Anda di halaman 1dari 12

Kemahiran Jaringan Menjunam Jaringan menjunam merupakan kemahiran menjaring yang paling kompleks kerana ianya memerlukan koordinasi

keseluruhan tubuh badan yang baik. Teknik-teknik kemahiran ini juga agak sukar dikuasai kerana pemain perlu melayangkan diri ke dalam kawasan gol dan perlu membaling bola sebelum mendarat di dalam kawasan gol supaya tidak melakukan kesalahan berada di dalam kawasan gol. Kemahiran ini merupakan kaedah yang terbaik untuk menjaringkan gol kerana pemain akan dapat mengelak halangan pemain lawan dan berada di kedudukan yang paling hampir dengan gol. Terdapat tiga fasa dalam melakukan kemahiran ini iaitu fasa persediaan, fasa pelaksanaan dan fasa ikut lajak. Cara-cara untuk melakukan hantaran ini adalah: i. Fasa Persediaan

Bersedia di luar kawasan gol. Bergerak secara pantas dan agresif kea rah gol. Bergerak ke sisi pemain lawan untuk mengelak daripada dihalang. Kedua-dua belah lutut dibengkokkan sebelum melompat. Bola dipegang menggunakan sebelah tangan seboleh-bolehnya menggunakan tangan dominan.

Mata pandang ke arah gol.

Fasa persediaan kemahiran jaringan junam

ii.

Fasa Perlaksanaan Berat badan dibawa ke hadapan. Melonjak menggunakan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.

Melonjak ke hadapan untuk melayangkan diri ke dalam ruang kawasan gol. Badan disengetkan ke tepi untuk memudahkan balingan. Tangan yang memegang bola dihayun ke belakang untuk mendapatkan momentum.

Hayun tangan ke hadapan semasa berada di jarak terdekat dengan gol. Bola dilepaskan semasa berada di udara iaitu sebelum mana-mana bahagian badan menyentuh permukaan padang di dalam kawasan gol.

Fasa pelaksanaan kemahiran jaringan junam

Fasa pelaksanaan kemahiran jaringan junam

iii.

Fasa Ikut Lajak Tangan ikut lajak balingan. Pusingkan badan hingga muka menghadap permukaan padang. Mendarat di dalam kawasan gol.
3

Mendaratkan menggunakan kedua-dua belah tangan. Siku dibengkokkan ketika mendarat untuk menyerap daya dan mengurangkan hentakan.

Fasa ikut lajak kemahiran jaringan junam

Latih Tubi Kemahiran Jaringan Menjunam Terdapat beberapa latih tubi yang boleh memantapkan lagi kemahiran jaringan junam. Latih tubi ini banyak menekankan kepada kemahiran menerima bola, kemahiran melompat dan menjunamkan diri ke dalam kawasan gol disamping menjaringkan gol. Antara latih tubi kemahiran jaringan junam adalah:

1.

K bertindak sebagai penjaga gol, F sebagai penghantar bola dan S sebagai penjaring.

S akan berlari ke kon pertama dan menerima hantaran daripada F. S kemudiannya akan melakukan jaringan junam ke arah gol dan K akan cuba untuk menahan cubaan jaringan S.

Selepas melakukan jaringan, S akan berpatah balik dan menuju ke kon kedua dan mengulang pergerakan yang sama.

Selepas itu, S akan meneruskan pergerakan yang sama sehingga selesai melakukan 4 cubaan jaringan gol.

Ulang latih tubi ini sebanyak 3 set. Selepas itu, ketiga-tiga pemain akan bertukar peranan sehingga semua pemain menjadi penjaring.

2.

K bertindak sebagai penjaga gol, F sebagai penghantar bola dan S sebagai penjaring.

Latih tubi dimulakan dengan F2 melakukan hantaran ke arah S1. S1 akan melakukan jaringan junam ke arah gol. Kemudian, S1 akan berpatah balik ke tempat permulaan latih tubi. F1 kemudiannya akan menghantar bola ke arah S2 dan S2 akan melakukan jaringan junam ke arah gol.

Kemudian, S2 akan berpatah balik ke tempat permulaan latih tubi. S1 dan S2 akan mengulang latih tubi dengan menerima hantaran yang berbeza daripada penerima.

Empat hantaran berbeza digunakan dalam latih tubi ini iaitu: o Hantaran bahu biasa o Hantaran bahu laju o Hantaran lantun o Hantaran lambung

Setelah tamat latih tubi, S1 dan S2 akan bertukar peranan dengan F1 dan F2.

3.

K bertindak sebagai penjaga gol, F sebagai penghantar bola dan S sebagai penjaring.

Latih tubi dimulakan dengan S bergerak ke arah kawasan bertanda 1 dan menerima hantaran daripada F1.

S kemudiaannya akan melakukan jaringan junam ke arah gol. Selepas itu, S akan bergerak ke arah kawasan bertanda 2 dan melakukan pergerakan yang sama.

S akan mengulang pergerakan yang sama sehingga selesai melakukan 4 cubaan jaringan. (1set)

S akan melakukan latih tubi ini sebanyak 3 set. Setelah selesai 3 set, S akan bertukar peranan dengan F1 dan F1 akan mengulang latih tubi yang sama.

Latih tubi diteruskan sehingga semua pemain F tamat melakukan latih tubi ini.

4.

K bertindak sebagai penjaga gol, F sebagai penghantar bola dan S sebagai penjaring.

Latih tubi dimulakan dengan S1 bergerak ke arah kon pertama dan menerima hantaran daripada F1.

S1 akan melakukan jaringan junam ke arah gol. Kemudian, S1 akan bergerak ke arah belakang kon kedua manakala S2 akan bergerak ke arah kon kedua dan menerima hantaran daripada F2.

S2 akan melakukan jaringan junam ke arah gol. Kemudian, S2 akan bergerak ke arah kon pertama dan menerima hantaran daripada F1 serta melakukan jaringan junam ke arah gol.

S1 kemudiannya akan bergerak ke arah kon kedua dan menerima hantaran daripada F2 lantas melakukan jaringan junam ke arah gol.

Ulang sebanyak 3 set dan kemudian S1 akan bertukar tempat dengan S2 dan mengulang latih tubi yang sama sebanyak 3 set.

Setelah tamat latih tubi, S1 dan S2 akan bertukar peranan dengan F1 dan F2 dan latih tubi akan diulang semula.

5.

K bertindak sebagai penjaga gol, F sebagai penghantar bola dan S sebagai penjaring.

S1 akan bergerak ke sebelah S3 dan menerima hantaran daripada F kemudiaanya melakukan jaringan junam ke arah gol.

S1 kemudian akan bergerak ke sebelah kiri S2 dan selepas itu S2 pula akan bergerak ke sebelah kiri S1 dan menerima hantaran daripada F.

S2 akan melakukan jaringan junam ke arah gol dan kemudiannya akan bergerak ke sebelah kanan S3.

S3 kemudiannya akan bergerak ke sebelah kanan S2 dan menerima hantaran daripada F dan akhirnya melakukan jaringan junam ke arah gol.

Setelah tamat, kesemua pemain kecuali penjaga gol akan bertukar peranan sehingga semua pemain telah menjadi F.

Rujukan

Buku

1. Amran Lee Abdullah, P.Sundaralingam, (2007), Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan: Bola Baling dan Bola Keranjang, Petaling Jaya, Sutrapadu Sdn.Bhd.

Internet

1. www.sportplan.com/handballdrills

2. www.scribd.com/doc/8243606/Bola-Baling

10

11

Kemahiran Jaringan Menjunam

12

Anda mungkin juga menyukai