Apabila diungkap perkataan mahasiswa terbayang di kotak fikiran ialah orang cerdik
pandai dan berpengetahuan tinggi. Golongan ini amat disanjung tinggi oleh
masyarakat kerana ilmu yang dimiliki. Namum begitu, tanggapan sebegitu hanya
boleh diguna pakai pada awal tahun 80’an hingga 90’an. Zamam melenium
menyaksikan bahawa makna mahasiswa itu tersebut tidak mampu lagi digalas oleh
mereka yang bergelar mahasiswa. Perkataan mahasiswa itu sendiri
menggambarkan atau membawa maksud yang begitu tinggi.
Mahasiswa hari ini dianggap lesu, tidak berkualiti dan tidak mampu bersaing
diperingkat glokal. Tanggapan sebegini biasa kedengaran kerana pelbagai masalah
yang sering ditumbulkan oleh mahasiswa itu sendiri. Kadang kala masalah atau isu
yang ditimbulkan mengaibkan perkataan “mahasiswa” dan menggambarkan bahawa
mahasiswa telah mencemarkan keintelektualan mereka sendiri. Isu penggangguran
mahasiswa memburukkan lagi keadaan. Para majikan melebelkan mahasiswa hari
ini gagal memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Tanggapan sebegini harus ditepis
dengan mahasiswa itu sendiri harus bagkit dan bangun untuk membuktikan bahawa
tuduhan sebegitu tidak tepat sama sekali.
Aspek utama yang perlu dititik beratkan oleh mahasiswa adalah penguasaan ilmu
pengetahuan yang melangkaui sempadan. Penguasaan ilmu ini amat penting dalam
mahasiswa mengharungi cabaran yang semakin kompetatif ini. Tanpa pengusaan
ilmu sebegini, akan membuatkan mahasiswa itu sendiri ketinggalan dek masa dan
globalisasi yang semakin laju dan tidak pernah menunggu sesiapa. Apabila
penguasaan ilmu menjadi teras utama agenda pembangunan mahasiswa secara
tidak langsung akan membuatkan mahasiswa itu telah keluar daripada kejumudan
fikiran dan sempadan ilmu yang ada. Ini akan menjadikan mahasiswa mempunyai
keyakinan yang tinggi dan mampu untuk mengahasilkan sesuatu yang boleh
membanggakan diri, keluarga dan universiti. Oleh itu mahasiswa harus keluar dari
kepompong yang terisi di dalamnya keseronokan dan kelekaan yang menyebabkan
terbatasnya penguasaan ilmu itu sendiri. Menerokai segala bidang ilmu pengetahuan
sebanyak mungkin bagi memperkasakan diri tanpa mengenal erti jemu dan
perkatann “SAYA TIDAK BOLEH”.
Ternyata negara kita memerlukan lebih ramai golongan cerdik pandai dalam
meneruskan agenda pembangunan negara bagi manuju wawasan 2020. Mahasiswa
harus memainkan peranan penting dan mengambil tempat yang terbaik dalam
agenda tersebut melalui penguasaan ilmu melangkaui batasan. Kekurangan saintis,
jurutera, doktor dan golongan cendikiawan yang hebat dan disegani seharusnya diisi
oleh mahasiswa hari ini yang dikatakan sebagai pewaris negara masa hadapan.
Jika dilihat hari ini, teknologi semakin pantas meninggalkan manusia yang leka.
Penguasaan ilmu ini akan membuatkan mahasiswa itu mampu bergerak dan berlari
seiring dengan perkembangan teknokogi. Apa yang boleh dibanggakan lagi apabila
mahasiswa menjadi penggerak dan pemacu kepada perkembangan teknologi itu
sendiri. Ini boleh dilakukan jika penguasaan ilmu pengetahuan tanpa sempadan ada
pada mahasiswa.
Keyakinan yang tinggi juga dituntut untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti. Tanpa
keyakinan, mahasiswa tidak akan mampu melakukan yang terbaik dan mahasiswa
tidak akan berani untuk memulakan sesuatu yang boleh mencetus kepada
pembaharuan untuk kepentinagan bersama. Berbekalkan keyakinan ini akan
membantu mahasiswa untuk menjadi insan yang berkualiti dan mampu memenuhi
kehendak nagara dan masyarakat.
Seterusnya, mahasiswa itu sendiri perlu bersatu tanpa mengira idealogi dalam aspek
pembagunan mahasiswa itu sendiri. Perbezaan idealogi seharusnya tidak menjadi
sesuatu penghalang untuk mahasiswa bersatu. Ini amat merugikan mahasiswa itu
sendiri. Kejumudan dan taksub kepada sesuatu idealogi sehingga belaku jurang
yang amat besar boleh mencemarkan keintelektualan mahasiswa. Seharusnya,
berfikiran di luar kotak pemikiran biasa, terbuka dan rasional perlu menjadi sifir
dalam kehidupan mahasiswa. Ini akan menjadikan mahasiswa itu mempunyai
pemikiran kelas pertama kerana mampu bersatu dan memikirkan tentang agenda
pembangunan mahasiswa tanpa ada jurang dan penghalang walaupun berlainan
idealogi. Sikap sebegini yang harus ditonjolkan oleh mahasiswa hari ini. Perlu ada
satu anjakan paradigma sekiranya ingin melihat sesuatu pembaharuan untuk
kepentingan mahasiswa itu sendiri. Jangan jadikan “mahasiswa” sebagai boneka
pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjayakan agenda mereka.
Mahasiswa harus sedar dan bangkit dan mula memikirkan sesuatu yang cukup
berharga iaitu pembangunan mahasiswa dalam pelbagai aspek. Jadikanlah gelaran
“mahasiswa” sebagai panduan dan buktikan bahawa “mahasiswa anak merdeka”
mampu melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, universiti, agama,
bangsa dan negara. Jadilah mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bangunlah, berfikirlah, menrtafsirlah sebaik mungkin sama ada melangkah
kehadapan atau undur kebelakang yang dipilih sebagai orakan seterusnya.