Anda di halaman 1dari 6

Teknik Permainan Bola Tampar

1.0 Pukulan Servis


Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya
mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis.
Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas
bahu biasa digunakan.

1.1 Servis bawah bahu


Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah
dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.

1.2 Servis atas bahu


Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan
sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis
dalam permainan tenis.
2.0 Pukulan Menyangga
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata.
Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu
menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya
dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk
menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk
mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
3.0 Pukulan Mengumpan
Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua.
Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat
rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan
masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang
kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.
4.0 Pukulan Rejam
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan
rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap
satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan
melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan
memukul bola.
5.0 Menghadang
Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai.
Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman.
Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan.
Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan
kedua-dua belah tangan.

6.0 Reli
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-
balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama
handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli.

Anda mungkin juga menyukai