Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut.
JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang


memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran
dan rintangan. (1m)
Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di
Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. (1m)
Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya. (1m)
Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman.
Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di
sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa. (1m)
Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu
pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya,
penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu. (1m)

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip,
pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai
cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. (1m)
Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menjalankan nasib malang
yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut
dengan jiwa dan semangat yang kental. (1m)
Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu
Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan
akibat menghadapi penyakit kemurungan. (1m)
Kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis
neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan
tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta
kenalan ramai lelakinya. (1m)
Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari.
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini
Matdarin. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
Antaranya, masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional [1M]. Contohnya,
Datuk Lili, Tuan Haji Abdul Rahman merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Datuk
sedaya upaya membantu pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan kaedah perubatan
tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba. [1M]
Seterusnya, masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain. [1M]
Contohnya, Lili berasa simpati dengan nasib Che Jah yang selalu didera dan dimaki hamun oleh
suaminya, Seman sehingga Lili mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Lili bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes keganasan rumah tangga itu.
[1M]
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
Antaranya, masyarakat yang penyayang. [1M] Contohnya, Dahlia amat sayang akan
ibunya kerana Dahlia sanggup melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai,
Johor Bahru dengan mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas dan teksi. [1M]

Selain itu, masyarakat yang tabah. [1M] Contohnya, Dahlia tabah berdepan dengan
pelbagai dugaan termasuklah ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk
menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan. Di samping itu, Dahlia tabah
menghadapi kerenah neneknya, Nek Kiah yang sentiasa memandang serong terhadap Dahlia
sekeluarga. [1M]
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang meninggalkan kesan
mendalam kepada anda yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada
saya ialah sikap memaafkan kesalahan orang lain. [1M] Peristiwa ini memberikan kesan yang
mendalam kepada saya kerana Lili sanggup memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Haziq dan
Rafiq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya tebusan. [1M] Malahan Lili juga
bersimpati terhadap nasib mereka berdua dan berharap agar mereka akan berubah. [1M]-MAX
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang meninggalkan kesan
mendalam kepada saya ialah sikap bertanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anaknya.
[1M] Peristiwa ini memberikan kesan yang mendalam kepada saya kerana Embong tetap tidak
membenarkan anaknya, Dahlia berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya. Sebagai bapa, Embong
bertanggungjawab menyediakan pendidikan kepada mereka demi masa depan mereka yang
cemerlang. [1M]
Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara masalah
tersebut dapat diselesaikan.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Banyak masalah
kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.
Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah keganasan rumah
tangga. [1M] Contohnya, Seman, iaitu suami Che Jah merupakan suami dan ayah yang tidak
bertanggungjawab. Seman suka berjudi, berhutang, memukul anak dan minum arak. [1M] Masalah ini
berjaya diselesaikan apabila Che Jah membuat laporan polis dan Seman berjaya ditangkap oleh pihak
polis. [1M]
Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah sosial yang
menimpa remaja. [1M] Contohnya, Haziq dan Rafiq merupakan anak-anak Che Jah yang terlibat
dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan. Hal ini menyebabkan mereka diberhentikan
sekolah. Namun, masalah Haziq dan Rafiq ini berjaya diselesaikan apabila mereka berdua kembalike
sekolah untuk menduduki peperiksaan PMR. [1M]

Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara anda
menyelesaikan masalah tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Banyak masalah
kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.
Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah keganasan rumah
tangga. [1M] Contohnya, Seman, iaitu suami Che Jah merupakan suami dan ayah yang tidak
bertanggungjawab. Seman suka berjudi, berhutang, memukul anak dan minum arak. [1M] Saya akan
mengadukan masalah ini kepada pihak polis kerana tindakannya mendatangkan kecederaan pada
mangsa iaitu Che Jan. Tindakan bersikap ganas / memumukul isteri merupakan kesalahan jenayah di
sisi undang-undang. [1M]
Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah sosial yang
menimpa remaja. [1M] Contohnya, Haziq dan Rafiq merupakan anak-anak Che Jah yang terlibat
dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan. Saya akan terlibat dalam kempen antimasalah
sosial dalam kalangan remaja bagi menyedarkan mereka tentang keburukan terlibat dalam masalah
sosial yang merugikan diri, keluarga, agama dan negara. [1M]

Anda mungkin juga menyukai