Anda di halaman 1dari 1

a) Terapi pertuturan

kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.

- meniup belon. - meniup kertas di atas air. - mengetap bibir ; dan sebagainya. b) Terapi Fizikal (fisioterapi)

memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

c) Terapi Carakerja

merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

d) Terapi muzik

bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.

terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.

murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.

Anda mungkin juga menyukai