Anda di halaman 1dari 1

Karangan Net

Nota Komsas, Isi Karangan, Contoh

karangan SPM, PT3, STPM

Shopee Lowest Price Guaranteed


Shopee

KaranganNet » KOMSAS

Novel Jendela Menghadap


Jalan – Nota dan Latihan
Komsas T4
KOMSAS, Bahasa Malaysia, PT3

Kandungan
1. Tema Novel Jendela Menghadap Jalan
2. Persoalan Novel Jendela Menghadap Jalan
3. Plot Novel Jendela Menghadap Jalan
4. Konflik Novel Jendela Menghadap Jalan
4.1. Konflik Masyarakat Novel Jendela
Menghadap Jalan
5. Teknik Plot Novel Jendela Menghadap Jalan
6. Watak Perwatakan Jendela Menghadap Jalan
6.1. Watak Utama – Lili
6.2. Watak Sampingan: Datuk (Haji Abdul
Rahman)
6.3. Watak Sampingan: Danel
6.4. Watak Sampingan: Geetha
6.5. Watak Sampingan: Nenek (Hajah Aisyan
Tan Abdullah)
7. Latar Novel Jendela Menghadap Jalan
7.1. Latar Masa
7.2. Latar tempat Jendela Menghadap Jalan
7.3. Latar Masyarakat Jendela Menghadap
Jalan
8. Nilai Novel Jendela Menghadap Jalan
9. Pengajaran Novel Jendela Menghadap Jalan
10. Sinopsis Novel Jendela Menghadap Jalan
11. Gaya Bahasa Jendela Menghadap Jalan
12. Latihan Jendela Menghadap Jalan
12.1. Soalan tema
12.2. Soalan peristiwa suspens dan kejutan
12.3. Watak utama
12.4. Watak sampingan
12.5. Soalan latar masyarakat
12.6. Soalan peristiwa yang tidak wajar
dicontohi
12.7. Soalan masalah kehidupan dan cara
mengatasi
12.8. Peristiwa Jendela menghadap jalan
12.9. Kepincangan masyarakat
12.10. Peristiwa yang dapat dijadikan teladan

Komsas Novel Jendela Menghadap Jalan karya


Ruhaini Matdarin merupakan komsas tingkatan 4.
Berikutnya nota novel ini termasuk Tema,
Persoalan, Sinopsis, Latar, Watak Perwatakan,
Plot, Teknik Plot, Nilai dan Pengajaran.

Tema Novel Jendela Menghadap


Jalan
Tema novelJendela Menghadap Jalan ialah
kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan. Sepanjang berada di
Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi
ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau
berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha
sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut
dengan semangat yang kental.

Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq


di sebuah pondok buruk tidak mematahkan
semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut
menguatkan keinginannya untuk mengikuti
perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus
cuba membantu mereka.

PersoalanNovel Jendela
Menghadap Jalan
Persoalan tentang keganasan rumah tangga
Che Jah dan anak-anaknya sering dimarahi dan
dipukul oleh suaminya, Seman yang panas baran,
kaki judi dan pemabuk. Anak-anaknya Haziq dan
Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai
seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan.
Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana
sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional


Letchumi, William Ng, dan Puan Hamimah antara
pesakit Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili yang
merupakan pengamal perubatan tradisional. Ada
satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga
menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk
masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa
pengetahuannya.

Persoalan Keprihatinan masyarakat terhadap


masalah yang dihadapi.
Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang
mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun
Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan
tindakan mereka kerana beranggapan keluarga
tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering
ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan
akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang
kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
membuat aduan tentang sikap suaminya yang
buruk selama ini.

Persoalan tentang masalah sosial penduduk


kampung
Penduduk kampung didatangi oleh orang yang
tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah
mereka. Penduduk kampung juga memberontak
untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau
berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk
kampung juga berhadapan dengan masalah sosial
apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang
kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-
anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih
kawan dan terlibat dengan penagihan dadah.

Persoalan kepercayaan karut dalam kalangan


masyarakat
Haji Salihin, iaitu antara perintis Kampung Sentosa
berpegang pada kepercayaan bahawa kampung itu
hanya boleh menerima pembangunan selepas 100
tahun pembukaannya. Selain itu, sesetengah
penduduk kampong mengatakan bahawa mereka
melihat hantu penduduk yang telah meninggal
dunia marah kerana pembangunan telah dilakukan
sebelum sampai masanya.

Persoalan keagamaan
Dalam perjuangan membina kubah surau di
kampung dalam menegakkan syiar Islam.
Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang
Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi
bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan
keagamaan.

Persoalan perpaduan antara kaum


Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya
hubungan kemesraan yang terjalin antara
masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup
aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan
kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan
Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana
hubungan yang sangat mesra dan rapat.

Persoalan menuntut ilmu pengetahuan


Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin
menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar
tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti
Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti.

Persoalan golongan muda yang terjebak


masalah dadah
Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah
ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang
dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga
kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering
memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan
hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan
mudah dengan melibatkan diri dalam kancah
ketagihan dadah.

Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak


dan ibu bapa
Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan
masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke
kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili
melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah
dengan dunia Barat sehingga menganggap
kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga terlalu jarang
pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua
ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi
renggang.

Persoalan hubungan manusia dengan alam


sekitar
Hubungan antara manusia dengan alam sekitar
seperti datuk sangat mengambil berat tentang
herba-herba yang banyak memberi jasa
kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang
boleh dijadikan ubat-ubatan.

Persoalan suka fitnah memfitnah dalam


masyarakat
Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah
antara satu sama lain, yang menyebabkan
keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa
perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh
beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah
pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah
terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili
menenangkan keadaan dan meminta agar mereka
tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya.

Plot Novel Jendela Menghadap


Jalan
Peristiwa dalam novelJendela Menghadap Jalan
disusun secara kronologi.

Permulaan

Pada peringkat permulaan atau eksposisi,


pembaca diperkenalkan dengan watak Lili yang
mengalami konflik dalaman apabila berpura-pura
gembira kerana terpaksa mengorbankan cuti
sekolah yang ingin dimanfaatkan bersama-sama
teman-teman sekelasnya dengan pulang ke
kampung ibunya di Dungun, Terengganu.
Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya
pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak
ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.

Perkembangan

Peringkat perkembangan bermula apabila Lili


berkenalan dengan seorang gadis India bernama
Geetha dalamperjalanan dari Kuala Lumpur ke
Dungun. Geetha turun di Pekan Sentosa manakala
Lili turun di Pekan Sejahtera. Setibanya di rumah
nenek, Lili menemui neneknya yang sedang
menyemai benih padi di petak semaian. Nenek
memberitahu Lili bahawa datuknya ke surau. Lili
tekun menunggu datuknya bercerita tentang
kepentingan susunan rumah dan jendela
menghadap jalan. Datuk Lili juga bercerita tentang
cara-cara menyembuhkan penyakit secara
tradisional. Datuk Lili juga ghairah bercerita tentang
khasiat dan kehebatan ubat-ubatan tradisional yang
mampu merawat penyakit.

Perumitan

Pada peringkat perumitan, datuk menyoroti kisah


silam tentang kecuaiannya mendidik ibu Lili dengan
sempurna dan sejarah pendidikan ibunya yang
lulus cemerlang dalam pelajaran. Datuk mengeluh
kerana ibu Lili yang jarang- jarang balik ke
kampung. Datuk juga berhadapan dengan
kekecohan yang berlaku di surau kerana kehadiran
pemaju perumahan dari pekan dan peristiwa
seolah-olah Danel mempertikaikan kemampuan
ubat-ubatan tradisional sehingga menyebabkannya
berasa kecil hati. Dalam suatu peristiwa, Rafiq dan
Haziq telah menjadikan Lili sebagai orang tahanan
dan mengugut untuk mencederakan Lili sebelum
Lili diselamatkan oleh Danel.

Klimaks

Pada peringkat puncak/klimaks, Che Jah


menceritakan kejadian malangnya secara panjang
lebar kepada Kak Mimah dan Nadia, dua orang
pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia
bersetuju jika suaminya dibawa ke muka
pengadilan kerana melarikan kubah. Lili
mencadangkan agar Haziq dan Rafiq dihantar ke
pusat pemulihan akhlak dan cadangannya itu
dipersetujui oleh Kak Mimah.

Peleraian

Pada peringkat peleraian, Rashid memaklumkan


bahawa Sugi tidak terlibat dengan wakil pemaju
perumahan yang memujuk orang kampung untuk
menjual tanah mereka. Che Jah telah berjaya
membuat laporan polis berhubung dengan kes
keganasan rumah tangga. Datuk pula bersikap
rasional dan tidak melatah dengan semua tuduhan
yang dilemparkan kepadanya. Danel
mempertahankan bahawa abang kandungnya, Sugi
tidak bersalah dalam pembelian tanah orang
kampung. Lili dan Danel berasa amat gembira
kerana suara mereka akhirnya didengar oleh orang
dewasa di kampung itu. Mereka bersetuju untuk
membina masjid. Lili berasa gembira apabila
melihat ibunya sedang berbual mesra dengan
datuk dan neneknya. Nenek Lili memberitahu
sebab jendela dibina menghadap ke jalan. Lili
menerima surat daripada Danel dan tidak sabar
untuk kembali ke Kampung Sentosa.

Konflik Novel Jendela Menghadap


Jalan

Konflik dengan diri sendiri

Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar


kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap
dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk
keliru.

Konflik dengan orang lain

Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu


menyindir akan sikapnya yang lebih
mengutamakan perubatan tradisional berbanding
perubatan moden.

Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap


suaminya Seman yang melakukan keganasan
dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq
sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan
tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu
Che Jah minta diceraikan.

Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya


dia tinggal di kampung setelah tamat
persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira
dengan permintaan ibunya itu tetapi demi
kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu
dituruti.

Cara menyelesaikan konflik yang dihadapi.

Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta


oleh ibunya supaya menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian
konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan
ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-
pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke
sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti
persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala
Lumpur.

Konflik Masyarakat Novel Jendela


Menghadap Jalan

Konflik remaja yang terlibat dalam keruntuhan


akhlak dan najis dadah
Peristiwa anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq
terlibat dengan penagihan dadah dan sering
mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk
barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli
dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara
dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana
yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sikap suami yang melakukan keganasan dalam


rumahtangga.
Peristiwa Suami Che Jah, Seman yang bersifat
panas baran, kaki judi dan pemabuk sering
mendera dan menjadikan Che Jah mangsa sepak
terajangnya sehingga Che Jah hidup menderita dan
mengalami tekanan.

Sikap seorang bapa yang kejam dan tidak


bertanggungjawab
Peristiwa Seman sebagai seorang ayah
mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua
keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq
dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat dalam
penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering
memarahi dan memukul anak-anaknya, malah
sanggup menuduh anak-anaknya yang mencuri
kubah masjid, pada hal dia sendiri yang mencuri
kubah berkenaan.

Konflik masyarakat yang tidak bersepakat


dalam menyelesaikan isu-isu penting di
kampung.
Peristiwa penduduk Kampung Sentosa tidak
sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan
kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada
bumbung surau yang telah using atau pada
bumbung masjid yang belum dibina.

Konflik masyarakat yang tidak amanah


Peristiwa datuk Lili pernah membantu Seman
dengan memintanya melakukan kerja di kebun
tetapi hasil kebun tersebut tidak diserahkan kepada
datuk Lili sebaliknya telah dijual oleh Seman.

Konflik masyarakat yang melakukan jenayah


Peristiwa suami Che Jah, Seman telah mencuri
kubah baharu di kampung itu dan telah ditangkap
serta dibawa ke balai polis oleh penduduk
kampung.

Konflik masyarakat yang membuat tuduhan


tanpa usul periksa
Peristiwa sekumpulan pemuda datang dengan
marah-marah sambil mengarak sepanduk dan
melaungkan “Haji Abdul Rahman pengkhianat
bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana
menganggap datuk Lili melindungi penjenayah
Hafiq dan Raziq.

Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta


oleh ibunya supaya menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian
konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan
ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-
pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke
sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti
persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala
Lumpur.

Teknik PlotNovel Jendela


Menghadap Jalan

Pemerian

Penulis menceritakan keadaan kampung tempat


tinggal nenek dan datuk Lili.

Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang


ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak
bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal
di kampung selepas tamat persekolahan.

Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che


Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan
sering menggunakan kekerasan untuk
menyelesaikan masalah keluarga yang mereka
hadapi.

Dialog

Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu


agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap
ilmu-ilmu agama.

Dialog antara datuk dengan Danel tentang


perubatan moden dan tradisional. Danel
berbincang dengan datuk secara berhemah
menyebabkan datuk tidak tergores hati sedangkan
datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.

Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang


penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan
rayuan penjualan tanah kepada orang luar.

Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya


membantu Che Jah menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu
Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.

Monolog

Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional


yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.

Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke


kampung nenek dan datuknya kerana kurang
senang dengan permintaan ibunya supaya dia
bercuti selepas tamat persekolahan.

Imbas kembali

Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya


mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak
memberikan pendidikan agama yang secukupnya
menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu
keagamaan.

Teknik imbas muka

Lili berasa bimbang dan sangat bersimpati akan


nasib kedua-dua anak Che Jah, Haziq dan Rafiq.
Lili berasa takut dan membuat andaian jika orang
kampung terlalu marah, dua beradik itu akan mati
dipukul, atau dibunuh oleh ibu bapanya sendiri.

Teknik kejutan

Anda mungkin juga menyukai