Anda di halaman 1dari 56

Oleh: Yii Kie Bing Wong Hung Huong

1.0 Pengenalan:
Bola Keranjang adalah sejenis sukan berkumpulan di

mana dua kumpulan akan bertanding untuk mendapatkan kemenangan.


Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 10 hingga 12

orang. Hanya 5 orang pemain daripada setiap kumpulan akan bermain di dalam gelanggang.
Sesebuah pasukan akan cuba mendapatkan mata

dengan menjaringkan bola ke dalam keranjang (jaring) lawan.

Dalam usaha mendapatkan jaringan ini, pemain akan menggerakkan bola dengan cara mengelecek, membuat hantaran kepada rakan sepasukannya dan

seterusnya membuat jaringan.


Bola tersebut dikehendaki dijaringkan dari atas ke bawah dan bukannya dari bawah ke atas. Sukan ini amat popular terutamanya di negara Barat. NBA playoffs merupakan salah satu pertandingan yang amat popular dan diminati orang ramai.

(NBA = National Basketball Association).

2.0 Sejarah
Permainan pertama bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di dalam sebuah gimnasium di

bandar Springfield, Massachusetts di Amerika Syarikat.


Permainan ini dicipta oleh Profesor Pendidikan Jasmani, Dr. James Naismith. Beliau mula memikirkan sukan alternatif untuk mengekalkan tahap kecergasan pelajarnya dengan bersukan di dalam gimnasium atau gelanggang tertutup walaupun hujan dan musim salji yang lama.

Bakul atau gol asalnya merupakan keranjang atau bakul kayu yang dipasangkan lebih kurang 3 meter di atas lantai gelanggang pada kedua dua penghujung. Pada peringkat awal, bakul buah buahan digunakan sebagai keranjang, yang kemudiannya ditukarkan

dengan keranjang jaring dawai.


Pada 1906, gelung besi pula digunakan dan ini diikuti dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi

menampan lantunan bola.

3.0 Perkembangan Awal


Pada peringkat awal, satu pasukan mengandungi tujuh orang pemain. Kemudian bilangannya ditambah menjadi sembilan orang. Namun bilangan ini dikurangkan kepada lapan orang dan seterusnya menjadi lima orang sahaja yang akan bermain bagi setiap kumpulan dalam gelanggang. Pada mulanya, masa permainan dibahagikan kepada

dua bahagian, yang setiap satunya mengandungi 15minit.

Kini, masa permainan dibahagikan kepada 4 bahagian yang dipanggil quarter. Tempoh masa bagi setiap

quarter adalah 10 minit.


Quarter pertama dan kedua juga dianggap sebagai first half. Quarter yang seterusnya pula dipanggil second

half.
Rehat di antara quarter pertama dengan kedua dan quarter ketiga dengan keempat adalah selama 5 minit

manakala tempoh rehat bagi first half dan second half adalah selama 10 minit.

Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) ditubuhkan pada tahun 1932 bagi menyelaraskan sukan ini dan pada masa yang sama mengembangkannya agar diterima menjadi permainan bertaraf antarabangsa.
Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai acara Sukan Olimpik. Sebanyak 21 negara yang mengambil bahagian. Sukan ini amat popular di Amerika Syarikat pada zaman kini. National Basketball Association (NBA) ditubuhkan untuk menganjurkan pertandingan liga pada setiap tahun.

4.0 Bola Keranjang di Malaysia


Sambutan yang diterima daripada penduduk tempatan pada peringkat awal kedatangannya adalah dingin. Cuma ahli ahli beberapa kelab rekreasi di bandar bandar utama seperti Kelab Rekreasi Cina Selangor, Kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang, Singapura dan Negeri Sembilan bermainnya. Lama kelamaan semakin ramai penduduk negara ini yang mula meminati dan bermain bola keranjang khususnya kaum Cina selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1960 an, Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) ditubuhkan.

Negara kita pernah menjadi tuan rumah bagi beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab kelab Asia, dan Kejohanan Terbuka Malaysia.

5.0 Peralatan Permainan


5.1 Gelanggang Bola Keranjang
Sukan ini dimainkan di atas gelanggang yang rata dan berbentuk segi empat tepat. Gelanggang ini hendaklah bebas daripada sebarang hubungan atau gangguan. Mengikut undang undang Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA), gelanggang bola keranjang hendaklah berukuran 28 meter panjang dan 15 meter lebar diukur dari bahagian dalam gelanggang.

Jika gelanggang ini di dalam stadium atau dewan tertutup, tinggi siling atau gangguan hendaklah tidak kurang daripada 7 meter. Gelanggang hendaklah dipasangkan lampu yang bersesuaian jika ia digunakan untuk bermain pada waktu malam ataupun siang. Gelanggang turut dipagari garisan sekelilingnya dan dilengkapi dengan tiang, papan jaringan dan keranjang.

Bagi gelanggang dalam stadium tertutup pula, terdapat Papan Skor yang besar terletak tinggi di siling. Papan

Skor ini menunjukkan masa yang tinggal bagi setiap quarter, time out, jumlah skor pasukan, jumlah kesalahan dilakukan oleh setiap pemain dan pasukan serta skor yang dikumpul oleh setiap pemain.

5.2 Bola
Bola untuk bola keranjang berbentuk bulat dan diperbuat daripada getah atau sebarang bahan tiruan yang menyerupai getah yang mudah melantun apabila dijatuhkan. Berat bola ini hendaklah antara 600 650 g. Bola yang digunakan oleh perempuan perlu berukuran sekurang kurangnya 72.4 cm manakala bola bagi lelaki adalah 75 cm. Bola ini hendaklah mempunyai tekanan angin yang bersesuaian, dan jika dijatuhkan daripada ketinggian 1.8 meter, ia akan melantun setinggi 1.2 meter.

5.3 Pakaian
Baju pemain adalah berbentuk singlet dan bernombor serta sama warna bagi semua pemain pasukan tersebut. Seluar juga daripada warna yang sama bagi semua pemain pasukan tersebut dan hendaklah selesa untuk

bermain. Seluar yang sesuai adalah seluar yang pendek. (panjangnya tidak melebihi lutut)
Kasut getah dan berstoking melengkapkan pakaian

pemain bola keranjang.

6.0 Cara Bermain

6.1 Matlamat Permainan


Dua pasukan yang terdiri daripada lima orang pemain sepasukan diperlukan untuk memulakan sukan ini.

Sesebuah pasukan cuba mendapatkan mata seberapa banyak yang boleh dengan memasukkan bola ke dalam keranjang (jaring) lawan. Bola ini perlu masuk ke dalam keranjang dari atas ke bawah dan bukannya dari bawah ke atas.

Dalam usaha mendapatkan jaringan ini, pemain akan menggerakkan bola dengan cara mengeleceknya atau membuat hantaran kepada rakan sepasukannya, yang kemudiannya cuba memasukkan bola ke dalam keranjang.
Pemain boleh membuat jaringan dari mana mana

kawasan dalam gelanggang permainan.


Setiap kali bola berjaya dimasukkan ke dalam keranjang, pasukan lawan akan memulakan permainan

dengan melontar bola dari belakang garisan belakang kawasannya. (Loser ball)

6.2 Tempoh Permainan


Permainan ini dibahagikan kepada 4 set atau quarter. Setiap set diberikan tempoh selama 10 minit.

Set pertama dan kedua dikenali sebagai Separuh Masa Pertama (First Half) dan set yang seterusnya adalah Separuh Masa Kedua (Second Half). Masa rehat yang diberikan bagi Set Pertama dengan Set Kedua adalah selama 5 minit. Rehat bagi set ketiga dengan keempat adalah sama. Tempoh masa rehat bagi Separuh Masa Pertama dengan Kedua (Set Kedua dengan Ketiga) adalah selama 10 minit.

Masa yang diberikan untuk time out adalah selama 1 minit.

Setiap kali wisel dibunyikan untuk sesuatu kesalahan atau bola terkeluar dari garisan gelanggang, masa akan diberhentikan. Masa tambahan akan diberikan sekiranya kedua dua pihak mendapat jumlah skor yang sama pada akhir permainan.

6.3 Permulaan Permainan


Dua orang pemain, seorang daripada kedua dua pasukan berdiri di tengah tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara kedua dua pemain untuk direbut. Sebaik sahaja bola ini dilambung, kedua dua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada lontaran pengadil ini. Pemain pemain lain hendaklah berada di luar separuh bulatan masing masing.

6.4 Cara Mendapatkan Mata


Mata diberikan apabila jaringan ke keranjang dibuat oleh mana mana pihak dalam kawasan gelanggang

bola keranjang.
Jaringan boleh dibuat dengan 2 cara iaitu pertama, menerusi lontaran atau jaringan ke arah gol dan kedua adalah melalui lontaran percuma atau bebas. (free throw) Jaringan yang dibuat dalam three point line diberikan 2 mata manakala jaringan yang dibuat di luar garisan tersebut diberikan 3 markah.

Mata yang diberikan kepada lontaran percuma di free throw line hanya satu mata. Lontaran percuma hanya diberikan setelah pemain yang ingin menjaringkan bola ke dalam keranjang difaulkan oleh pihak lawan. Pemain yang membuat lontaran percuma hanya diberikan 5 saat untuk memegang dan membuat lontaran tersebut.

6.5 Bola Keluar / di Luar Permainan


Wisel akan ditiup oleh pengadil setiap kali bola terkeluar dari gelanggang atau terkena garisan tepi dan

belakang gelanggang. Bola turut dikira keluar sekiranya tersentuh garisan tersebut
Pemain atau bola dikira di luar permainan apabila pemain berkenaan menjejak kaki di luar gelanggang atau mencapai bola setelah menjejak kaki di luar gelanggang. Apabila membuat lontaran ke dalam, atau memulakan semula permainan selepas jaringan gol dibuat, pemain hendaklah memastikan bahawa:
1. 2.

Berdiri di luar garisan tepi atau belakang. Hanya dibenarkan memegang bola tidak lebih dari 5 saat.

6.6 Had had dalam Permainan


Terdapat empat had utama iaitu:
Peraturan 24 saat ii. Peraturan 3 saat iii. Peraturan 8 saat iv. Peraturan 5 saat
i.

6.6 Faul
Kontak badan sesama pemain selalunya akan berlaku

di sepanjang permainan. Oleh itu, pengadil akan memberikan faul kepada pemain atau pasukan yang berkenaan. Setiap faul yang dilakukan akan dicatat oleh pencatat.
Faul dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:
i.

ii.

Faul individu Faul pasukan

6.6.1 Faul individu

Pergerakan menolak, memegang, mengadang atau

memukul pemain lawan, yang menghalangnya daripada meneruskan permainan atau jaringan gol disebut sebagai faul individu.
Seseorang pemain hanya diberi peluang sebanyak lima kali. Pada kali kelima pemain tersebut melakukan faul, pemain itu akan dikeluarkan dan tidak dibenarkan untuk meneruskan permainan tersebut.

6.6.2 Faul Pasukan

Apabila sesebuah pasukan melakukan lebih daripada empat faul atau kesalahan dalam satu quarter, lontaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Dua lontaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

7.0 Kemahiran Asas


7.1 Menangkap Bola
Berikut merupakan beberapa perlakuan yang perlu dipatuhi semasa seseorang pemain bola keranjang menangkap bola:
i.
ii. iii. iv.

Merentang kedua dua belah lengan Siku berada dalam keadaan selesa serta tidak dihulurkan ke hadapan badan dengan sepenuhnya. Bola ditangkap dengan jari yang direnggangkan di antara satu sama lain dan ibu jarinya menyandar di tepi bola. Pemain dalam keadaan sedia untuk menghantar bola. Tapak tangan jarang sekali menyentuh bola.

Terdapat lima jenis tangkapan yang sering digunakan di dalam permainan bola keranjang:
i. ii. iii. iv. v.

Tangkapan statik (atas pinggang, bawah pinggang, atas kepala) Tangkapan lompat Tangkapan berlari Tangkapan lantun Tangkapan golekan bola

7.2 Menghantar bola


Hantaran adalah satu cara untuk menggerak bola ke

arah keranjang. Hantaran yang banyak boleh menyebabkan pertahanan pihak lawan lemah dan menjadikan jaringan ke arah keranjang lebih senang.
Hantaran yang baik bergantung kepada kuasa hantaran, bila hendak menggunakan setiap hantaran dan hantaran yang tepat kepada rakan pemain.

Terdapat enam jenis hantaran yang biasa digunakan dalam permainan ini iaitu:
i.

ii.
iii. iv.

Hantaran dada Hantaran ayun bawah Hantaran lantun Hantaran atas kepala

7.3 Mengelecek
Kemahiran ini adalah kemahiran yang penting bagi setiap pemain. Kemahiran ini membolehkan pemain bergerak di atas gelanggang bersama bola. Mengelecek adalah satu lakuan yang melantunkan bola secara berulangan dengan satu tangan sahaja. (Kiri atau kanan) Kelecekan ini berakhir apabila pemain tersebut menyentuh bola itu dengan kedua dua belah tangan

atau berhenti melantun bola tersebut dengan sebelah tangan.

Mengelecek turut membolehkan pemain mengawal bola dan menggunakannya untuk menipu. Terdapat beberapa cara untuk mengelecek iaitu:
i. ii. iii. iv.

Kelecek rendah Kelecek tinggi Menukar tangan sambil mengelecek Pertukaran arah semasa mengelecek dan menipu

Mengelecek diguna untuk:


i.

ii.

iii. iv.

Bergerak dekat untuk jaringan cepat ke keranjang Mengawal bola supaya rakan dapat bersedia untuk menerima hantaran bola dari anda atau lepas daripada kawalan lawan. Bergerak ke tempat tertentu di atas gelanggang untuk mendapatkan posisi yang baik untuk menjaring. Jika anda dikawal rapi di atas gelanggang dan tidak boleh menghantar bola, kelecek digunakan untuk melepaskan diri.

7.4 Membuat Jaringan


Membuat jaringan adalah asas yang penting di dalam permainan bola keranjang dan merupakan tulang belakang di dalam permainan ini. Berikut adalah jenis jaringan yang biasa dilakukan:
Jaringan Gaya Lompat (Jaringan Tegak) ii. Jaringan Gaya Kaku iii. Jaringan Atas Kepala iv. Jaringan Cangkuk (Hook Shot) v. Jaringan Tip In
i.

vi.

Lay Up

7.5 Langkahan
Pemain boleh melangkah dua tapak setelah berhenti mengelecek. Pemain tidak boleh melangkah dua tapak

apabila berada dalam keadaan statik atau selepas menyambut bola.


Pemain yang mendarat dengan kedua dua belah kaki

setelah menyambut bola boleh melangkah satu langkah sahaja dengan menggunakan kaki kanan atau kiri.
Sekiranya pemain melangkah lebih daripada tiga

langkah setelah berhenti mengelecek, pemain akan ditiupkan wisel dengan kesalahan mara dengan bola. (travelling)

Pemain juga boleh menggunakan kemahiran ini untuk

mendapatkan kedudukan yang lebih baik dan selesa untuk membuat jaringan.
Langkahan juga diperlukan untuk fasa lompatan agar

lompatan yang dilakukan adalah dengan kuasa loncatan yang maksima.

7.6 Melompat
Kemahiran melompat turut menjadi elemen yang

penting dalam sukan ini. Pemain yang diberikan latihan khusus dalam kemahiran ini dapat melompat dengan tinggi dan mampu mencapai keranjang.
Pemain yang dapat melompat dengan tinggi mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol ke dalam keranjang dengan memasukkan bola dengan tangan di keranjang atau dikenali sebagai Dunk Shot.

Pemain yang mampu melompat dengan tinggi juga dapat menyambut dan merebut bola muntah atau bola yang berada di udara akibat daripada kegagalan untuk masuk ke dalam keranjang. Lompatan yang tinggi turut boleh membantu seseorang pemain membuat jaringan gaya lompat dengan senang tanpa halangan daripada pihak lawan.

7.7 Rebound
Kemahiran ini adalah kemahiran di mana kedua dua pihak akan berusaha untuk mendapatkan dan merebut

bola yang dilontar ke jaringan gagal memasuki gol.


Biasanya pasukan pertahanan mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk mendapatkan rebound. Kedudukan terbaik untuk melakukan rebound adalah beberapa meter dari papan pantul pada sudut 45. Pemain yang membuat rebound hendaklah menyesuaikan masa lompatan supaya dapat menangkap bola dengan tangan terbuka ketika berada di puncak lompatan.

8.0 Ringkasan Undang undang

8.1 Pemain, Pengganti dan Jurulatih


Setiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 10 12 orang

pemain dan salah seorangnya dilantik sebagai ketua pasukan.


Semua pemain memakai bagu yang bernombor di depan

dan belakangnya serta warna yang sama bagi sesebuah pasukan.


Lima pemain daripada setiap pasukan akan bertanding di

dalam gelanggang semasa permainan.


Jurulatih bertanggungjawab pada sesebuah pasukan.

8.2 Pegawai Perlawanan dan Tugas tugasnya


Pegawai rasmi sesuatu perlawanan terdiri daripada dua orang pengadil dan seorang umpire. Mereka dibantu oleh seorang penjaga masa, pencatat dan pengawasan 24 saat, pencatat skor dan faul. Para pegawai ini menjalankan perlawanan mengikut peraturan dan undang undang FIBA. Pengadil akan meniupkan wisel apabila pemain melakukan kesalahan dengan menunjukkan isyarat tangan selepas bunyi wisel.

Kekasaran terhadap pemain lain turut akan menyebabkan faul individu dan direkodkan.

Umpire akan mengibarkan bendera merah setelah sesebuah pasukan melakukan 4 faul pasukan dalam satu quarter.
Bilangan faul yang dilakukan oleh pemain akan ditunjukkan setiap kali dengan papan kecil apabila pengadil melaporkan faul individu seseorang pemain.

9.0 Strategi dan Teknik Permainan


9.1 Strategi Pasukan
Seseorang pemain mesti memahami tentang penyesuaian gelanggang, tugas pada kedudukannya dan begitu juga ahli ahli pasukannya. Kelima lima pemain sesuatu pasukan mempunyai posisi mereka yang tersendiri iaitu Small Forward , Power Forward , Shooting Guard , Point Guard dan Center.

9.1.1 Small Forward

Pemain small forward merupakan pemain yang terpantas dan tangkas semasa melakukan serangan. Pemain ini dapat mengelecek bola dengan baik untuk menipu dan mengacau strategi pertahanan pihak lawan serta membuat lay up atau membuat hantaran kepada rakan sepasukan yang berpeluang untuk membuat jaringan. Walaupun pemain small forward bukan penjaring gol yang baik, pemain ini dapat membuat jaringan dengan konsisten.

Dari segi pertahanan pula, pemain small forward dapat mengawal pemain lawan dengan baik dalam one on one. Dengan ketangkasannya, pemain yang dikawal dapat diikut dengan ketat dan tidak memberinya peluang untuk membuat jaringan. Biasanya, hanya pemain pihak lawan yang mempunyai penjaring gol yang tepat akan dikawal oleh pemain small forward bagi menghalangnya daripada membuat jaringan gol.

9.1.2 Power Forward

Dalam membuat serangan, pemain power forward perlu mempunyai kemahiran untuk membuat jaringan

lompat dari jarak dekat.


Pemain ini juga boleh mendapatkan offensive rebound sekiranya rakan sepasukan yang membuat jaringan tidak berjaya. Peluang untuk membuat jaringan kedua dapat diperolehi melalui offensive rebound ini. Pemain power forward biasanya mempunyai ciri fizikal dan mental yang kuat.

Pemain ini dapat menonjolkan diri dengan

kekuatannya dalam mengawal pemain pemain besar seperti center.


Defensive rebound juga selalunya didapatkan oleh

power forward.

9.1.3 Shooting Guard

Pemain shooting guard perlu mempunyai peratusan untuk berjaya menjaringkan gol yang tinggi.

Pemain ini adalah penjaring gol yang tepat dan merupakan penjaring jarak jauh. Shooting guard merupakan penjaring 3 mata yang tepat dan mampu mencari serta mencipta peluang sendiri untuk menjaring.
Dengan adanya shooting guard yang tepat dalam menjaring gol dari jarak yang jauh, pihak lawan akan

mengawal lebih jauh keluar dari zon dalam 3 mata. Hal ini membolehkan pemain power forward dan center untuk menembusi zon pertahanan dalam.

9.1.4 Point Guard

Pemain point guard merupakan pemain yang paling sukar dari segi tugasnya berbanding dengan pemain

pemain lain.
Pemain ini juga dikenali sebagai play maker. Pemain ini yang akan menentukan segala galanya dalam sesuatu perlawanan. Pemain shooting guard akan memerhati setiap gerak geri pihak lawan dan perlu amat menumpukan perhatian dalam peluang untuk melakukan serangan dan serta membuat hantaran yang tepat dan cantik.

Tugas yang paling sukar bagi pemain ini adalah meramal dan menjangka strategi pertahanan pihak lawan serta memastikan rakan sepasukannya berada dalam posisi yang betul untuk memulakan serangan pada masa yang sama disamping dikawal oleh pihak lawan. Pemain ini merupakan tulang belakang bagi sesuatu pasukan. Sesebuah pasukan boleh menjadi hebat sekiranya pasukan tersebut mempunyai play maker yang hebat dan tangkas.

9.1.5 Center Pemain center atau pemain tengah ini merupakan

pemain yang memerlukan ciri ciri fizikal yang kuat iaitu tinggi dan berbadan besar serta mampu membuat lompatan yang tinggi.
Dalam melakukan serangan, pemain tengah selalu digunakan untuk membuat jaringan di bawah

keranjang ketika menghadapi perlawanan yang sengit iaitu perbezaan mata yang dekat.
Pemain tengah yang hebat mampu membuat jaringan

di bawah keranjang dengan senang dan mampu mendapatkan lontaran percuma dengan menfaulkan pihak lawan.

Pemain ini akan menggunakan keadaan fizikalnya yang kuat sebagai kelebihannya untuk mendapatkan posisi yang baik di bawah keranjang dan menjaringkan gol. Dari segi pertahanan, pemain ini memainkan peranan yang penting sebagai pemain pertahanan yang terakhir di bawah keranjang. Pemain tengah banyak menggunakan kekuatan fizikalnya dalam mengawal pemain pihak lawan yang besar yang cuba membuat jaringan di bawah gol.

9.2 Strategi Pertahanan


Strategi Pertahanan digunakan untuk menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol dengan senang.
Terdapat dua jenis strategi pertahanan iaitu:
Zone defense Men to men defense

Strategi zon pertahanan dilaksanakan dengan membentuk formasi pertahanan. Antara strategi zon

pertahanan yang digunakan adalah:


2 3 defense zone 3 2 defense zone Box and 1 defense zone

Men to men defense menggunakan dua kaedah iaitu:


Half court press Full court press

Sekian, terima kasih Harap ini dapat menghiburkan anda

Anda mungkin juga menyukai