Anda di halaman 1dari 14

RAWATAN DAN PEMULIHAN

PENGENALAN KEPADA RAWATAN DAN PEMULIHAN


Konsep dan Definisi

Bererti langkah-langkah yang diambil bagi menilai serta memberi bantu mula kepada kecederaan. Pemulihan membawa maksud langkahlangkah yang diambil bagi memastikan atlet boleh kembali bergiat dalam sukan pada tahap sebelum berlakunya kecederaan.

Prosedur Rawatan
Rawatan boleh dibahagikan kepada dua:
(i)
(ii)

Rawatan bantu mula Rawatan berterusan

Rawatan bantu mula bermaksud rawatan awal yang diberi bagi mengelakkan kecederaan yang berlaku menjadi semakin serius, manakala rawatan berterusan adalah rawatan yang diberikan sewaktu fasa pemulihan kecederaan. Sebelum melakukan rawatan bantu mula, penilaian awal tahap kecederaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

Prosedur Rawatan
Penilaian awal tahap kecederaan ini dilakukan untuk tujuan berikut:
(i) (ii)

(iii)

Menentukan apakah bentuk rawatan yang perlu diberikan. Menentukan jenis rawatan pemulihan yang akan diberikan. Menjadi tanda aras bagi menentukan keberkesanan rawatan pemulihan.

Prosedur Rawatan Senarai Semak sebelum Melakukan Rawatan Bantu Mula


1.

Matlamat (a) Memastikan sama ada perlu bantuan kecemasan atau tidak (b) Menilai tahap kecederaan (c) Menentukan sama ada atlet perlu dialih atau tidak

Prosedur Rawatan Rawatan bantu mula perlu dimulakan dengan penilaian awal. Sama ada:
(a) (b)

(c)

Atlet sedar atau tidak ABC merujuk kepada saluran udara (Airways), pernafasan (Breathing), peredaran darah (Circulation) Pendarahan

Selepas melakukan kesemua penilaian di atas, barulah melakukan tinjauan sekunder.

Prosedur Rawatan
(a)

Bagaimana Kecederaan Berlaku Bertanya bagaimana kecederaan tersebut berlaku sama ada dari: (i) (ii) atlet sekiranya beliau sedar rakan sepasukan, sekiranya atlet pengsan

Prosedur Rawatan
(b)

Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil perhatian: (i) (ii) (iii) (iv) Kedudukan/posisi atlet tersebut Respirasi (kadar, cetek atau dalam, ritma) Trauma Tindak balas atlet terhadap kecederaan)

JENIS-JENIS RAWATAN BANTU MULA


10.2.1 Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DRABC)
D = Danger - Pastikan atlet tidak berada di tempat yang merbahaya dan boleh memburukkan keadaan. Sebagai contoh, atlet marathon yang pengsan berhampiran dengan cerun atau longkang. Alihkan atlet ke tempat yang lebih selamat.

R = Response - Lihat sama ada terdapat tindak balas dari atlet. Cotnoh: panggil nama atlet dan cuba berbual dengan beliau. Pastikan apa yang dituturkan oleh atlet itu boleh difahami. Jangan sekali-kali menggoncangkan badan atlet untuk mendapatkan respons/tindak balas.

Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DRABC)


A = Airways - Pastikan saluran udara atlet tidak tersekat. Contoh: atlet mungkin mengunyah gula-gula getah sewaktu berlari dan ianya mungkin tersekat di kerongkong. Masukkan jari ke mulut atlet untuk mengeluarkan bahan asing tersebut.

B = Breathing - Pastikan atlet bernafas. Pastikan sama ada pernafasan atlet terlalu pantas, cetak dan mempunyai ritma atau tiada pernafasan langsung. C = Circulation - Merujuk kepada peredaran darah. Periksa sama ada terdapat denyutan nadi.

10.2.2 Talk, Observe, Touch, Action, Press (TOTAPs) T = Talk - Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap kesedarannya.

O = Observe - Lihat sama ada terdapat pendarahan, perubahan bentuk tulang dan perubahan warna kulit di tempat yang cedera. T = Touch - Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan dalam suhu di tempat yang cedera A = Active - Arahkan atlet melakukan pergerakan bagi Movement melihat sejuah manakah tahap kecederaan tersebut

DRABC
P = Passive movement - membantu yang cedera itu melakukan pergerakan pada titik yang mampu/ sakit. -Perlahan-lahan tekan tempat yang cedera. S= Skill - melakukan kemahiran yang dikehendaki, sekiranya masih mampu buat dengan baik, maka digalakkan teruskan.

PRICER ( Rest, Ice, Compression, Elevation )


P=Prevention R = Rest - Rehatkan atlet. I = Ice - Letakkan ais di tempat yang cedera. Pastikan ais tersebut dibalut dengan tuala. Jangan sekali-kali letakkan ais pada kecederaan yang terbuka seperti luka. C = Compression - Berikan tekanan pada kawasan yang cedera. Tekanan boleh dilakukan dengan membalut kawasan yang cedera dengan menggunakan bandej.

E = Elevation - Naikkan kawasan yang cedera melebihi paras dada supaya darah dapat mengalir dengan lebih mudah. R= Referral rujuk kepada doktor / pakar perubatan

CPR ( Cardio Pulmonary Resuscitation )

Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi. Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, pastikan tidak ada benda asing dalam mulut atlet. Rawatan CPR ini adalah kombinasi an tara memberikan pernafasan mulut ke mulut diselang-selikan dengan tekanan kepada kawasan jantung untuk menggerakkannya. Rawatan CPR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.

Anda mungkin juga menyukai