Anda di halaman 1dari 14

MODUL 4: TEKNIK MENJAWAB SOALAN BERKAITAN WATAK DAN PERWATAKAN

Teknik menulis jawapan soalan 4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama
yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. (8 markah).

Cadangan jawapan:

Perwatakan Dahlia
(watak utama
novel Songket Berbenang Emas)

● Seorang yang berhemah tinggi. Buktinya, Dahlia tidak membalas kata-kata sindiran
Aton. Ketika berjalan pulang ke rumah, Aton yang sedang mencabut pokok ubi di
hadapan rumahnya menyindir Dahlia yang kerap pulang ke rumah sejak akhir-akhir
ini. Dahlia hanya mendiamkan diri menerima sindiran itu.

● Seorang yang penyayang


- Dahlia amat menyayangi ibu, ayah dan adik-adiknya. Buktinya, Dahlia sanggup
pulang dari asrama dan tinggal di rumahnya kerana dia perlu menjaga adik-adiknya
semasa ayah dan ibunya dirawat di hospital. Dia terpaksa berulang-alik dari rumah ke
asrama setiap hari.

● Seorang yang cekal


– Pelbagai dugaan menimpa hidup Dahlia, namun dia cekal menghadapinya. Sebagai
contoh, ibunya yang tidak tahan menghadapi tekanan telah mengalami kemurungan
dan seterusnya dimasukkan ke hospital. Dia terpaksa berulang-alik ke sekolah kerana
terpaksa menjaga adik-adiknya.

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah ____________________________________ karya


____________________________ dan
______________________________________karya ______________________. Watak
utama dalam kedua-dua novel ini ialah ___________ dan _____________.

Watak Lili ialah seorang yang rajin _______________. Buktinya, Lili membaca buku
sepanjang perjalanan ke _______________. Dia membaca buku berjudul
__________________________
________________. Buku ini membicarakan khasiat dan penanaman
____________________, __________________________ dan
_______________________. Lili juga patuh akan permintaan _____________. Walaupun
dia mempunyai rancangan bersama-sama rakan-rakannya, dia tetap akur akan permintaan
ibunya.

Sementara itu watak Dahlia ialah seorang yang _____________________. Sebagai


contoh, Dahlia tidak membalas kata-kata sindiran __________. Ketika berjalan pulang ke
rumah, Aton yang sedang mencabut __________________ di hadapan rumahnya menyindir
Dahlia yang kerap pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini. Dahlia hanya
____________________ diri mendengar sindiran itu.
INTENSIF 1

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan
konflik yang dihadapinya.

Novel Songket Berbenang Emas

 Konflik Dahlia dengan Aton.

Aton sering menfitnah Dahlia dengan mengatakan Dahlia gadis yang tidak
bermoral.Aton turut menghina kelaurga Dahlia dengan mengatakan ibunya tidak
siuman.Selain itu,Aton juga menuduh Dahlia penyebab kematian anaknya Said.

Cara penyelesaian

 Dahlia menyelesaikan masalah ini dengan mendiamkan diri dan bertindak


segera meninggal Aton.Dahlia berpendapat jika dilayan karenah Aton
semakin banyak perkara yang akan diperkatakan oleh Aton.

 Konflik dalaman Dahlia antara tanggungjawab sebagai seorang anak dengan


sebagai seorang pelajar.

Cara penyelesaian

 Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah


semasa ayah dan ibunya di hospital dan pada masa yang sama beliau tetap
belajar dan meminjam nota daripada Kavita dan Siti Wangi.Akhirnya Dahlia
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

INTENSIF 2

Watak utama sering digambarkan seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam
kehidupan. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan ketabahan watak utama.

Novel Songket Berbenang Emas

 Peristiwa Dahlia menuntut ilmu.


Dahlia tabah menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi
masalah keluarga seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular.

 Peristiwa Dahlia menguruskan adik- adiknya.


Dahlia tabah memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik
yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan ke hospital.

 Peristiwa Dahlia menerima penghinaan dan kejian daripada masyarakat


sekeliling.
Dahlia tabah menerima tuduhan Aton yang menuduhnya sengaja menyebabkan Said
lemas di sungai.
INTENSIF 3

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh
dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.

Nilai kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.

Novel Songket Berbenang Emas

 Kerjasama Dahlia dengan Melati menguruskan adik-adik mereka semasa ibu


dan ayah mereka dirawat di hospital.
- Dahlia dengan Melati bertanggungjawab menguruskan adik-adik terutamanya
ketika Anggerik menangis kelaparan kerana kehabisan susu.Dahlia menyuruh
Melati pergi ke kedai Tauke Lim untuk mendapatkan susu secara berhutang.

 Kerjasama Dahlia dengan ibunya Saleha menjaga Nek Kiah.


- Selepas keluar dari hospital Nek Kiah dijaga oleh Dahlia dan ibunya Saleha serta
adik-adiknya.Mereka bekerjasama menjaga Nek Kiah secara bergilir-gilir.

 Kerjasama Dahlia dengan Siti Wangi menjalani latihan bola jaring.


- Dahlia dan siti Wangi berlatih bola jaring bersama-sama di padang sekolah
sebagai persiapan untuk mengadakan perlawanan bola jaring dengan pelajar-
pelajar tingkatan enam rendah.

INTENSIF 4

Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan konflik antara watak yang dapat memberi
teladan kepada pembaca terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel Songket Berbenang Emas

 Konflik antara ibu mentua dengan menantu


Nek Kiah sangat membenci menantunya Embong kerana Embong lelaki miskin dan
dituduh pemalas serta pembawa nasib malang.Nek Kiah juga sering
membandingkan keluarga Embong dengan anak-anaknya yang dikatakan kaya.
Peristiwa ini memberi teladan agar tidak bersikap pilih kasih sesama ahli keluarga.

 Konflik antara jiran dengan jiran


Aton sering menfitnah Dahlia dengan mengatakan Dahlia perempuan tidak bermoral
dan penyebab kepada kematian anaknya Said.
Peristiwa ini memberi teladan agar menghindarkan sikap suka menfitnah dan
bersangka buruk.

INTENSIF 5

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh
dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.
MODUL 5: TEKNIK MENJAWAB SOALAN BERKAITAN BINAAN PLOT/TEKNIK PLOT

Teknik Menjawab Plot

i. Binaan Plot
a. Novel Songket Berbenang Emas:

PERMULAAN

PERKEMBANGAN

PERUMITAN

KLIMAKS

PELERAIAN
INTENSIF 1

Dalam sesebuah novel bahagian permulaan menjadi inspirasi kepada pembaca


untuk meneruskan pembacaan.Berdasarkan dua novel yang anda kaji ,jelaskan
peristiwa pada bahagian permulaan yang dapat memberikan kesedaran kepada
pembaca.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

 Peristiwa Dahlia dan rakan-rannya bersungguh-sungguh menjalani latihan bola


jaring di sekolahnya
Sebab:
- Kejayaan dalam sesuatu bidang memerlukan kesungguhan, latihan bagi
menguasai kemahiran dalam bidang yang diceburi.

 Peristiwa Dahlia menolak pelawaan Azhari untuk menghantarnya pulang ke


rumah.
Sebab:
- Bijak menjaga maruah diri agar tidak difitnah.

 Peristiwa Azhari berjanji tidak menghalang hasrat Dahlia untuk menyambung


pelajaran dan hasrat Dahlia membantu keluarganya walaupun mereka sudah
berkahwin kelak.

Sebab:
- Bagi menjamin kebahagiaan kehidupan berumahtangga perlunya sikap
bertolak ansur dan persefahaman.

 Peristiwa Azhari ingin membawa keluarganya untuk menemui keluarga Dahlia


bagi tujuan merisik sebagai bukti Azhari menunaikan janjinya pada Dahlia.

Sebab:
- Setiap janji yang dilafazkan perlu ditepati.
INTENSIF 2

Pengakhiran sebuah novel yang telah menarik minat anda kerana terdapat
keistimewaannya yang tersendiri. Jelaskan keistimewaan tersebut.

Novel Songket Berbenang Emas

 Ibu Dahlia kembali pulih daripada penyakit kemurungan dan kehidupan keluarga
Dahlia kembali ceria. Bahagian pengakhiran ini menarik kerana kesudahannya
menggembirakan semua pihak.
Keistimewaannya ialah dari awal perkembangan novel, kehidupan Dahlia
sekeluarga digambarkan dalam keadaan kesedihan ekoran ibunya Saleha yang tidak
sihat sehingga perlu dirawat di Hospital Permai Johor Bharu. Akhirnya ibu Dahlia
pulih dan dapat menguruskan keluarga .

 Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin
rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur
selepas pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada
Dahlia.
Bahagian pengakhiran ini menarik kerana ada keistimewaannya iaitu memaparkan
keinsafan sesorang. Akhirnya timbul keinsafan dalam diri Nek Kiah tentang
kesalahan yang pernah dilakukan terhadap darah dagingnya sendiri iaitu keluarga
Embong.

 Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak


RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Bahagian pengakhiran ini menarik kerana keistimewaannya memaparkan semangat
kerjasama, tolong-menolong tanpa mengira bangsa dan agama dalam kalangan
masyarakat kampung masih lagi wujud.

 Pada hari pertunangan Dahlia, rombongan keluarga Azhari lambat tiba sedangkan
bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pada pukul 5:00 petang menyebabkan Dahlia
semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur
dan Dahlia akur dengan arahan ayahnya.
Bahagian ini juga menarik kerana keistimewaannya ialah segala perancangan yang
telah diatur tetap diteruskan walaupun ada halangan. Majlis pertunangan antara
Azhari dan Dahlia diteruskan, begitu juga perjalanan Dahlia ke Kuala Lumpur tetap
diteruskan mengikut jadual.

 Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang


emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak
diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang
Melayu walau berada di mana-mana jua.
Bahagian ini sangat menarik kerana terdapat beberapa keistimewaan. Pertama
pemberian hadiah songket berbenang emas melambangkan keikhlasan Azhari dan
kebahagiaan yang sangat bermakna kepada Dahlia. Kedua, pembaca akhirnya
dapat mengaitkan pemberian hadiah tersebut yang tinggi nilainya dengan judul
novel Songket Berbenang Emas yang merujuk kepada perwatakan Dahlia.
INTENSIF 3

Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang memberi teladan kepada
pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada
bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

Novel Songket Berbenang Emas

Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih
akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik-beradiknya
semasa Nek Kiah sakit.
Sebab menjadi teladan: Ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak
cucu.

Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina
rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong
menyediakan makan.
Sebab menjadi teladan: Permuafakatan dalam masyarakat amat penting dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

Peristiwa Masyarakat kampung telah berjaya memungut sumbangan sebanyak


RM500.00 termasuk sumbangan peribadi RM300 daripada Tauke Lim kepada Dahlia
untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Sebab menjadi teladan: Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan
bermasyarakat

Peristiwa Dahlia terpilh melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan


selama empat tahun di Jepun.
Sebab menjadi teladan: Ketabahan dan kegigihan menempuh pelbagai cabaran
membuahkan memperoleh kejayaan.

Peristiwa Azhari menghadiahkan sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai


meraikan kejayaan melanjutkan pelajaran dan simbol jati diri orang Melayu.
Sebab menjadi teladan: Kepentingan menjaga dan mempertahankan budaya Melayu.

INTENSIF 4

Unsur saspen dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Jelaskan unsur saspen yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Novel Songket Berbenang Emas

Unsur suspens

 Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.


Pembaca tertanya-tanya apakah akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia
selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai. Namun malangnya, Said telah
meninggal dunia.
 Peristiwa Embong membawa ular sawa balik ke rumah.
Pembaca tertanya-tanya apakah tujuan Embong membawa balik ular sawa yang
telah dibunuh itu ke rumahnya.Rupa-rupanya Embong membawa balik ular itu untuk
membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta menunjukkan
kekuatannya kepada Dahlia.

 Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia.


Pembaca tertanya-tanya apakah akan terjadi antara Najib dan Azhari.Rupa-rupa
Azhari cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.

 Peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur


busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah rumah.
Pembaca tertanya-tanya siapakah yang meletakkan bungkusan tersebut dan
apakah tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.

 Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai
ke rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya.
Pembaca tertanya-tanya apakah akan terjadi kepada Embong sekeluarga jika bot
penyelamat tidak sampai ke rumah Embong.Rupa-rupanya bot penyelamat sampai
sebelum paras air meningkat ke paras berbahaya.

 Peristiwa keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan
mereka.
Pembaca tertanya-tanya apakah punca kelewatan tersebut. Rupa-rupanya pakcik
Azhari yang menjadi jurucakap majlis ini lambat sampai.

 Peristiwa cemas semasa paras air naik dan Kiambang tiba-tiba hilang daripada
pandang Embong kerana terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh.
Pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak. Rupa-rupanya Abu
Bakar berjaya menyelamatkan adiknya apabila memegang dan menarik kayu beluti
serta menarik naik Kiambang.

MODUL 6: TEKNIK MENJAWAB SOALAN BERKAITAN LATAR

LATAR

Latar ialah suatu keterangan tentang tempat, masa dan keadaan masyarakat yang terdapat
dalam suatu novel.

Latar terbahagi kepada 3 jenis:

(a) Latar masa


- Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu peristiwa itu
berlaku.

(b) Latar tempat


- Latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa,
ciri-ciri dan sejarah di sesuatu lokasi.

(c) Latar masyarakat


- Latar masyarakat ialah semua perkara tentang keadaan, suasana, aksi, cara
hidup, amalan, agama, pekerjaan dan pemikiran masyarakat yang ada di sesuatu
tempat dalam cerita.

LATAR TEMPAT

4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat

dalam novel tersebut. (7 markah)

Latih tubi 1

Novel Jendela Menghadap Jalan

Latar Tempat

Jendela Menghadap Jalan

Kampung Sentosa Rumah Datuk/


Haji Abdul Rahman
Lili telah menghabiskan cuti
persekolahannya selama Danel dan ayahnya William Ng
dua minggu di kampung ini. datang ke rumah datuk untuk
berubat

Surau Kampung Sentosa

Kekecohan sering berlaku di surau kerana


isu pembinaan masjid dan kubah surau serta
sikap penduduk kampung yang berpuak-
puak.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat

dalam novel tersebut. (7 markah)

Cadangan jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel _________________________________. Terdapat

banyak latar tempat dalam novel ini.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
__________________________

Novel Songket Berbenang Emas

Rumah Embong

Tempat Embong, Saleha, Dahlia dan adik-adiknya tinggal, di


tanah Nek Kiah.

Hospital Permai, Johor Bahru

LATAR Tempat Dahlia bertemu dengan Azahari secara tidak sengaja


TEMPAT ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan
pemulihan penyakit yang dihidapinya.

Stesen bas Bandar Penggaram

Tempat Azahari menyerahkan hadiah sehelai kain songket


berbenang emas kepada Dahlia sebelum bas ekspres itu
bergerak ke Kuala Lumpur.

Latih tubi 2

a) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah ____________________________karya


______________.

Tiga latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah _______________________.
Sebagai contohnya, _______________________________.

Latar tempat yang kedua ialah ___________________________________. Sebagai


contohnya, _____________________________________________.

Selain itu, terdapat latar tempat _____________________________________.


Sebagai contohnya,
_____________________________________________________.
LATAR MASA

Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

*Pada awal pagi (dinihari) *Pada musim cuti


persekolahan
-Datuk Lili pulang dari
hutan dengan membawa Novel Peristiwa majlis
dua buah bakul yang pertunangan antara Dahlia
penuh dengan akar kayu Jendela dengan Azhari berlaku
dan daun. Menghadap pada musim cuti
Jalan persekolahan akhir tahun.
* Pada waktu malam
*Pada waktu petang
-Abang Rashid membawa
Lili berjalan-jalan di pasar Rombongan keluarga
malam . Lili membeli Azhari tiba ke rumah
sehelai kemeja bercorak Latar Dahlia untuk meminang
batik manakala Abang Masa disebabkan kelewatan
Rashid membeli topi. bapa saudara Azhari yang
menjadi wakil pihak lelaki.
* Pada musim cuti
persekolahan *Pada waktu pagi (10 minit
sebelum pukul 9.00 pagi)
- Lili dihantar oleh ibunya Novel
ke kampung datuk Lili, iaitu - Dahlia ke balai raya untuk
Kampung Sentosa untuk Songket membantu persiapan
menghabiskan cutinya. Berbenang majlis Maulidur Rasul
Emas namun kembali ke rumah
setelah disindir dan
difitnah oleh Aton .

LATAR MASYARAKAT
Novel Songket Berbenang Emas

LATAR MASYARAKAT HURAIAN


Dahlia amat sayang akan keluarganya.
Dahlia sayang akan ibu dan sanggup
melawat ibu yang sedang menerima rawatan
Masyarakat yang penyayang. di Hospital Permai, Johor Bahru dengan
mengeluarkan wang biasiswanya untuk
membayar tambang bas dan teksi.

Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar


dengan tekun untuk memperoleh keputusan
Masyarakat yang rajin menimba ilmu. yang cemerlang dalam peperiksaan STPM
yang bakal diduduki oleh mereka.

Embong tabah menghadapi dugaan hidup


apabila isterinya, Saleha menghadapi
Masyarakat yang tabah menghadapi masalah mental sehingga terpaksa dirawat
dugaan hidup. di Hospital Batu Pahat dan di Hospital
Permai.

Dahlia dan Kavita bersahabat baik, saling


Masyarakat yang mengamalkan sikap
menghormati dan sangat akrab walaupun
hormat-menghormati antara satu sama
berlainan bangsa dan agama.
lain tanpa mengira kaum dan agama.
Tauke Lim yang sering membantu keluarga
Embong dan Dahlia dengan ikhlas tanpa
mengharapkan balasan. Dia memberikan
Masyarakat yang ikhlas membantu sumbangan ikhlas sebanyak RM300 kepada
tanpa mengharapkan balasan. Dahlia untuk membantunya mengikuti kursus
bahasa Jepun di Universiti Malaya. Dia juga
memberikan sumbangan untuk kenduri
Majlis Maulidur Rasul.

INTENSIF 1

Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel. Huraikan dua latar tempat
dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Novel Songket Berbenang Emas

 Rumah Embong - Tempat Embong, Saleha, Dahlia dan adik-adiknya tinggal di


tanah Nek Kiah.

 Hospital Permai - Tempat Dahlia bertemu dengan Azhari secara tidak sengaja
ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan pemulihan penyakit
dihidapinya

 Stesen bas Bandar Penggaram - Tempat Azhari menyerahkan hadiah sehelai kain
songket berbenang emas kepada Dahlia sebelum bas ekspres itu bergerak ke Kuala
Lumpur.

 Padang bola jaring - Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi.
 Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim - Dahlia belajar di tingkatan enam dan
tinggal di asrama sekolah berkenaan.

 Kampung Parit Haji Rais - Rumah Dahlia dan dia menjaga adik-adiknya, Melati,
Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.

 Bilik Kerjaya - Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini. Di sini juga Cikgu
Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

INTENSIF 2

Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah
karya termasuk novel. Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.

Novel Songket Berbenang Emas

 Masyarakat yang penyayang.


Dahlia amat sayangkan ibu dan keluarganya lalu sanggup keluar asrama tanpa izin
warden asrama untuk menaiki bas bagi menziarahi ibunya yang sakit di Hospital
Permai.

 Masyarakat gigih menimba ilmu.


Buktinya Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar dengan tekun untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakal diduduki oleh
mereka.

 Masyarakat yang tabah.


Contohnya Embong tabah menghadapi dugaan hidup apabila isterinya, Saleha
menghadapi masalah mental sehingga terpaksa dirawat di Hospital Batu Pahat dan
di Hospital Permai.

 Masyarakat yang saling menghormati.


Dahlia dan Kavita, bersahabat baik, saling menghormati dan sangat akrab walaupun
berlainan bangsa dan agama.

 Masyarakat yang prihatin.


Contohnya, Tauke Lim prihatin dan sering membantu keluarga Embong dan Dahlia
dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Dia memberikan sumbangan ikhlas
sebanyak RM300 kepada Dahlia untuk membantunya mengikuti kursus bahasa
Jepun di Universiti Malaya. Dia juga memberikan sumbangan untuk kenduri Majlis
Maulidur Rasul.

 Masyarakat yang saling membantu.


Contohnya Haji Sulaiman mengajak penduduk kampung membantu untuk membina
rumah Embong yang roboh dilanda banjir.

 Masyarakat yang mempercayai amalan kepercayaan karut.


Misalnya, Nek Kiah menggores pintu dengan kapur pada setiap pintu kerana percaya
tindakan tersebut dapat menghalang hantu dari memasuki rumah.

 Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.


Contohnya Embong bertanggungjawab terhadap kesihatan isterinya dengan
membenarkan kakitangan Hospital Batu Pahat mengambil isterinya untuk rawatan
pemulihan.
INTENSIF 3

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap masyarakat yang
sepatutnya dihindari.

Novel Songket Berbenang Emas

 Sikap berprasangka buruk terhadap orang lain


Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Najib dan Azhari
datang ke rumah Dahlia pada waktu yang sama. Pada ketika itu, ibu bapa Dahlia
tiada di rumah kerana berada di hospital. Nek Kiah menuduh Dahlia sengaja
merancang kedatangan kedua-dua lelaki itu ketika ibu bapanya tiada di rumah.

 Sikap mempercayai kepercayaan karut/ khurafat


Nek Kiah mempercayai banyak kepercayaan karut dalam hidupnya. Beliau
mengarahkan anak muda yang mengangkat Said mengelilingi rumah tujuh kali
supaya nyawa Said boleh masuk kembali ke dalam tubuhnya.

 Sikap suka menghina orang lain/ menyakiti hati orang lain


Nek Kiah suka menghina Embong kerana kedaifan dan kemiskinan hidupnya. Beliau
menuduh Embong menyeksa hidup Saleha sejak mereka mula berkahwin
sehinggalah mempunyai enam orang anak.

 Sikap hasad dengki terhadap orang lain


Abu Bakar menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka di bawah
rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang mempunyai hasad dengki
terhadap keluarga mereka.

 Sikap suka memfitnah terhadap ahli keluarga sendiri.


Seman melemparkan fitnah terhadap adik iparnya, iaitu Embong. Seman menuduh
Embong membela hantu yang menyebabkan Saleha terpikat kepadanya. Kehidupan
Embong sekeluarga juga tidak pernah senang sejak berkahwin dengan Saleha dan
sentiasa dirundung malang.

 Sikap tidak dapat menerima ketentuan takdir


Aton tidak dapat menerima ketentuan takdir bahawa anaknya, Said mati lemas. Dia
telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya mati lemas dalam sungai di
hadapan rumah Dahlia. Sebaliknya, Dahlia telah berkorban nyawa dengan terjun ke
dalam sungai untuk menyelamatkan Said tetapi gagal kerana arus deras.

 Sikap mementingkan diri sendiri


Seman mementingkan dirinya sendiri tanpa memikirkan nasib malang yang menimpa
keluarga adik iparnya Embong. Seman sanggup menghasut Nek Kiah supaya
menjual tanah tapak rumah Embong semata-mata hendak melangsaikan hutangnya.

Anda mungkin juga menyukai