Anda di halaman 1dari 14

0 MAKLUMAT LATAR BELAKANG LEMBAM(SLOW LEARNER)

Nama : Umur: 11 TAHUN Tarikh Lahir : 19/01/2000 Jantina: LELAKI Agama : ISLAM Bil. Adik Beradik : 2 ORANG Kedudukan dalam Keluarga : ANAK PERTAMA Pekerjaan Bapa: PEMBAWA LORI Pekerjaan Ibu: KILANG Kategori: SLOW LEARNER (LEMBAM)

DAPATAN KAJIAN 1.0 FIZIKAL Melihat dari aspek fizikal didapati bahawa Vithiran yang mengalami masalah lembam ini mempunyai persamaan wajah dan iras muka yang sama seperti bapanya dan i kanak-kanak biasa yang normal. Mempunyai anggota tubuh badan yang mencukupi seperti tangan, kaki, muka, kepala dan sebaginya. Tidak ada kecacatan kepada Vithiran ini.

Vithiran Nair A/l Ravindran mempunyai cukup sifat fizikal.

2.0 KOGNITIF Vithiran(Slow Learner) ini juga bermasalah dalam mengingati sesuatu pelajaran yang baru dia belajar. Mengikut pemerhatian saya, Vithiran ini mengenali huruf tetapi tidak kesemuanya sebagai contoh dia cuba mengeja namanya sendiri tetapi telah melakukan kesilapan ejaan Vithiran kepada Vitgivan yang asalnya. Vithiran juga tidak mampu untuk mengira sebagai contoh apabila dia mengira eh,eh ada satu, dua,(mengira menggunakan jari) cikgu baru padahal pada masa itu cikgu baru adalah seramai tiga orang. Selain itu,menurut gurunya melalui sesi temubual vithiran tidak mempunyai masalah dalam mengenal sesuatu seperti ke tandas kerana beliau mampu mengingatinya seperti biasa yang di ajar ibubapanya dan guru-guru juga. Di

samping itu, Vithiran juga mampu mengenal warna pensel seperti yang di arahkan ambil seperti warna hijau, hitam dan sebagainya. Ingatan jangka panjangnya mampu membantunya mengenali sesuatu. Hal ini menunjukkan bahawa dia telah melakukan perkara itu berulang-ulang kali tetapi tidak mampu mengingti perkara yang baru dia pelajari.

8.3 EMOSI Semasa Vithiran di dalam kelas, dapat diperhatian bahawa Vithiran ini dalam keadaan baik dan agak pasif , tetapi tidak mempunyai semangat mood untuk belajar dan juga sering mengantuk didalam kelas. Selain itu, Vithiran tidak mudah tersenyum seperti See Mun dan tidak mudah mendapat kepuasan yang dapat mengekspresikan reaksi wajahnya.

8.4 SOSIAL

Dari segi sosial adik Vithiran didapati bahawa Vithiran tidak suka bergaul dengan orang lain dan suka duduk bersendirian. Selain itu, apabila didekati Vithiran tidak mudah mesra dan kelihatan sifat pemalunya menonjol dan apabila dipandang

wajahnya, dia hanya menundukkan kepala dia kebawah. Di samping itu, vithiran tidak memberi kerjasama yangsepenuh, sebagai contoh apabila saya meminta ingin bergambar dengannya, dia menolak permintaan saya. Gambar-gambar yang di ambil ialah gambar yang ditangkap tanpa pengetahuannya.

8.5 TINGKAH LAKU Menurut guru pendidikan Khas di situ mengenai tingkah laku Vithiran dan melalui pemerhatian saya didapti bahawa Vithiran seorang yang mendengar kata gurunya dan tidak melawan kata guru tetapi agak pasif dan pendiam. Vithiran juga tidak menunjukkan minat di dalam kelas. Selain itu, didapati tingkah lakunya semasa bertindak agak lambat daripada rakan-rakannya yang lain seperti menulis, mewarna dan sebagainya. Melihat dari perseptif sosial, tingkah laku vithiran yang agak pasif dan pendiam, vithiran tidak mempunyai ramai kawan untuk bermain.

8.6 KEKUATAN/KELEBIHAN YANG ADA PADA VITHIRAN (LEMBAM) Melalui dapatan kajian yang menggunakan kaedah temubual dengan guru, senarai semak dan pemerhatian dapat dinyatakan bahawa Vithiran ini dapat

menguruskan dirinya seperti memakai baju, makan, pergi ke tandas dan sebagainya. Dapat diperhatikan juga Vithiran mempunyai kekauatan dari segi psikomotor halus dan kasar. Kerana dapat mengerakkan angota badan seperti tangan, sebagai contoh dia dapat menulis huruf dengan menggunakan pensil. Selain itu,Vithiran mampu menggunakan warna untuk mewarnakan gambar lukisan. Vithiran juga mampu berkomunikasi dengan orang ramai hasil daripada sesi temubual beramanya.

8.7 KELEMAHAN YANG ADA PADA ENG VITHIRAN (LEMBAM)

Melalui dapatan kajian yang dibuat oleh saya, See Mun tidak pandai bersosial seperti kanak-kanak pendidikan khas yang lain. Pemerhatian saya juga mendapati bahawa Vithiran tidak mempunyai ramai kawan sepertimana yang kanak-kanak lain.

Di dapati juga bahawa Vithiran lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa serta hanya berupaya memberi tumpuan dalam masa yang singkat untuk sesi P & P. Namun demikian,apa yang didapati dia boleh menguasai 4M dengan baik dan selaras dengan pengajian murid di arus perdana.

0 MAKLUMAT LATAR BELAKANG PINTAR CERDAS

Nama : RABIATUL ADAWIYAH BIN RAHMAT ABDULLAH Umur: 13 TAHUN Tarikh Lahir : 14/04/1998 Jantina: PEREMPUAN Agama : ISLAM Bil. Adik Beradik : 3 ORANG Kedudukan dalam Keluarga : ANAK KEDUA Pekerjaan Bapa: POLIS Pekerjaan Ibu: JURURAWAT

Kategori: PINTAR CERDAS DAPATAN KAJIAN 9.1 FIZIKAL Pemerhatian saya terhadap adik Rabiatul ini dari sudut aspek fizikal melihat bahawa Rabiatul ini tidak mengalami masalah terhadap aspek fizikalnya. Dari muka ke hujung kaki melihatkan bahawa Rabiatul ini seperti kanak-kanak sempurna seperti kanak-kanak yang sama baya dengannya Selain itu, mempunyai ketinggian, berat badan,kekuatan dan kesihatan yang sesuai dengannya. Tiada kecacatan yang terapat padanya yang mengambarkannya sebagai kategori Pintar Cerdas yang mempunyai bakat yang terpendam.

9.2 KOGNITIF Dari sudut aspek kognitif ini, Rabiatul berbeza daripada See Mun (Sindrom Down), dan Vithiran (Lembam) kerana mempunyai kelebihan dari sudut memori (proses mengingat) .Rabiatul mampu mengingati sesuatu perkara tanpa melakukan perkara tersebut berulang-ulang kali sehingga memerlukan bantuan orang lain. Selain itu, dari segi penumpuan semasa P & P didapati Rabiatul kelihatan tidak menumpukan perhatian terhadap guru yang mengajar, tetapi dapat menjawab soalan yang guru berikan dengan baik. Rabiatul juga cepat menangkap sesuatu soalan jika ditanya kepadanya. Dari aspek ini juga, Rabiatul mampu menggunakan bahasa Inggeris dan menlontarkannya dari aspek komunikasi, sebagai contoh What is your Name, What are are doing here dan what about this school merupakan antara soalan yang diberi, dan Rabiatul mampu memberi jawapan di dalam bahasa Inggeris juga.

9.3 EMOSI Selama pemerhatian saya di sekolah Intergrasi Pendidikan Khas ini di dapati Rabiatul tidak mempunyai masalah tentang emosinya dan berjaya mengawal emosi dia. Dari sesi temubual dengan guru Rabiatul didapati guru rabiatul menyatakan Rabiatul tidak mempunyai sebarang masalh tentang emosi dan sentaisa ceria dan baik, mudah tersenyum. Tetapi dari sesi interaksi saya bersamanya saya mendapati bahawa Rabiatul bosan di dalam kelasnya dan mengatakan bahawa dia tidak tahu untuk membuat apa. 9.4 SOSIAL Bergaul dengan masyarakat secara baik merupakan identiti Rabiatul. Rabiatul mampu bersosial dengan cepat walaupun baru sahaja mengenali seseorang itu. Selain itu, Rabiatul mudah tersenyum dan mudah selesa bersama dengan rakan-rakan yang lain. Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami

9.5 TINGKAH LAKU Mengikut pemerhatian seorang yang aktif melakukan aktivit yang di suruh oleh guru. Dia juga mengikut arahan guru yang diberikan kepadanya tetapi menurut gurunya kadang kala Rabiatul tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Sebagai contoh guru menyuruh dia duduk untuk melakukan kerja rumah tetapi dia tdak mengendahkan arahan tersebut dan terus menuju ke kelas sebelah.

Rabiatul melakuakan aktiviti sebelum Hari Anugerah diadakan

9.6 KEKUATAN/KELEBIHAN YANG ADA PADA RABIATUL ADAWIYAH (PINTAR CERDAS) Kanak-kanak pintar cerdas seperti Rabiatul ini mempunyai kelebihan yang tidak terdapat kepada orang lain. Seperti Rabiatul pandai dalam pengurusan diri . Dia tidak bergantung harap seperti soal memakai baju, makan dan mandi. Selain itu, dari segi komunikasi, rabiatul berkomunikasi begitu lancar, hampir kesemua perkataan yang disebut jelas diperdengari sesuai pada tahap umurnya. Kanak-kanak di bawah kategori ini, Rabiatul tidak mempunyai masalah tentang psikomotor halus dan kasar. Rabiatul mampu memegang barang seperti alat tulis dan berlari seperti kana-kanak normal yang lain.

KELEMAHAN YANG ADA PADA RABIATUL ADAWIYAH (PINTAR CERDAS) Rabiatul mudah terasa bosan dengan subjek yang dia belajar menyebabkan dia mudah hilang perhatian.Hal ini boleh di atasi melalui aktiviti berbentuk minda dan kuiz dimana dia amat meminat aktiviti yang berbebntuk soalan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF SEDIA ADA

Usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan dengan adanya program inklusif ini membentuk frasa pendidikan yang amat baik.Namun demikian,perlu pelbagai penambahbaikan dari segi perlaksanaan program ini. Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatik sejak beberapa dekad ini, iaitu berubahdaripada individu yang menyampaikan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan .Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahaja sebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani.Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh sumber

dalam pendidikan

murid pendidikkan

khas. Mereka berperanan sebagai

sokongan yang berterusan kepada ibubapa.Oleh itu,guru harus sedar akan peranan mereka dengan menyahut program inklusif ini dapat berjalan dengan lancar.

Sekolah perlu menyediakan peluang kepada murid-muridnya untuk meneroka,membuat model,pengalaman dan mempelajari kesan dan akibat sesuatu tindakan.Ini penting untuk semua populasi murid-murid yang berkeperluan khas atau tidak.Namun secara khususnya ia penting kepada murid-murid bermasalah dari segi perkembangan kerana mereka sering menghadapi masalah dengan

social,emosi,komunikasi,motor dan perkembangan tingkahlaku sebagai tambahan kepada pembelajaran akademik.Oleh itu program inklusif yang mensasarkan kepentingan untuk mendidik kanak-kanak ini perlu merangkumi semua domain yang terdapat dalam kehidupan.

HASIL KAJIAN KES SETELAH DIJALANKAN Setelah hampir 2 bulan program ini dilaksanakan,ia membuahkan hasil dari segi kolaborasi pelbagai pihak seperti murid,guru,ibu bapa dan pihak sekolah.Apa yang didapati memberi impak yang amat positif kepada murid inklusif malah membantu dari segi pengajaran guru pendidikan khas sendiri. Sebagai contoh,murid inklusif yang terlibat memberi kerjasama yang penuh terhadap pembelajaran di kelasnya.Hal ini boleh dilihat dari segi kesepakatan murid dengan rakan-rakannya di dalam kelas belajar bersama.Selain itu,rakan pembimbing memberi kerjasama yang amat baik dari segi menerima rakan baru di dalam kelas mereka. Tambahan pula,mereka menunjukkan role model yang berkesan dimana murid inklusif ini dapat belajar cara pembelajaran murid di arus perdana. Dari segi tingkah aku pula,murid inklusif ini pada mulanya memberi kesan yang kurang baik kerana tidak dapat membiasakan diri pada minggu pertama,namun dengan bantuan rakan di dalam kelas serta guru ia membantu murid inklusif ini menerima keadaan kelas dengan sebaiknya.Seterusnya di buan kedua,mereka menunjukkan hubungan yang akrab serta tiada masalah dari segi tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh murid. Dari segi pentadbiran,apa yang dapat saya perhatikan ialah kerjasama pentadbir dengan guru-guru dapat dipertingkatkan.Malah,hubungan ibu bapa dan guru juga semakin baik dimana ibu bapa sering datang untuk kolaborasi bersama guru dalam perkongsian untuk membantu merealisasikan program ini.

Anda mungkin juga menyukai