Anda di halaman 1dari 9

KEDUDUKAN PEMAIN

KEDUDUKAN BOLA JARING


NAMA KEDUDUKAN Goal Shooter ABBREVIATION LAWAN KAWASAN DIBENARKAN

GS

Goal Keeper. Attacking goal third including goal circle Goal Defence Wing Defence Centre

Goal Attack

GA

Attacking goal third, goal circle, and center third

Wing Attack

WA

Attacking goal third and center third, not goal circle

Centre

Everywhere except goal circles Defensive goal third and centre third, not goal circle Defensive goal third and centre third, including goal circle

Wing Defence

WD

Wing Attack

Goal Defence

GD

Goal Attack

Goal Keeper

GK

Goal Shooter Defensive goal third, including goal circle

KEMAHIRAN ASAS
Kemahiran asas dalam sukan amat penting diketahui oleh pemain. Tujuan kemahiran juga perlu diberitahu. Pemain dimaklumkan tentang perkara ini sejak kecil kecil lagi atau sejak dia berada di peringkat sekolah rendah lagi. Sebabnya, kemahiran akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa dan diubahsuai mengikut peringkat dan keadaan sukan itu. Jurulatih memainkan peranan penting meningkatkan kemahiran pemain. Jurulatih akan membetulkan kesalahan pemain dan memberikan nasihat dan bimbingan seperlunya. Dalam sukan bola jaring kemahiran tertentu perlu dan wajb diperolehi jika pemain benar benar mahu berjaya. Kemahiran ini melibatkan aspek pengawalan badan, stamina, semangat berpasukan dan pengawalan bola. Umumnya, ada dua jenis kemahiran dalam sukan jenis itu. Pertama, kemahiran diri yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan. Kedua, kemahiran mengendalikan bola yang melibatkan menangkap, melontar, mengawal, mengelak dan menjaring. Juga kemahiran ini melibatkan menghantar (melempar), merebut, melompat dan mengawal (mengadang). Latihan bersistem dapat meningkatkan taraf kemahiran pemain.

1. Menangkap Ada dua cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan dua belah tangan. Untuk menjadi pemain yang baik, seseorang harus dapat menangkap bola dengan betul. Paling berkesan jika pemain menangkap bola dengan dua belah tangan dan dalam pada itu dia memandang pantas pergerakan bola. Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua dua tangan: atau jika menggunakan sebelah tangan, ia hendaklah segera diikuti oleh sebelah tangan lagi. Kemudian, peganglah bola itu dengan betul, iaitu sebelah tangan memegang bahagian atas dan belakang bola, sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. Pemain mestilah dalam keadaan bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketika ketika di luar dugaan. 2. Menghantar Ada berbagai bagai cara menghantar atau melontar bola, dan ia bergantung kepada beberapa jarak antara pemain, kedudukan penghalang dan kecekapan pemain. Bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan. Hantaran bola boleh dilakukan secara menolak, melontar, meleret atau melalui kepala. Apabila menghantar bola, mestilah ada persefahaman di antara yang menghantar dan yang menerima lontaran. Jika bola yang dihantar tidak dapat ditangkap, bererti lontaran kurang baik.

Hantaran aras bahu

Hantaran ini sering dilakukan sebab hantaran atas bahu ini akan terlontar jauh dan tinggi. Tidak mudah ditangkap atau direbut dengan mudah oleh pemain lawan. Hantaran ini akan menjadi lebih kuat dan tepat. Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan penerima.

Hantaran aras dada

Satu hantaran yang kuat dan cepat. Sesuai dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Sesuaiuntuk keadaan yang pantas dan tidak memerlukan tindakan segera.

Hantaran lantun

Sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu satu kawasan gelanggang terutama yang hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja. Dilakukan apabila pemain penghalang lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan, Tetapi selalunya dengan dua tangan.

Hantaran atas kepala

Sama dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam sukan bola sepak, tetapi kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bolaj aring. Digunakan apabila pemain yang terlibat diadang atau dihalang oleh pemain lawan. Hantaran ini boleh dibuat rendah dan ke bawah jika penghalang meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola baling. Bagaimanapun, hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadang kadang sukar menerimanya.

Hantaran sisi

3. Gerakan kaki Dalam permainan bola jaring, gerakan kaki merupakan salah satu kemahiran penting yang diharapkan semua pemain memahirkannya. Untuk kemahiran ini, seseorang pemain mestilah berlari dengan laju dan pada jarak yang berubah ubah. Dia perlu menukar haluan secara serta merta sambil memecut juga serta merta. Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki boleh dipergunakan dalam permainan bola jarring. Kemahiran gerakan kaki selalu selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaringnya. Pemain pemain yang dapat mengamalkan kemahiran dengan mudah dapat mengelakkan diri daripada lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima bola dan membuat jaringan.

4. Mengawal dan mengelak Pemain perlu mampu menjadi penyerang dan penghalang sekaligus. Biasanya pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang, sementara pasukan lawannya diaggap pasukan penghalang. Maka setiap pemain perlu mahir sebagai penyerang dan penghalang. Dia perlu mahir menangkap dan melontar bola. Apabila menyerang, pemain mestilah pantas melintasi lawannya dan bergerak ke tempat lapang untuk menerima hantaran. Pemain boleh meninggalkan lawan atau melepaskan diri daripada lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula hendaklah juga pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada diadang oleh lawan. Apabila mengawal, pemain hendaklah menghalang lawan membuat hantaran atau jaringan. Sebagai penghalang, pemain akan mengawal lawan dan tempat bola akan dilontar. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah mengagak arah atau haluan bola yang akan dilontar.

Lazimnya, kawalan dilakukan satu lawan satu. Setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan. 5. Cara mengambil lambungan Tiap tiap pemain perlu tahu cara mengambil lambungan kerana dalam permainan mereka tentu akan terlibat untuk mengambil lambungan. Jika pemain itu berjaya mendapatkan bola, maka pasukannya akan membuat serangan. Ringkasnya, cara berikut boleh dijadikan panduan. i. Kedua dua pemain berdiri secara berhadapan (menghadap gol masing masing) ii. Tangan pemain hendaklah lurus ke bawah dan ke sisi tubuh. iii. Kedudukan kaki pemain bergantung kepada keselesaan pemain. Tetapi jarak antara kaki yang terdekat dengan pihak lawan mestilah lebih kurang satu meter. iv. Kedua dua pemain tidak boleh bergerak sebelum wisel dibunyikan. Jika salah seorang bergerak, maka hantaran percuma akan diberikan pada pihak lawan. v. Apabila wisel dibunyikan dan bola dilambungkan ke udara, pemain mesti mencuba mendapatkan bola itu sebelum ia bergerak tinggi ke atas. vi. Pemain boleh menangkap atau menepis bola ke arah rakannya. vii. Jika gagal mendapatkan bola, pemain mesti cuba bersedia untuk menghalang hantaran yang akan dibuat oleh pemain seorang lagi.

6. Menjaring Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalan sukan ini. Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun cuma dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan, namun pemain pemain lain perlu juga mahir. Sebab adakalanya, penjaring tidak dapat bermain dengan baik maka dia perlu diganti oleh pemain lain. Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana mana tempat di dalam bulatan jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola, kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran memebuat jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring.

Pemain Bola Jaring


Author: Kelab Bola Jaring SMSL | Posted at: 7:46 AM |

Setiap pasukan bola jaring terdiri daripada 10 orang pemain iaitu 7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan. Setiap orang pemain mempunyai had tugas dan kawasan yang berlainan. Berikut merupakan 7 orang pemain utama dalam permainan bola jaring : Penjaga Gol (GK) GOAL KEEPER Pertahanan Gol (GD) GOAL DEFENCE Pertahanan Sayap (WD) WING DEFENCE Pemain Tengah (C) CENTRE Penyerang Sayap (WA) WING ATTACK Penyerang Gol (GA) GOAL ATTACK Penjaring Gol (GS) GOAL SHOOTER

Berikut merupakan kedudukan pemain dalam gelanggang (ketika membuat hantaran tengah) :

TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN

Penjaga gol (goal keeper = GK)

Jaga GS pasukan lawan dalam & luar kawasan jaringan. Boleh keluar masuk kawasan gol. Jaga kawasan jaringan (kawasan u) Halang penyerang dalam kawasan jaringan. Perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

Penahan gol (goal defence = GD)

Jaga dan kawal gerakan GA pihak lawan (kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan). Halang hantaran dan kawal pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol. Tugas utama - halang GS (goal shooter) buat jaringan. Boleh menerima bola dari hantaran tengah.

Penahan sayap (wing defence = WD)

Merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini

berlaksemasa bole di hantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA.

Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

Pemain tengah (centre = C)

Memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

Penyerang sayap (wing attack = WA)

Juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

Penyerang gol (goal attack = GA)

Ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

Penjaring gol (goal shooter = GS)

Bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.

Anda mungkin juga menyukai