Anda di halaman 1dari 3

Arahan : baca petikan di bawah dengan menggunakan intonasi dan nada yang betul

Kebaikan Komputer Kepada Manusia


Komputer merupakan ciptaan yang terhasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Penggunaan komputer kini begitu meluas di seluruh dunia. Sebahagian besar daripada masyarakat kita sudah tahu dan mahir menggunakan komputer. Banyak faedah yang dapat kita peroleh melalui penggunaan komputer. Sebagai murid, sudah tentulah kita dapat menggunakan komputer dalam pembelajaran. Antaranya, kita dapat mencari maklumat yang diperlukan dengan melayari internet. Selain itu, dengan adanya komputer di sekolah, guru-guru boleh memberi murid-murid tugasan menggunakan komputer tersebut. Pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik kerana murid dapat melihat sendiri serta menyentuh peralatan komputer semasa mereka melakukan tugasan yang diberikan. Kewujudan internet melalui komputer juga membolehkan kita berhubung dengan rakan-rakan walaupun berada dalam jarak yang jauh. Ibu bapa pula dapat berhubung dengan anak-anak mereka terutamanya yang belajar di luar negara dengan lebih mudah dan murah. Malah, mereka dapat melihat wajah anak-anak mereka sambil berbual dengan mereka. Justeru itu, untuk mengetahui tentang berita-berita semasa, kita boleh membaca akhbar-akhbar yang disiarkan menerusi internet. Pembacaan akhbar menerusi internet lebih menarik kerana terasa seperti menonton televisyen. Menerusi pembacaan ini, kita dapat meningkatkan penguasaan bahasa sama ada bahasa Malaysia mahupun bahasa-bahasa yang lain. Kesimpulannya, komputer membawa kebaikan yang banyak kepada kita semua jika tidak disalahgunakan. Oleh itu, kita perlulah bijak dalam menggunakan komputer supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaannya.

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah kedai yang menjual komputer dan telefon bimbit. Bina lima ayat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilihat pada gambar tersebut.

1. ___________________________________________________ __________________________________________________ 2. ___________________________________________________ _________________________________________________ 3. ___________________________________________________ _________________________________________________ 4. ___________________________________________________ _________________________________________________ 5. ___________________________________________________ _________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai