Anda di halaman 1dari 3

Ujian Pra

Ujian pra ini dilaksanakanbagi mengenal pasti dan menguji kekemasan dan ciri-ciri
tulisan bagi setiap murid. Ujian ini dilakukan terhadap semua murid Pendidikan Khas Tahun 2
. Hasil ujian tersebut telah digunakan oleh saya sebagai kayu ukur untuk mengetahui tahap
kekemasan tulisan murid-murid Pendidikan Khas. Ujian ini dilakukan dengan dinilai mengikut
konstruk asas seperti keupayaan murid menulis abjad dengan saiz serta bentuk yang seragam dan
kebolehan menulis di garisan lurus yang ditetapkan. Daripada ujian yang turut diperhatikan
seperti tahap kecondongan tulisan murid dan postur badan serta cara murid memegang pensel.
Oleh itu saya ingin memperkenalkan satu teknik yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan
kekemasan tulisan murid-murid dengan kaedah intervensi Smart Writing.

Perlaksanaan Langkah
Pada langkah pertama ini murid akan diberi gambar-gambar cara memegang dan
menggenggam pensel dengan betul. Murid akan dibimbing terlebih dahulu supaya pergerakan
murid akan lebih terkawal dengan arahan guru. Seterusnya, murid akan melakukan simulasi
sendiri berpandukan gambar yang guru tunjukkan.

Bagi langkah kedua, murid akan menulis dengan kaedah terapi pasir. Pada
mulanya, guru mengeluarkan sebuah kotak kecil yang berisi pasir. Murid diminta menulis
dengan jari di atas permukaan pasir supayua murid peka dengan deria sentuh. Seterusnya murid
diberi sebatang pensel dan diminta menulis di atas pasir secara bebas sementara guru akan
memerhatikan cara genggaman pensel yang betul di samping membimbing murid menggenggam
pensel dengan betul. Selepas itu, murid akan diberikan kad huruf di mana murid akan menulis
huruf-huruf di permukaan pasir berdasarkan kad huruf yang mereka perolehi.

Untuk langkah ketiga pula ialah sentiasa memastikan alatan menulis murid bersesuaian.
Tambahan pula pensel hendaklah dalam keadaan yang baik, iaitu pensel tidak terlalu pendek
dan tumpul, pensel mestilah mempunyai mata tulis yang gelap dan terang serta berbentuk
dempak/bersegi. Matlamat ia adalah untuk memberikan kesan terhadap hasil penulisan yang
dihasilkan oleh pensel tidak mengganggu kekemasan tulisan. Langkah seterusnya adalah
menggunakan pensel pelbagai saiz kecil, sederhana dan besar dalam tujuan membiasakan
murid menulis dengan pensel yang sesuai.
Selepas itu, murid akan didedahkan dengan kemahiran manipulative alatan menulis iaitu
pensel. Murid akan menggunakan pelbagai alatan menulis dari segi saiz pensel yang berbeza
seperti besar, sederhana dan kecil.
Seterusnya murid akan menggunakan kertas pelbagai warna sebagai latihan menulis
dengan lurus dan mengikut garisan yang terdapat di dalam lembaran kerja. Murid juga diberi
dooh pelbagai warna di mana diminta untuk membentuk huruf dengan pelbagai warna dan
bentuk mengikut arahan guru serta kad huruf yang diberi.
Kemudian, menulis melalui terapi main. Hal ini adalah dengan cara menulis atas pasir /
tepung / garam menggunakan jari jemari / pensil warna. Selain dari itu juga aktiviti seperti
melukis bulatan, segiempat dan segitiga di atas rumput, meja dan lantai tanpa alat tulis
digunakan dalam langkah ini. Hal ini bertujuan meransang gaya penulisan murid supaya
membiasakan penggunaan motor kasar dan halus dalam menggerakkan jari untuk mudah
menulis.
Langkah terakhir sekali adalah murid menulis di papan putih. Sebelum itu, gaya dan posisi
badan haruslah diteliti dengan betul oleh guru. Malah , cara genggaman pensel yang betul
dititik beratkan.Murid diminta menulis perkataan berdasarkan kad perkataan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai