Anda di halaman 1dari 3

Kemenangan

Azizulhasni Awang sebagai juara dalam acara


keirin Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Hong Kong telah
membanggakan negara. Huraikan usaha-usaha yang wajar
dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan mutu
sukan negara.

PENGENALAN (takrif/isu/AFP)

(DEFINISI UMUM) Sukan merupakan satu aktiviti yang


boleh dilakukan pada waktu senggang dan mampu
meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia. Aktiviti
sukan terbahagi kepada dua iaitu sukan dalaman dan sukan
luaran. Aktiviti sukan dalaman kadangkala memerlukan tahap
kecerdasan otak serta teknik yang pelbagai bagi
menyelesaikan sesuatu soalan seperti permainan sahiba,
karom dan dam haji. Aktiviti sukan luaran pula melibatkan
kecergasan fizikal yang mantap serta semangat berpasukan
yang padu seperti permainan bola sepak, badminton dan
acara padang. Di Malaysia, pelbagai acara sukan mampu
dikuasai oleh segenap lapisan masyarakat sehingga ke
peringkat antarabangsa seperti sukan SEA dan sukan
Komanwel. (ISU/MASALAH) Namun demikian, sering
terpampang di media cetak dan media eletronik tentang mutu
sukan negara yang kian merosot dan kurang
memberangsangkan. Persoalannya siapakah yang perlu
dipersalahkan? (AYAT FOKUS PERBINCANGAN) Justeru,
usaha-usaha yang efektif perlu dilakukan oleh pelbagai pihak
untuk meningkatkan mutu sukan negara yang lebih cemerlang
di persada dunia.
IMBaKUP

ISI – individu (pelajar) perlu bergiat aktif dalam pelbagai


bidang sukan diperingkat sekolah.

MENGAPA
Hal ini demikian kerana sebagai seorang pelajar yang
cemerlang, kita perlu melibatkan diri dalam bidang sukan
selain bidang akademik. Pelajar perlu diberi galakan sejak
dibangku sekolah lagi.

BAGAIMANA
Pelajar memupuk semangat atau minat untuk bersukan dan
menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan sama ada
dalaman mahupun luaran. Contohnya, penglibatan yang aktif
dalam acara sukan tahunan sekolah, sukan rakyat dan
permainan tradisional.

KESAN
Secara tidak langsung para pelajar dapat memupuk minat
untuk bersukan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, pelajar boleh mewakili sekolah dalam
pertandingan sukan untuk meraih kemenangan.

UNGKAPAN – melentur buluh biarlah dari rebungnya

PENEGASAN
Tuntasnya, pelajar perlu bergiat aktif dalam pelbagai bidang
sukan. Usaha ini perlu dilakukan berterusan demi
mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat
antarabangsa.
KESIMPULAN (RCAH)

RUMUSAN
Pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting dalam
memastikan usaha meningkatkan mutu sukan negara dapat
dicapai dengan jayanya. Hal ini demikian kerana negara
Malaysia juga wajar duduk sama rendah berdiri sama tinggin
dengan negara luar.

CADANGAN
Bedah siasat dan penambahbaikan perlu diambil kira hingga
ke akar umbi bagi memastikan mutu sukan negara dapat
dipertingkatkan. Janganlah kita bersikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing.

AMARAN
Semua pihak tidak boleh memandang enteng terhadap
permasalahan yang membantutkan perkembangan mutu
sukan negara kita.

HARAPAN
Pihak Kementerian Belia dan Sukan khususnya perlu ringan
tulang dan bekerjasama untuk memastikan setiap individu di
Malaysia rajin bersukan biarpun tidak mewakili Malaysia
dalam acara sukan dunia. Tindakan seperti ini wajar disusuli
sokongan yang padu daripada masyarakat Malaysia kerana
majulah sukan untuk negara.

Anda mungkin juga menyukai