Anda di halaman 1dari 22

Sinopsis Umum

Novel ini mengisahkan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam atas menempuh
pelbagai cabaran dalam hidupnya. Keluarganya yang miskin menumpang di tanah milik
neneknya, Nek Kiah. Haji Sulaiman dan Tauke Lim banyak membantu keluarga
mereka.
Emaknya, Saleha mengalami tekanan perasaan sehingga hilang ingatan dan terpaksa
dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru. Ayahnya, Embong pula dipatuk ular dan
dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari. Adiknya, Abu Bakar mahu
berseronok-seronok sahaja.
Ketiadaan Saleha di rumah menyebabkan Dahlia terpaksa menguruskan adikadiknya yang masih kecil, iaitu Anggerik, Kiambang, dan Melati. Dia terpaksa keluar
dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menjaga adik-adiknya. Cikgu Hisyam
dan rakan baiknya, Kavita memberi dorongan kepada Dahlia supaya terus bersekolah
kerana dia mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam STPM.
Azhari, seniornya semasa di sekolah sebelum ini menyuarakan hasrat hati untuk
melamar Dahlia. Dahlia menolaknya kerana mahu belajar dahulu dan bekerja untuk
membantu keluarganya. Namun demikian, Azhari tetap tegas dengan keputusannya
lalu menghantar rombongan untuk merisik Dahlia. Embong dan Dahlia sendiri tidak
memberi sebarang keputusan yang pasti kepada Azhari. Pada masa yang sama, Najib
rakan sekelas Dahlia juga menyimpan perasaan terhadap Dahlia.
Dahlia dipandang serong oleh penduduk kampung apabila dia dikunjungi oleh
Azhari dan Najib. Aton yang mendendami Dahlia kerana menyangka Dahlia sebagai
punca kematian anaknya, Said telah menyampaikan fitnah kepada Hajah Maimon, isteri
Haji Sulaiman. Dahlia amat sedih akan tuduhan itu tetapi Abu Bakar memujuknya.
Barulah Abu Bakar sedar akan beban berat yang ditanggung oleh kakaknya selama ini
sedangkan dia tidak mempedulikan hal keluarganya. Peristiwa itu menyebabkan Abu
Bakar insaf akan kesilapannya.
Nek kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah yang didiaminya sekarang akan
dijual kepada pihak lain. Jika Dahlia mahu tinggal di tanah itu, keluarganya perlu
membayar sebanyak Rm15,000. Nek Kiah bertindak begitu kerana desakan daripada
Seman, abang Saleha yang menghadapi masalah hutang. Saleha pulang ke rumah
setelah penyakitnya sembuh. Embong juga sudah semakin sihat. Dahlia sudah dapat
kembali ke sekolah dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang semakin hampir.
Azhari datang ke rumah Dahlia lagi bersama-sama keluarga. Dahlia mengajaknya
melawat Nek Kiah yang sakit dan sudah agak lama tidak dilawatinya. Dahlia terkejut
apabila melihat keadaan neneknya yang uzur. Nek Kiah dibawa ke hospital dan dirawat
beberapa hari di wad.
Selepas keluar dari wad, Nek Kiah tinggal di rumah Dahlia. Nek Kiah mula insaf
akan kesilapannya dan sedar bahawa hanya keluarga Dahlia yang benar-benar
menjaganya sedangkan Seman dan cucunya yang lain langsung tidak kelihatan.
Selepas itu, Nek Kiah tidak membangkitkan isu tanah yang hendak dijualnya itu.
Kampung Parit Haji Rais dilanda banjir sehingga penduduk terpaksa berpindah ke
tempat pemindahan termasuk keluarga Embong. Dahlia tetap mengulang kaji pelajaran
meskipun keadaan tidak selesa. Haji Sulaiman menegur penduduk kampung yang

bersikap mementingkan diri. Dia berharap agar penduduk akan lebih mengambil berat
terhadap satu sama Dahlia lain. Impian Haji Sulaiman menjadi kenyataan apabila
penduduk kampung bergotong-royong membina rumah Dahlia yang roboh akibat
dilanda banjir.
Keluarga Azhari datang ke rumah Dahlia untuk berbincang mengenai tarikh
pertunangan Dahlia dengan Azhari. Mereka menetapkan tarikhnya pada 30 Disember,
iaitu selepas Dahlia menamatkan peperiksaan STPM. Sementara itu, Encik Daim
datang ke rumah Dahlia bagi memaklumkan bahawa Dahlia terpilih untuk mengikuti
pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum pergi ke Jepun, Dahlia perlu
mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya
dan perlu melaporkan diri pada 31 Disember.
Pada hari pertunangan, Dahlia bersedia menanti kedatangan rombongan
keluarga Azhari, tetapi rombongan pihak lelaki masih belum sampai hingga petang,
sedangkan Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur.
Emak dan ayah Dahlia
menyampaikan beberapa pesanan manakala Nek Kiah menghadiahkan seutas gelang
pusaka kepadanya.
Haji Sulaiman menyampaikan sumbangan wang daripada
penduduk kampung kepada Dahlia, termasuk daripada Tauke Lim.
Azhari muncul di tempat menunggu bas. Dia memberitahu Dahlia bahawa dia
terlewat kerana bapa saudaranya yang menjadi wakil pihak lelaki lewat sampai.
Sebelum Dahlia berangkat, Azhari memberikan sehelai songket berbenang emas
kepada Dahlia sambil berpesan agar Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu
walaupun di mana-mana dia berada.

Songket Berbenang Emas


Baca sinopsis bab di bawah dan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
BAB 1 KALAULAH ENGKAU MENGERTI
perkahwinan
Dahlia
membantu

Bola jaring
emaknya
menyatakan

Pengajian Am
Kantin sekolah
pelajaran

Peperiksaan STPM
Bercakap sendirian
menghalang

Dahlia dan dan rakan-rakannya sedang berlatihdi sekolahnya. Dahlia


teringat akan ..yang bersikap pelik sejak akhir-akhir ini seperti di
bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila menjelangnya waktu senja.
Siti Wangi menanyakan Dahlia tentang kertas kerja subjek.yang diajarkan
oleh Cikgu Hisyam.
Kavita datang menemui Dahlia dan Siti Wangi untuk

menyampaikan pesanan seseorang yang ingin bertemu dengan .di kantin


sekolah. Di, Azhari menunggu kehadiran Dahlia dengan perasaan
yang resah. Azhari bertanyakan Dahlia khabar dirinya, dan persediaannya untuk
menghadapi .. Azhari juga menyatakan hajatnya untuk membawa
keluarganya ke rumah Dahlia untuk berbincang tentang hubungan mereka secara
serius. Dahlia menjelaskan bahawa keutamaannya kini adalah untuk meberikan
perhatian terhadapdan keluarganya lebih dahulu
berbanding soal.Azhari pula menyatakan bahawa dia sesekali tidak
. hasrat Dahlia untuk menyambung pelajaran dan membantu keluarganya
walaupun jika mereka sudah berkahwin kelak. Azhari hasrat untuk
menghantar Dahlia pulang ke rumah pada petang itu.
Baca sinopsis di bawah dan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Bab 2 DETIK-DETIK HATI TERSENTUH
Jambatan kayu
ingatan
menjauhkan

Ubi kayu
Keadaan
bertindak

menangis
pertolongan
mengajak

membancuh
enggan
menegur

Azhari menghantar Dahlia balik ke rumah hingga ke . Aton yang


sedang. di hadapan halaman rumahnya menyapa Dahlia dengan katakata sindiran. Sesampainya di rumah setelah dihantar oleh Azhari, Dahlia mendengar
adiknya, Anggerik . Menurut Melati, emak mereka sudah keluar sejak pagi
tetapi masih belum pulang. Ayah mereka juga tiada di rumah. Dahlia
Melati kerana .. susu sangat cair, menyebabkan Anggerik tidak mahu
minum. Sebenarnya, susu sudah habis. Dahlia menyuruh Melati membeli susu dan
gula pasir secara hutang di kedai Tauke Lim.
Dahlia mencari emaknya Saleha dan mendapati emaknya berada di kebun getah
dalam keadaan hilang . dan tidak mengenalinya. Dahlia sangat sedih
apabila melihat keadaan emaknya itu, tambahan pula emaknya tidak pernah
dalam.. demikian. Dahlia . emaknya pulang tetapi emaknya
. Kemudian, Embong muncul dan terkejut kerana keadaan Saleha kini
semakin teruk. Saleha tidak mengenali Dahlia dan Embong, malah . diri
daripada mereka.
Dahlia mengajak Embong meminta penduduk
kampung untuk membawa Saleha pulang. Sebelum sempat mereka ,
Saleha telah tiada di situ.
Bab 3 JANGAN TINGGALKAN KAMI
Doa solat isyak Dahlia terganggu dengan suara emaknya bermentera di ruang pojok
rumah dan suara Nek Kiah yang muncul di halaman rumah. Punca emaknya hilang
ingatan benar-benar mengganggu perasaan Dahlia. Dahlia tertanya-tanya sama ada
emaknya telah dibuat orang atau ada pihak yang dengki dan sakit hati terhadap
emaknya itu. Dalam pengetahuan Dahlia, keluarganya tidak pernah menyakitkan hati

orang lain. Namun begitu, Dahlia insaf bahawa setiap suatu kejadian yang berlaku
sudah ditentukan oleh Allah. Maka, dia berdoa kepada Tuhan agar memulihkan ingatan
emaknya semula.
Nek Kiah, iaitu ibu Saleha, menyalahkan Embong kerana mengikat kaki dan
tangan Saleha. Menurut Embong, dia terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan
isterinya itu lari. Nek Kiah terus menyalahkan Embong sebagai punca anaknya hilang
ingatan. Menurut Nek Kiah, anak-anaknya yang lain hidup senang- lenang tetapi
Saleha hidup miskin kerana bersuamikan seorang yang pemalas. Embong enggan
membalas kata-kata ibunya mentuanya itu walaupun hatinya sakit.
Kemudian, Haji Sulaiman yang merupakan Ketua Kampung merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Rais,
datang bersama-sama dengan tiga orang lelaki dari Hospital Batu Pahat. Mereka ingin
membawa Saleha ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut Haji Sulaiman, dia
berbuat demikian kerana mahu membantu Embong atas dasar tanggungjawab dan
tugasnya. Embong enggan membenarkan isterinya dibawa ke hospital kerana penyakit
isterinya itu tidak merebak dan tidak akan menjangkiti sesiapa. Namun begitu, Haji
Sulaiman terus memujuk Embong. Akhirnya Embong memberi persetujuan kerana
mahu isterinya itu mendapat rawatan untuk memulihkan ingatannya. Dahlia juga rasa
keberatan untuk melepaskan emaknya tetapi dia tidak mampu bersuara kerana
bimbang akan dianggap biadap. Nek Kiah menyalahkan Embong sebagai seorang
suami yang tidak berguna kerana membenarkan isterinya itu dibawa orang ke hospital.
Embong berpesan kepada Dahlia agar menjaga adik-adiknya kerana beliau mahu
menemani isterinya ke hospital.
Info kosa kata
1. Bina ayat daripada perkataan-perkataan yang berikut;
Bermentera berjampi
Pojok- sudut
Senang-lenang- senang, mudah, tiada kesulitan
Merebak- menular, menjangkit
Biadab- tidak beradab, tiada budi bahasa
2. Soalan Pemahaman
1. Kenapakah Saleha dihantar ke hospital?
2. Siapakah tetamu yang mengunjungi rumah Embong pada senja itu?
3. Mengapakah Nek Kiah tidak berpuas hati terhadap Embong?
Bab 4 DIBUAI KENANGAN INDAH
dijaga
melawat
terdengar

pergi
disukai
dihantar

dibenci
teringat
memarahi

balik

memeriksa

mengikuti

Dahlia berasa risau memikirkan keadaan emaknya yang sakit dan adik-adiknya yang
tidak terurus. Namun begitu, ayahnya mahu Dahlia . ke sekolah dan
ayahnya sendiri akan menguruskan adik-adiknya yang lain. Dahlia mencadangkan
Anggerik .. ke rumah Nek Kiah untuk . tetapi Embong tidak
bersetuju kerana dia tidak mahu anak-anaknya makin .. Dahlia memberitahu
ayahnya bahawa dia mahu . emaknya di hospital petang esok selepas
pulang dari sekolah. Menurut Embong, doktor yang .. Saleha tidak
mengetahui penyakitnya, cuma menyatakan bahawa fikiran Saleha runsing.
Embong pula .. akan perbualannya dengan isterinya lima bulan yang
lalu tentang ibu mertuanya yang masih tidak suka akan mereka dan anak-anak mereka.
Saleha berkata bahawa keadaan hidup mereka yang miskin menjadi sebab mereka
tidak . oleh ibunya.
Embong juga teringat bahawa Saleha pernah
memberitahunya bahawa dia bunyi yang pelik-pelik dan terasa ada
bayang-bayang ..nya. Embong beranggapan bahawa barang kali hal
itu perasaan Saleha sahaja. Badan Saleha juga terasa lemah sahaja. Abu Bakar
.. ke rumah setelah tiga hari tidak pulang. Embong .
anaknya itu menyebabkan Abu Bakar meninggalkan rumah itu semula.
Bab 5 Kata Setajam Pedang
Dahlia pergi ke sekolah dari rumahnya dengan menaiki bas. Oleh sebab itu,dia tiba
lewat, Cikgu Salwani, iaitu warden asramanya meminta Dahlia berjumpa dengannya
pada petang itu.
Dalam kelas, Dahlia tidak dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran
gurunya. Malahan, ketika Siti Wangi mengajaknya berbincang tentang kertas kerja
mereka, Dahlia meminta maaf lalu memberitahu bahawa dia gagal untuk mencari isi-isi
penting untuk kertas kerja mereka dan tidak dapat berbincang pada petang itu kerana
Dahlia mahu menziarahi ibunya yang sedang sakit di hospital. Dahlia dapat merasai
Siti Wangi kecewa dengan alasan yang diberikan. Dahlia tidak meminta kebenaran
daripada Cikgu Salwani untuk keluar dari asrama pada petang itu walaupun dia patut
menemui beliau berkaitan dengan kelewatannya sampai ke sekolah pagi itu. Dahlia
enggan bersoal jawab dengan gurunya apatah lagi Dahlia menyedari akan
kesalahannya.
Dahlia segera turun dari bas setelah sampai ke hospital. Setibanya di
perkarangan hospital, Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman. Haji Sulaiman
mengajak Dahlia pulang dan memberitahu bahawa ibunya sudah dibawa ke Johor
Baharu untuk mendapat rawatan yang lebih baik di Hospital Permai kerana penyakitnya
semakin teruk. Dahlia berasa amat sedih apabila mendengar berita tersebut.
Kata adjektif
1.

4..

2.

5..

3.

6..

Baca sinopsis berikut kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Bab 6 Ditelan Arus Deras
Dahlia memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sedang mandi di sungai yang arusnya
deras dan airnya berkeladak. Sambil membersihkan halaman rumahnya, Dahlia teringat
perbualan dengan ayahnya mengenai emaknya yang menerima rawatan di Hospital
Permai, Johor Bahru. Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa dia terpaksa
membenarkan Saleha dirawat di Hospital Permai kerana penyakit Saleha semakin
teruk. Dia mengajak Embong ke Johor Bahru untuk melawat Saleha tetapi Embong
hanya menggelengkan kepalanya serta meluahkan rasa sedihnya kerana hidup mereka
sekeluarga sentiasa dirundung malang. Haji Sulaiman menenangkan Embong dan
meminta Embong bersabar dan reda dengan ujian Tuhan.
Nek Kiah datang ke rumah Embong. Menurut Nek Kiah, Saleha menjadi gila
disebabkan rumah mereka itu sudah dilanggar hantu dan penuh dengan syaitan.
Seorang demi seorang ahli keluarga itu akan menjadi sakit seperti Saleha. Dahlia
terkejut dan tidak mempercayai kata-kata neneknya itu. Dia hanya memandang sambil
beristighfar apabila neneknya menggunakan kapur,dan dia menggores pintu-pintu di
rumahnya dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk menggelakkan hantu masuk ke
dalam rumah.
Dari sungai yang terletak di hadapan rumahnya, tiba-tiba terdengar jeritan
bahawa said yang sedang mandi di sungai itu sudah hilang. Dahlia segera terjun dan
berusaha untuk mencari dan menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai

walaupun arus sungai deras. Dahlia menemukan Said yang tenggelam di dasar sungai
yang berselut. Usaha dilakukan untuk menyelamatkan Said tetapi gagal.
Berdasarkan sinopsis di atas padankan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
1. Nek Kiah datang
2. Dahlia terkejut dan
3. Usaha dilakukan untuk
4. Dahlia menemukan Said yang
5. Nek Kiah menggores pintu-pintu
6.Haji Sulaiman menenangkan Embong

ke rumah Embong.
tenggelam di dasar sungai yang berselut.
di rumahnya dengan tanda pangkah.
tidak mempercayai kata-kata neneknya itu.
dan meminta Embong bersabar.
menyelamatkan said tetapi gagal.

Baca sinopsis kemudian lengkapkan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
BAB 7 BERBUDI BERBALAS NISTA
mencari
pulang
menziarahi
menyakitkan

mendengar
memuji
dididik
bersabar

memarahinya
bertemu
memasak
menangis

Dahlia menangis setelah daripada menziarahi jenazah said.


Embong kehairanan kerana selama ini Dahlia telah .. berjiwa kuat dan
mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk
.. jenazah Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari
Embong dan dengan mengatakan bahawa Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam
. kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok
orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton
berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak.
Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan
mereka semakin .. hatinya. Namun, Embong tetap .
dan beliau tidak mahu musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong dengan
tauke Lim. Tauke Lim keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan

Said. Embong sudah tahu punca Dahlia setelah pulang dari


rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong
buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada
petang semalam ketika Dahlia . di dapur dalam keadaan yang lemah
selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong
bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu
telah hilang. Tanpa diduga , ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga
menyebabkan Embong panik.
BAB 8 BAYANG-BAYANG KECELAKAAN
bermimpi buruk
menggeletar ketakutan
menyelamatkan nyawa
menyenangkan kehidupan
lelaki bersongkok

melakukan kerja-kerja
membawa pulang
terdengar tangisan
Berjuang dengan maut
tidak mendengar

Dahlia . tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya.


Dahlia tersedar apabila . Anggerik. Angggerik demam
panas. Dahia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia
ternampak dua orang ke rumah Aton. Dia teringat semula
kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia . di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan bahawa emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya
kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
.. mereka.
Embong .. ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia . dan menyuruhnya
membuang ular itu. Embong membawa pulang ular itu sebagai bukti beliau telah
. untuk menyelamatkan dirinya.
Embong cuba
mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan
mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang
deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia
orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa
sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu
bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

BAB 9- APABILA TAMAK MENGUASAI JIWA


Susun ayat-ayat berikut mengikut turutan supaya menjadi sinopsis yang lengkap.
-Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Saleha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya
-Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
-Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari
Raya Aidilfitri.
-Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
-Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang
dapat dijual dengan harga RM15,000.
-Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke Hospital Permai di Johor Bahru.
-Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman
berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli.
-Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia.
-Najib menawarkan pertolongan kepada Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Bi
l

Ayat
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.

1
2
3
4
5
6
7
8

BAB 10 SELAMAT TINGGAL ASRAMA PUTERI!


-Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya.
-Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga.
-Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan STPM.
-Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar.
-Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana peperiksaan
STPM hanya tinggal empat bulan sahaja lagi.
-Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
-Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia.
-Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama.
-Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya.
Susun ayat- ayat di atas mengikut turutan suapaya menjadi sinopsis yang lengkap
.
Bi
l
1
2

Ayat
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga.

3
4
5
6
7
8
Lembaran Kerja 1
Lengkapkan huraian tema bagi novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
berdasarkan info tema di atas.
Tema

Huraian tema

Huraian1

Ketabahan dan kecekalan

Huraian 2

seorang remaja menempuh


berbagai-bagai cabaran
dan dugaan dalam

Huraian 3

kehidupannya

Huraian 4

LEMBARAN KERJA 2
LATIHAN PENGUKUHAN

Suai padan pernyataan persoalan dengan peristiwa yang sesuai dalam rajah berikut.
Pernyataan Persoalan

Ikhlas membantu orang yang


berada dalam kesusahan

Taat akan perintah ibu bapa

Amanah dalam menjalankan


tanggungjawab

Kepercayaan kepada perkara


tahyul

Berani menyelamatkan nyawa


orang lain

Huraian Peristiwa
Doktor Ridhuan amanah menjalankan
Tugasnya sebagai pegawai perubatan
kesihatan dengan berusaha mengenal
pasti punca dan kaedah rawatan bagi
memulihkan penyakit Saleha
Tauke Lim ikhlas membantu Embong
sekeluarga yang hidup dalam
kesusahan dengan membenarkan
mereka membeli barang keperluan
secara hutang di kedai runcitnya.
Dahlia , Melati, Mawar dan Kiambang
menunjukkan sifat taat akan perintah
ibu bapa. Dahlia sanggup
mengetepikan kepentingan diri untuk
menjaga adik-adiknya.
Dahlia berani terjun ke dalam sungai
yang berarus deras untuk
menyelamatkan Said yang tenggelam
di dasar sungai ketika bermandi-manda
di hadapan rumahnya.
Nek Kiah dan Seman percaya bahawa
nasib malang yang menimpa keluarga
Embong kerana mereka pembawa sial.
Nek Kiah percaya bahawa syaitan dan
hantu yang menyebabkan keluarga
Embong susah.

LEMBARAN KERJA 3
LATIHAN PENGUKUHAN
Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Soalan : Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Jawapan : Novel Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Dalam
novel ini terdapat banyak pengajaran yang dikemukakan oleh pengarang.
Antara yang terdapat dalam novel ini ialah
..berusaha untuk menyelesaikan setiap .. yang kita
hadapi. Contohnya, . yang ketinggalan dalam pelajaran kerana
terpaksa .. sekolah untuk menjaga adik-adiknya di rumah,
telah mendapatkan .. daripada kawan-kawannya.
Selain itu, kita janganlah. terhadap orang lain.
Contohnya Aton bersangka buruk terhadap Dahlia apabila Dahlia dihantar pulang
Oleh ..hendaklah kita jauhi kerana akan menyebabkan
faham sesama sendiri.
perselisihan

pengajaran

Azhari

bersangka buruk

kita hendaklah

ponteng

nota

Dahlia

masalah

LEMBARAN KERJA 1
Berdasarkan info perwatakan Dahlia di atas, lengkapkan peta buih berikut.

penyayang

Dahlia

LEMBARAN KERJA 2
Berdasarkan info di atas lengkapkan peta buih perwatakan Embong.

Berani

Embong

LEMBARAN KERJA 3
Berdasarkan info perwatakan watak utama lengkapkan 3 keistimewaan watak utama
dalam novel yang anda kaji.
Nama watak
Dahlia

Perwatakan

Huraian

Prihatin

Dahlia menjadi harapan pihak sekolah dan guru


kelasnya Cikgu Hisyam untuk memperoleh keputusan
cemerlang dalam peperiksaan STPM.

Sanggup
berkorban

Soalan 4 (a) berdasarkan novel Songket Berbenang Emas


Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama yang
dapat anda jadikan teladan dan kemukakan alasan anda.
Isi tempat kosong dengan jawapan disediakan.
teladan
Terjun
Sangat deras
kegigihan

berani
menyakitkan
menempuh cabaran
belajar

pujian
Cabaran hidup
usahanya
Mencapai kejayaan

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin
Ayip, terdapat beberapa perwatakan watak utama yang boleh dijadikan .(1)
oleh pembaca.
Watak utama dalam novel tersebut ialah Dahlia. Antara perwatakan watak
utama ialah gigih. Contohnya Dahlia ..(2) dengan bersungguh-sungguh
untuk berjaya dalam peperiksaan STPM walaupun dia menghadapi pelbagai
..(3) seperti emaknya menghidap sakit mental, ayahnya dipatuk ular,
adiknya Abu Bakar gemar berpelesiran dan Nek Kiah yang sentiasa .(4)
hatinya. .(5) watak utama dapat dijadikan teladan kerana (6)
yang bersungguh-sungguh membantunya .(7) yang diimpikan.
Selain itu, perwatakan yang seterusnya ialah berani. Dahlia (8)
menyelamatkan nyawa orang lain dengan .(9) di dasar sungai di depan
rumahnya untuk menyelamatkan Said walaupun arus sungai ketika itu (10).
Keberanian Dahlia mendapat ..(11) Tauke Lim dan seyogia dijadikan teladan
kerana keberaniannya (12) untuk membantu orang lain.

PANDUAN JAWAPAN LEMBARAN KERJA 4


Teladan (1)
Terjun (9)
Sangat deras (10)
Kegigihan (5)

Berani (8)
Menyakitkan (4)
menempuh cabaran (12)
Belajar (2)

Pujian (11)
Cabaran hidup (3)
Usahanya (6)
Mencapai kejayaan (7)

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Songket Berbenang Emas, karya
Khairuddin Ayip, terdapat beberapa perwatakan watak utama yang boleh dijadikan
teladan oleh pembaca.
Watak utama dalam novel tersebut ialah Dahlia. Antara perwatakan watak
utama ialah gigih. Contohnya Dahlia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
berjaya dalam peperiksaan STPM walaupun dia menghadapi pelbagai cabaran hidup
seperti emaknya menghidap sakit mental, ayahnya dipatuk ular, adiknya Abu Bakar
gemar berpelesiran dan Nek Kiah yang sentiasa menyakitkan hatinya. Kegigihan watak
utama dapat dijadikan teladan kerana usahanya yang bersungguh-sungguh
membantunya mencapai kejayaan yang diimpikan.
Selain itu, perwatakan yang seterusnya ialah berani. Dahlia berani
menyelamatkan nyawa orang lain dengan terjun di dasar sungai di depan rumahnya
untuk menyelamatkan Said walaupun arus sungai ketika itu sangat deras.
Keberanian Dahlia mendapat pujian Tauke Lim dan seyogia dijadikan teladan kerana
keberaniannya menempuh cabaran untuk membantu orang lain.
Soalan 4 (b) berdasarkan novel Songket Berbenang Emas.
Soalan : Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
(8 markah)
Novel yang saya pelajari ialah novel________________________________karya
______________________. Terdapat banyak pengajaran yang digarap oleh
Pengarang dalam novel tersebut.
Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah bersabar menghadapi cabaran
dan dugaan dalam hidup. Contohnya Dahlia ___________________ menghadapi
____________________ prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, Nek Kiah
dan __________________ terhadap dirinya dan _________________
Selain itu, ______________________ lain dalam novel ini ialah kita
hendaklah_______________ dalam membuat ____________________. Contohnya,
Dahlia menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa dia hanya akan
________________berkahwin dengan _______________ setelah dia berjaya dalam
pelajaran agar dapat membantu ___________________terlebih dahulu.
Pengajaran lain ialah___________ perlulah ________________ dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya, Dahlia pergi ke __________________

Johor Bahru seorang diri tanpa ditemani oleh orang lain untuk ___________________
Ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di situ.
PANDUAN JAWAPAN
Kak Aton
Khairuddin Ayip
Tegas
Azhari
berdikari

pengajaran
sikap
berkahwin
Songket
Emas
sabar

keputusan
keluarganya
kita
Berbenang Hospital Permai
melawat

Nilai
Antara contoh nilai ialah:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian

17.
18.
19. SOALAN LATIHAN 1
20. Padankan nilai yang tepat berdasarkan contoh yang telah diberikan

Kasih Sayang

Prihatin

Tanggungjawab

keinsafan

Pengorbanan

Sebagai ketua keluarga, Embong


mempunyai sikap tanggungjawab untuk
mencukupkan keperluan mereka.
Embong melakukan pelbagai pekerjaan
untuk menyara keluarganya seperti
menorah getah, memelihara kambing,
memotong buah dan lain-lain.
Abu Bakar sayang akan kakaknya.
Apabila mendengar Aton menyindir
Dahlia dan memfitnah keluarganya Abu
Bakar cuba memukul Aton tetapi
sempat dihalang oleh Haji Sulaiman.
Tauke Lim prihatin akan kemiskinan
keluarga Embong. Dia membenarkan
mereka membeli barang keperluan
secara hutang di kedainya.

Dahlia sanggup berkorban demi


menjaga adik-adiknya dengan keluar
dari asrama dan ponteng sekolah
semasa emaknya dan abahnya dirawat
di hospital agar adik-adiknya terurus.
Abu Bakar insaf akan kesalahannya
selama ini yang suka melepak dan
membuang masa. Keinsafan
mendorong Bakar menolong
keluarganya dan berbuat baik kepada
mereka.

21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28. SOALAN LATIHAN 2
29. Huraikan contoh yang tepat dari nilai murni yang diberikan
Nilai Murni

Kerjasama

Kasih Sayang

Contoh
Masyarakat Kampung Pt
Haji Rais bekerjasama

Kasih sayang Embong


terhadap anak-anak

Kegigihan

Dahlia gigih belajar

Keikhlasan

Tauke Lim ikhlas membantu


Embong

Huraian

Perpaduan

30.
31.

Penduduk Kampong Parit


Haji Rais bersatu padu

Anda mungkin juga menyukai