Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Segala Puji Bagi Allah Sekalian

Alam. Alhamdulillah, walaupun sekadar penulisan dan penyediaan rancangan pangajaran dan pembelajaran harian (RPH), namun maksud yang tersirat dan tersurat hanyalah guru tersebut yang mengetahui. Maka diharapkan agar hasil penulisan RPH pada kali ini mampu menepati kriteria yang dikehendaki. Pada kesempatan ini ingin saya menjelaskan serba sedikit tentang refleksi berdasarkan penulisan rancangan pengajaran harian terutamanya dalam bidang pendidikan seni visual. Walaupun saya pernah menghasilkan rancangan pangajaran dan

pembelajaran harian (RPH) bagi subjek Pengajian Bahasa Melayu sebelum ini, bahkan pernah melalui tugasan pengajaran mikro, namun situasi cukup berbeza dengan subjek Pendidikan Seni Visual kerana kandungan bidangnya yang berbeza dan pendekatan yang digunakan juga adalah berbeza. Selain itu, saya dapati bahawa kandungan RPH juga tidak sama sepenuhnya dengan subjek mata pelajaran yang lain. Contohnya dalam mata pelajaran PSV, proses pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu kepada empat bidang sahaja, namun berbeza mengikut tahap. Antara tujuan penting bagi setiap penulisan rancangan pengajaran harian adalah bagi membantu semua golongan guru yang mengajar terutamanya dalam kalangan guru sekolah rendah. Tujuan utama penulisan RPH adalah bagi memberi peluang dan membantu para guru membuat persediaan mengajar dari segi mental dan fizikalnya. Selain dapat melihat hasil pengajaran dan pembelajaran yang lepas, guru dapat membuat sebarang cadangan penambahbaikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penulisan RPH ini. Hanya RPH sahaja dapat menjadi rujukan asas guru sekiranya menghadapi masalah dalam proses penyampaian ilmu. Penulisan RPH yang berkesan hendaklah mengandungi dan mencakupi pelbagai aspek seperti strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan diperbaharui mengikut keperluan murid dan kehendak semasa. Oleh sebab itu, guru seharusnya berfikiran terbuka dan memiliki daya kreativiti dan inovatif dalam mereka cipta proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Selain itu juga, penulisan RPH juga berfungsi sebagai bahan bukti dan rekod penting

untuk dinilai oleh pihak pentadbiran dan juga guru itu sendiri. Pada pandangan saya, adalah tidak merugikan sekiranya seseorang gurru berusaha untuk menghasilkan RPH yang kemas, tersusun dan teratur serta lengkap kandungannya kerana akan memudahkan urusan akan datang. Seterusnya, set induksi pula merupakan suatu komponen yang amat penting sebagai permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjayakan keseluruhan penyampaian ilmu dalam bilik darjah. Walaupun masa yang diambil lebih kurang lima minit, namun kesannya amat ketara sekiranya setiap guru menyedari situasi dan hakikat mengajar murid-murid sekolah rendah terutamanya. Oleh demikian, perancangan yang rapi perlu dibuat agar set induksi yang dirancang akan selaras dengan hasil pembelajaran yang akan diterima oleh murid-murid. Sebagai contohnya, saya menggunakan video lagu berkaitan tema dan tajuk yang ditulis berdasarkan RPH. Cara ini berpotensi untuk menarik minat murid-murid untuk bersedia, seterusnya dapat belajar dengan fokus yang baik. Pada pandangan saya, pengajaran Mikro (Micro Teaching) merupakan suatu pengalaman yang amat berkesan dalam proses menerapkan nilai-nilai keguruan dalam kalangan guru . Malahan, latihan secara praktikal adalah lebih ideal kerana dapat membantu guru untuk lebih mahir dan membiasakan diri mereka dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. selain itu, latihan secara amali juga memberikan pendedahan secara terus dan tugasan secara amali dapat menguji tahap kemampuan dan kreativiti yang ada pada diri setiap guru. Selain itu, situasi ini juga akan membantu guru untuk mengawal suasana kelas secara simulasi dan memberi pendedahan kepada guru tentang karenah murid-murid dan juga keperluan serta kesesuaian pendedahan ilmu yang ingin disampaikan kepada mereka. Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan tugasan ini yang bersesuaian dengan bidang yang telah saya pelajari. Dengan harapan semoga apa yang telah saya pelajari dan bakal laksanakan ini dapat saya aplikasikan dan terapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang dengan baik dan lebih cemerlang lagi. Mengambil kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih buat pensyarah pembimbing yang sudi memberikan suatu perkongsian ilmu dan

maklumat berguna berkaitan pengajaran mikro kepada saya dan rakan-rakan. Segala perkongsian ilmu tersebut amat berguna dan bermanfaat sekali. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai