakan ialah jarak di antara ahli tidak terlalu jauh, pergerakan di antara ahli tidak putus-putus dan ahli kumpulan dapat melihat antara satu sama lain.

Formasi pergerakan mengikut bentuk muka bumi adalah seperti i. formasi sebaris untuk laluan sempit, hutan, merentas sungai, dan denai ii. Formasi dua baris untuk laluan lebar dan laluan balak iii. Formasi berselerak dan memanjang bagi laluan yang luas, pantai, dan padang rumput.

Formasi Sebaris

Laluan Laluan sempit Hutan Merentas sungai Denai Laluan lebar Laluan balak

Dua baris

Berselerak

Laluan luas Pantai Padang rumput

Memanjang

E) Rehat dan rawat

Dalam aktiviti menjejak,ahli kumpulan perlu berhenti untuk tujuan berehat atau kecemasan. Tempoh untuk berhenti adalah mengikut keperluan ahli kumpulan. Ketua kumpulan akan memberi arahan untuk berhenti. Tujuan berhenti adalah untuk:

1) Berehat dan pemulihan

Menghilangkan penat dan merehatkan otototot. Membetulkan peralatan dalam beg. Memasak makanan. Mengambil air sekiranya berdekatan dengan punca air.

Kecemasan

Ahli kumpulan sakit atau mendapat kecederaan. Menentukan arah perjalanan sekiranya tersesat.

KESIMPULAN
Aktiviti menjejak ialah amalan cara hidupyang sihat. Aktiviti ini dapat meningkatkan ketahanan fizikal emosi dan mental kita elalui cabaran yang ditempuhi. Aktiviti menjejak perlu disepadukan dengan amalan konservasi agar kita menghargai dan mencintai alam semula jadi.

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran.

Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal.

Sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu. (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Long Bow merupakan busar yang paling asas. Ianya dibentuk dari sebatang kayu dan pemegangnya selalunya diperbuat daripada sekeping kulit yang diikat disekeliling busar.

Advanced Recurve Bow (untuk kategori 15 tahun ke atas)


Pemegangnya diperbuat dengan aluminium yang di mesin untuk mengurangkan berat dan mengekalkan keseimbangan geometri. Tempat pemegang boleh ditanggalkan dan boleh diganti mengikut kesesuaian.

Pemegangnya juga mempunyai poket untuk memasukkan limbs.

Anak Panah
Anak panah biasanya diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium dan karbon graphite.

Anak panah aluminium mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat.

Setiap anak panah ditanda dengan nombor.

Anak panah sepatutnya dipotong bersesuaian dengan tarikan penuh (full draw) seseorang

Finger Tabs (Pelindung Jari)


digunakan untuk melindungi jari pemanah dari sebarang kecederaan dan juga memberikan permukaan yang licin untuk tali panah mengelungsur. Kebanyakan pelindung jari diperbuat daripada kulit ataupun bahan lain.

Arm Guards (Pelindung Lengan)


Pelindung lengan diperbuat daripada kulit yang dikuatkan atau plastik yang dipakai di sebelah dalam lengan yang memegang busar (bow arm). Ianya di pakai untuk mengelakkan kecederaan lengan pemanah

Kantung Anak Penah (Quivers)


Kantung anak panah digantung di pinggang. Ianya digunakan untuk membawa anak panah.

Pelindung Dada (Chest Guard)


Digunakan untuk mengelakkan kecederaan dada terutamanya bagi pemanah wanita. Bertujuan untuk mengelakkan baju besar daripada mengganggu tali panah. Pelindung dada diperbuat daripada nylon ataupun plastik.

Pengikat Jari (Finger Sling)


Pengikat jari diperbuat daripada seutas tali kasut ataupun sebarang tali yang keduadua hujungnya diikat bersama. Ianya diikat pada jari telunjuk dan ibu jari.

I. Peralatan Memanah
JANGAN SAMA SEKALI : a) Melakukan dry fire ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan kerosakkan kepada busar. b) Menarik dan menghalakan busar atau melakukan panahan ketika terdapat sasaran bergerak di hadapan (busar hanya boleh diarahkan kepada target butt sahaja). c) Melakukan panahan ke udara. d) Bergurau senda atau bermain-main dengan peralatan memanah.

II. Lapang Sasar


Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang hilang. Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal. Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat. Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan lebih baik. Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang dengar dengan jelas dan faham.

III. Teknik memanah yang betul


Gunakan alat pelindung ( chest guard, arm guard )semasa memanah bagi mengelakkan kecederaan. Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila lengan dilibas oleh tali panah. Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana pemanah membuat kesilapan semasa memanah.

Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line, JANGAN AMBIL ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua pemanah menghabiskan panahan.

IV. Jurulatih
Pastikan tiada manusia atau binatang berada di hadapan shooting line. Jangan benarkan pemanah bermain-main dengan peralatan memanah. Jangan sama sekali menyentuh atau memegang busar yang sedang ditarik dengan tujuanuntuk menunjuk cara atau membetulkan sesuatu.Jurulatih perlu berada di belakang pemanah.

Galakkan pemanah memberitahu sekiranya mereka mengalami sebarang kesakitan ataupun ketidakselesaan pada bila-bila masa.

Tunjukkan langkah-langkah yang betul kepada semua pemanah.

Latihan regangan
latihan ini adalah untuk memanas serta menyejukkan badan.
akan mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas anda kerana ia akan menjadikan anda pening. Semasa melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda bertambah. Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang hilang. Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal. Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat.

ACHORING
Adalah sangat penting jari telunjuk menyentuh rahang dengan lembut, ibu jari dibengkokkan ke dalam tapak tangan supaya senang untuk menyentuh leher dan tali panah menyentuh dagu (dan hidung sekiranya boleh ).

Istilah anchor ialah apabila tangan penarik diletakkan pada tulang dagu dan tali panah menyentuh muka.

Ia adalah untuk mendapatkan tarikan penuh yang konsisten.

Sebarang perubahan terhadap kedudukankedudukan tersebut akan mengubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.

Menahan & Membidik (Holding & Aiming)


Menahan ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot beakang (belikat) dan apabila tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan sight ( tempat membidik) dan ditengah-tengah sasaran.

Semasa sight digerakkan kearah tengah sasaran keselarian tali panah patut diperiksa.

Keselarian tali panah, tali panah adalah selari dengan dengan busar dan pin sight.

Apabila busar dipegang dengan betul pada kedudukan menegak tali panah dan hujung busar akan kelihatan selari. Sekiranya sebarang bahagian badan dirasakan tidak betul, adalah lebih baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula semula. Apabila membidik ke tengah sasaran, adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin itu seperti berputar disekitarnya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan berkurangan.

Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan ke bawah, sight pin ke bawah, anak panah akan bergerak ke atas

Untuk melepaskan anak panah dengan betul,tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan mengelongsor (slip) dari jari.

Ketiga-tiga jari mesti melepaskan tali panah dengan serentak.

Apabila pelepasan anak panah dilakukan dengan baik, tangan penarik sepatutnya bergerak ke belakang keran otot belakang (belikat) akan menarik tangan penarik ke belakang dan jarijari sepatutnya berada di belakang leher.

Ikut lajak ( follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran.

Kedudukan kepala dan badan patut dikekalkan, dan tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang semasa pelepasan anak panah.

Tidak menjatuhkan tangan pemegang busar selepas pelepasan anak panah dan menggerakkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk melihat anak panah ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripada sasaran.

Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya otot-otot dapat pulih daripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat dalam tempoh 20 hingga 30 saat adalah mencukupi untuk otot-otot bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa panahan yang berterusan. Memanah dalam keadaan otot-otot yang letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak konsisten. Masa rehat juga digunakan untuk menganalisasi keputusan panahan sebelumnya dan memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Paintball merupakan sukan berkumpulan di mana dua kumpulan akan bermain di dalam satu perlawanan.

Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama iaitu seramai 5 peserta atau lebih (sehingga 100 peserta).

Secara umumnya, kedua-dua kumpulan akan ditempatkan di kawasan bertentangan di dalam sebuah kawasan terbuka, seperti padang bola.

Semua peserta dilengkapi peralatan asas seperti 'Paint Marker' atau ' Paint Gun' dan peraltan keselamatan utama seperti pelindung muka(face mask).

Objektif permainan ialah penguasaan kawasan dan kubu lawan ditawan. Objektif juga dicapai melalui proses 'elimination' iaitu menumpaskan atau mengeluarkan peserta dari kumpulan lawan dengan menembak 'Paintball' ke anggota badan lawan menggunakan 'Paintgun'. Apabila terdapat kesan warna akibat terkena tembakan Paintball di anggota badan, peserta tersebut terkeluar dari permainan.(Kesan warna hendaklah berukuran minima saiz duit syiling 50sen).

Pada kebiasaannya, sesuatu permainan itu mangambil masa sepanjang 5 hingga 20minit, bergantung kepada saiz padang dan modul permainan.

Peralatan

(1) Topeng muka/paintball mask


topeng pelindung muka yang melindungi muka anda daripada segala anasir yang tidak diingini. Kewajiban memakai topeng ini ialah demi keselamatan pemain bagi melindungi mata daripada cedera.

(2) Paintball Vest


untuk perlindungan bahagian dada.

(3) Marker/ senapang paintball

Marker merupakan sebuah peralatan yang amat popular sehingga menjadi identiti utama kepada sukan Paintball ini. Marker tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Marker ini mempunyai 3 bahagian yang boleh ditanggalkan dan mempengaruhi prestasi Marker.

Bekas dimana pallet diletakkan. Posisi Hopper ini pula terletak diatas Marker

Bahagian ini mempengaruhi prestasi ketepatan menembak. Kiranya lagi panjang barrel,lagi sharp tembakan

cylinder tank gas yang diisi dengan gas tertentu.Kelajuan Pallet yang ditembak pula bergantung kepada tekanan gas yang terdapat didalam canister tersebut.Kebiasaannya jenis gas yang digunakan ialah jenis carbon dioxide.

(4) Pallet
Digunakan sebagai medium untuk menembak, dalamnya ada isi pewarna sebagai petanda kalau kena tembak.

Can Bunker

Dorito Bunker

Brick Bunker

B u n k e r

X Bunker

Temple Bunker

Snake Bunker

Pengelolaan dan Pengurusan

Lokasi permulaan setiap pasukan akan ditentukan dengan lenggokan syling sebelum permainan bermula.

Pemain memulakan permainan dengan berada di dalam garis sempadan padang permainan dengan hulu barrel marker menyentuh pada permukaan pengkalan bendera.

Setiap pemain harus membawa peralatannya yang ingin digunakan dalam permainan sebelum permainan bermula. Prosedur permulaan permainan seperti berikut. Pengadil yang akan memulakan permainan akan memastikan kedua pasukan bersedia.10 saat kemudian, permainan akan bermula dengan jeritan Game On! oleh pengadil.

SEMASA

Dilarang membuka mask semasa berada dalam padang paintball terutamanya ketika bermain.

Sekiranya ditembak oleh pihak lawan, letakkan sebelah tangan anda diatas kepala yang menandakan anda sudah terkena tembakan dan terkeluar daripada permainan. Segera keluar dari kawasan peperangan dan masuk ke dalam kawasan yang dipanggil death zone atau death boxes dan tunggu permainan habis.

Sepanjang permainan berlangsung, terdapat 6-8orang marshall yang bertugas dan 1orang ketua marshall. Tugas marshall adalah memastikan setiap pemain bermain secara selamat dan melakukan paint check pada setiap pemain.

Marshall secara muktamad menentukan sama ada pemain terkeluar atau clean. Ketua marshall pula bertugas mengira markah setiap pasukan yg bermain. Sebarang bantahan hendaklah diajukan kepada ketua marshall selepas permainan.

Pemain berhak untuk meminta marshall untuk memeriksa pihak lawan (paint check) sekiranya merasakan tembakannya mengenai musuh. Paint check hanya akan dilakukan sekali bagi setiap lawan. Pemain perlu menjerit paint check kepada marshall yg bertugas sahaja.

Permainan akan dikira tamat apabila Ketua Pengadil mengumumkan Game Over! dalam situasi yang termasuknya situasi tamat permainan. Namun begitu, pemain dan peralatannya masih boleh diperiksa oleh pengadil walaupun permainan sudah dikira tamat.

Situasi tamatan permainan termasuk : - Bendera berjaya digantung - Penyingkiran 5 ahli pasukan lawan

Apabila jangka masa permainan telah tamat atau pengadil bendera mengiktirafkan bahawa pemilik bendera membuat gantungan sah, Ketua Pengadil akan berkomunikasi dengan para pengadilnya untuk mengumumkan Game over!.

Pengertian pendidikan konservasi menurut pandangan tokoh :


Theodore Roosevelt (1902) Konservasi berasal daripada perkataan conservation (conservare). Con (together) bersama-sama Servare (keep/save) keupayaan memelihara apa yang dimiliki oleh kita (keep/save what you have) secara bijak (wise use).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:


Pendidikan ditakrifkan sebagai kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan cara hidup.
Konservasi didefinisikan sebagai menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Alam sekitar diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semula jadi.

Pendidikan konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.

Rijksen (1981) Suatu perubahan evolusi kebudayaan di mana suatu masa dahulu, konservasi lebih teruk daripada sekarang. Konservasi dilihat dari segi ekonomi & ekologi. Ekonomi- memperuntukkan sumber alam untuk digunakan pada masa sekarang.

Ekologi- konservasi sumber alam diperuntukkan pada masa sekarang & masa yang akan datang.
Randall (1982) - Konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam antara waktu (dari generasi ke generasi) yang seimbang dari segi sosial.

Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu:

i.
i.

Kesedaran Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi.
Pengetahuan Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini diharap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab Sikap Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi.

i.

i.

Kemahiran Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalm menyelesaikan masalah alam sekitar. Kebolehan menilai Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan. Bekerjasama Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar.

i.

i.

Anda mungkin juga menyukai