Anda di halaman 1dari 25

o KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR i) Ketangkasan Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan

pantas dan tepat.

ii) Kuasa Kebolehan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.

iii) Imbangan Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

iv) Masa Reaksi Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat sedemikian.

v) Kelajuan Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa tertentu.

vi) Koordinasi Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk

menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

1.1 Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor Ketangkasan a) Ujian Larian Ulang-alik 10 Meter Ujian ini menilai keupayaan seseorang dalam menukar arah dengan pantas. Peralatan dan kemudahan : Dua blok kayu berukuran 5cm x 5cm x 10cm, pita pengukur, jam randik. Prosedur : i) Dua garisan dilukis pada jarak 10 meter dan dua blok kayu diletakkan pada garisan kedua. ii) Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila isyarat sedia diberi, peserta berlari dengan pantas hingga ke garisan kedua yang berada 10 meter dari garisan permulaan. iii) Peserta dikehendaki mengambil blok kayu yang pertama dan patah balik ke garisan permulaan. Blok kayu itu hendaklah diletakkan pada garisan permulaan. iv) Peserta kemudian berpatah balik ke garisan kedua untuk mengambil blok kayu kedua sebelum berpatah balik ke garisan permulaan. v) Dua percubaan diberikan dengan masa rehat antara percubaan selama sekurang-kurangnya 2 minit. Masa terbaik daripada dua percubaan tersebut diambil kira.

b) Ujian Lompat Kuadran Ujian ini menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan. Peralatan :

Pita penanda, jam randik. Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan hanya memerlukan peralatan serta ruang yang sedikit. Kekurangan : Hanya seorang peserta yang boleh diuji pada satu masa. Prosedur : i) Panjang setiap garisan bersilang ialah satu meter. ii) Peserta mula di belakang garisan permulaan. Peserta dikehendaki lompat dengan kedua-dua kaki ke kuadran 1, kemudian ke kuadran 2, kuadran 3 dan kuadran 4 sebelum kembali ke kuadran 1. iii) Lompatan yang berjaya dikira sebagai 1 mata setiap zon. iv) Separuh mata dikira setiap kali kaki mendarat atas garisan atau kuadran yang salah. Kiraan ini dijalankan oleh seorang pembantu kepada penguji. v) Jumlah lompatan yang berjaya ditolak dengan jumlah kesalahan sebelum jumlah sebenar diambil. vi) Urutan ini diulangi sebanyak mungkin dalam masa 10 saat. Dua percubaan diberikan dengan masa rehat antara setiap percubaan dan catatan yang terbaik akan diambil kira.

c) Ujian Illinois Ujian ini adalah untuk menguji kebolehan seseorang untuk bergerak pantas sambil menukar posisinya. Peralatan dan kemudahan :

Jam randik, kon, pita pengukur, pencatat. Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan memerlukan peralatan yang sedikit serta dapat menguji kebolehan seseorang individu dalam bertukar arah serta sudut yang berbeza. Kekurangan : Kesukaran membezakan antara belokan ke kiri atau kanan. Prosedur : i) Peserta dikehendaki baring secara meniarap dengan tangan diletakkan di atas bahu. ii) Apabila mendapat arahan mula (jam randik dimulakan), peserta perlu bangun seberapa cepat yang boleh dan berlari disediakan. iii) Peserta perlu berlari mengikut arah yang telah ditentukan seberapa pantas yang boleh tanpa melanggar kon sehingga ke garisan penamat. iv) Sebaik sahaja sampai di garisan penamat, masa akan dihentikan dan catatan masa akan direkodkan. v) Untuk percubaan yang kedua, peserta perlu melakukannya dari arah yang bertentangan iaitu bermula dari garisan penamat sehingga ke garisan permulaan. vi) Kedua-dua catatan masa yang dilakukan akan dibandingkan. dalam litar yang telah

d) Ujian 505 Ujian ini menguji kebolehan individu bertukar arah dalam 180o. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, kon, pencatat. Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah dalam masa yang singkat dapat diuji. Kekurangan : Ukuran masa yang kurang tepat dengan menggunakan jam randik dan ini boleh diatasi dengan menggunakan timing gate. Prosedur : i) Satu litar dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah di mana jarak dari A ke B adalah 10 meter dan dari B ke C adalah 5 meter. ii) Peserta akan berlari dari garisan permulaan (A) sehingga ke B dengan kelajuan yang tinggi dan sebaik sahaja peserta sampai di garisan B, pencatat akan memulakan jam randik. iii) Peserta akan meneruskan larian sehingga ke garisan C (5 meter) dan berpusing balik (180o) untuk berlari kembali ke garisan permulaan (A). iv) Sebaik sahaja peserta melalui garisan B sekali lagi, pencatat akan menghentikan jam randik dan catatan masa yang dibuat akan direkodkan. v) Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira.

e) Ujian Zig-Zag Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah antara kon dan larian dalam masa tersingkat. Peralatan dan kemudahan :

Jam randik, kon, pencatat. Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah dalam masa yang singkat dapat diuji. Kekurangan : Peserta menghadapi kekeliruan dalam pertukaran arah semasa berlari. Prosedur : i) Satu litar berbentuk segi empat tepat (10 kaki x 16 kaki) dibentuk dengan 4 kon diletakkan di setiap penjuru dan 1 kon diletakkan di tengah-tengah litar. ii) Peserta akan bermula di garisan permulaan dan berlari mengikut arah yang telah ditetapkan. iii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh dan masa akan dicatatkan apabila peserta sampai di garisan penamat. iv) Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira.

f) Ujian T Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu untuk berlari secara mendepan, sisi dan membelakang. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita pengukur, kon, pencatat. Kelebihan :

Ujian yang mudah dikendalikan dengan penggunaan peralatan serta ruang yang sedikit. Kekurangan : Hanya dapat menguji seorang peserta sahaja pada satu masa. Prosedur : i) Satu litar berbentuk T dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. ii) Peserta akan bermula di Kon A dan sebaik sahaja mendapat isyarat mula, peserta perlu berlari dengan pantas ke Kon B dan menyentuh tapak kon dengan tangan kanan. iii) Kemudian, peserta perlu berlari secara sisi ke arah kiri (Kon C) dan menyentuh tapak kon dengan tangan kiri pula. iv) Peserta meneruskan dengan larian sisi ke arah kanan (Kon D) serta menyentuh tapak kon dengan tangan kanan dan berlari (larian sisi) kembali ke Kon B dan menyentuh tapak kon dengan tangan kiri. v) Peserta akan berlari kembali ke Kon A secara mengundur dan menyentuh tapak kon tersebut dengan tangan kanan. Pada masa yang sama masa akan dihentikan. vi) Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira.

g) Ujian 3-Cone Shuttle Drill

Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam pertukaran arah dengan pantas. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita pengukur, kon, pencatat. Kelebihan : Satu jenis ujian yang agak baru yang dapat juga mengukur kepantasan, fleksibiliti serta kawalan badan seseorang individu selain menguji ketangkasan dalam menukar arah.

Prosedur : i) Berdasarkan kepada rajah di bawah, satu litar berbentuk L dibentuk dengan jarak antara ketiga-tiga kon adalah 5 meter. ii) Peserta akan bermula dari Kon 1 dan berdiri dalam posisi 3 point stance iaitu keadaan di mana peserta perlu berdiri dalam keadaan badan dibongkokkan dengan sebelah tangan menyentuh permukaan lantai dan tangan yang sebelah lagi diletakkan di atas paha. iii) Apabila mendapat isyarat mula, peserta perlu berlari ke Kon 2 dan menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan. iv) Kemudian, peserta perlu berpusing balik dan berlari ke Kon 1 serta menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan. v) Peserta akan meneruskan larian ke Kon 2, berpusing ke arah Kon 3 (berlari keliling) dan terus berlari kembali ke Kon 1 melalui Kon 2 (berlari keliling). vi) Masa akan diambil sebaik sahaja peserta menamatkan larian dan peserta diberi dua kali percubaan di mana catatan masa yang terbaik akan diambil kira.

Kuasa a) Ujian Lompat Menegak (Sargent Jump) Ujian ini mengukur kuasa kaki. Peralatan : Serbuk kapur, papan pengukur yang dipasang pada dinding. Kelebihan : Ujian yang mudah dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

Kekurangan : Peserta memerlukan teknik yang betul untuk mencapai keputusan yang maksimum. Prosedur : i) Peserta pegang kapur atau sapu jari sebelah tangan dengan serbuk kapur. ii) Sebelah tangan yang telah disapu kapur diangkat tegak di tepi papan tersebut. iii) Jari tangan tegak membuat tanda pada papan dan tanda itu adalah tanda permulaan. iv) Peserta dibenarkan membengkokkan lutut dan mendekam sebelum melompat setinggi yang mampu. v) Peserta tidak dibenarkan menghayun tangan sebelum lompatan. vi) Skor diambil daripada dua percubaan itu dari ketinggian maksimum tolak tanda permulaan.

b) Ujian Lompat Jauh Berdiri (Standing Broad Jump) Ujian ini mengukur kuasa kaki. Peralatan : Permukaan yang rata, kapur/penanda, pita pengukur. Kelebihan : Ujian yang mudah dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

Kekurangan : Peserta memerlukan teknik yang betul untuk mencapai keputusan yang maksimum. Prosedur : i) Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Peserta dibenarkan

menghayunkan kedua-dua belah tangan sambil membengkokkan lutut sebelum melompat. ii) Ukuran akan dikira dari garisan permulaan ke bahagian badan yang terdekat dengan garisan permulaan. iii) Tiga percubaan diberikan dengan skor terbaik dari tiga percubaan itu diambil kira.

c) Ujian Margaria Kalamen Ujian ini adalah untuk menguji perkembangan kekuatan pada seseorang individu. Peralatan dan kemudahan : Jam randik/timing mat, pembantu, tangga (12 tangga) yang tingginya adalah lebih kurang 17.5 cm tinggi setiap satu tangga. Kelebihan :

Merupakan satu ujian yang klasik dan senang dikendalikan. Kekurangan : Sukar mendapatkan tangga dengan ketinggian yang diperlukan dan ujian yang agak bahaya jika kurang berhati-hati.

Prosedur : i) Garisan permulaan ditandakan dengan jarak 6 meter dari tangga pertama dan tangga ke-3, ke-6 serta ke-9 ditanda dengan warna cerah. ii) Berat (kg) badan peserta diambil dan direkodkan. iii) Jarak menegak (m) antara tangga ke-3 hingga tangga ke-9 diukur dengan tepat dan direkodkan. iv) Peserta dibenarkan untuk berlatih berlari naik ke atas tangga 2-3 kali sebagai aktiviti memanaskan badan. v) Peserta bersedia di garisan permulaan. Apabila isyarat mula diberi, peserta perlu berlari naik ke atas tangga dengan mengambil 3 tangga sahaja (memijak pada tangga ke-3, ke-6 dan ke-9). vi) Pencatat akan mencatat masa yang digunakan oleh peserta (tangga ke-3 hingga tangga ke-9 di mana masa dimulakan semasa peserta memijak tangga ke-3 dan masa dihentikan semasa peserta memijak tangga ke-9). vii) Keseluruhannya, peserta diberi tiga kali percubaan dengan masa rehat 2-3 minit antara percubaan dan catatan masa terbaik akan diambil kira. viii) Kuasa dikira berdasarkan formula yang berikut: W x 9.81 x h t _______ W/kg
P=kuasa W=berat badan peserta (kg) 9.81=tarikan graviti h=jarak menegak dari tangga ke-3 hingga tangga ke-9 (meter) t=masa diambil dari tangga ke-3 hingga tangga ke-9 (saat)

P = =

d) Ujian Overhead Medicine Ball Throw Ujian ini menguji kekuatan bahagian tubuh atas dengan kuasa eksplosif. Peralatan dan kemudahan : Bola segar (2-5kg, bergantung kepada kumpulan umur peserta yang diuji), pita pengukur, pembantu, pencatat. Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan dapat dilakukan oleh seorang individu dalam masa yang singkat. Kekurangan : Beberapa orang diperlukan untuk menjalankan ujian ini (mencatat keputusan, menyemak teknik, mengutip bola serta mengukur jarak). Masa yang lama akan digunakan sekiranya kumpulan yang diuji mempunyai bilangan peserta yang banyak. Prosedur : i) Peserta berdiri di garisan permulaan dengan keadaan kaki sedikit terbuka serta menghadap ke arah di mana bola hendak dilontar. ii) Bola dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan dibawa ke belakang kepala. Apabila sudah bersedia, peserta perlu melontarkan bola tersebut ke hadapan seberapa jauh yang mampu. iii) Peserta dibenarkan melangkah ke hadapan garisan setelah bola dilontar keluar. iv) Tiga kali percubaan diberikan dan catatan jarak yang terbaik akan diambil kira.

Imbangan a) Ujian Dirian Bangau (Stork Stand Test) Ujian ini mengukur kebolehan peserta mengimbang diri atas sebelah kaki secara statik. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pencatat. Prosedur : i) Peserta berdiri atas sebelah kaki dominan dan sebelah lagi diletakkan pada bahagian lutut yang dominan (dirian bangau). Kedua-dua tangan diletakkan atas pinggang. ii) Atas arahan mula, peserta angkat tumit kaki dominannya dan imbangkan diri seberapa lama yang mampu. iii) Masa akan dihentikan apabila peserta melepaskan tangan dari pinggangnya, menurunkan tumit kakinya, kaki yang bukan dominan tidak menyentuh lututnya, bergerak atau terlompat-lompat. iv) Tiga percubaan diberikan dengan percubaan masa terbaik diambil kira.

b) Ujian Imbangan Dinamik

Ujian ini mengukur keupayaan mengekalkan imbangan semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita lekat, pita penanda lebar 2cm, pencatat. Prosedur : i) 11 keping (1 x ) pita lekat dipotong dan dilekatkan pada lantai. ii) Peserta berdiri atas kaki kanan pada garisan permulaan dan melompat ke tanda kedua, mendarat dengan bebola kaki kiri dan kekal dalam kedudukan tersebut seberapa lama yang boleh (maksimum 5 saat) dengan tapak kaki kiri itu menutup sepenuhnya tanda pita penanda. iii) Lompatan diteruskan ke tanda-tanda yang ditetapkan dengan mendarat pada kaki yang berlainan. iv) Pengiraan : Setiap lompatan yang berjaya=5 mata Setiap saat yang dikekal atas tanda=1 mata hinggalah maksimum 5 mata Mata maksimum setiap tanda=10 mata v) Penalti : Satu mata ditolak setiap saat apabila kesalahan tidak mendarat dengan sempurna atas tanda dilakukan. vi) Kesalahan mendarat : Tidak dapat berhenti apabila mendarat. Tumit mendarat atau mana-mana anggota badan lain terkena lantai. Tidak semasa menutup sepenuhnya tanda mendarat.

c) Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test) Ujian ini menguji keseimbangan seseorang individu semasa berjalan di sepanjang batang titian yang ditinggikan. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, batang titian gimnastik, pencatat, juri (pemberi skor). Kelebihan : Keseimbangan aktif seseorang individu dapat diketahui. Kekurangan : Pemberian skor oleh juri yang kadang-kalanya kurang memuaskan hati individu yang diuji. Prosedur : i) Peserta bersedia di satu hujung dengan berdiri dalam keadaan yang seimbang dan mula berjalan sehingga ke hujung yang satu lagi tanpa jatuh. ii) Peserta diberi tiga kali percubaan di mana peserta yang diuji akan diberikan skor oleh beberapa orang juri . Skor daripada beberapa orang juri akan diambil purata skornya dan skor tersebut adalah skor untuk satu kali percubaan. Skor keseluruhan adalah purata skor daripada ketiga-tiga percubaan. iii) Berikut adalah skor yang diberi : 5=Berjalan di atas batang titian dengan lancar tanpa berhenti dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. 4=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. 3=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil, berhenti sekali atau lebih dan dilakukan dalam masa lebih daripada 6 saat. 2=Berjalan di atas batang titian tetapi sangat tidak stabil sehingga hamper jatuh, berhenti sekali atau lebih dan/atu ambil masa lebih daripada 6 saat. 1=Jatuh dari batang titian sebelum dapat selesai berjalan.

0=Jatuh dari batang titian serta-merta.

Masa Reaksi a) Ujian Nelson untuk Tangan (Ruler Drop Test) Ujian ini mengukur masa reaksi tangan. Peralatan dan kemudahan : Pembaris, penguji. Prosedur : i) Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan atas lengan kerusi. ii) Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2.5cm) bersedia untuk menangkap pembaris. iii) Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada zon tumpuan yang ditandakan pada hujung pembaris. Pembaris itu digantung pada jarak hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk peserta. iv) Isyarat sedia diberi oleh penguji sebelum melepaskan pembaris untuk ditangkap oleh peserta dengan ibu jari dan jari telunjuk. v) Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh penguji untuk mengelakkan peserta meramal dan bertindak balas terhadap jatuhan pembaris itu.

vi) 20 percubaan diberikan dengan 5 masa terpantas dan 5 masa terlambat disingkirkan. 10 masa yang lain dijumlahkan dan dibahagi dengan 10 untuk mendapat purata masa.

b) Ujian Nelson untuk Kaki Ujian ini mengukur keupayaan reaksi kaki dan bergerak dengan cepat dan ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita pengukur, pita penanda, penguji. Prosedur : i) Dua garisan berjarak 14 meter dengan satu garisan tengah dilukis. ii) Peserta berdiri dalam keadaan sedia atas garisan tengah menghadap penguji. iii) Penguji menunjukkan tangan ke satu arah (kiri atau kanan) dengan cepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik. Peserta bertindak balas kepada rangsangan penguji dan berlari dengan pantas ke arah yang ditunjuk oleh rangsangan itu. iv) Masa diberhentikan apabila peserta melepasi garisan arah yang ditunjukkan oleh penguji. v) 10 percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi ke arah yang bertentangan. Hala rangsangan hendaklah diberi secara rawak. vi) Masa rehat selama 20 saat diberi kepada peserta antara percubaan.

c) Ujian Crazy Reaction Ball (Ball Drop) Ujian ini menguji konsentrasi serta menjana masa reaksi yang pantas untuk seseorang individu. Peralatan : Reaction ball Prosedur : i) Ujian ini dijalankan secara berpasangan di mana peserta-peserta akan berdiri dalam jarak lebih kurang 4-5 langkah jauh antara satu sama lain. ii) Peserta pertama akan ambil bola tersebut dan jatuhkannya dari ketinggian atas kepalanya di mana peserta kedua yang berada di garisan permulaan akan berlari pecut ke arah bola dijatuhkan dan menangkap bola itu pada lantunan yang pertama. iii) Selepas menangkap bola tersebut, peserta kedua perlu berlari kembali ke garisan permulaan dan proses tadi akan berulang sehingga sepuluh kali. Peserta pertama yang menjatuhkan bola perlu menunggu sehingga peserta kedua kembali ke garisan permulaan baru dibenarkan menjatuhkan bola berkenaan. iv) 1 mata akan diberikan kepada tangkapan yang berjaya dilakukan. Jumlah mata akan dikumpulkan daripada 10 kali percubaan yang dilakukan. v) Setelah 10 kali percubaan dilakukan, kedua-dua peserta akan bertukar peranan.

Kelajuan a) Ujian Pecut 40 Meter Ujian ini mengukur kelajuan peserta memecut sejauh 40 meter dari kedudukan berdiri. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, trek larian yang ditandakan dengan 40 meter, penguji, pencatat. Prosedur : i) Peserta bersedia dengan kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. ii) Penguji memberi isyarat sedia, lari di samping melepaskan tangan yang diangkat sebelum itu. iii) Masa dimulakan oleh seorang penguji yang lain di garisan penamat dan berhenti apabila peserta melepasi garisan penamat. iv) Dua percubaan diberikan dengan masa terpantas diambil kira. v) Peserta digalakkan memakai kasut sukan.

b) Ujian 60 Yard Shuttle Ujian ini menguji kepantasan seseorang individu melalui tahap tertentu. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, kon, pita pengukur, pencatat. Prosedur : i) 3 kon akan diletakkan pada jarak 5 ela antara satu dengan yang lain.

ii) Peserta akan bersedia di garisan permulaan dan apabila isyarat sedia, lari diberi, peserta perlu berlari pecut sehingga ke kon yang kedua (5 ela) dan berlari kembali ke kon pertama (garisan permulaan).

iii) Peserta akan meneruskan larian ke kon yang ketiga (10 ela) dan berpatah balik ke kon pertama (garisan permulaan). Larian diteruskan lagi ke kon yang keempat (15 ela) dan peserta akan berpatah balik semula ke kon pertama (garisan permulaan). iv) Pada setiap pusingan, peserta perlu juga menyentuh garisan atas permukaan lantai/rumput menggunakan tangan mereka di mana kesemuanya adalah 5 sentuhan. Keseluruhannya, peserta berlari sebanyak 60 ela. v) Tiga kali percubaan diberikan dan catatan masa terpantas diambil kira.

c) U jian Henm an Shuttle jian ini menguji kepantasan seseorang individu dalam larian secara berulang-alik. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita pengukur, kon/penanda, pencatat. Prosedur : i) Peserta bersedia di garisan permulaan dan memulakan larian ulang-alik 20 meter setelah diberi isyarat mula. ii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh secara ulang-alik tanpa henti untuk mendapatkan seberapa banyak ulangan yang mampu dalam masa 1 minit. iii) Selepas 1 minit berakhir, peserta diberi masa rehat selama 1 minit sebelum meneruskan larian lagi. U

iv) Peserta perlu melakukan sebanyak 5 set larian ulang-alik 20 meter (1 minit) dengan masa rehat 1 minit antara 5 set larian tersebut. v) Keputusan peserta adalah jumlah ulangan larian yang dapat dilakukan dalam kelima-lima set larian yang setiap satunya adalah selama 1 minit.

Koordinasi a) Ujian Menggelecek Bola Sepak Ujian ini mengukur koordinasi kaki. Peralatan dan kemudahan : Bola sepak, kon, jam randik, pita pengukur, pembantu, pencatat. Prosedur : i) Peserta dikehendaki menggelecek bola keliling kon dan membuat hantaran dinding (wall pass) sebelum menggelecek bola semula untuk menamatkan litar. ii) Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.

b) Ujian Menggelecek Bola Keranjang Ujian ini mengukur koordinasi tangan. Peralatan dan kemudahan : Bola keranjang saiz 6, kon, jam randik, pencatat. Prosedur : i) Peserta mula menggelecek dari garisan permulaan selepas isyarat mula diberi oleh penguji. Peserta dikehendaki bermula dengan tangan bukan dominan (guna tangan kiri sekiranya tangan yang selalu digunakan ialah tangan kanan dan sebaliknya). ii) Peserta dikehendaki menggelecek mengelilingi kon. iii) Kiraan : Tiga percubaan diberikan kepada setiap peserta. Percubaan pertama dikira sebagai latihan. Dua percubaan yang berikutnya direkodkan dan dijumlahkan. Jumlah ini menjadi skor peserta. iv) Penalti : Peserta terpaksa mengulang percubaan jika melanggar peraturan menggelecek seperti bergerak dengan bola, melantun bola guna dua belah tangan dan melanggar kon.

c) Ujian Lompat Heksagon Ujian ini menilai ketangkasan, imbangan dinamik dan koordinasi. Peralatan dan kemudahan : Pita pelekat, jam randik, pencatat. Prosedur : i) Lukis satu heksagon dengan panjang 66cm setiap sisi dan satu petak segi empat di tengah heksagon cukup untuk kedua-dua belah kaki berdiri di dalam. ii) Peserta mula dengan berdiri dalam petak segi empat. Apabila penguji beri isyarat mula dan memulakan jam randik, peserta dikehendaki melompat dengan kedua-dua belah kaki ke A dan seterusnya ke B, C, D, E dan F. iii) Peserta dikehendaki membuat tiga litar lengkap (A-F) sebelum penguji menghentikan jam randik. iv) Tiga kali percubaan diberikan. Masa untuk percubaan ketiga dibahagikan dengan masa percubaan pertama dan didarabkan dengan 100.

Masa percubaan ke-3 Masa percubaan ke-1

X 100

d) Ujian Alternate Hand Wall Toss Ujian ini menguji koordinasi mata dan tangan.

Peralatan dan kemudahan : Bola tenis, dinding, pita penanda, jam randik, pencatat. Kelebihan : Ujian yang dapat dilaksanakan sendiri pada kos yang rendah dan peralatan yang sedikit.

Kekurangan : Kebolehan menangkap bola dipengaruhi oleh kekuatan balingan bola serta arah balingan.

Prosedur : i) Peserta berdiri menghadap dinding di garisan permulaan yang jaraknya lebih kurang 2 meter dari dinding. ii) Peserta akan membaling bola ke arah dinding dengan tangan kanan dan menangkapnya dengan tangan kiri yang kemudiannya akan membaling dengan tangan kiri dan menangkap dengan tangan kanan. iii) Proses ini diulangi seberapa banyak yang mampu selama 30 saat. iv) Balingan dengan tangan kanan yang disambut dengan tangan kiri dan balingan dengan tangan kiri yang disambut dengan tangan kanan dikira sebagai 1 ulangan. v) Peserta diberi tiga kali percubaan dan catatan jumlah ulangan yang terbanyak diambil kira.

1.0 Rujukan

1. Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

2. Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti.

3. Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

4. Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications.

5. http://www.topendsports.com/testing/tests.htm

6. http://www.fitness.gov/getfit.pdf

7. http://www.sport-fitness-advisor.com/fitnesstests.html

8. http://www.brianmac.co.uk

9. http://www.peworld.org/fitnesstesting/physicalfitness.htm

10. http://www.bodpod.com

11. http://www.1st4sport.com

12. http://www.thesportjournal.org

Anda mungkin juga menyukai