Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Kursus Kembara Alam adalah salah satu mata pelajaran kokurikulum yang terdapat

dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan

bakal-bakal guru yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi bukan sahaja dari segi

aspek akademik malah juga aspek kokurikulum.

Orienteering merupakan suatu aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tempat

ke tempat lain. Ia juga membawa maksud peta, hutan dan advanture meliputi pelbagai

bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan. Akitivi ini selalunya dilakukan

secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas serta memerlukan

perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan.

Pada 12 Mei 2018, kursus ini telah menjalankan aktiviti orienteering di sekitar

Kampus Sultan Azla Shah, UPSI. Semua pelajar dihendaki berkumpul di Blok 6 pada

jam 8 pagi sebelum aktiviti ini dilangsungkan. Sebelum itu, semua peserta telah

diedarkan sarapan pagi seperti mimunan kotak dan roti. Fasilitator aktiviti ini telah

menjelaskan aktiviti orienteering ini secara jelas untuk memastikan setiap peserta

faham akan aktiviti yang akan berlangsung kemudian dan aktiviti bermula sekitar jam

9.30 pagi.

Program tersebut dilaksanakan bertujuan agar dapat memberi pengalaman terus

kepada para peserta dalam meningkatkan pembinaan kendiri, kemahiran berkerja

dalam satu pasukan dan dapat memperbaiki keyakinan diri. Aktiviti ini adalah

memerlukan kerjasama penuh antara sesama ahli, koordinasi fizikal dan mental yang

baik serta menguji tahap kemahiran peserta berfikir.

Anda mungkin juga menyukai