Anda di halaman 1dari 7

MOHD ZULHELMI BIN ZULKIPLI

910102-09-5083


Sistem pendidikan di negara kita masa kini telah banyak melalui
transformasi yang memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Perubahan dan
pembaharuan dalam system pendidikan dilihat sebagai peluang untuk menguji potensi
kemampuan dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu. Mereka perlu
sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di atas kesedaran itu sanggup
meningkatkan keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan mengikut
keperluan. Guru bertaraf dunia bukan sahaja merancang strategi pengajaran serta
pembelajarannya dengan teliti malah sentiasa membuat persedia untuk membuka
peluang kepada pelajarnya melakukan penerokaan dan merancang pelbagai laluan
pembelajaran dengan kemahiran yang tinggi.

Cabaran dalam profesion perguruan masa kini memerlukan pengorbanan
yang sangat tinggi. Pekerjaan yang penuh cabaran ini menguji kemampuan dan
ketabahan dalam menguruskan suatu organisai dengan bijaksana. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, cabaran didefinisikan sebagai hasil yang mencabar kemampuan
dan ketabahan seseorang dalam pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Dalam
konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk
melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan dengan
muridnya tetapi juga bersama organisasi dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai
kepakaran. Pengurusan dalam pendidikan mempunyai satu organisasi yang dibentuk
mempunyai hala tuju yang mahu dicapai.

Dalam konteks cabaran dalam pengurusan pendidikan khas, pengurusan
sekolah berusaha membentuk personel seorang guru yang mempunyai nilai-nilai etika
dan kredibiliti sebagai seorang pendidik. Semua peringkat dalam pengurusan perlu
memberikan perhatian dan mengambil berat kebajikan guru dalam memberikan ruang
keselesaan. Pengurusan perlu bijak meletakkan guru di tempat yang betul dengan
minat dan kepakarannya. Kecekapan sesuatu pengurusan dapat dilihat dengan
sumbangan dan kerja buat seorang guru yang mampu melaksanakan tugasan dengan
efisyen.

Hala tuju dalam amalan pendidikan khas telah jelas dinyatakn dalam
Falsafah Pendidikan Khas iaitu satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Hala tuju bermaksud menetapkan sasaran, misi, dan objektif keseluruhan
dalam sesuatu organisasi.

Pengurusan pendidikan dalam sesuatu organisasi akan berjaya apabila
terdapat komitmen sepenuhnya terhadap kualiti. Pentingnya, melaksanakan visi dan
misi haruslah seiring dengan kecemerlangan tindakan. Matlamat hendaklah tetap dan
tidak berubah-ubah setiap hari. Justeru itu hasrat organisasi untuk mempunyai hala tuju
yang betul perlu selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi pendidikan
untuk berdepan dengan cabaran-cabaran dalam pendidikan.


Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada
murid keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya
dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakt dan negara. Visi
Pendidikan Khas pula bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualti kepada mereka
yang berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Fasafah
Pendidikan Negara.

Untuk di masa depan. Pentadbiran pendidikan khas di negara kita perlu
menyusun atur bidang tugas dengan bijak supaya tidak berlaku pertindihan tugas yang
boleh menjejaskan kualtiti guru keseluruhan organisasi. Pembahagian tugas yang adil
dan sentiasa memantau pengurusan kerja serta memberikan khidmat bantu yang
membolehkan guru itu menjalankan tugas dia atas landasan yang betul.

Pentadbiran pendidikan khas perlu mempunyai acuan yang tersendiri
dengan gaya kepimpinan yang berkesan. Pentadbiran pendidikan khas perlu melihat
secara menyeluruh dari aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid,
pengurusan kewangan dan pentadbiran. Tugas-tugas tersebut harus difahami dan
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai penetapan perancangan
strategik dengan sumber-sumber yang cukup sesuai dengan keupayaan
membangunkan organisasi. Hubngan baik dengan rakan sekerja yang bersedia
menerima kritikan, idea dan mencari jalan penyelesaian masalah.


Guru mempunyai tugas yang mulia dan penting kerana di tangan gurulah
letaknya rakyat pada masa hadapan. Jika tugas guru itu dijalankan dengan baik,
masyarakat beruntung kerana menjadi rakyat yang berguna tetapi jika berlaku
sebaliknya, masyarakat akan menanggung kerugian yang besar. Sebagai seorang
pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah
yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa
kelak. Mereka perlu diberi ruang menjalani kehidupan yang bermakna dan mampu
menjalani hidup berdikari dalam masyarakat.

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri,
dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu
murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup
memuaskan. Mendidik murid kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan
kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap
setiap daripada mereka memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

Pentadbir pendidikan khas perlu merupakan seorang yang menjadi pakar rujuk
dalam segala aspek. Pengetahuan dan pengalaman adalah gabungan yang boleh
memimpin guru-guru lain. Halatuju yang cemerlang memerlukan guru yang mempunyai
keperibadian yang unggul, bersikap positif, memiliki ketrampilan pengetahuan dan
kemahiran dan beretika. Guru perlu berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan
supaya kewibaan dan kebolehan mengendalikan murid-murid pendidikan khas tidak
boleh dipertikaikan. Justeru itu keupayaan berkomunikasi dan berkolaborasi dengan
semua pihak membawa kepada satu budaya kerja cemerlang dan berkualiti.

Guru pendidkan seharunya berani membuat anjakan minda dan sentiasa
membuat pelabagai inovasi dalam pengajaran sebagai tuntutan atas satu usaha yang
bersungguh-sungguh. Kepakaran yang dimiliki menjadi amalan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang membawa kepada kecemerlangan dalam pendidikan khas.
Perkongsian ilmu dapat meningkatkan prestasi kerja dan memperbaiki kelemahan diri.
m Seorang guru itu perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk
meningkatkan profesion perguruan.


Guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual yang
tinggi supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Ketrampilan
diri hendaklah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan iman
yang kuat agar tidak kecundang dengan tewas dengan tanggapan negatif pihak lain.
Halatuju guru dalam merealisasikan misi Kementerian Pendidikan, khasnya
meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf
professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan
secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu
dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.


Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme. Guru
harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang
akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pendidikan perlu dikemaskini setiap masa. Disamping itu berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru pendidikan khas perlu
menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi
bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Selain itu juga seorang guru
perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang
berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan
ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian.

Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk
menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu
belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali
daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas
Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas
yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Kedua-dua guru kelas biasa
dan guru khas perlu bersedia untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
dipersetujui serta berkesanggupan untuk merancang dan bekerjasama dalam semua
aspek aktiviti dan isu. Penting sekali adalah kita tidak boleh
mengenepikan, mengabaikan atau mengecilkan pendidikan kanak-
kanak bekeperluan khas ini. Isu isu pengasingan dan pelabelan membangkitkan
semangat dan kekuatan untuk bangun berdaya saing.

Murid-murid pendidikan sudah boleh berada dalam kelompok murid-murid biasa dan
menjalankan aktiviti kurikulum serta kokurikulum bersama. Program inklusif banyak
membantu menjadikan mereka berdaya saing dan berketrampilan setanding dengan
rakan sebaya. Justeru itu program inklusif perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
supaya murid-murid pendidikan khas boleh berpeluang membuktikan keupayaan
mereka dalam bidang akademik. Guru pendidikan khas harus berusaha
dan menunjukkan kepakaran dalam pelbagai bidang supaya kebolehan dan kepakaran
itu tidak boleh dipertikaikan. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran
perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif.
Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif
berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.



Kita melihat perkembangan program pendidikan khas masa kini semakin
diterima dengan baik. Sambutan dari pihak ibu bapa sangat menggalakan demi
kesedaran dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak istimewa. Akta
pendidikan wajib telah memperlihatkan kedudukan kanak-kanak kelainan upaya juga
berhak diberi pendidikan yang selayaknya seperti kanak-kanak yang seusia
mereka. Bukan mudah bagi pihak ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada orang
tidak mereka kenali. Guru sentiasa perlu bersedia memberikan harapan dan
menunjukkan kecekapan mereka agar kewibawaan mereka dalam mendidik anak-anak
kelainan upaya tidak dipandang remeh.


Pihak pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hubungan baik dengan ibu
bapa dan sentiasa berkolaborasi demi kejayaan anak-anak pendidikan khas.
Keberkesanan dan pemantapan program sangat memerlukan sokongan daripada
institusi keluarga dan masyarakat. Sekolah dan keluarga perlu mempunyai aspirasi ,
nilai dan sikap yang ada kesinambungan antara sekolah dan rumah. Hal ini akan
mengeratkan hubungan baik dua pihak dalam mencapai visi pengurusan pendidikan
khas. Ibu bapa dan masyarakat juga akan menjadi role model kepada ibu bapa lain dan
anak-anak pendidikan khas. Kesediaan ibu bapa dan masyarakat memberi sokongan
dalam program-program anjuran sekolah dan penglibatan dalam majlis ilmu seperti
seminar ke ibu bapaan membawa kepada hala tuju yang sama.


Kerjasama dengan badan-badan sukarela dan NGO akan membuka ruang dan
pemikiran yang lebih luas dan terbuka. Disinilah tempat yang paling sesuai untuk
mereka bertukar-tukar pendapat, menjana idea dan memberikan kritikan membina
dalam usaha memahami keperluan pendidikan masa kini. Kesedaran dalam kalangan
mereka merupakan satu sokongan dan berfungsi sebagai penyumbang dalam
kemajuan pendidikan. Persepsi ibu bapa dan masyarakat terhadap pengurusan sekolah
perlu berubah mengikut keperluan semasa tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu
seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu
program. Semua pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya murid-murid
pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan
pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan hal-hal yang
berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung
seharusnya diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran
pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan
murid-murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan. Pendidkan Khas juga
mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan
berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang
kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai