Anda di halaman 1dari 9

Isnin, 27 Oktober 2014

Kecederaan Dalam Sukan Badminton


1.0
Pengenalan Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan pada masa kini amat
memberangsangkan dan penyertaannya semakin meningkat sekaligus menjadi satu cabaran dalam
dunia sukan. Sukan menjadi faktor penting dalam hidup dan menjadi satu keperluan utama bagi
setiap individu. Dengan bersukan ianya sama sekali membantu meningkatkan tahap kecergasan
setiap individu dan kecergasan juga menjadi faktor utama untuk mencapai kepuasan dalam bersukan.
Penglibatan dalam sukan juga mempunyai banyak aspek positif ke atas kehidupan seseorang.
Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan
untuk mengelakkan diri dari mengalami kemalangan semasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang
diminati. Justeru, sebagai seorang guru PJ mahupun jurulatih sukan, anda perlu mengetahui prinsip
bantu mula dan langkah-langkah penyelesaian masalah kecederaan sukan. Istilah "kecederaan
sukan," merujuk kepada kecederaan yang paling biasa dan kerap berlaku semasa sukan atau
senaman. Beberapa kecederaan sukan berpunca daripada kemalangan, namun kebanyakkannya
adalah disebabkan oleh amalan latihan yang tidak berkesan, peralatan yang tidak betul, kurangnya
latihan, atau tidak memanaskan badan dan regangan dengan teknik yang betul.
Justeru
dalam tugasan ini, penulis akan memberi penerangan dan penjelasan berhubung tiga perkara iaitu
yang pertama berkaitan dengan jenis-jenis kecederaan sukan yang sering berlaku dalam sukan
badminton. Kedua, penulis juga akan menghuraikan secara terperinci berhubung prosedur bantu
mula melalui pembentangan, tayangan video dan amali. Bagi perkara terakhir ialah penulisan refleksi
merangkumi aspek-aspek yang telah digariskan.
2.0
Tugasan 1: Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dalam sukan badminton Kecederaan sukan
berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang
menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang
tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak
mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada
kecederaan sukan.
Kenyataan di bawah merupakan antara pernyataan yang diambil
berhubung jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku dalam sukan secara umumnya: Menurut Pakar
Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican
kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada dua iaitu kecederaan tisu lembut dan kecederaan
tulang. Kecederaan pada tisu lembut pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik. Bagi
kecederaan tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti,
silat serta lumba kereta dan motor. Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba mengalami patah
tulang atau stress fracture. Dr. Ezlan juga menyatakan bahawa keadaan ini berlaku akibat latihan
yang berpanjangan menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus. (Utusan
Melayu, 8 Julai 2012)
Menurut CS Jayaprakash (2003) pula, sukan tenis, badminton dan
skuasy memerlukan perubahan kerap dalam mengubah arah di tempat dan masa yang terhad. Ia
juga melibatkan nyahpecutan yang mendadak dan pecutan yang cepat pada masa yang singkat yakni
memerlukan tindak balas yang cepat. Jelas beliau lagi, pergelangan kaki, lutut dan paha merupakan
bahagian yang kerap berlakunya kecederaan. Oleh kerana bahagian atas tubuh badan kerap
digunakan dalam sukan raket, bahagian bahu dan siku adalah terdedah kepada kecederaan yang
berlebihan. Justeru, sukan yang melibatkan penggunaan raket, bola atau sukan yang memerlukan
pergerakan pantas secara mendadak boleh menyebabkan kecederaan pada mata dan muka.
Bagi memberikan penerangan yang lebih lanjut berkaitan kecederaan yang kerap berlaku dalam
sukan badminton, CS Jayaprakash (2003) membahagikan kecederaan kepada tiga jenis kecederaan
yang kerap berlaku dalam sukan badminton. Antara kecederaan yang sering berlaku ialah
kecederaan pada mata dan muka, kecederaan pada bahagian hujung atas tubuh badan (upper
extremity) dan terakhir ialah kecederaan pada bahagian hujung bawah tubuh badan (lower extremity).
Rajah 1: Bahagian utama yang kebiasaannya cedera dalam sukan badminton. Diambil daripada
http://www.physioroom.com/sports/badminton/1_badminton_injuries.php.
Rajah 1

menunjukkan bahagian-bahagian utama pada tubuh badan pemain badminton yang biasanya
terdedah kepada kecederaan. Pertama ialah kecederaan pada pergelangan kaki iaitu sprained
ankle. Kedua kecederaan pada bahagian achilles tendon. Bagi kecederaan yang dinomborkan
nombor tiga ialah kecederaan pada bahagian siku iaitu tennis elbow, keempat kecederaan pada
bahagian bahu iaitu rotator cuff injury. Akhir sekali, kecederaan kelima berdasarkan gambar yang
ditunjukkan pada rajah 1 ialah kecederaan pada patella atau lutut kaki iaitu patella tendonitis.
Kecederaan semasa badminton telah dilaporkan berlaku pada kadar 2.9 kecederaan setiap pemain
bagi setiap 1000 jam semasa bermain badminton. Kecederaan dalam sukan badminton kebiasaannya
cenderung disebabkan oleh lebih guna atau overuse kerana sukan badminton bukan sukan yang
berbentuk sentuhan seperti ragbi dan bola sepak. Dalam badminton, pemain memerlukan kuasa
letupan untuk menggerakkan pergelangan tangan, melakukan lakuan lunges, melompat dan
perubahan pergerakan dengan cepat dan tindakan ini dilakukan berulang-ulang sehingga boleh
meletakkan tekanan pada tisu dan menyebabkan kecederaan. Justeru, berdasarkan pernyataan yang
telah dikemukakan di atas dapat dirumuskan bahawa kecederaan dalam sukan badminton boleh
dibahagikan kepada dua jenis. Kedua-dua jenis kecederaan ini merupakan kecederaan yang biasa
ditemui terhadap pemain badminton. Jenis kecederaan pertama ialah kecederaan akut acute
badminton injuries dan jenis kecederaan kedua ialah kecederaan lebihguna overuse badminton
injuries. Bagi memberikan gambaran secara jelas jadual di bawah menunjukkan antara jenis-jenis
kecederaan bagi kedua-dua jenis kecederaan yang telah dinyatakan. Kecederaan Akut (Acute Injury)
Kecederaan Lebihguna (Overuse Injury) Ankle sprain Tennis elbow (Lateral epicondylitis) Meniscus
tear Achilles tendonitis Muscle strain Rotator cuff tendonitis Jadual 1: Antara jenis kecederaan yang
sering berlaku dalam sukan badminton 2.1
Kecederaan Akut (Acute Injury) 2.1.1 Ankle Sprain
Rajah 2: Anatomi kecederaan pada pergelangan kaki. Diambil daripada
https://www.google.com.my/search?
q=Ankle+Sprain&newwindow=1&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=dm3_U5DuIYyuAS5xIJo&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1280&bih=675 Sprain merupakan kecederaan pada ligamen.
Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh,
perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Sprain atau terseliuh
pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam sukan yang paling biasa, dan
sering berulang-ulang terutama dalam sukan badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan
pantas dan menukar pergerakan dengan kerap secara tangkas. Dalam kebanyakan kes buku lali itu
digerakkan ke arah luar, menyebabkan kerosakan pada ligamen di luar buku lali. Adalah penting
untuk mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin selepas kecederaan dan seterusnya
mengikuti program pemulihan penuh untuk kembali ke kecergasan penuh dan memastikan
kecederaan itu tidak berulang. Gejala sprain pada mungkin berbeza-beza bagi setiap atlet iaitu
daripada menjadi sangat ringan hingga sangat teruk. Dengan terseliuh ringan atlet mungkin akan
dapat meneruskan latihan atau pertandingan. Namun kecederaan yang sangat teruk atau parah akan
menyebabkan atlet perlu mendapatkan rawatan di hospital dan mengambil masa yang lama untuk
sembuh jika dibandingkan dengan pergelangan kaki yang patah. Kecederaan yang biasanya berlaku
daripada trauma secara tiba-tiba, berpusing atau ditukar ganti dari buku lali. Kesakitan akan dirasai
pada sendi buku lali itu sendiri walaupun secara khusus akan dirasai di luar buku lali apabila
menekan di atas ligamen yang rosak. Bengkak atau lebam boleh hadir tetapi tidak semestinya dalam
kes yang lebih ringan. Sakit juga boleh dirasai di bahagian dalam pergelangan kaki hasil daripada
pemampatan tulang dan tisu lembut. Sprain pada pergelangan kaki digredkan pada gred 1, 2 atau 3
bergantung kepada tahap kecederaan tersebut dan ahli terapi profesional akan menjalankan
diagnosis dan penilaian yang akan merangkumi pelbagai ujian gerakan dan gerakan menentang ujian
untuk menentukan struktur cedera dan tahap kecederaan. Rajah 3: Tahap-tahap sprain. Diambil
daripada https://www.google.com.my/search?
newwindow=1&biw=1280&bih=675&tbm=isch&sa=1&q=muscle+strain&oq=muscle+strain&gs_l=img.
3..0l10.75344.79545.0.79851.15.12.1.2.2.0.230.1618.2j8j2.12.0....0...1c.1.52.img..0.15.1641.IrQ_ul4N
RI4 Bagi menjelaskan tahap kecederaan sprain, masa pemulihan akan bergantung kepada
bagaimana buruk kecederaan itu. Bagi sprain gred 1 gejala hanya akan menyebabkan kesakitan
sederhana dengan ketidakstabilan sedikit atau tiada. Mungkin akan ada beberapa kekakuan sendi

dengan kesukaran berjalan atau berlari tetapi atlet itu mungkin dapat bermain badminton.
Kemungkinan terdapat beberapa kesan regangan atau mungkin koyakkan kecil di dalam ligamen
buku lali sisi mungkin telah berlaku menyebabkan bengkak ringan di sekitar tulang di luar buku lali.
Justeru, pada tahap ini pemain badminton masih boleh bermain badminton namun terdapat
kesukaran untuk bergerak dengan tangkas kerana ada rasa sakit ketika bergerak. Bagi gred 2 pula,
tanda-tandanya adalah akan menyebabkan kesakitan yang sederhana hingga teruk dengan
kesukaran berjalan. Atlet juga mungkin tidak dapat bermain badminton pada sesuatu tempoh dan
mungkin tempang sementara. Lebam kecil mungkin jelas kelihatan bersama-sama dengan bengkak
dan kekakuan pada sendi buku lali. Terdapat kemungkinan berlaku beberapa ketidakstabilan sendi
akibat terkoyak sederhana beberapa gentian ligamen. Gred 3 sprain pada pergelangan kaki biasanya
menyebabkan pecah keseluruhan atau hampir keseluruhan ligamen. Sakit yang teruk akan dirasai
pada mulanya dengan bengkak dan lebam yang luas. Atlet akan mengalami ketidakstabilan kasar
sendi. Pada tahap ini juga atlet sememangnya tidak dapat bermain badminton dan perlu menjalani
rawatan atau pemulihan untuk memulihkan kecederaan. Atlet juga disarankan untuk berehat daripada
melakukan sebarang pergerakan yang agresif. Rajah 4: Kelihatan Datuk Lee Chong Wei yang
mengalami kecederaan pada buku lalinya. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?
q=lee+chong+wei+cedera&newwindow=1&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=i1UFVNLuJ4Hf8
AXH4YGICw&ved=0CB0QsAQ 2.1.2 Meniscus Tear Rajah 5: Anatomi kecederaan pada lutut.
Diambil daripada https://www.google.com.my/search?
newwindow=1&biw=1280&bih=675&tbm=isch&sa=1&q=Meniscus+Tear&oq=Meniscus+Tear&gs_l=im
g.3..0l10.213981.216309.0.217952.12.6.0.0.0.0.145.247.0j2.2.0....0...1c.1j2.52.img..10.2.246.OhX6Ys
v7AX8#imgdii=_ Koyakkan pada meniscus merupakan kecederaan sukan biasanya berlaku apabila
menisci koyak. Menisci adalah cakera rawan yang membantu melindungi lutut dari pukulan atau
sebarang hentakan. Semasa pergerakan lutut biasanya rawan bergerak dengan lutut yang bertindak
sebagai penampan. Kadang-kadang kedua-duanya boleh terkoyak secara serentak dengan terseliuh.
Pergerakan berhenti dan berpusing secara tiba-tiba biasanya antara penyebab menisci untuk
terkoyak seperti dalam sukan badminton. Apabila daya yang tidak normal berlaku pada tulang lutut
terhadap satu sama lain, ini meletakkan tekanan pada tulang rawan dan menyebabkan ia koyak atau
berpecah. Jika lutut membengkak dengan serta-merta ia biasanya bermaksud mungkin berlakunya
sprain. Jika bengkak berlaku kemudian atau selepas permainan ia mungkin hanya rawan yang koyak
tetapi kecederaan ini biasanya memberikan kesakitan dengan segera. Lutut akan merasa lemah dan
menyakitkan ke arah hadapan. Kadang-kadang cecair dari saluran darah terlepas ke dalam kawasan
sekitarnya dan kelihatan lutut 'bengkak.' Kemungkinan juga lutut mungkin tidak dapat bergerak sama
sekali dan ia adalah mustahil untuk meletakkan apa-apa berat di atasnya
Justeru, meniskus
yang terkoyak biasanya disebabkan oleh pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak
kaki menyebabkan koyakkan pada meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa
sakit pada sendi lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya.
2.1.3 Muscle Strain Rajah 6 : Antara contoh strain pada otot kuardisep. Strain merupakan
kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang dengan otot.
Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar
membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku
apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih
dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya Kecederaan otot
(strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan ini berlaku apabila individu
atau atlet tersebut menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya
kekejangan otot. Biasanya seseorang yang bermain atau bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa
membuat pemanasan badan terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot. Rajah
7: Datuk Lee Chong Wei mengalami strain otot kuardisepnya Diambil daripada
https://www.google.com.my/search?
q=lee+chong+wei+cedera&newwindow=1&tbm=isch&source=lnms&sa=X&ei=O18FVOSzAoro8AW9q
4GoBg&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1280&bih=675&dpr=1 2.2
Kecederaan Lebihguna (Overuse
Badminton Injuries) 2.2.1 Lateral Epicondylitis (Tennis Elbow) Rajah 8: Anatomi kecederaan yang
berlaku pada siku pemain. Diambil daripada http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/elbow-

pain/tennis-elbow Kecederaan lebihguna yang kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulangulang, ketegangan tali yang terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan
regangan merupakan antara punca kecederaan lateral epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan
menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor biasa. Mempunyai teknik yang
betul dan saiz cengkaman yang betul adalah penting untuk mengelakkan kecederaan jenis ini dalam
badminton. Ia juga penting bahawa seseorang atlet tidak meningkatkan keupayaan ke tahap yang
lebih tinggi atau meningkatkan intensiti permainan secara drastik. Rehat yang mencukupi adalah
pilihan terbaik untuk sembuh daripada kecederaan ini. 2.2.2 Shoulder Injuries Rajah 9: Anatomi
kecederaan pada bahu. Diambil daripada http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/shoulderpain/rotator-cuff-tendonitis Kecederaan pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat
biasa di dalam sukan badminton kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob,
smesy dan pukulan overhead kepada pihak lawan. Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang
kepada berlakunya masalah atau kecederaan pada bahagian rotator cuff. Rotator cuff adalah
sekumpulan otot yang bekerja bersama-sama untuk menyediakan sendi bahu dengan kestabilan
dinamik, membantu untuk mengawal sama semasa ia berputar. Apabila berlakunya kecederaan pada
bahagian tersebut, seseorang pemain badminton akan mengalami kesukaran untuk bermain kerana
sukar untuk melakukan pukulan mahupun menerima pukulan pihak lawan. Justeru, adalah disarankan
untuk berehat dan lakukan pemulihan untuk mengelakkan otot tersebut daripada terkoyak. 2.2.3
Achilles Tendonitis Rajah 10: Anatomi kecederaan pada achilles tendon. Diambil daripada
http://www.badmintoncafe.com/?p=401 Achilles tendonitis adalah istilah umum untuk sakit di sekitar
achilles tendon dan dilaporkan kerap dalam pemain badminton. Achilles tendonitis biasanya datang
secara beransur-ansur, dan adalah lebih biasa di kalangan mereka yang berusia lebih 40. Akan
berlakunya kesakitan, di mana diterukkan lagi apabila melakukan aktiviti, dan achilles tendon
biasanya menyakitkan apabila disentuh. Tendon yang terjejas kebiasaannya kelihatan tebal
berbanding dengan bahagian yang tidak terjejas. Ahli profesional perubatan merujuk kepada keadaan
ini sebagai achilles tendinopathy, yang dicirikan oleh kemerosotan daripada achilles tendon.
Degenerasi ini bermakna bahawa tendon tidak mempunyai kekuatan tegangan yang biasa dan boleh
menyebabkan pecah apabila aktiviti sukan diteruskan. Tanda tanda berlakunya achilles tendonitis
dapat dikesan apabila berlakunya kesakitan pada tendon semasa latihan. Kedua, akan ada rasa sakit
achilles secara beransur-ansur akan datang apabila melakukan senaman yang berpanjangan tetapi
akan hilang apabila berehat. Selain itu, akan ada kesan bengkak pada tendon achilles. Selain itu,
terdapat juga kesan kemerahan pada kulit. 3.0
Tugasan 2: Prosedur bantu mula 3.1 Kecederaan
Akut (Acute Injury) 3.1.1 Ankle Sprain Sprain atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah
sebahagian daripada kecederaan dalam sukan yang paling biasa, dan sering berulang-ulang
terutama dalam sukan badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar
pergerakan dengan kerap secara tangkas. Prosedur bantu mula bagi ankle sprain ini adalah
menggunakan rawatan awalan (RICE). Selepas mendapatkan rawatan bantu mula, rawatan susulan
akan dilakukan.
i.
R (Rest)
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus
direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang lebih tinggi darpada jantung.
Kedudukan ini akan mengurangkan pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
Ais yang
dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak
melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas
tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang
cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat
memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
iii.
C (Compression)
Bahagian
yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di
tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas dan longgar.
iv.
E(Elevation)
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan
pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan
untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat
mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh

menimbulkan banyak komplikasi. 3.1.2 Meniscus Tear


Koyakkan pada meniscus merupakan
kecederaan sukan biasanya berlaku apabila menisci koyak. Justeru, meniskus yang terkoyak
biasanya disebabkan oleh pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki
menyebabkan koyakkan pada meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa sakit
pada sendi lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya. Prosedur
bantu mula bagi kecederaan ini menggunakan kaedah (P. R.I.C.E). i. P (Protect)
Lindungi
kecederaan yang berlaku daripada kecederaan yang selanjutnya.
ii.
R (Rest)
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan.
iii.
I (Ice)
Ais yang
dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera dalam setiap selang masa 20
minit dalam tempoh 48 jam selepas kecederaan.
iv.
C (Compression)
Bahagian
yang cedera harus dibalutkan dan gunakan pendakap lutut jika diperlukan. Sekiranya ada tanda
kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih
bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang cedera harus lebih tinggi daripada paras
jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun,
rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak
digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi. 3.1.3 Muscle
Strain Kecederaan otot (strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan ini
berlaku apabila individu atau atlet tersebut menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan
sehingga berlakunya kekejangan otot. Prosedur bantu mula yang digunakan untuk merawat pemain
badminton yang mengalami kecederaan ini turut menggunakan kaedah yang sama seperti posedur
bantu mula ankle sprain dan meniscus tear iaitu (RICE).
i.
R (Rest)
Setelah
mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di
paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat
yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan
benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan
mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. iii. C
(Compression)
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang
keterlaluan. Balutan hendaklah menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada
tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya
lebih bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras
jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun,
rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak
digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi. 3.2
Kecederaan Lebihguna (Overuse Badminton Injuries) 3.2.1 Lateral Epicondylitis (Tennis Elbow)
Kecederaan lebihguna yang kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan
tali yang terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan regangan merupakan
antara punca kecederaan lateral epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan
pada epicondyle sisi dan tendon extensor biasa. Prosedur bantu mula bagi merawat kecederaan ini
adalah dengan meluruskan pergelangan tangan dan jari terhadap rintangan untuk melihat sama ada
ia menghasilkan sakit pada siku Kemudian, kedudukan tangan mangsa dengan anduh dan tuamkan
ais pada tempat yang cedera. Pemeriksaan x-ray siku juga digalakkan dan seterusnya pemain
dikehendaki berehat secukupnya pada lengan terbabit. 3.2.2 Shoulder Injuries Kecederaan pada
bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di dalam sukan badminton kerana
permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan overhead kepada
pihak lawan. Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau
kecederaan pada bahagian rotator cuff. Maka, prosedur bantu mula unruk rawatan pemulihan untuk
mengelakkan otot tersebut daripada terkoyak yang disarankan adalah dengan menggunakan kaedah

(RICE).
ii.
R (Rest)
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan.
Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan
ini akan mengurangkan pendarahan dalaman.
iii.
I (Ice)
Ais yang dibalut
dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera
kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera.
Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat
memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. iii. C (Compression)
Bahagian yang cedera
harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah menggunakan
pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang
cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas dan longgar.
vi.
E(Elevation)
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan
pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. 3.2.3 Achilles Tendonitis Kecederaan
ini melibatkan koyakan atau ketegangan yang berlaku pada tendon yang menyambungkan otot calf
dengan tumit. ianya berlaku kerana ketegangan yang kuat pada otot calf dan menyebabkan sakit dan
bengkak pada bahagian tumit semasa berlari dan melompat. Prosedur bantu mula bagi kecederaan
ini adalah dengan menuamkan dengan ais selama 10 minit ke 30 minit. Kurang daripada 10 minit
akan memberikan kesan kelegaan yang kurang dan lebih daripada 30 minit pula akan memudaratkan
kulit. Ais tersebut hendaklah dibalut menggunakan kertas plastik ataupun tuala. Jangan benarkan ais
secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah
mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. Namun, sekiranya
ia merupakan kecederaan yang teruk, maka ianya perlu terus dirujuk kepada pakar bagi mengelakkan
kecederaan yang semakin teruk dan berlanjutan. 4.0
Kesimpulan Kesimpulannya, dalam sukan
badminton antara kecederaan yang kerap berlaku dan dialami oleh atlet boleh dikategorikan kepada
dua jenis iaitu pertama jenis kecederaan akut dan kecederaan lebihguna. Justeru, dalam aspek bantu
mula seseorang ahli sukan mahupun ahli fisioterapi boleh mengamalkan princip RICE (Rest, Ice,
Compression dan Elevation) semasa melaksanakan rawatan terhadap kecederaan tersebut sebagai
langkah pertama untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk. Tugasan 3: Penulisan Refleksi
Refleksi Individu Oleh : Ain Sharida Binti Abdul Khairizzaki Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan
kerana dengan limpah kurniaNya, tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya di bawah
bimbingan pensyarah subjek ini iaitu Encik Ismail Bin Dikoh. Tugasan ini merupakan tugasan secara
berkumpulan. Terdapat beberapa pengalaman yang saya dapat semasa melaksanakan tugasan ini.
Pengalaman yang saya dapati adalah berkenaan dengan jenis-jenis kecederaan yang terjadi ketika
sesuatu permainan. Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya dapat mengenalpasti apakah jenis
prosedur bantu mula untuk setiap kecederaan yang terjadi ketika bermain. Terdapat beberapa
cabaran dan masalah yang saya hadapi ketika proses melaksanakan tugasan ini. Saya diberikan
tanggungjawab untuk membuat soalan dua iaitu prosedur bantu mula untuk setiap kecederaan yang
telah dipilih dalam permainan badminton. Namun ianya dapat diatasi dengan beberapa tindakan yang
telah saya ambil. Cabaran pertama yang saya hadapi adalah kekurangan sumber rujukan daripada
buku serta jurnal-jurnal yang berkaitan dengan soalan tugasan. Saya menghadkan penggunaan buku
ketika membuat tugasan ini. Namun, maklumat yang saya dapati dalam buku kebanyakannya tidak
mencukupi untuk membuat tugasan saya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah melayari laman
sesawang untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tugasan saya.
Setelah melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan, ternyata banyak maklumat yang saya
dapati dan ianya cukup untuk menghasilkan tugasan saya ini. Cabaran kedua yang saya dapati pula,
saya kurang bijak menguruskan masa untuk membuat tugasan ini. Ini kerana, saya mengambil masa
yang begitu lama untuk membuat tugasan ini sedangkan masih banyak lagi tugasan yang lain
menanti dan ianya perlu dihantar pada waktu yang sama dengan tugasan ini. Oleh sebab yang
demikian, saya telah mengambil inisiatif dengan tidak melengahkan masa membuat tugasan ini agar
saya boleh fokus kepada tugasan yang lain. Cabaran yang ketiga pula, saya mendapati saya sendiri
kurang pemahaman berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan kepada saya. Ini menyebabkan

saya merasa agak tertekan kerana saya tidak memahami cara pelaksanan prosedur bant mula
semua kecederaan dalam permainan bdminton yang telah disenaraikan dalam tugasan satu. Namun
setelah membuat pembacaan mengenai tajuk ini, sedikit sebanyak saya telah faham tugasan ini
daripada buku dan juga maklumat yang begitu banyak sekali di laman sesawang. Selain itu juga,
saya turut membuat perbincangan dengan beberapa orang rakan saya untuk mendapatkan idea serta
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan. Refleksi Individu Oleh Desmond Daniel Ak
Copta Pertama kalinya terima kasih kepada individu dan pihak yang telah membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang sebulan bertungkus lumus dalam menyiapkan
tugasan ini, banyak pengalaman yang telah saya lalui berhubung penyediaan tugasan kali ini. Dalam
penulisan ini akan saya huraikan beberapa kelemahan utama yang saya hadapi sepanjang
menyiapkan tugasan ini dan cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan tersebut dihuraikan
dalam perenggan yang sama. Kemudian, kekuatan yang saya perolehi sepanjang menyiapkan
tugasan ini juga disediakan dan akhir sekali merupakan antara pengalaman baharu yang dikaut serta
dialami hasil daripada penyediaan tugasan ini. Kelemahan pertama adalah kesukaran dalam
menentukan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan ini. Ini kerana maklumat
yang terlalu banyak akan menyebabkan ketidaktentuan maklumat dan mengakibatkan diri saya
sendiri kekeliruan untuk menyusun fakta-fakta yang releven dengan kehendak soalan. Justeru,
sebagai langkah penyelesaian saya menggunakan teknik bacaan skimming dan scanning dalam
memperoleh maklumat yang saya perlukan. Ini kerana teknik ini membolehkan saya membaca secara
pantas dengan mencari kata-kata kunci yang diperlukan misalnya konsep berhubung kecederaan
dalam sukan, jenis kecederaan yang berlaku dalam sukan badminton dan prosedur bantu mula yang
sesuai digunakan.
Kedua, saya terlalu yakin dengan apa yang saya akan lakukan dan sikap ini
menyebabkan saya sukar untuk menerima pendapat dan cadangan yang diberikan oleh rakan-rakan
khususnya pasangan saya. Contohnya, dalam memilih fakta yang dikehendaki saya akan
mempertahankan fakta tersebut walaupun dia tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Namun,
selepas memikirkan apa yang telah diperkatakan atau dibincangkan oleh pasangan, saya akan
melihat kembali kepada penulisan saya dan merujuk semula bahan rujukan yang digunakan untuk
membuat idea yang baru serta memperkemaskan lagi penulisan. Saya akan membaca hasil tulisan
yang telah siap dan saya akan melihat tugasan tersebut sehingga saya berpuas hati dengan
penulisan saya itu. Sekiranya tidak, saya akan memurnikan penulisan itu sekali lagi.
Selain itu,
sikap iri hati apabila melihat rakan-rakan lain menyiapkan tugasan mereka juga sering melanda dalam
diri ini. Apabila melihat adanya kumpulan lain yang sedang berusaha menyiapkan tugasan mereka,
perasaan iri hati melanda dalam diri dan cemburu melihat mereka menyiapkan tugasan yang
diberikan. Namun begitu ia bukan penghalang kepada saya dalam melakukan yang terbaik daripada
mereka. Ini kerana, sikap inilah yang membuatkan saya untuk lebih berusaha lebih baik daripada
mereka dan saya berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan ini secepat yang mungkin
dengan hasil yang berkualiti. Malah, saya akan mendesak diri saya dan ahli kumpulan untuk
menyiapkan tugasan secepat yang mungkin tanpa mengabaikan fakta yang dikemukakan.
Di
sebalik kelemahan tersebut tidak membuatkan saya terus jatuh dibelenggu kesusahan kerana
dengan kelemahan itulah saya berusaha bangkit dan mencari jalan penyelesaian dalam menyediakan
satu tugasan yang mempunyai kualiti yang menggambarkan diri saya sebagai penulis khususnya
berkaitan dengan kursus ini. Antara kekuatan yang dapat saya rumuskan di sini adalah saya seorang
yang rajin dalam mencari maklumat yang diperlukan baik bahan-bahan maujud ataupun tidak.
Keadaan ini dapat dilihat melalui senarai rujukan yang telah saya catatkan pada tugasan ini.
Pertamanya, saya akan bergerak ke pusat sumber di kampus ini secara individu dan tidak
mengharapkan bantuan rakan untuk membantu saya. Saya sanggup menghabiskan masa sehingga
berjam-jam mencari bahan-bahan yang diperlukan di setiap rak-rak buku dan hanya akan berhenti
apabila saya mendapati bahan tersebut tidak dijumpai lagi di rak-rak buku tersebut. Sekiranya buku
tersebut tidak mencukupi saya akan beralih ke kedai buku untuk mencari buku yang bersesuaian dan
membelinya. Sikap rajin, sedia berkorban dan sentiasa berusaha inilah menyebabkan saya akan
mendesak pasangan saya untuk menyiapkan tugasan sebelum tarikh akhirnya dan syukur kami
berjaya melakukannya. Malah, apa yang saya tulis juga saya fahami dengan baik.
Kedua,
ketelitian dalam menyediakan setiap maklumat dan bahan yang diperolehi juga antara kekuatan yang

ada pada diri saya. Saya akan mencatatkan maklumat yang saya rasakan releven dengan tajuk
tugasan dan akan saya catatkan di dalam buku catatan saya ataupun di telefon bimbit saya.
Kemudian, saya akan mengakses maklumat tersebut sama ada melalui laman sesawang ataupun
merujuk buku yang telah saya cari. Oleh sebab itulah, tidak menjadi kesukaran kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini kerana setiap maklumat baharu yang diperolehi akan saya cari dengan serta
merta dan itulah antara kekuatan yang baik dalam diri saya.
Berdasarkan pengalaman yang
telah saya perolehi sepanjang penyediaan tugasan ini saya memperolehi pelbagai ilmu baharu.
Antaranya adalah berhubung dengan jenis kecederaan yang berlaku dalam sukan terutama sekali
dalam sukan badminton. Selepas menyiapkan tugasan ini banyak ilmu baharu berkaitan kecederaan
sukan badminton telah saya kenal pasti melalui bacaan di internet yang mana sangat berguna dan
sukar didapati di dalam buku. Oleh sebab itulah, melalui tugasan ini pembacaan pelbagai jenis
bahan-bahan akademik sama ada dalam bentuk maujud mahupun media elektronik merupakan
antara pengalaman baharu yang mengajar saya dalam meneroka ilmu yang saya kehendaki terutama
berhubung kecederaan dalam sukan badminton khususnya.
Kesimuplannya, selepas
menyiapkan tugasan ini pengalaman dan pengetahuan saya berkaitan dengan jenis kecederaan yang
dialami dalam sukan badminton, dan prosedur bantu mula bagi setiap kecederaan ini semakin kukuh.
Melalui tugasan ini juga saya mampu untuk memberikan alasan dan contoh-contoh yang releven
berdasarkan pengetahuan dan kepekaan saya berhubung isu-isu yang berkaitan dengan kecederaan
yang dialami oleh atlet badminton dengan apa yang telah saya dengari, amati dan terokai melalui
bahan-bahan maujud dan laman sesawang. Diharapkan tugasan ini dapat wahana kepada saya
dalam membuat keputusan untuk membantu atlet atau murid-murid yang mengalami kecederaan
semasa bersukan mahupun semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah. Refleksi Individu Oleh Tuan Nurfatin Nadia Bt Tuan Izham Ros Sepanjang
penghasilan tugasan ini, saya telah sedikit sebanyak didedahkan dengan bidang Kecederaan Dalam
Sukan terutamanya dalam sukan Badminton. Bidang ini banyak memberi ilmu pengetahuan kepada
saya sebagai seorang bakal guru dan jurulatih kelak. Dalam perlaksanaan tugasan ini juga, saya
telah mengetahui tentang kecederaan dalam sukan badminton. Terdapat dua jenis kecederaan dalam
sukan badminton iaitu acute injury dan overuse injury. Setiap jenis kecederaan ini pula terdapat tiga
kecederaan. Bagi acute injury ialah salah satunya ankle sprain iaitu kaki terseliuh. Sprain merupakan
kecederaan pada ligamen. Seperti yang kita ketahui ligamen berfungsi sebagai tisu yang
menghubungkan tulang dengan tulang di dalam badan kita. Kedua ialah meniscus tear atau dikenali
sebagai koyakan meniscus. Meniscus adalah rawan yang membantu melindungi lutut daripada
sebarang hentakan. Jika meniskus terkoyak, maka lutut akan berasa sakit. Seterusnya ialah muscle
strain iaitu kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang
dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan.
Pengetahuan yang diperolehi seterusnya ialah kecederaan yang terdapat dalam overuse injury.
Antaranya ialah tennis elbow iaitu kecederaan lebihguna yang kronik yang disebabkan oleh pukulan
kilas yang berulang-ulang. Kedua ialah shoulder injury iaitu kecederaan bahu. Kecederaan ini
merupakan kecederaan yang paling biasa terjadi dalam sukan badminton badminton kerana
permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan overhead kepada
pihak lawan. Ketiga ialah Achilles tendonitis iaitu sakit di sekitan tendonitis. Kecederaan ini biasanya
berulang-ulang jika tidak dirawat dengan betul. Selain daripada itu, saya juga dapat menambahkan
pengetahuan tentang prosedur bantu mula yang sewajarnya diberikan kepada pemain badminton jika
mengalami kecederaan yang telah dinyatakan di atas. Kesemua kecederaan di atas menggunakan
prinsip RICE iaitu R untuk rehat, I untuk ice, C untuk compress dan E untuk elevation.prinsip bantu
mula ini memerlukan kain dan ais sahaja. Pertama ialah kita perlu merehatkan mangsa dalam
keadaan ditempatkan di paras yang lebih tinggi daripada jantung. Kemudian, ais yang perlu
digunakan haruslah dibalut dengan kain terlebih dahulu sebelum didemah ke atas tempat yang
cedera. Setelah itu, kita harus mendemah dan menekan ais yang dibalut ke tempat yang cedera
secara beransur-ansur dan jika terdapat kebiruan perlulah dilonggarkan kainnya. Terakhir ialah kita
perlu meninggikan bahagian yang cedera agar mempercepatkan pengembalian darah masuk ke
jantung. Semasa melakukan tugasan ini, saya juga dapat mengenalpasti kekuatan yang terdapat
dalam diri saya. Pertama ialah saya dapat mengetahui serta memahami apa yang dikehendaki oleh

pensyarah mengenai tugasan ini. Tugasan ini banyak memberi impak positif kepada saya sebagai
seorang bakal guru dan jurulatih. Selain itu, saya dapat memahami dan menambahkan ilmu
pengetahuan tentang kecederaan sukan dalam sukan badminton dan prosedur bantu mula yang perlu
dilakukan. Kedua-dua aspek ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Di samping itu juga, saya
dapat merasakan bahawa tugasan ini sangat berguna kepada bakal guru kerana ia dapat membantu
kita pada masa akan datang jika berhadapan kecederaan dalam sukan badminton. Setiap guru perlu
memiliki kebolehan dalam menghadapai dan menyelesaikan masalah di sekolah. Selain daripada
kekuatan, terdapat beberapa kelemahan juga dikenalpasti semasa melaksanakan tugasan ini.
Kelemahan yang sering menjadi masalah kepada saya ialah untuk membuat huraian tentang tugasan
yang diberi. Tugasan ini memerlukan huraian yang senang difahami tetapi saya merasakan bahawa
huraian saya tidak menepati cara yang betul. Walaubagaimanapun, saya telah berusaha bersungguh
sungguh dalam menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti. Tambahan pula, saya kurang
pandai untuk mencari bahan yang tepat di laman sesawang. Kebanyakan bahan yang saya jumpa di
laman sesawang adalah dari penulisan blog dan dikhuatiri kesahihannya serta keasliannya. Selain itu,
terdapat banyak bahan terdapat dalam bahasa inggeris dan menyukarkan saya untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu. Hal ini menyebabkan saya memerlukan masa yang
agak lama untuk proses mencari maklumat. Selain itu, kelemahan dalam membahagikan masa untuk
menyiapkan tugasan. Saya mempunyai masalah masa dalam meyiapkan tugasan. Hal ini adalah
kerana terdapat banyak tugasan lain juga harus disiapkan dalam waktu yang sama. Kekangan masa
ini membuatkan saya tergopoh gapah dalam menyiapkan kesemua tugasan. Kelemahan
kelemahan ini membuatkan saya berasa kurang yakin dengan tugasan yang dihasilkan. Bagi
cadangan penambahbaikan untuk diri saya, saya perlu membuat pembacaan yang banyak dan
meluas tentang topik yang berkaitan dengan tugasan. Hal ini dapat menjadikan huraian yang
dihasilkan bersifat matang dan diterima ramai. Selain itu, saya juga perlu mencari bahan tugasan di
laman sesawang yang rasmi seperti web Berita Harian Online, Kosmo Online, Utusan Online,
wikipedia dan sebagainya yang mempunyai kesahihan maklumat yang tepat. Seterusnya adalah
saya perlu membahagikan masa dengan baik melalui cara membuat perancangan tugasan agar
kesemua tugasan dapat dihasilkan dengan berkualiti dan dapat dihantar tepat pada masanya. Melalui
penambahbaikan ini, saya yakin bahawa tugasan yang akan datang dapat dihasilkan mengikut
kriteria yang cemerlang dan bermutu tinggi. Secara kesimpulannya, sepanjang penghasilan tugasan
ini, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang berkaitan dengan Kecederaan Dalam Sukan
terutamanya sukan badminton serta prosedur bantu mula. Dengan ilmu-ilmu yang telah sedia ada,
saya telah mengaitkan hasil dapatan dan pemahaman saya untuk dimuatkan dalam tugasan yang
telah diamanahkan ini. Walaupun pada mulanya agak sukar bagi saya menghasilkan tugasan ini,
tetapi setelah berulang kali membaca artikel dan data-data maklumat yang telah saya perolehi, saya
dengan senang hati telah berjaya memahaminya. Saya berharap tugasan yang dihasilkan ini dapat
menepati kriteria kriteria yang diingini Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai