Anda di halaman 1dari 13

TEKS FORUM REMAJA :

TAJUK: GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR:


DI MANA SILAPNYA?

PENGERUSI                                  : 


AHLI   PANEL PERTAMA              : 
AHLI   PANEL  KEDUA                  :  
AHLI   PANEL KETIGA                  : 

PEMB SKRIP
ICAR
A
PENG Forum remaja penjana minda kelas  pertama
ERUS
I
AHLI Forum remaja pencetus minda kritis remaja.
PANE
L  1
AHLI Forum remaja pencetus  minda kreatif dan kritis.
PANE
L2
 AHLI Forum remaja penjana  generasi berinformasi.
PANE
L3
SEMU Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya  ilmu.
A
Penge Bismillahirahmannirrahim
rusi Alhamdulillahirabbil alamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin
Wa ala alihi wasohbihi ajmain
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera, salam keluarga Malaysia, salam forum remaja

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

    Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wataala


kerana dengan limpah kurnia  dan izin-Nya dapat kita bersama-
sama bersua dalam pertandingan forum remaja walaupun
secara alam maya.

Hadirin yang dihormati


    
    Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari
ini, izinkan saya  untuk mengupas terlebih dahulu  tajuk  forum
remaja kita pada hari ini. 
Tajuk forum kita berkisar tema sosial iaitu Gejala Buli : Di Mana
Silapnya?

Isu isi hangat hangat diperbahaskan belakangan ini. Apabila


hampir setiap bulan ada sahaja kes-kes buli ini dicanang
menerusi media sosial.

          "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan


saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan   yang pernah
dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia,
Soekarno yang menggambarkan betapa besarnya peranan
remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara
pada masa hadapan. Hal ini bertepatan dengan slogan Pemuda
Harapan Bangsa Pemudi Tiang Negara.

           Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi


yang pantas ini, keruntuhan akhlak remaja semakin
membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah
sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala
buli. Mutakhir ini dilihat seolah-oleh remaja dan buli begitu
sinomin. Dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat
institusi pengajian tinggi. Rasanya masih segar di minda kita
semua kes buli yang mendapat liputan meluas seluruh negara
yang melibatkan seorang mahasiswa universiti Pertahanan
Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia
dipercayai akibat didera seolah-olah menjadi bom jangka yang
menyedarkan kita semua bahawa budaya budi dalam kalangan
pelajar merupakan isu yang tidak boleh dipandang sebelah
mata.

         Berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan, terdapat


lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh
negara antara tahun 2012 dan tahun 2015 dan sebahagian
besar melibatkan penderaan fizikal.

         Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri  lebih


mendalam topik perbincangan molek kiranya kita berkenalan 
dengan  ketiga-tiga ahli panel  kita pada hari ini kerana kata
orang tidak kenal maka tak cinta.

      Di sebelah kanan saya,


saudari………………………………………... yang merupakan
ahli panel yang pertama, selamat datang saudara, apa khabar
?
Ahli Terima kasih saudara pengerusi. Alhamdulillah, saya baik-baik
panel sahaja .
1
Penge Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, iaitu
rusi saudari……………………………………

selamat datang saudari


Saudari apa khabar ?
Ahli Alhamdulillah, khabar baik saudari  pengerusi.
panel
2
Penge Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah
rusi ahli panel kita yang ketiga iaitu saudari
……………………………….... Apa  khabar saudari?
Ahli Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik.  Salam
Panel forum buat semua.
3
Penge Usai salam perkenalan dengan semua ahli panel, kembali kita
rusi kepada topik forum kita iaitu Gejala Buli dalam Kalangan
Pelajar: Di Mana Silapnya?

Sidang hadirin yang dihormati


    
Sidang hadirin,  sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi,
eloklah kiranya kita menelusuri apakah sebenarnya  yang
dimaksudkan dengan buli dan apakah punca yang
menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan
pelajar? Bagi menjawab persoalan ini, izinkan  saya 
mengajukan soalan pertama  kepada ahli panel pertama.
Saudari …………………………….., mohon saudara
merungkaikan persoalan ini kepada semua.
Ahli
panel
1 Awal Bismillah pembuka bicara,
Terima kasih saudari pengerusi

Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada siding


hadirin yang dihormati,

      Kamus Dewan edisi ketiga pula mentakrifkan  buli sebagai


perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang dengan
tujuan untuk menyesuaikan suasana baru. Selain itu, buli  juga
bertujuan untuk mempermainkan orang yang lemah dengan
cara mengertak atau menakutkan mereka.

Punca utama mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak


mempunyai didikan agama yang teguh. Kebanyakan remaja
pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah
ketinggalan zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada
alaf  ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada
hari ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna
kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa pada
alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama
tidak penting berbanding dengan pendidikan akademik yang
dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa
hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa
yang semakin alpa akan tanggungjawab hakiki mereka dalam
membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang
diumpamakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan
mencorakkan tingkah laku anak–anak sama ada seindah warna
pelangi atau semalap masa hadapannya.  Berlandaskan sikap
remaja dan ibu bapa yang sebegini, maka tidak hairanlah anak-
anak tidak mementingkan amalan solat yang difardukan kepada
setiap muslim walaupun solat itu tiang agama yang dapat
mencegah kemungkaran.
Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja pada hari ini lebih
bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-
mata. Jika situasi ini berterusan sudah pasti keharmonian
masyarakat dan negara kita akan terjejas.

Seorang tokoh cendekiawan pernah berkata, “Petanda


runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa
tersebut mencintai hiburan.” Keimanan remaja yang senipis kulit
bawang menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing
ibarat kapal tanpa nakhoda. Tegasnya, didikan agama yang
tidak mantap mampu mendorong kepada penularan gejala buli
di negara ini.         
Penge Sidang hadirin,     demikian tadi penjelasan tentang takrif
rusi tentang gejala buli yang pada pandangan saya merupakan
penjelasan terperinci   dan menarik daripada saudara ahli panel
pertama.   Seterusnya, saya mohon  penjelasan daripada ahli
panel kedua, saudari ………………………… tentang punca-
punca lain yang boleh menyebabkan remaja terdorong untuk
melakukan gejala ini?

Ahli Assalamualaikum dan salam  sejahtera


panel Terima kasih Saudari pengerusi .
2

Sidang hadirin yang dihormati.


        
   Kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin
kepada gejala buli yang melanda.  Intitusi keluarga porak-
peranda disebabkan oleh tiada lagi persefahaman antara
pasangan suami isteri.  Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran
dan perceraian semakin meningkat  Menurut kajian Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan
suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh
masa 15 minit.  Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk
memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja
yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu
bapa mereka.  Keadaan ini membimbangkan kerana akan
menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan
personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja
sanggup terlibat dalam gejala samseng ini untuk menarik
perhatian dan mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada
ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam memikul
tanggungjawab hakiki mereka. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus


remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja
yang mempunyai konflik keluarga. Oleh hal yang
demikian, izharlah bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan
turut mencetuskan fenomena buli remaja yang ingin
melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak
kata peribahasa Melayu, ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar.

      Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya
juga merupakan antara faktor gejala buli semakin menular dan
kian serius bagai api dalam sekam di negara kita pada hari
ini.  Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini lebih
mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru
mereka. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin
dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan sekiranya enggan
menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Menurut Thrasher
yang merupakan pelopor awal tentang kajian buli mengutarakan
mewujudkan geng atau persatuan. Remaja yang masih setahun
jagung ini sanggup mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan
guru mereka daripada mengkhianati kumpulan
mereka.  Sebagai contohnya, 10 orang pelajar tingkatan 5 dari
MRSM Kuala Kangsar telah dibuang dari maktab gara-gara
terlibat dengan kes buli dalam kalangan mereka. Kalau
dicongak dengan mata kasar seharusnya tidak berlaku insiden
sebegini di institusi pendidikan seperti ini.

Hal ini dapat dikaitkan dengan petikan sebahagian daripada


hadis nabi yang bermaksud, “Jika anda berkawan dengan
tukang besi maka percikan api akan terkena pada
tubuhmu.”  Pendek kata, pengaruh dan tekanan daripada rakan
sebaya turut mejadi penyebab kepada kemelut buli semakin
sukar ditangani. Sebab itu sering kali ita lihat gejala buli ini
dilakukan secara beramai-ramai. Misalnya kes yang berlaku di
………. telah melibatkan penahanan seramai …… orang muri
di………….
Penge Terima kasih atas penjelasan  yang panjang lebar tentang
rusi punca-punca lain yang boleh mendorong gejala buli dalam
kalangan pelajar

Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang  dihormati.

Seterusnya skop perbincangan ini kita lebarkan kepada


apakah kesan perlakuan buli terhadap mangsa dan apakah
tindakan yang sepatutnya diambil oleh mangsa?
Silakan saudari ………………………………

Ahli Bismillahirahmanirrahim
panel Assalamualaikum dan salam  sejahtera
3 Terima kasih Saudari pengerusi.

Antara kesannya ialah mangsa buli akan mengalami


kemurungan atau cemas. Selain itu, mereka terpaksa
menempuh penderitaan berikut antaranya, peningkatan
perasaan sedih dan keseorangan, perubahan masalah tidur dan
makan, hilang minat dalam aktiviti yang sering diceburi. Isu ini
akan berpanjangan sehingga dewasa, masalah kesihatan  dari
segi emosi dan psikiatri, keciciran dalam pelajaran kerana
kanak-kanak takut ke sekolah untuk mengelakkan daripada
dibuli.

Selain itu, kesan buli membawa kepada bahaya atau


pendedahan untuk membunuh diri kerana merasakan diri
mereka tiada harapan, tiada kuasa serta tercalar maruah diri
akibat perbuatan dera.

Saudari pengerusi dan sidang hadirin,

Lazimnya mangsa buli di sekolah dan institut pengajian tinggi


(IPT) biasanya menyembunyikan apa yang berlaku daripada
pengetahuan ibu bapa, guru dan pihak sekolah kerana takut
dipukul oleh pembuli. Pelajar-pelajar lain juga mendiamkan diri.
Persoalannya mengapa wujud situasi seumpam ini ?

Hal ini ada kaitan dengan persepsi masyarakat memandang


remeh mengenai perkara ini. Tanggapan masyarakat ialah buli
sebahagian daripada budaya masyarakat tempatan malahan
seluruh dunia. Kebanyakan masyarakat tidak sedar isu buli
memberi kesan jangka panjang dari segi perkembangan
psikologi dan emosi.

Kanak-kanak sama ada pembuli mahupun mangsa buli


cenderung melakukan perbuatan buli seperti isu buli berlaku di
IPT mahupun bagi orang dewasa dan kita sering mendengar
bahawa isu penderaan kanak-kanak berlaku. Kes-kes
penderaan yang menjangkau 5,000 kes setahun merupakan
kesan psikologi dan emosi pendera yang dibuli semasa remaja.
Jika ahli masyarakat tidak peka terhadap isu buli maka tidak
adalah perbincangan mahupun komunikasi antara satu sama
lain. Sekiranya perhubungan sedemikian tidak berlaku secara
sendiri, kes buli akan tersembunyi tanpa pengetahuan sehingga
melibatkan kecederaan atau kematian, barulah masyarakat
sedar isu ini perlu ditangani.

Apabila wujud inisiatif ahli masyarakat memainkan peranan


masing-masing, maka barulah kanak-kanak mempunyai
keyakinan diri untuk melaporkan kes buli kepada pihak
berkuasa atas kesedaran mereka isu buli akan ditangani.

Sekian. Terima kasih. Kembali semula kepada saudara


Pengerusi Majlis
Penge Terima kasih saudari …………………………
rusi

        Ya sidang hadirin yang  dihormati dan dirahmati  Allah. 


Kita masih lagi bersiaran dalam majlis Forum  remaja tahun
2022 dari SMK Putrajaya Presint 14(1)  yang indah  ini. Pada
ketika  dan saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk Gejala Buli
dalam Kalangan Pelajar: Di Mana Silapnya?
    Soalan saya kepada ahli panel pertama, apakah langkah
yang boleh diambil dalam usaha untuk menangani gejala  ini?

Ahli Terima kasih saudari pengerusi


panel
1
Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.Terdapat banyak
langkah yang efektif boleh diambil untuk membendung gejala
ini. Peranan yang paling dominan tentulah digalas oleh mereka
yang bergelar ibu bapa. Ibu bapa haruslah menunjukkan suri
teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan
anak mereka, perbuatan ibu
bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa
berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan
mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintik’, ‘ketam mengajar
anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Ibu
bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan
anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih
sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak
berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus mendidik anak
mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari
rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah
yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-
sama. 

Kembali semula kepada saudari Pengerusi.


Ahli Saudari pengerusi, izinkan saya menyuarakan buah fikiran
panel tambahan  berdasarkan ulasan saudara ahli panel yang
2 pertama tadi.
Penge Silakan saudari. Kita masih lagi membicarakan tentang langkah-
rusi langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah buli
dalam kalangan pelajar.
Ahli  Terima kasih saudara pengerusi.
Panel
2
Para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah
dalam usaha untuk membendung gejala ini. Sebagai pelajar
harus berani menjadi mata da telinga kepada pihak sekolah.
Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan
kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat
diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah
sebelum nasi menjadi bubur.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan


daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu
dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan
menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih
tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah
dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan
pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu
bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh
pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak
sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan
juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin
dan peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan
kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika
peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahan seperti
penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.

Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak


terkecuali. KPM telah dan sedang menjalankan pelbagai
program dalam usaha mensifarkan gejala budi sekolah.
Misalnya menerusi pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Melalui
pendidikan ini,  para pelajar dapat kesedaran dan mempelajari
kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Yang paling terkini
program SEKOLAHKU SEJAHTERA yang telah dilancarkan
baru-baru ini yang telah memberi penekanan kepada 13 elemen
nilai murni utama iaitu
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
untuk memastikan sekolah menjadi tempat yang paling selamat
kepada semua warganya. KPM juga perlu bergabung dengan
agensi-agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran
dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli misalnya
dengan pihak PDRM. Melalui cara ini, remaja dapat
mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada
melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan
perbuatan ini terhadap orang lain.
Penge Terima kasih ahli panel yang kedua.  Ahli panel ke-3 pastinya
rusi mepunyai buah fikiran yang tidak kurang hebatnya. Silakan
saudara
Ahli Terima  kasih saudara pengerusi majlis
panel
3
Ahli panel dan sidang  hadirin yang dihormati,
Sekian. Terima Kasih.   
 Peng Terima kasih saudari ………………………...,
erusi       
     Demikianlah  perbincangan daripada semua ahli panel kita
tentang gejala buli dalam kalangan pelajar di negara kita. 
Menuding jari menyalahkan satu-satu pihak memanglah mudah
tetapi menyelesaikan gejala ini bukanlah semudah kita
berbicara.  Oleh itu, banyak langkah yang dapat
diimplementasikan agar pelajar dapat belajar dalam suasana
yang kondusif dan harmoni. Kita tidak seharusnya
mengharapkan usaha pihak berautoriti sahaja tetapi  perlu
berganding bahu atas prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni dan bulat air kerana pembentung bulat manusia
kerana muafakat.

Dengan berkat daya usaha yang gigih,Insya- Allah kita dapat


melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara
dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia agar duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju yang lain.

Sidang hadirin yang dihormati.

Sungguh pantas masa berlalu sehingga tidak terasa


perbincangan ilmiah kita ini telah sampai ke penghujung siaran.
Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan  setinggi-tinggi
terima kasih  kepada semua yang membantu menjayakan
pertandingan forum remaja ini. Mudah-mudahan lontaran idea
yang telah sama-sama kita kongsikan memberi kebaikan
kepada kita semua dalam usaha menjadikan sekolah bebas
daripada gejala buli seiring dengan martabatnya sebagai
institusi pendidikan negara.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah


matullah , salam sejahtera, salam  1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai