Anda di halaman 1dari 3

http://bola-keranjang.blogspot.com/2011/09/teknik-asas-bola-keranjang_12.

html

Teknik Asas bola keranjang


Mengelecek Mengelecek merupakan kemahiran asas terpenting dalam bola keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain. Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol. Pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam gelanggang dengan berkesan.

Teknik mengelecek Terdapat beberapa cara mengelecek dalam bola keranjang. Antaranya ialah kelecek rendah, kelecek tinggi, kelecek dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek. 1. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak tangan. 2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek. 3. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal. 4.Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau

membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax. 5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan. 6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan, pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan

supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan.

7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang. Kelecek rendah Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak oleh pemain lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidak mempunyai peluang untuk merampas bola itu, kecuali pemain yang mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal ini pemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.

Kelecek tinggi Kelecek tinggi dilakukan semasa pemain lawan berada agak jauh daripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakan apabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di sekitarnya. Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkan gol. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek tinggi ialah dalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan yang lebih lurus atau menegak daripada kelecek rendah.

http://enkalang90.wordpress.com/kemahiran-kemahiran-asas/mengelecek-bola/ Kemahiran Mengelecek Bola Menggelecek bola dalam permainan bola keranjang bererti bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantunkan bola dengan sebelah tangannya. Ini dilakukan untuk beberapa tujuan semasa permainan. Untuk membuat jaringan dari dekat. Untuk menyimpan bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan. Untuk bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan (formation) 1. Mengelecek dengan lantunan rendah - Cara ini diamalkan dalam situasi di mana pemain itu dikawal ketat oleh pihak lawan yang berkerumun dekatnya. Melantunkan bola rendah adalah cara yang baik untuk mengawal dan melindungi bola dari dirampas. Selain itu, lantunan bola yang rendah memudahkan pemain menukar hala pergerakannya secara mengejut. 2. Mengelecek dengan lantunan tinggi - Cara ini adalah sesuai apabila pemain hendak bergerak pantas dengan bola dan tidak ada pihak lawan yang mengawalnya. Bola dilantunkan pada aras pinggang dan ke hadapan. Mengelecek bola juga memerlukan pemain bertindak mengikut keadaan. Oleh itu ia mesti melantunkan bola dengan tangan kiri dan tukar kepada tangan kanan. Juga, ia mesti bersedia untuk menukar arah pergerakan atau kepantasannya untuk mengelirukan dan mengatasi pihak yang mengadangnya.

Anda mungkin juga menyukai