Anda di halaman 1dari 3

1.

Pengenalan

 kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam melanda dirinya. Kejadian yang berlaku
adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya, menjadi suami yang baik.
 Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang terpaksa menjalani
pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali sedangkan pembedahan itu
dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal.
 Dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, berusaha
agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi.

2. Perkembangan

 Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis
anak perempuannya. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta
pertolongan ketika disambar oleh api sering menghantui hidupnya.
 Kejadian sebenar kematian anak Raiha disaksikan oleh Sister Felicia Landosi dan
dia merahsiakannya.  Sister Felicia Landosi rakan persekolahan Raihan sejak di
bangku sekolah rendah lagi.
 Sister Felicia Landosi mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam
hidupnya. Didikan dengan disiplin yang ketat oleh ibunya membuatkan dia
memberontaknya dan sering memarahi ibu Unong Siron.
 Raiha menegur sikapnya itu namun tidak disukai membuatkan timbul dendam dan
rasa kebencian yang amat terhadap Raiha.
 Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak Raiha dan Doktor
Sadiz. Dia juga menyaksikan anak Raihan disambar oleh api dalam kebakaran
tersebut. Dia juga ego dengan status pekerjaannya
 Raiha juga sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk
menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu
akan cacat, namun Raihan enggan.
 Panggilan telefon kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan
Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan
kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan menyebabkan dia melanggar tembok
pusat rawatan itu.
 Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk
walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk
pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa
kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
 Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya. Bekas suaminya membakar
kereta mewah akibat perasaan marah, kebetulan anaknya berada di situ secara tiba-
tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.

3. Konflik

 Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa
dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya
menjadi tidak ceria. Raiha tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.
 Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita dan mahu kebebasan hidup
walaupun sudah mempunyai isteri.
 Sister Felicia  kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah.
Dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar, namun usaha gigihnya dalam
pelajaran mengikis sikap negative tersebut.
 Bayangan anak saudaranya mati akibat disambar api menghantui Doktor Uwang.
Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia
mengalami kemalangan.
 Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya.
Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadiz. Namun perbicaraan mahkamah Doktor
Sadiz kerana saksi utama tidak hadir.
 Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Sister
Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.

4. Klimaks

 Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan Pusat Rawatan Pantai Kasih
sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor bergegas
ke pusat rawatan tersebut.
 Dalam perjalanan Doktor Uwang dibayangi anak saudara mati akibat disambar api.
Anak saudaranya meminta bantuan menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika
memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas pada saat itu
menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan dan melanggar tembok Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
 Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital
miliknya. Walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan
menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.

5. Peleraian

 Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan tersebut.
 Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz.
 Sister Felicia juga memberitahu sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram
dengan membakar kereta mewah mereka.
 Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak
perempuan Raiha di situ lalu disambar api.
 Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi
kerana takut.
 Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.

Anda mungkin juga menyukai