Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan. Tugasan ini berkaitan
dengan seni dalam pendidikan. Tugasan ini perlu dibuat selama sebulan untuk
menyiapkannya.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah pun mencari pengetahuan di
sumber-sumber yang dapat membantu saya dengan lebih baik. Saya juga telah
mencari buku-buku perihal seni dalam pendidikan, mencari di laman sesawang dan
juga bertanya rakan-rakan yang lebih arif tentang perkara ini. Perbuatan saya ini
secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan kami di atas cara berkolaborasi
dan saya akan teruskan usaha seperti ini untuk tugasan yang lain kelak.
Seni dalam pendidikan ini telah mengajar saya dengan mengenali kemahiran-
kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran ini yang banyak mengajar teknik-
teknik menarik yang boleh dilaksanakan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, seni dalam
pendidikan ini juga banyak mengajar saya tentang mengenali proses pengajaran
yang sebenar dengan lebih mendalam dan saya mula berasakan yang diri saya
bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berlaku semasa proses pengajaran
ini.
Saya juga telah belajar perkara baru iaitu cara untuk menggabungkan ketiga-
tiga seni dalam satu proses pengajaran. Sebelum ini saya juga telah
melaksanakannya tetapi tidaklah begitu faham tentang apa yang saya lakukan dan
kadang-kadang terdapat salah satu seni yang tertinggal.
Dengan melaksanakan tugasan ini, sudah tentu membantu saya untuk
melaksanakan proses pengajaran semasa di sekolah kelak. Saya yang tiada ilmu
pengetahuan tentang perkara ini berasa sangat bersyukur kerana diberi pendedahan
awal untuk melaksanakan aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kelas semasa di
sekolah nanti.

Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah seni dalam pendidikan
merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk menerapkan unsur-unsur seni
dan nilai-nilai murni dalam diri murid. Saya berpendapat demikian kerana setiap
murid akan berasa diri mereka berada di landasan yang betul dalam menjaga dan
menghargai setiap sudut alam ini. Selain itu juga dapat mengajar mereka supaya
berfikirlah untuk menjadi yang lebih baik di kalangan yang terbaik.
Oleh itu, saya sangat berharap agar saya dapat melaksanakan aktiviti yang
telah dirancang seperti ini semasa berada di sekolah kelak. Ini kerana saya pasti
murid akan tertarik dengan aktiviti seperti ini dan dapat membantu murid
menghilangkan tekanan belajar di samping membantu mengembangkan kognitif
mereka. Segala ilmu pengetahuan yang saya dapat akan digunakan dengan sebaik
mungkin.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai