Anda di halaman 1dari 4

TINGKATAN 4 - TEMA 13

Latih amal 1
Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tentang Alam
Hidup ini indah,
Seindah mentari pagi,
Hidup ini sesegar rumput menghijau,
Seandainya manusia menghargai alam.
Kini,
Suramnya mentari,
Kaburnya pandangan,
Dedaun menguning,
Gondolnya bukit menyembah bumi,
Kelodak menyekat aliran.
Semua ini,
Kerana rakusnya manusia,
Jahilnya manusia tentang alam,
Mengejar pembangunan,
Menidakkan rintihan alam,
Yang sewajarnya dipertahankan,
Demi manusia sejagat di kemudian hari.
Sedarlah manusia,
Alam ini milik Dia,
Namun tidak selamanya mampu bertahan,
Seandainya manusia alpa,
Tentang alam.
Elizeberth Yanty Anak Liben
Miri Sarawak
Dewan Siswa, Bil. 05 2018

Bahan 2

Sebuah bas mini dan dua buah kereta buatan dalam negara bergerak dengan
perlahan-lahan memasuki kawasan kebun Pak Tua. Jalan tanah merah yang telah
diturap dengan batu dan kerikil halus memudahkan perjalanan kenderaan itu lagi.
Setelah kereta berhenti dan para penumpangnya turun, kemeriahan pun
mewarnai kawasan dusun dan hutan itu.
“Jadi, inilah yang dibuat oleh bapa? Tanah yang diwariskan oleh atuk untuk
emak dan bapa telah dibiarkan menjadi hutan simpan?” Ajam berkata sambil
memandang kehijauan hutan belantara di hadapannya.
“Ya, Ajam. Hanya sedikit saja kawasan yang dibersihkan oleh bapa untuk tapak
rumah dan untuk dusun buah-buahan.”
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam,” Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah
terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dulu.”
“Bapa!” seru Melati. Suaranya penuh kasih. “Dulu bapa tidak memusnahkan
hutan.
Bapa cuma menolong negara melaksanakan pembangunan.”
“Ya, itulah yang bapa harapkan. Semoga bapa memberikan sesuatu yang
bermakna pembangunan.”
“Sudah tentu bapa,” Budi pula mengiakan. “Bahkan sampai usia tua begini pun
bapa masih lagi memberikan sumbangan. Lihat kawasan hutan simpan ini,” Budi
mendepangkan tangan.

Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba


Oleh Sasjira
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 3

Syair Burung Botak Upeh


Si burung botak upeh punya hikayat,
Air muara terasa sembilu,
Beribu tahun termaktub riwayat,
Terbanglah upeh di angin lalu,
Sejahtera kerana prihatinnya rakyat,

Di dahan pokok berbuat sarang,


Pokok perepat bukan sebarang,
Bebas terbang tiada melarang,
Di kuala dan muara hatinya girang.

Nasibnya kini sudah berubah,


Si burung botak upeh tidak bertambah,
Hutan bakau rakus ditambah,
Sarang si upeh ke bumi menyembah,

Air muara terasa sembilu,


Terbanglah upeh di angin lalu,
Ke negeri damai seperti dahulu,
Mengenang nasibmu terasa pilu.

Dunia ini pinjaman hanya,


Tiada apa kita yang punya,
Kembalikan upeh ke tempat asalnya, .
Tugas siapa usah ditanya.

Zuhaa Zayyan
RPP, Port Dickson
Buku Teks Tingkatan 4, Halaman 177
Kementerian Pendidikan Malaysia
Soalan
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menebus kesalahan. [2 markah]
Memperbaiki kesilapan

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan hutan akibat


aktiviti manusia. [3 markah]
Bahan 1: Suramnya mentari,Kaburnya pandangan,Dedaun menguning,Gondolnya bukit
menyembah bumi,Kelodak menyekat aliran.
Bahan 2: Kurangnya kawasan rekreasi yang berkonsepkan kehijauan akibat kemusnahan
hutan
Bahan 3: Si burung botak upeh tidak bertambah,Hutan bakau rakus ditambah,Sarang si upeh
ke bumi menyembah

(iii) Hutan amat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab
bersama untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh rakyat
untuk mengelakkan kemusnahan hutan di negara ini? [3 markah]
Pada pendapat saya, rakyat mestilah mempunyai kesedaran tentang amalan kitar semula.
Sebagai contoh, kita boleh mengitar semula kertas yang diconteng di stesen kitar semula untuk
menghasilkan bahan kertas yang baharu. Ini dapat mengurangkan penebangan pokok di hutan.

(iv) Pada cuti persekolahan baru-baru ini, anda dan rakan-rakan telah mengikuti
ekspedisi mendaki gunung yang dianjurkan Kelab Remaja di taman anda. Semasa
ekspedisi tersebut, anda dapat melihat kesan-kesan pencerobohan akibat aktiviti
penebangan hutan. Anda yakin bahawa penebangan pokok-pokok di kawasan itu
dilakukan secara haram.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dan rakan-rakan dapat
membantu untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]
Sebagai rakyat yang prihatin, saya dan rakan-rakan akan menangkap gambar sebagai bukti
lalu
melaporkan kes ini kepada pihak berkenaan untuk memastikan penebangan tersebut adalah
haram atau tidak untuk mengambil tindakan seterusnya.
Gunakan saluran media sosial untuk menyebarkan maklumat tentang kejadian tersebut
Praktis Morfologi 9
TINGKATAN 4 - TEMA 16
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Dalam penantian itu, Fazrin teringat akan suasana hangat sepanjang tempoh berkempen di
kawasan pilihan raya tempat dia mengundi. Calon-calon yang bertanding berkempen dengan
pelbagai cara. Poster-poster calon digantung di merata-rata tempat. Pada setiap malam, rapat
umum diadakan untuk calon menerangkan manifesto parti masing-masing. Setelah sekian lama
menunggu, Fazrin berada di dalam perut pesawat. Pesawat yang dinaiki oleh Fazrin terasa
bergerak amat perlahan. Tempoh penerbangan lebih kurang dua jam 45 minit terasa begitu lama.
Fazrin bimbang dia tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai rakyat Malaysia buat kali
pertama.

Bil Kata Ganda Bina Ayat


1 Calon-calon Peperiksaan bagi calon-calon ini akan dijalankan pada minggu yang akan
datang
2 Poster-poster Kelab Badminton telah menggantung poster-poster jemputan pertandingan
mereka di sekeliling sekolah untuk mengadakan pertandingan badminton
peringkat sekolah
3 Merata-rata Kita boleh menghubungi seseorang di merata-rata tempat dengan
menggunakan telefon pintar.

Latih amal 11
Tema 15
Petikan di bawah mengandungi tujuh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tujuh kesalahan yang terdapat dalam petikan.
Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Petrosains yang ditubuhkan oleh PETRONAS pada tahun 1999 merupakan sebuah
pusat sains kontemporari yang mengketengahkan bahan pameran interaksi dan program
saintifik yang menarik. Untuk mendekatkan orang ramai dan menyebarkan inti pati “Creating
Wonder” di seluruh negara, Petrosains telah menubuhkan dan menjalankan pelbagai kegiatan
luaran termasuk penubuhan pusat mini sains yang dinamai Petrosains PlaySmart di Kuantan,
Pahang, Johor Bahru, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah. Selain daripada itu, pameran
bergerak, pertandingan sains peringkat kebangsaan, Festival Sains Petrosains, Cabaran
Robotik Petrosains dan banyak lagi turut dijalankan. Cabaran Robotik Petrosains diadakan
untuk memperkenalkan dan melatih murid di dalam bidang rekaan, pengkodan, dan latihan
sensor asas dalam penciptaan robot.

Bil Kesalahan Pembetulan


1 Pusat mini sains Pusat sains mini
2 mengketengahkan Menetengahkan
3 pengkodan Pengekodan
4 Di dalam dalam
5 Selain daripada itu Selain itu
6 mendekatkan Mendekati
7 interaksi interaktif

Anda mungkin juga menyukai