Anda di halaman 1dari 15

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani


Tunjang : Kemahiran
Tarikh : 03 / 04 / 2019
Masa : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi
Tahun : 5 Teguh
Umur : 11 tahun
Bilangan Murid : 20 Orang
Tema : Bola Tampar
Tajuk : Kemahiran pukulan servis bawah lengan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


Kemahiran Asas Bola Tampar 1.7.1 Melakukan pelbagai jenis servis menggunakan
alatan dan anggota badan yang dibenarkan.

2.6.1 Mengenal pasti pelbagai cara menghantar


bola ke sasaran.

5.4.1 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli


kumpulan.

5.4.7 Bekerjasama dalam kumpulan semasa


melakukan aktiviti.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

a) Psikomotor
i) Melakukan pergerakan kemahiran servis secara berpasangan dalam jarak
3 meter, 4 meter dan 5 meter menggunakan fasa persedia, fasa lakuan
dan fasa ikut lajak dengan teknik yang betul.
ii) Memindahkan berat ke hadapan semasa melakukan servis bawah lengan.
iii) Mengaplikasikan lakuan teknik servis bola tampar dalam situasi permainan
sebenar pada sesi permainan kecil secara berkumpulan dengan teknik
yang betul.

b) Kognitif
i) Menyatakan secara lisan jenis-jenis servis dengan jawapan yang betul
secara individu.
ii) Nyatakan empat daripada lima kepentingan aktiviti memanaskan badan
iii) Menerangkan secara lisan fasa lakuan yang terlibat dalam kemahiran
servis bola tampar iaitu fasa persediaan, fasa lakuan dan fasa ikut lajak

1
c) Afektif
i) Membina keyakinan diri dalam bentuk akspresi pelakuan semasa
melakukan aktiviti servis
ii) Menggambarkan satu keseronokan dan rasa kepuasan dikalangan pelajar
melalui aktiviti yang dijalankan
iii) Mewujudkan satu komitmen dan semangat melakukan aktiviti
berpasukandan meningkatkan kesefahaman bersama rakan sekelas.
Kemahiran berfikir : Menghubungkait: Lebih banyak daya dipindahkan ke
hadapan, lebih tinggi kelajuan bola.

Pengalaman lepas : Murid-murid belajar undang-undang dan kemahiran asas bola


tampar.

Penerapan nilai : Murid memperlihatkan nilai semangat kesukanan dan tidak


berputus asa.
Penggabungjalinan : Teknik hantaran bawah lengan dalam bola baling.

Kesepaduan : Mata pelajaran Sains: Pemindahan daya.

Alatan : 1. Bola tampar – 10


2. Skital – 4
3. Wisel- 1

2
Masa Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi Catatan

Permulaan Memanaska •Peracun kawal bola. Berkumpulan Alatan :


n badan
(5 minit) •Peracun hanya boleh - Skital
i. membaling di bawah (8)
Permainan paras lutut.
- Bola
kecil •Pelari cuba untuk (2)
mengelak.
• Bola
•Pelari terkeluar apabila
beracun Tunjang
terkena bola.
kecergasan :
•Tukar peranan.
Daya tahan
kardiovaskul
ar meningkat.
Tunjang
kesukanan :
Keselamatan
diutamakan
semasa
• Tarik tangan 8 kiraan peracun
•Tolak tangan 8 kiraan membaling
Berpasangan bola ke arah
ii. Aktiviti
•Tarik tangan sisi 8 pelari.
regangan
kiraan
• Tangan
•Ubah peranan tangan
Alatan :
- Bola
• Berdiri tegak (2)
• Kaki dibuka seluas
bahu
•Angkat kaki kanan
sambal lutut
•Kaki dibengkokkan ke paras
pinggang, dalam kiraan
8
•Kaki kanan ditarik ke
belakang badan dan
lutut dibengkokkan ke
belakang, dalam kiraan
8
Aktiviti diulang untuk
kaki kiri.

3
Perkemban Ansur maju •Guru akan Berpasangan
gan teknik menunjukkan
kemahiran kedudukan kaki iaitu
(15 minit) C
servis kaki dominan atau kaki
Langkah 1 bawah kuat berada
lengan dibelakang.
-Kedudukan •Kedua-dua kaki B
Kaki dibuka sedikit untuk A
keseimbangan badan.

•Mata perlu
-Kepala/
memandang bola iaitu
Mata sasaran.
x x Kemahiran
membuat
x hantaran
-Tangan •Tangan yang bukan tepat.
dominan akan
memegang bola. - Koordinasi
mata, tangan
-
•Bola dipegang dengan dan
tapak tangan pada pergerakkan
bahagian bawah bola di badan.
hadapan murid.
•Bola dilambungkan
sedikit apabila hendak Alatan :
dipukul
“Beach Ball”
•Tangan yang dominan (10)
dihayunkan disisi
kebelakang dan
memukul bola dan ikut
lajak

-Lutut •Kedudukan lutut perlu


dibengkokan untuk
mendapatkan kuasa

-Badan •Badan perlu


dibongkokan sedikit
untuk mendapatkan
daya hayunan

-Sendi •“Hinge Joint” tangan


dominan akan dikunci
supaya tangan tidak

4
bengkok semasa
melakukan pukulan.

•Murid melakukan
Membuat
servis ke arah kawasan
hantaran
Langkah 2 yang ditandakan Berpasangan Alatan :
servis ke
(15 minit) gelanggang •Servis dibuat melepasi x x x x x Bola tampar
lawan yang garisan dan dihantar ke (10)
telah tempat rakannya *
ditandakan berdiri.
dengan
•Rakan pasangan
skital
ditugaskan mengutip
bola dan bertukar
peranan setiap servis
•Bola hendaklah jatuh
di kawasan yang
bertanda dengan skital x x x x
akan dikira mata
x x x x x
x x x x x

- Murid akan bertanding


Permainan sesama mereka dalam Berkumpulan
kecil kumpulan untuk Tunjang
X x x x x
mendapat pungutan kecergasan :
-Permainan
Kemuncak mata yang banyak A* C*
sasaran Meningkatka
(20 minit) tepat - Murid dipecahkan n kekuatan
kepada 2 kumpulan otot tangan
B* semasa
- Latihan servis permainan
dilakukan mengikut
kumpulan Tunjang
kesukanan :
- Kumpulan A
melakukan servis Mementingka
kumpulan B mengira n
mata keselamatan
x
dalam
- Pertukaran kumpulan x permainan
di buat setelah x
kumpulan A selesai
- Murid melakukan Alatan :
servis secara

5
berseorangan dan -bola tampar
mengikut giliran (10)
- Kumpulan B - skital (3)
ditugaskan mengira
dan mengutip bola

Pengendura
-n otot
Penutup •Berdiri tegak, kaki
•Anggota dibuka seluas bahu
(5 minit)
bawah (kaki
•Hujung jari kaki
dan
unjurkan ke hadapan,
pinggang)
ke atas dan ke bawah
•Angkat kaki dalam
bentuk silaan dan lutut
mencecah dada
•Badan dibongkokkan
ke hadapan 90 darjah
•Tolak tangan lurus ke
hadapan, bawah, kiri
dan kanan

•Jari tangan kanan di


tarik oleh tangan kiri ke
atas dan ke bawah
•Tangan kanan di tarik
•Anggota
dengan tangan kiri ke
atas
kiri dan tangan kiri di
(tangan dan
tarik dengan tangan
kepala)
kanan ke kanan
•Tolak kepala ddengan
perlahan-lahan ke
kanan, kiri, atas dan
bawah dengan kiraan 8

•Tarik nafas sebanyak


3 kali
•Hembus perlahan

6
•Tarik nafas yang ke
tiga dihembuskan
serentak sambil
Tarik nafas menyebut “hoh”
beramai-ramai

Sesi soal
jawab/
refleksi
•Apakah
yang telah
di pelajari
pada hari
ini?
•Mengapak
ah berat
badan perlu
dipindahkan
ke hadapan
semasa
hendak
melakukan
servis?
•Tunjuk
semula
pergerakan
kaki dalam
melakukan
servis
tersebut

7
Lampiran
1.0 Sejarah Bola Tampar

Dipetik daripada “Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Sukan
Bola tampar Sekolah Menengah”

8
2.0 Alatan dan Gelanggang

a) Gelanggang
Bola tampar dimainkan di atas satu gelanggang yang berukuran 18.29 x9.14m
termasuk garisan tepi selebar 5sm. Satu lagi garisan lebar 5sm, dipanggil “garisan
tengah” membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.
Setiap kawasan ini mengandungi satu garisan 5sm lebar yang selari dan sejauh
3.05m dari garisan tengah. Garisan ini dipanggil garisan merejam di belakang
gelanggang (lihat Rajah 1).Gelanggang mestilah bebas daripada sebarang halangan
dan seharusnya terdapat kawasan lapang sekurang-kurangnya 18.3m dari garisan
tepi kesuatu dinding atau halangan. Kawasan servis untuk kedua-dua belah
gelanggang ialah garisan di bahagian belakang gelanggang dan dalam lingkungan
3.05m dari garisan tepi.

Rajah 1: Saiz dan ukuran sebuah gelanggang bola tampar

b) Bola
Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan
kulit fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan
lembut. Baham ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola
disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola
dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian
aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65-67cm.
Manakala warnanya seragam dan cerah.

9
Rajah 2: Bola Tampar

c) Jaring

Lebar jaring yang digunakan selalunya berukuran 1m lebar dan panjang sekurang-
kurangnya 9.5m. Jaringan selebar 10sm dan tebal berganda sebanyak 5m yang
menggunakan bahan kanvas atau linen yang lebar direntasi di bahagian atas jaring.
Satu kabel yang boleh diregangkan diletakkan di bahagian atas jaring dan dimasukkan
ke dalam kanvas. Tinggi jaring di bahagian tengah hendaklah 2.43m untuk lelaki dan
2.24m bagi wanita. Tinggi jaring untuk perlawanan murid sekolah menengah, rendah
dan kanak-kanak adalah terpulang kepada budi bicara persatuan bola tampar
setempat. Dalam pertandingan peringkat bawah 12 tahun, ketinggian jaring ialah 2.10
meter bagi kategori lelaki dan perempuan.

Rajah 3: Jaring untuk kategori bawah 12 tahun

10
3.0 Peraturan dan Undang-undang
a) Susunan Giliran (Rotation Order )

Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan


permainanharuslah kekal di sepanjang set permainan. Enam pemain setiap pasukan
mesti berada di dalam gelanggang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Dari
jumlah ini, tiga pemain berada di sepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain
hadapan.Mereka terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 4, pemain
tengah diposisi 3, dan pemain kanan di posisi 2. Tiga pemain belakang pula terdiri
daripada pemain kiri yang menduduki posisi 5, pemain tengah pada posisi 6,
manakala pemain kanan di posisi 1 seperti Rajah 4 berikut.

Rajah 4: Susunan giliran pemain

Selepas servis dilakukan, pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di dalam


gelanggang sendiri dan di zon bebas. Apabila pasukan yang menerima servis telah
membuat servis, pemain-pemainnya haruslah berputar mengikut arah jam ke posisi
seterusnya, iaitu pemain di posisi 2 akan bergerak ke posisi 1 untuk menjadi pemain
yang akan membuat servis selepas itu dan pemain di posisi 1 akan bergerak ke posisi
6 sehinggalah seterusnya semua pemain bertukar posisi.

Sekiranya berlaku sesuatu kesalahan posisi atau kesalahan giliran, kesalahan


itu akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan mestilah
diperbetulkan dengan segera.

b) Bola Dalam

Istilah bola,dalam digunakan apabila bola menyentuh lantai gelanggang


permainan, termasuk garisan sempadannya.

11
c) Bola Keluar

Istilah bola keluar dikira apabila:

(a) Bola yang menyentuh lantai gelanggang berada di luar garisan sempadan
gelanggang.
(b) Bola menyentuh sesuatu benda di luar gelanggang seperti siling atau
orangyang berada di luar gelanggang permainan.
(c) Bola menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di
luarantena penjalur tepi.
(d) Bola berjaya melintasi satah tegak jaring dengan keseluruhan atausebahagian
bola berada di luar ruang lintasan.

d) Sentuhan Serentak

Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola pada masa yang sama. Apabila
dua ahli daripada pasukan yang sama menyentuh bola secara serentak, ia akan
diambil kira sebagai dua pukulan kecuali semasa menghadang. Seandainya tiga
pemain daripada pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia juga akan
diambil kira sebagai tiga pukulan. Namun demikian, jika dua atau tiga pemain daripada
pasukan yang sama menghulurkan tangan untuk memukul bola tetapi hanya seorang
sahaja yang menyentuhnya, maka ia hanya dikira sebagai satu pukulan.

Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan bola
masih kekal di dalam gelanggang, pasukan yang menerima bola masih berhak
membuat tiga pukulan lagi. Jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan
mengakibatkan bola pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak
dan permainan akan dimainkan semula.

e) Kesalahan Semasa Bermain Bola

Anda tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara berikut:

(a) Pasukan yang menerima servis tidak boleh melakukan lebih daripada tiga
sentuhan. Contohnya, pasukan tersebut memukul bola sebanyak empat kali
sebelum bola dikembalikan kepada pihak lawan.
(b) Pukulan yang dilarang (irregular hit) ialah apabila bola menyentuh bahagian
bawah lutut seorang pemain.
(c) Pukulan yang dibantu (assisted hit) iaitu pemain yang menerima bantuan daripada
rakannya atau sebarang objek supaya dapat mencapai bola dalam kawasan
gelanggang.

12
(d) Bola pegang (held ball) iaitu apabila pemain tidak memukul bola dengan betul.
Contohnya, bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar.
(e) Dua sentuhan (double contact) iaitu pemain memukul bola dua kali berturut-turut
atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan

f) Servis Pertama bagi Sesuatu Set

Pasukan yang akan memulakan servis akan ditentukan oleh lambungan duit syiling.
Set-set lain pula akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan
servis dalam set yang sebelumnya.

(a) Melakukan Servis

Apabila anda hendak melakukan servis, anda mesti memukul bola dalam masa
5 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Servis yang dilakukan sebelum tiupan wisel
pengadil akan dibatalkan dan akan diulangi semula. Bola dipukul dengan
menggunakan sebelah tangan atau sebarang bahagian pada lengan selepas bola
dilambungkan dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain.

Seandainya bola yang telah dilambungkan oleh pemain yang membuat servis
mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan servis. Selepas
sesuatu percubaan servis, pengadil harus membenarkan servis diulangi semula dan
pemain yang membuat servis mesti melakukannya dalam masa 3 saat. Hanya satu
percubaan servis sahaja dibenarkan bagi setiap servis.

Semasa anda melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat,
anda tidak boleh menyentuh gelanggang, termasuk garisan belakang atau lantai di
luar zon servis. Selepas pukulannya berjaya dilakukan, barulah anda boleh memijak
atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.

(b) Kesalahan Servis

Kesalahan-kesalahan berikut akan mengakibatkan berlakunya pertukaran servis


kepada pihak lawan, sekiranya pemain yang membuat servis:

(i) Melanggar susunan atau aturan servis;


(ii) Tidak melakukan servis dengan betul; dan
(iii) Melanggar peraturan percubaan servis.

Selepas servis dilakukan, adalah satu kesalahan (kecuali jika terdapat pemain berada
dalam posisi salah) sekiranya bola:

13
(a)Menyentuh pemain daripada pasukan yang membuat servis atau gagal melintasi
satah tegak jaring (vertical plane of the net);

(b)Keluar; dan

(c)Melalui di atas satu pertahanan individu atau berkumpulan (an individual or


collective screen).

14
Rujukan
Afiq Syazwan. (2010). Rph Bola Tampar Kemahiran Servis Bawah Lengan. Dicapai
daripada: https://www.scribd.com/document/39228256/Rph-Bola-Tampar-
Kemahiran-Servis-Bawah-Lengan

Lee You Meng, Cha Nylen Sin, Loh Ai MIN, Chin Kim Siong. Modul Latihan Sukan
untuk guru penasihat kelab sukan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Teng, B. T. (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. KualaLumpur:


Longman.

USA Volleyball (2009). Volleyball systems & strategies. Champaign, IL: Human
Kinetics.

Wee, E. H. (1995). Pengajaran jasmani dan kesihatan. (Ed. ke-2). Shah Alam: Fajar
Bakti.

15

Anda mungkin juga menyukai